Yeay! |
16 Mar 2014
6 Mar 2014
Cacamarba : The Tin Drum, Yi Yi, Buddha Collapse Out Of Shame, Empire of Passion, The Piano Teacher
3 daripada 5 filem berikut melibatkan kanak-kanak. Bagi yang mengikuti blog ini pasti tahu, PerangFilem suka filem yang melibatkan mereka. Tak tahu kenapa mungkin PF suka budak-budak haha. Sehingga terbuat satu [entry khas] untuk mereka.
THE TIN DRUM
Arahan : Volker Schlöndorff
Genre : Drama (German)
Tahun : 1979
Rating : 3/5
Durasi filem ini hampir 3 jam. Kalau ikutkan filem ini boleh menarik perhatian PF sampai habis. Malangnya, selepas 2 jam, ia tak dapat memikat hati kerana ia seolah sudah hilang arah. Oscar merupakan kanak-kanak istimewa yang terbantut pertumbuhan pembesarannya setelah jatuh dari tangga bawah tanah dirumahnya. Umurnya tetap meningkat tetapi fizikalnya tidak. Semasa Oscar lahir, ibunya ada berkata, setelah umur Oscar 3 tahun, dia akan beri drum kepadanya, tapi untuk apa tidak dinyatakan oleh ibunya. Setelah itu, Oscar menjadi pelik kerana tak dapat berenggang dengan drum dan mengetuknya tiap masa. Jika ada sesiapa yang marah dan cuba merampas kerana bunyi bising, dia akan marah lalu menjerit sekuat-kuatnya sehingga bole memecahkan kaca/tingkap/gelas di persekitannya.
Dari situlah Oscar menyedari kebolehannya, tetapi malangnya semua itu tidak memberi keistimewaan selanjutnya untuk filem ini dinikmati. Selebihnya kisah hal ibu-bapanya, i.e ibunya yang curang di depan mata suaminya secara tidak disedari suaminya. Satu lagi hal yang PF kurang gemar, ada perkara yang tidak diberitahu atau loophole? Contohnya, setelah kematian ibu Oscar, ayah Oscar menjalinkan hubungan dengan seorang remaja perempuan, tetapi kemudian mereka berlagak sebagai suami isteri? Kemudian, ayahnya terlibat dalam tentera, sukarela? Oscar yang memakai baju askar di akhir-akhirnya, apakah kerjanya? Perhatikan 2 adegan 'lain' yang cuba diselitkan iaitu semasa Oscar bercakap sorang-sorang hadapan pentas imaginasinya dan orang yang terapung di pantai. Walau bagaimanapun filem ini menang tempat kedua iaitu Grand prize Jury Di Cannes 1979 (kalau tgk gambar atas ni) tapi bila semak wiki ia pemenang bersama Palme d'Or dengan Apocalypse Now. Mana satu betul ntah, malas nak selidik.
YI YI
Arahan : Edward Yang
Genre : Drama (Taiwan)
Tahun : 2000
Rating : 3/5
Okay filem ini menang pengarah terbaik di Cannes pada thun 2000. Berdasarkan bacaan PF, filem ini amat disanjung oleh penonton yang bertaraf cinephilia tahap tinggi (ada ke? haha). Berdurasi hampir 3 jam jugak, senasib dengan The Tin Drum, filem ini tidak berjaya membuat PF terpaku sampai habis! Malang sungguh, kerana tahap 'kesenian' PF ni kadang-kadang tak sabar atau 'tak dapat baca' atau filem itu semakin membosankan di jam ketiga. Ada la jugak babak-babak tersirat yang PF boleh baca, kerana dalam menonton filem sebegini PF cuba selongkar selagi boleh visual yang terpapar, kononnya, jika nampak pelik sikit aje, mulalah mentafsir sendiri, seperti babak pertemuan remaja lelaki dan perempuan (perempuan ni kawan kepada girlfriend lelaki tu) di lampu isyarat di bawah flyover tu, yang akhirnya perempuan ni akhirnya jadi girlfriend laki tadi. "Pertemuan - lampu isyarat merah" (petanda tamat hubungan dengan girlfriend asal). Babak paling PF suka adalah ketika cikgu disiplin lelaki bertanyakan (tanpa susuk tubuh guru itu di skrin) kepada anak murid lelakinya di mana dia simpan kondom dengan hanya budak itu berdiri dan fokus pada mimik mukanya yang dirasakan berjaya 'ditangkap' oleh kamera. Sehinggalah, tiba saat di mana NJ berjumpa bekas kekasihnya dan berjalan-jalan di taman.. urmmm, terus tekan fast foward button. Done.
BUDDHA COLLAPSE OUT OF SHAME
Arahan : Hana Makhmalbaf
Genre : Drama (Iran)
Tahun : 2007
Rating : 4/5
PF tak pasti rasanya agak bias dalam menilai filem ini. Susah juga nak cakap, jika filem Iran + kanak-kanak tak semestinya PF automatik suka, tapi jarang yang tak suka. Lagi satu, jika filem Iran + kanak-kanak ini tak lari dari isu pendidikan, contohnya Children of Heaven, HAYAT, Two Legged Horse & The Blackboard (Samira Makhmalbaf), Where The Friend's Home dan Color of Paradise. Apabila Hana Makhmalbaf (rasanya adik Samira) mencuba benda yang sama, jadi, apa hasilnya? Percubaan dengan pelakon kanak-kanak perempuan yang sangat amatur ini, PF dapat bayangkan Hana sangat susah nak kawal lakonannya Kadang-kadang agak kaku seperti membaca saja, walau pun begitu, kanak-kanak lelaki bernama Abbas lagi baik. Kisah keluarga Baktay yang miskin dan tinggal di lubang-lubang dalam gunung/batu, nak beli peralatan sekolah buku dan pensil tapi tiada wang lalu menjual telur untuk mendapatkan buku di kedai (setelah 3-4 kali kedai itu). Bila dah dapat beli kena kacau pulak dengan budak-budak lelaki yang berlagak sebagai Taliban dan mengusik Baktay dan Abbas. Ceritanya senang, tapi kalau menonton filem seperti ini, ada beberapa benda yang PF fikir, budaya/cara hidup, lakonan, dan visual kerana tidak apa yang dihairankan dengan jalan cerita itu tapi macam mana cerita itu disampaikan. Kepelikan tadi tu membuatkan mata kita terpaku walaupun jalan ceritanya biasa-biasa, dan salah satu adegan adalah semasa Baktay masuk ke kelas kanak-kanak perempuan dan dia tak dapat lalu/masuk untuk dapatkan kerusi untuk duduk sampai nak nangis. Tiada siapa yang membelanya ketika itu, termasuk gurunya. Di akhr filem ini Abbas menjerit kepada Baktay yang 'ditawan' oleh kanak-kanak 'Taliban' dengan berkata "Die! and you'll be free!" yang menggambarkan mati adalah jalan penyelesaian kepada masalah hidup di situ. Oleh itu, rating 4 bintang diberi, bias tak?
EMPIRE OF PASSION
Arahan : Nagisa Oshima
Genre : Drama dan seram (Jepun)
Tahun : 1978
Rating : 4/5
Hah, ini satu lagi penontonan yang berbaloi dari koleksi Criterion untuk filem Jepun. Ini kisah cinta, seram dan drama. Jangan teruja jika sebut saja filem seram, maka terbayang-bayang adegan terkejut-kejut atau sound efek yang melampau, tidak. Pertama, sinematografi filem ini cantik, hutan, kampung lama dan kawasan sawah dan kitaran musim di Jepun (tetapi pengkritik dalam dvd ini kata (voiceover) mengatakan ada yang tidak kena dengan susuna musim luruh, sejuk, panas dsb tu, PF malas nak kaji pasal tu. Akan tetapi bila melibatkan alam semulajadi, ada babak yang melibatkannya tidak natural seperti hujan ketika Seki dan Toyoji berjumpa, kabus yang seperti keluar dari corong dan tiupan salji yang kelihatan dari dalam telaga agak 'palsu' dan 'lampu yang terang meyuluh' ke dalam telaga ketika Seki dan Toyoji masuk ke dalam untuk mencari mayat Gisaburo.
Filem ini berkenaan Seki (perempuan) berkahwin dengan Gisaburo dan dicemburui oleh Toyoji. Toyoji yang muda 26 tahun dari Seki menjalinkan hubungan dan Toyoji mendesak untuk sama-sama bunuh Gisaburo dan setelah dibunuh dicampakkan ke dalam telaga di dalam hutan, tak lama kemudian, roh Gisaburo sering pulang ke rumah. Gaya seakan filem omnibus - Kwaidan bahagian 1, mana boleh tak suka kalau filem macam ni kan? Filem ini bukan kerana si hantu datang semula membalas dendam, kerana Gisaburo (kerja sebagai rickshaw) mempunyai watak pendiam dan tidak tegas. Perhatikan kemunculan hantu itu/style sama seperti dalam Kwaidan, memang ini trend ek zaman-zaman tu?
Hantu hanya sebagai menjemput penyesalan sang isteri, selainnya kisah cinta dan konflik menghadapi selepas kejadian pembunuhan itu. Konflik filem ini 'terbuka' di mana semua 'cerita/hearsay/rahsia' sebagaimana persoalan yang menjadi tanda tanya orang kampung, semua penonton dah tahu. Jadi, bagaimana lakon layar filem ini menangani watak Seki dan Toyoji dengan orang kampung yang mengata/gosip (cliche?), setelah 3 tahun 'kematian' sang suami, mereka masih belum jadi suami isteri dengan hidup berahsia. Ini kerana, Toyoji dan Seki mencipta skrip bahawa suaminya bekerja di Tokyo. Dari pengarah In The Realm Of The Sense (belum tengok) yang kontroversi dengan adegan seks, filem ini tak terkecuali. Lebih kurang 5-6 adegan yang daring yang memang menjadi trademark Oshima. Adakah mereka berkahwin akhirnya? Apa yang dibuat oleh hantu Gisaburo? Permulaan filem di mana Gisaburo berlari membawa 'becanya' dengan kamera seiring itu sudah cukup menangkap PF sejak awal lagi.
THE PIANO TEACHER
Arahan : Michael Haneke
Genre : Drama (Austria)
Tahun : 2001
Rating : 3.5/5
Genre : Drama (Austria)
Tahun : 2001
Rating : 3.5/5
Filem Haneke yang PF gemar setakat ini adalah Funny Games. Amour biasa-biasa saja dan the White Ribbon tak boleh diterima. Kisah guru piano ini pula membawakan kisah wanita dalam lingkungan 40an yang belum berkahwin dan tinggal di apartment bersama ibunya. PF merasakan dia mempunyai masalah mental dalam hal-hal seks, kalau ikutkan wiki filem ini istilahnya psycho neurotic dan/atau psycho psychotic, berjumpa pulak dengan pelajar muda yang dapat melayannya. Bayangkan, Erica siap tulis 'lakonlayar' kepada boyfriend bagaimana imaginasinya untuk melakukan seks. Terdapat adegan yang melampau bagi sesetengah penonton, kadang-kadang PF bukan fikir pasal filem tu sendiri tapi pembikinnya termasuk Haneke yag menulis filem ini. Watak Professor Erica Kohut yang dibawa oleh Isabelle Huppert sangat berkesan dengan mimik muka dan gerak tubuhnya memang hidup tak hairan dia menang Best Actress Di Cannes pada 2001.
Subscribe to:
Posts (Atom)