18 May 2012

Cacamarba : MANTERA & The Stoning of Soraya M.



Genre : Aksi [2]
Arahan : Mohammad Aliyar Ali Kuthy & Miza Mohammad
Kos : RM18.5 @ 8.5?
Pelakon : Tomok, Shiqin Kamal, Faezah Elai, Kamaliya, Wael Almasri dll.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : -
Rating : 1.5/5

Baca Sinopsis Mantera.

PF tidak menaruh apa-apa sebelum menonton. Paling tidak hanya sebuah filem average dari penerbit Malaysia yang pertama kali membuat filem (jika tidak silap). Bukan ingin terlalu mencari kelemahan tetapi itu adalah perkara paling nyata dalam filem ini. 

Watak Azman (Tomok) seperti tidak berapa kuat atau tidak diexplore.
Tiada chemistry antara dua sahabat iaitu Azman dan Kevin dan lakonan mereka kurang meyakinkan. 
Perlukah adegan Ombak Rindu dan sesi kaunseling yang terlalu panjang dengan dialog yang terlalu skema? 
Watak abang ala mentor yang agak janggal.
Adegan main bowling yang OMG! terlalu lama dan tak menyumbang kepada jalan cerita.
Kenapa 3 budak kolej itu membenci Azman?
Gambar amat kabur dan gelap pada banyak adegan.
Aksi robot-robot/pergaduhan robot belum capai tahap boleh dibanggakan i.e rasanya lagi baik buat semua kartun sebegitu, bukan dengan manusia sebenar.
Pendek kata Mantera umpama filem copycat yang tidak menjadi.
Disebabkan baru pertama kali, teruskanlah mencuba lagi.

p/s : kadang2 terfikir sia-sia cari parking, bayar parking dan tonton 2 jam filem hampeh macam ini. 



Genre : Drama (Iran)
Arahan : Cyrus Nowrasteh
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Shohreh, Mozhan Marno, Jim Caviezel, Ali Pourtash
Tahun : 2008
Filem Seumpamanya : -
Rating : 4/5

Filem kisah benar berkenaan penduduk islam berlatarbelakang tahun 1986 di suatu perkampungan terpencil di Iran. Soraya yang dizalimi untuk kepentingan si suami. Soraya dihukum rejam dengan batu di tangan kuasa pemerintahan yang sesat. Zahra yang bersuara garau itu pula wajar diberi satu markah besar bagi filem ini. Penontonan yang amat berbaloi. 



17 May 2012

Jika Mati, Anda Tidak Akan Rasa Lagi "Taste of Cherry"



Genre : Drama (Iran)
Arahan : Abbas Kiarostami
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Homayoun Ershadi, Safar Ali Moradi, Mir Hossein Nori, Afshin Korshid Bakhtiari, Abdolrahman Bagheri
Tahun : 1997
Filem Seumpamanya : Ten
Rating : 4.5/5

Sinopsis filem ini boleh dijelaskan dalam 2 baris saja. Mr Baadi dalam lingkungan 40an ingin membunuh diri. Dia mencari calon yang dirasa sesuai dalam menamatkan misinya itu. 

Jika PF menonton filem ini pada tahun 1997 mungkin PF tidak boleh hadam persembahan dan inti filem ini. Persoalan mengapa dia ingin membunuh diri tidak dinyatakan menjadi sebab filem ini menimbulkan misteri pada mula dia berjumpa seorang askar Kurdish yang muda. Mr Baadi hanya menyatakan alasan yang tidak jelas iaitu dia menyakiti orang di sekelilingnya. Itu memang tidak cukup kuat bagi penonton untuk menerima alasan itu. Plot bergerak selepas dia bertemu dan bertemu calon-calon yang sesuai dalam membantu impiannya dengan bayaran 200,000 toman iaitu 6 kali ganda gaji standard rakyat Iran. Mr Baadi membuat 'sesi temuduga' pada setiap calon pada awal perkenalan sebelum dia menyatakan hasrat sebenar. Semua itu dilakukan sambil memandu dalam kereta Range Rovernya di kawasan berbukit tempat orang menggali pasir. 

Setiap kali Mr Baadi berjumpa satu-satu calon, kita akan tertunggu reaksi mereka sama ada ingin menolong atau tidak. Sedar atau tidak, pengarah Abbas Kiarostami dengan sengaja 'memilih' calon dari setiap generasi : budak remaja, dewasa dan watak veteran sebagai 'calon-calon' itu dengan latarbelakang berbeza dan punyai alasan tersendiri dalam menangani masalah Mr Baadi. Mr Baadi semestinya telah berputus asa dalam hidup. Sedarkah anda, pekerja veteran yang bekerja di muzium itulah digambarkan sebagai watak yang berpengalaman dalam hidup dengan nasihat-nasihat yang berguna? Sedangkan askar remaja tidak sanggup memikul beban seberat itu dengan melarikan diri walaupun ganjarannya lumayan? Mr Baadi telah bersedia untuk mati tapi masih berharap sebenarnya untuk hidup. Mengapa Mr Baadi memilih dengan cara itu untuk mati sedangkan dia boleh saja terjun bangunan misalnya, telan pil tidur itu di bilik tidurnya, tetapi mengapa dia memilih cara dengan bantuan dari orang yang tidak dikenalinya? Satu tanda tanya.

Lubang yang dimaksudkan oleh Mr Baadi pada awalnya PF ingatkan adalah lubang yang amat dalam dan boleh membawa maut jika terjatuh ke dalamnya tapi kenapa dia kata sila datang esok kepada calon-calon untuk "memastikan dia sudah mati ke belum" itu buat kepala PF ligat memikirkan lubang tu pada awalnya. Dan apabila filem ini habis, PF seakan tertipu dan satu lagi tanda tanya yang besar bagi penonton. Filem sebegini lah yang PF mahukan, tema yang belum pernah PF tonton atau kita tak menjangka tema sebegini (kreatif) + menarik perhatian dan mudah difahami dan bagaimana pengarah mengizinkan penonton merekacipta sendiri pengakhirannya.


p/s : filem yang memenangi Palm D'Or Cannes 1997 ini PF tonton di youtube selepas menonton Blackboard oleh Samira Makhmalbaf. Selepas ini ingin menonton The Stoning of M. Soraya pula.

15 May 2012

Antara Seefood & Mantera



Latarbelakang :

Filem SeeFood adalah sebuah filem animasi berbentuk pengembaraan yang dikatakan sebuah filem animasi pertama dalam Bahasa Inggeris di Malaysia. Grand Brilliance bakal menjadi pengedar dan akan memastikan segala promosi filem ini berjalan lancar sementara Silver Ant Sdn Bhd sebagai penerbit filem ini. 

Studio animasi tersohor Malaysia, Silver Ant Sdn Bhd telah membuat kenyataan hari ini bahawa mereka telah memilih Grand Brilliance sebagai pihak promosi dan pengedaran filem animasi adventur pertama mereka, SeeFood. Dalam majlis menandatangani perjanjian tengahari tadi, Ahmad Izham Omar selaku Pengurus Eksekutif Primeworks Studios menyatakan perasaan berbesar hati pihak Grand Brilliance dalam menerima tanggungjawab mempromosi dan mengedarkan filem SeeFood ke seluruh Malaysia. SeeFood, dengan kelasnya yang tersendiri dari segi penceritaan dan kualitinya juga merupakan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia.

Baca selanjutnya di : Seefood Filem Animasi Bahasa Inggeris Pertama Malaysia

Tarikh tayangan : 8 Mac 2012

Filem yang dikatakan mendapat ilham/ meniru/ copycat : Nemo

Review Pengkritik : Memberi rating yang rendah kerana kebosanan filem ini.

Contoh review  : Orang Perlis Menulis

Trailer :




- DAN -




Latarbelakang :


SPACETOON Spacetoon Media Hub Sdn Bhd (SMH), syarikat kerjasama Spacetoon yang berpangkalan di Dubai dengan kerajaan Perak, berjaya memperolehi beberapa temu janji dan rundingan pengedaran produk anak tempatan keluaran syarikat itu pada Pameran Perdagangan Audio Visual Dunia 2010 (MIPCOM 2010) yang di Cannes, Perancis, pada 4 Okber lalu hingga 8 Oktober. 

Ketua Pegawai Eksekutif SMH, Sharifah Hendon al-Yahya, berkata pada pameran itu, syarikat itu akan membawa sebuah filem menggunakan teknologi CGI iaitu Mantera serta dua produk lagi menggunakan sistem tiga dimensi (3D) iaitu Maouia dan Net.Works!.

"Pameran berkenaan yang disertai dari 102 negara bakal dikunjungi kira-kira 12,000 peserta dari serata dunia sekali gus memberi peluang kepada produk dan bakat tempatan memperoleh peluang serta pendedahan antarabangsa," katanya di Ipoh, Perak. 

Sharifah Hendon berkata, filem Mantera yang diterbitkan hasil usaha sama SMH dengan Flare Studio Sdn Bhd membabitkan pelaburan tempatan dan asing bernilai RM18.15 juta menampilkan penyanyi popular Tomok yang membawa watak utama manakala teraju penting wanitanya dipegang oleh Kamaliya, iaitu penyanyi dan pelakon dari Ukraine yang juga bekas Ratu Cantik Russia 2008.


Baca selanjutnya di Mantera Diintai Pasaran Dunia

Tarikh tayangan : 17 May 2012

Filem yang dikatakan mendapat ilham/ meniru/ copycat : Tansformers

Review Pengkritik : Belum diketahui.

Trailer :


*****

Korang dapat relate kedua-duanya kan? Tepuk dada tanya selera. Walau apa pun Malaysia ada usaha terhadap genre-genre sebegini. PF kata yeayy!


13 May 2012

Melancholia : Disaster Movie Versi Berbeza


Genre : Drama
Arahan : Lars Von Trier
Kos : US7.4 juta
Pelakon : Kirsten Dunst, Charlotte Gainsbourg, Alexander Skargard, Kiefer Sutherland.
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya : 
Rating : 3/5
 

Justine (Kirsten Dunst) dan Claire (Charlotte Gainsbourg) adalah dua adik beradik. Justine yang melangsungkan perkahwinan yang dibiayai oleh abang iparnya. Claire berusaha membuatkan malam perkahwinan adiknya berjalan lancar. Manakala bahagian kedua berkenaan perasaan Claire dalam menghadapi planet Melancholia yang akan menghentam bumi. 

Menjadi trademark Lars Von Trier (LVT) yang membahagikan filemnya kepada bahagian-bahagian dan prolog slow motion yang amat indah sepertimana dalam Antichrist. Prolog pada 10 minit pertama adalah gambaran untuk penonton tentang filem ini yang berkisar kesuraman dan malapetaka. Pengarah barat ni suka buat filem-filem yang tension kan? Kirsten Dunst bukan lagi gadis Spiderman. Melihatkan malam perkahwinan Justine, PF merumuskan hidup orang barat ini banyak sangat tekanan dalam diri peribadi dan keluarga. Sedang tetamu hadir gembira tetapi tidak bagi tuan rumah. Ibu Justine katanya tak percaya perkahwinan, hadir dengan baju biasa-biasa, membenci Justine. (PF merasakan ibu bapa Justine telah bercerai). Perkahwinan Justine nampak 'lesu' agaknya memang meminjam tajuk filem ini sekali. Macam manalah kehidupan sang pengarah LVT kerana 2 filemnya yang PF tonton adalah berkenaan depresi yang dalam. Apatah lagi Antichrist yang super duper depress. Boleh mereng jika terlalu menghayatinya.

Antara prolog
Perkahwinan satu fasa manusia
Filem yang bukan feel good movie ini seterusnya ke bahagian kedua berkenaan Claire yang khuatir akan planet Melancholia yang dijangka oleh saintis akan menghentam bumi. Claire adalah jenis manusia yang takut akan kiamat, Justine hanya redha setelah apa yang berlaku di atas perkahwinannya. Adalah sesuatu yang pelik bila kedua-dua isi cerita yang berlainan konsep ini dicantum dalam satu filem. Filem ini bukan pasal hiruk pikuk manusia kota yang bertempiaran lari ketika berita malapetaka akan tiba. PF juga berpendapat kemelesetan emosi manusia berlarutan hingga ke kiamat di mana itu adalah satu yang malang bagi umat manusia yang cuba disampaikan oleh LVT. Adakah Melancholia benar-benar akan menghentam bumi? Apa yang pasti adegan akhir filem ini menjadi jawapan akan disaster movie versi Lars Von Trier. Sungguh 'cantik' walaupun ianya malapetaka.

Bagaimana prolog special effect dibuat :


7 May 2012

Adegan Yang Tak DiJangka Dalam Filem Kita

Sehari dua ni rajin pula PF mengemaskini blog ya. Jom kita semak adegan yang tidak kita jangka dalam filem melayu kita Part I. Setakat ini saje yang teringat. Kalau rajin nanti akan ada part II tapi biasanya malaslah haha.

1. Kak Yam (Adibah Noor) menyidai seluar dalam dari saiz paling besar ke saiz kecil - MUKHSIN

Gambar hiasan.
2. Abah (Harith Iskandar) terlondeh kain pelikat semasa berkejar-kejar dengan isterinya - SEPET


3. Johan (Syamsul Yusof) mengangkat mayat dalam hutan diwaktu malam - KHURAFAT.


4. Yank Kasim (pengikut Abuya) menjilat lantai - ABUYA PART II.


5. Ayah Hawa (Omar Abdullah) melanc*** dalam teksinya sambil menatap gambar wajah anaknya - SONGLAP.
Gambar hiasan
6. Mek Ani (Tengku Azura) keluar dari paya sambil bercatwalk - BUNOHAN.


7.  Pelakon Royadi Madada dan Suhaila Salam yang berpasangan dalam 2 ALAM berjalan di kolam renang  yang sukar dimengertikan maksudnya.


8. Orked (Sharifah Amani) mencabut bulu tet*** Alan (Alan Yun) semasa di hospital - GUBRA.

Gambar ni elok sikit :)
9. Salina (Dira Abu Zahar) difikirkan ingin menolong jirannya yang dirogol tetapi sebaliknya... - CHOW KIT.


10. Izzah (Maya Karin) mengahwini perogol Hariz (Aaron Aziz) - OMBAK RINDU. Lari topik daaa...


Tahniah kerana membuat karya yang berbeza. Wakaka.... Kalau korang nak vote adegan mana yang paling gempak, boleh nyatakan di ruangan komen! Kalau ada adegan lain yang korang nak share pun boleh jugak. Boleh PF buat Part II nanti. Adegan sex tak termasuklah. Mungkin tu ada entry khas nanti.


6 May 2012

Result Poll 5 : Filem Ditunggu



Pelawat PerangFilem lebih menantikan filem HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCIT (36%) berbanding filem-filem lain iaitu :

KL Gangster 2 (11%)
Apokalips (11%)
Vikingdom (21%)
Hanyut (21%)

Sama-sama kita nantikan filem sambungan Hantu Kak Limah Balik Rumah ini yang dijadualkan pada penghujung tahun 2012. 

Gambar kredit Blog Mamat Khalid


**Filem yang berperang : Senarai filem Januari - Jun 2012

5 May 2012

Bunohan Sertai Los Angeles Film Festival



Film Independent yang berpangkalan di Los Angeles akan menganjurkan Festival Filem Los Angeles.

Bunohan akan mewakili negara sekali lagi dalam kategori International Showcase. Oscilloscope Pictures yang menjadi pengedar filem ini di Amerika bertanggungjawab membawa filem ini ke festival yang berlangsung pada 14hb Jun hingga 24hb Jun 2012. Penganjuran kali ke 18 menyaksikan hampir 200 filem cereka, filem pendek dan muzik video yang disertai lebih 30 negara.


International Showcase (15)The International Showcase highlights innovative independent narrative and documentary features from outside of the United States. Films in this section are eligible for Audience Awards for Best International Feature, Best Narrative Feature, or Best Documentary Feature.
  • Bestiaire, Denis Côté – Canada
  • Bunohan: Return to Murder, Dain Said – Malaysia (Oscilloscope Pictures)
  • Canícula, José Álvarez – Mexico
  • The First Man, Gianni Amelio – France – US PREMIERE
  • The Last Elvis, Armando Bo – Argentina
  • Neighboring Sounds, Kleber Mendonça Filho – Brazil (The Cinema Guild)
  • On the Edge, Leila Kilani – France/Morocco/Germany
  • P-047, Kongdej Jaturanrasamee – Thailand
  • Return to Burma, Midi Z. – Taiwan/Myanmar
  • Sister, Ursula Meier – Switzerland (Adopt Films) – NORTH AMERICAN PREMIERE
  • The Strawberry Tree, Simone Rapisarda Casanova – Canada/Cuba/Italy
  • Summer Games, Rolando Colla – Switzerland
  • Teddy Bear, Mads Matthiesen – Denmark (Film Movement)
  • Unforgivable, André Téchiné – France (Strand Releasing)
  • Without Gorky, Cosima Spender – UK

Sumber :

Chow Kit : Tak Segar Tapi Lebih ‘Mulia’



Genre : Aksi [1], Drama
Arahan : Rosihan Zain & Brandon Lee
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Muhd Izzam Izzudin, Muhd Izzam Syafiq, Muzhaffar Shah, 
Nur Nadzirah, Mers Sia, Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Yasmin Hani, Lana Nordin, Namron
Janelle Chin, Brandon Yuen etc.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Songlap, KL Gangster
Rating : 3.5/5
 

Filem ini mempunyai 2 cerita yang berbeza tetapi latarbelakang yang sama. Pertama, latarbelakang Chow Kit merupakan lokasi cerita itu sendiri dan Kedua asal usul wataknya adalah dari Chow kit. PF asingkan keduanya-duanya.

Pertama – arahan Rosihan Zain

Kisah kanak-kanak jalanan dari Jalan Chow Kit yang sinonim dengan gejala negatif. Ajid dan Tika anak kepada pelacur. Manakala Acat anak kepada ayah seorang gelandangan dan penagih dadah.  Filem tentang kanak-kanak ini bagi PF sesuatu yang agak sedikit memeranjatkan bagi sinema Malaysia. Filem ini dikategorikan sebagai 18 memang tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak itu sendiri.  Harap tidak disiarkan di Astro First. Kanak-kanak yang berlatarbelakangkan dari ibu bapa yang rosak akhlak turut secara terpaksa mewarisi akhlak yang tidak baik. Walau bagaimanapun tak semuanya  teruk kerana sikap berdikari mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Anda boleh dengar perkataan lucah dan mencarut dengan jelas tanpa potongan!  Jadi, ini bukan sama sekali senada dengan Laskar Pelangi. Malah ada unsur-unsur Eden Lake! Filem Malaysia terkini yang mewatakkan kanak-kanak jahat adalah Sumpahan Puaka tapi setakat bakar rumah sajalah.

Cuma pelakon kanak-kanak adalah berwajah baru, maka persembahan mereka ada sedikit kaku di sana-sini. Namun keseluruhannya tak berapa menjejaskan cerita part 1 ini. Lana Nordin yang jarang berlakon filem, dan digelar Pamela Anderson Malaysia melakonkan watak ibu Tika, amat seksi wooo. Perhatikan peluh yang menitik, pasti menjadi satu lagi secalit  ‘sejarah’ baru dalam sinema kita. Tapi rasanya tak boleh lawan scene Zue Aziz atas katil dalam Abuya Part II. Memang kenalah Chow Kit yang kotor dan busuk sama seperti watak-wataknya yang hitam itu. Walaupun ada lompong-lompong kosong contohnya watak Yasmin Hani dan pembalasan dendam si Tika yang tergantung, tetapi keseluruhannya, bahagian pertama ini boleh dinikmati dengan sedap.

Pelacuran
Kanak-kanak Jalan Chow Kit

Kedua – arahan Brandon Lee

Jangan keliru, kisah pertama dan kedua tiada kaitan walaupun ada beberapa pelakon yang sama digunakan. Kisah kedua sebenarnya tidaklah ‘sebaru’ mana.  Dengan majoriti wataknya adalah Cina, tema gangster dan dadah, pukul memukul dan tembak menembak tapi diselit juga dengan perlakuan seks yang sinonim dengan kehidupan mereka. Ah Kuan yang baru keluar penjara berniat untuk meninggalkan kegiatan lampaunya namun terjerumus kembali akibat wang. PF yang tercari-cari Dira Abu Zahar rupanya muncul di part 2 dan wataknya tidak sebesar mana dan tidak sepenting mana. Cuma ada SATU adegan Dira yang buat PF terperanjat! Tak pelik cuma tak dijangka! Bolehlah diberi point kat situ. Hehe.

PF seboleh-bolehnya tidak mahu membuat spoiler filem ini. Walaupun idea Chow Kit  tidak segar namun ada beberapa detik yang akan buat anda wow dan surprise dan setidak-tidaknnya filem ini lebih ‘mulia’ dari lambakan hantu lawak dan sebagainya dan tidak menyesal memilih Chow Kit. Ada masa pergilah menonton. Usaha filem ini boleh diberi pujian, cuma adegan rogol, PF no komen. Tetapi jika mahu dibandingkan rogol dalam Chow Kit, ada filem Melayu lain yang lagi teruk bagaimana rogol dipaparkan.

Samseng berurusan
Dira hanya tempelan

4 May 2012

A Separation : Hiburan Dalam Tekanan


Genre : Drama
Arahan : Asghar Farhadi
Kos : US800k
Pelakon : Peyman Moadi, Leila Hatami, Sareh Bayat, Shahab Hosseini, Sarina Farhadi
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya :
Rating : 4.5/5



Simin ingin berpindah keluar negara demi kebaikan keluarganya, tetapi suaminya, Nader enggan mengikut kerana bapanya menghidap alzheimer dan ingin menjaganya. Simin kemudian mengambil keputusan untuk duduk dirumah orang tuanya dan ingin meminta cerai dari suaminya kerana enggan menurut kehendaknya. Termeh, anak mereka kekal tinggal dengan ayahnya. Nader mengupah seorang perempuan yang sedang mengandung untuk menjaga bapanya diwaktu siang apabila dia keluar bekerja. Terjadi suatu peristiwa yang membuatkan Nader marah terhadap Razieh, kehidupan mereka menjadi kucar kacir yang tak dijangka oleh mereka sekeluarga.
Nader takkan tinggalkan bapanya
Setelah menanti filem ini akhirnya, PF berpeluang menontonnya di TGV Sunway Piramid semalam. PF tak taulah nak kata best atau tak sebab PF sorang saja dalam panggung menonton filem ini. Mungkin yang lain menonton secara download saje kot. Filem Iran yang memang terkenal dengan filem drama terhebat menyaksikan kehidupan sebuah keluarga sederhana Iran yang inginkan kehidupan lebih baik tetapi akhirnya berdepan dengan kemelut yang lebih teruk. Semuanya kerana Simin yang bercita-cita ingin berhijrah. Benar kata anak perempuan mereka. Termeh 11 tahun yang menyalahkan semua ini ke atas bahu ibunya. Apa yang PF boleh katakan, filem ini adalah filem konflik pertengkaran. Tiada saat bahagia dalam keluarga Nader ditunjukkan. Paling simpati adalah Razieh yang menjaga ayah Nader, tertekan dengan kerjanya di mana terpaksa bersentuhan kulit dengan ayah Nader, dituduh mencuri wang Nader dan sehingga konflik keguguran kandungannya. Razieh terpaksa menyembunyikan sesuatu perkara kerana takut akan suaminya yang panas baran. Sebagaimana konflik kekeluargaan di mana-mana, anak menjadi mangsa kekalutan sebagaimana yang dilalui Termeh yang masih muda tidak faham akan sikap ayahnya yang terpaksa berbohong sesuatu demi melindungi keluarga mereka. Begitu juga Somayeh anak perempuan Razieh yang tidak faham apa-apa. Melihat raut wajahnya bersandar di dinding ketika Razieh dan Hojjat bergaduh ketika sesi perbincangan dengan semua pihak semasa di rumah Razieh.

Nader mengatakan alasan pakaian Razieh
menyebabkan dia tak perasan Razieh mengandung
Nader berang terhadap Razieh di muka pintu
Bagi PF watak yang menonjol dalam filem ini adalah Razieh sendiri kerana kehadirannya mengkucar-kacirkan kedua-dua belah pihak; keluarga Nader dan keluarganya gara-gara tertekan dengan kehidupan dan keadaan suaminya yang menganggur. Lakonan mantap dan titis air matanya cukup mengundang simpati (babak dituduh mencuri oleh Nader dan babak merayu dengan hakim), walaupun filem ini tidak dihiasi dengan muzik latar langsung. Setiap babak pertengkaran seakan benar. PF rasa babak pertengkaran ada dalam lebih kurang 7-8 babak semuanya. Jadi, filem ini sangat kacau dan buat kita 'berhibur' dalam tekanan dengan masalah mereka. Di dapati, Quran sebagai simbol berikrar dengan tuhan bahawa ‘aku berkata benar’ senang dipraktikkan di mana-mana di Iran i.e tidak perlu dilakukan di dalam masjid. Seakan filem ini ingin mengajar dunia bukan Islam pabila Razieh menelefon ustaz akan hukum memegang yang bukan muhrim dalam keadaan darurat. Dalam A Separation, penonton di ajak untuk mengikuti perbalahan Razieh-Nader-Hakim untuk mengetahui siapa salah dan siapa benar akibat keguguran bayi Razieh. Ada kala PF berpihak kepada Nader, ada kala PF berpihak kepada Razieh seakan hanyut-dibuai-buai dengan kes mereka. PF suka adegan akhir filem ini di mana Nader dan Simin menunggu diluar tanpa berkata-kata ketika Termeh ingin membuat keputusan hendak tinggal dengan siapa sehinggalah nama kredit muncul kerana tidak penting pun untuk kita tahu sebenarnya, 
Razieh perlu mencari wang untuk sara keluarga
Simin dan Termeh
Filem berunsur kemanusiaan yang universal ini menjadi saranan kepada penggemar drama apatah lagi berunsur keislaman. Sebagai penonton biasa, PF mungkin agak tercari-cari keistimewaan filem pemenang Bahasa Asing Oscar ini. Kemungkinan, ia punya daya magis kerana mengkritik kehidupan permasalahan sosial yang diangkat sederhana dengan gaya Iran yang cukup kuat. Filem ini mengalahkan Footnote dari Israel di Oscar tempoh hari.

p/s : kereta Peugeot banyak di Iran

Updated : Didapati Sareh Bayat (Razieh) dan Sarina Farhadi (Termeh) memenangi aktress terbaik Fest. Filem Berlin 2011, patutlah pun lakonan mereka amat cemerlang :