25 Oct 2012

Merai Cinta Di Istanbul



Genre : Drama (Komedi Romantik)
Arahan : Bernard Chauly
Pelakon : Beto Kusyairy, Lisa Surihani, Tomok
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3.5/5


Diringkaskan, Dian terbang ke Istanbul untuk mengharap sesuatu hubungan lebih bermakna dari kekasihnya Azad. Walau bagaimanapun, manusia hanya dapat merancang, tuhan yang menentukan tatkala pertemuan dengan Haris merumitkan lagi keadaan.

Di mana nak mula ya? Konsep filem ini comel-comel je dengan Dian yang berblogging pasal kehidupannya. Dengan visual komen-komen blog yang super cute. Budak-budak perempuan suka benda-benda gini terutama mereka yang aktif berblogging ditambah dengan busana Dian yang fashionable. Dian pulak menggeletis pada mulanya. PF menganggap Dian adalah masa muda Maya Karin dalam Pisau Cukur. Tulisan Rafidah Abdullah (penulis Pisau Cukur juga) ini tak lepas dari elemen-elemen homoseksual lucu. PF rasa isu tinggal serumah dengan lelaki bukan muhrim pasti menjadi kokokan sesetengah pihak, tetapi dalam keadaan terdesak yang dialami oleh gadis seperti Dian di negara orang, pasti kalian akan faham.

Ok, serius. Permulaan Istanbul Aku Datang (IAD) agak janggal atau ada sesuatu yang tak kena.  Pertama yang nyata, lakonan Tomok, aduhai. Agaknya penerbit tidak ada calon lain yang sesuaikah? Adakah pelakon lain tak available? PF sudah cukup merana dengannya dalam filem MANTERA. Gandingan Lisa-Tomok sedikit tiada kimia. Yang peliknya, apabila babak tegang, skil lakonan Tomok nampak agak baik pulak. Bab cintun… errmm.. Walaupun di suatu tahap Tomok sudah mencuba (babak waktu malamdibangku dengan Dian). Tambah mengurangkan skor ialah lakonan Aizat Amdan.Filem ini debut dia kan?  PF harus mengakui, Lisa Surihani semakin baik dari segi lakonan. Sesiapa yang kata dia kaku, kena tonton IAD. Ketika menggelitis dan sedih berjaya dibawa dengan elok emosinya. Tahniah la disitu. Cuma pelat ‘R’nya masih bersepah sana-sini. Lagi satu yang membuatkan IAD kureng di awalan adalah sikap alim Azad (Tomok) yang tak bertempat.  Masa kat bilik berdua ko tak nak bercium, tapi masa kat restoren ko sibuk nak menggesel. Sumpah, korang akan marah Azad time ni. WTH! Rasa nak aje marah si Rafidah yang buat skrip ni, sebab apahal Azad tak tolong Dian cari rumah sewa padahal baru je 2-3 hari sampai Istanbul. Tapi jawapannya ada dihujung, PF tak nak bagi spoiler.

Dian & Haris
Ok, cukup part yang tak best. Dan selepas saja dari tu, towards the end, IAD menjanjikan sesuatu yang enak dinikmati sehingga habis! Dah la suasana di Istanbul di papar dengan cantik. Memang tak rugi shoot kat sana 100%. Harus diingat, penggambaran diluar negara jika tidak bijak mengguna dan mengaplikasikan, alamatnya, faham-faham sendiri sajalah. PF berani kata korang akan feeling habis, sehingga PF merasakan penonton turut serta meraikan cinta. Penglibatan pelakon Turki juga bukan tangkap muat. Jika tadi penonton puas disogok dengan adegan manja-manja lepas tu bersedialah untuk feeling-feeling not well haha. Beto Kusyairy (kena eja betul-betul –nanti dia marah), pertama kali rasanya dia berlakon watak romantik dalam filem juga meyakinkan walaupun kita tahu dia tak memiliki rupa paras komersial tapi dibalas dengan kejituan watak Haris yang boleh buat para hati wanita tercair sendiri.

Walaupun sebenarnya IAD taklah berapa original dan ending boleh diagak, IAD boleh dikata sebagai komedi romantik yang sangat baik dalam konteks sinema Malaysia dalam masa yang sama memaparkan konflik yang tidak dipaksa-paksa seperti sesetangah filem bergenre sama. Ada teman kata, IAD is the next Sembilu tapi di zaman 2010an. Betul ke tidak, korang saksikan sendiri. Adalah menjadi harapan agar Bernard Chauly dan team Grand Brilliance & Red Films terus bergabung bagi memantapkan lagi perfileman kita yang sendu sejak akhir-akhir ini.

*Bernard Chauly sudah kurus sekarang! hampir tak kenal..

24 Oct 2012

Ted : Bukan Komedi Kosong


Genre : Komedi
Arahan : Seth MacFarlane
Pelakon : Seperti di Poster
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Paul & Mr Popper's Penguin
Rating : 3/5



Pertama sekali, PF jarang ulas filem komedi Hollywood. John Bennett (Mark) yang mendapat 'mukjizat Krismas' iaitu seekor patung beruang yang boleh bercakap (Ted) semasa usia kanak-kanaknya dan kerkawan rapat gila sehingga dewasa. Nampak macam cerita untuk budak-budak, tapi bukan. Ini komedi untuk orang dewasa tapi dalam medium kanak-kanak. Kecuali kepada mak-bapak yang open minded dan sporting katanya tak kisah anaknya menonton teddy bear lebih kurang manusia yang tak senonoh perangainya. Ya, Ted ini boleh saja kita ganti dengan manusia biasa dalam filem ini tapi produksi memilih patung beruang agar nampak lebih komedi dan meneruskan legasi Family Guy whatsoever....

Sudah berusia 35 tahun John belum berkahwin tetapi menjalin hubungan dengan Lori (Mila) yang menjangkau 4 tahun. Bukan jalan cerita John terpaksa memilih antara Ted dan Lori apabila tiba waktunya, tapi yang PF lihat di sini adalah persahabatan. PF dapat rasa chemistry dan tak-boleh-pisah antara John dan Ted. Beberapa kali babak 'kena tinggal' oleh John terhadap Ted adalah sesuatu perasaan yang mendalam antara dua watak ini. Ted walaupun hanya kapas di dalam tubuhnya, mempunyai kuasa kawan yang menakluk John agar 'mendengar kata'. Dengan perangai Ted yang buruk tak ubah seperti manusia dewasa menjadikannya ia diterima oleh masyarakat sehingga lama-kelamaan orang sudah tak jakun dengannya. Kau tak rasa ke semasa babak mereka bergaduh di dalam bilik tu? Itulah kemuncak kepada nilai persahabatan mereka yang pada PF erti kawan sebenar. PF dapat merasakannya. Walaupun bertumbuk-tumbuk, itulah membuktikan bahawa Ted terlalu sayang pada John kerana John meletakkan Ted hanya sebagai 'beruang picisan' - istilah itu PF lupa. Filem yang kesampaian dalam menyampai maksudnya tetapi diluar kotor. Walau begitu PF menggemarinya.



Genre : Seram
Arahan : Scott Derickson
Pelakon : Ethan Hawke, Juliet Raylance, Clare Foley, Michael Hall.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3/5

Takde plan pun nak ulas filem ini, cuma ingin berkongsi sedikit. Filem seram ini terletak pada pita filem yang dijumpai oleh Ellison seorang penulis novel yang berpindah ke rumah baru. Dia ingin cuba mengulang kejayaan  yang pernah dikecapinya dahulu dengan cuba menulis novel terkini. Sekali lagi formula diulang  - premis seram dengan 'berpindah ke rumah baru'. Dengan menghidangkan konsep menyiasat sendiri terhadap kejadian yang berlaku dalam pita tersebut, Ellison sendiri obses dengan imej-imej di dalamnya. Seram yang boleh tahan dan elemen kejutan yang membuat jantung anda berdebar. Imej hantu jika ditayang lama-lama memang akan hilang keseramannya tetapi sebelum 'memperkenalkan' hantu, penonton disogok dengan kemisterian mereka. Sinister ada sesuatu.


23 Oct 2012

Karya Terbaru James Lee Ke Busan & Vancouver




Filem independen terbaru arahan James Lee akan ditayang buat pertama kalinya di Festival Filem Antarabangsa Busan Korea, Korea Selatan pada 4 - 13 Oktober. BIFF ialah festival filem yang terbesar di Asia. Sutradara ini akan menghadiri festival ini dan juga akan berkhidmat sebagai juri pertandingan NETPAC untuk mengadili filem-filem Korea yang terbaru. Sejurus selepas itu, filem ini akan diputar di Festival Filem Antarabangsa Vancouver, Kanada, 27 September - 12 Oktober 2012 sebagai satu-satunya filem Malaysia yang dipilih dalam kategori Dragon & Tigers.

If It's Not Now, Then When? ialah sebuah drama keluarga dalam Bahasa Mandarin yang dibintangi oleh Pearlly Chua, Tan Bee Hung dan Kenny Gan. Filem ini diterbitkan oleh syarikat Da Huang Pictures dan mendapat sokongan dana dari Krishen Jit Astro Fund (Malaysia) dan Hubert Bals Fund (Belanda). 

Sinopsis dalam Bahasa Inggeris :

If It’s Not Now, Then When? mostly takes place in an apartment inhabited by three members of a family (though never at the same time): mother Pearlly Chua (from Tsai Ming-liang’s I Don’t Want to Sleep Alone), daughter Tan Bee Hung and young son Kenny Gan. Their father seems recently to have died. The mother leaves early and returns late, out on long walks in the park with a lover whom the daughter and her best friend try to spy on. The daughter pecks away at a computer at work and has a desultory affair with her married boss, which he carries on between his business and family phone calls. And the son breaks into cars and “recycles” the electronics he finds.

Lee’s characters are superb at indicating, despite their placid, seemingly calm exteriors, that tension inflected with despair lurks just underneath. With precise control, Lee circulates the three characters through ever-overlapping spaces, as they seek ways to connect with each other. When the final eruption occurs, it is all the more fierce, disturbing, despairing—and quite possibly (even controversially) somehow satisfying.


If It's Not Now, Then When? akan ditayang secara kecil-kecilan di Malaysia pada 1-3 November serentak dengan tiga filem pendek terbaru oleh pengarah prolifik ini.

Temuramah James Lee dengan Hollywood Reporter.
TRAILER

18 Oct 2012

The Father : Cerita Berkuasa Lahir Dari Cerita Biasa & Hayat

THE FATHER

Genre : Drama (Iran) 
Arahan : Majid Majidi
Pelakon : Hassan Sadeghi, Mohammed Kasebi, Hossein Abedini, Parivash Nazarieh
Tahun : 1996
Filem Seumpamanya : -
Rating : 4/5


Mehrollah berusia 14 tahun. Dia tak dapat menerima hakikat bahawa ibunya berkahwin lain iaitu dengan seorang anggota polis. Pelbagai cara Mehrollah lakukan agar ayah tirinya itu tidak bahagia. Sebenarnya filem ini masih relevan lagi pada ketika ini. Filem mudah tetapi jika tidak kena caranya, hanya sesuai untuk drama TV saja. The Father, mengangkat isu ego seorang remaja lelaki dan kasih-sayang anak. Memberontak, menyalahkan ibu yang berkahwin kerana wang sedangkan ibunya tiada pilihan lain kerana orang mengata bila jadi janda. Dengar seperti drama TV melayu, tetapi ini bukan kisah jiran-jiran mengata sana-sini atau adik beradik tak suka ibu kahwin lain. Kuasa wang yang didakwa Mehrollah, penyebab dia begitu marah kepada ibunya. Mehrollah menghulur seikat wang kepada ibunya dan ibunya membalas dengan memukul Mehrollah, adalah satu kuasa yang amat dalam sehingga menimbulkan 'rasa'. Rasa inilah yang boleh membuat airmata jatuh kerana si anak tidak tahu akan keperluan seorang wanita seusia ibu. Naluri lelaki Mehrollah begitu kental membenci ayah tirinya ditunjukkan dengan hanya membisu dari dia ditangkap di bandar oleh ayah tirinya hingga mereka terdampar di padang pasir. Ini adalah satu lagi karya Majid Majidi berkenaan hubungan lelaki asing dan lelaki lain sebelum beliau menghasilkan Children Of Heaven.

PF tonton melalui Youtube :


*****
HAYAT

Genre : Drama (Iran) 
Arahan : Gholam Reza
Pelakon : Mehrdad Hassani,  Gazaleh Parsafar
Tahun : 2005
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3/5

Hayat kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun nak ambil peperiksaan penting la kononnya macam UPSR gitu. Penentu sama ada dia boleh pergi ke sekolah berasrama penuh. Pada hari dia nak ambil peperiksaan itu pulak, ayahnya jatuh sakit dan ibunya terpaksa hantar berjumpa doktor dan tak ada sapa nak jaga adiknya yang masih baby. Adik lelakinya (Akhbar) pun ada peperiksaan juga pada hari tu. Maka, kat sinilah Hayat kelam-kabut, mana nak buat urusan harian i.e bagi lembu makan, perah susu lembu, bagi ayam makan dan yang penting cari orang yang jaga baby  untuk bagi membolehkan dia ambil peperiksaan itu. Kelakarlah pulak idea ni kan? Macam ni pun boleh jadi cerita apatah lagi filem. Itulah sinema Iran, dengan tema ringkas boleh dijadikan karya lebar. Entah bila exam tu bermula apabila Hayat buat kerja-kerja dan cari pengasuh sana-sini. PF layan dan terima sajalah naskhah ini walaupun macam pelik dan kadangkala boleh dipersoal. Dari filem ini juga kita belajar adab orang Iran bahawa, jika kanak-kanak tidak menyapa orang yang lebih tua semasa berselisih di jalanan akan dikatakan kurang ajar selain daripada pemikiran kolot bahawa perempuan hanya duduk di dapur.

Apa kata ibu-bapa tunjukkan filem ini pada anak-anak mereka sebagai menghargai pentingnya pendidikan daripada beli cerita yang bukan-bukan di Astro First tu. Adakah Hayat berjaya menduduki peperiksaan? Seukir senyuman pasti terlakar di bibir anda.

Terima kasih Youtube:



14 Oct 2012

5 Filem Berbajet Besar Malaysia Hilang Ditelan Masa - Updated

PerangFilem dapat menjejaki NOTES dari Facebook peribadi yang bertarikh 17hb Mac 2009 tentang 4 filem Malaysia yang berbajet besar. Malangnya, link Berita Harian yang memaut artikel projek-projek berkenaan telah tiada. Paling PF ingat adalah tujuan murni Wan Noraini, penerbit filem Mek Ani ingin menghantar filem itu ke Akademi Awards.

Kini berita tentang projek mega itu semua hilang tanpa khabar berita. Adakah masih dalam persediaan lagi, ditangguh atau pun telah dibatalkan disebabkan masalah-masalah yang timbul. Maklumlah projek mega yang melibatkan wang juta-juta ni susah nak buat. Atau pun PF tertinggal berita perkembangan filem-filem ini? Jika ada yang tahu, khabarkan saja diruangan komen. PF copy paste saja berita tersebut dari blog-blog dan akhbar Mstar dan Murai dan dikompilasikan bahawa Malaysia pernah bercita-cita besar dalam dunia perfileman. Filem mana yang paling anda tunggu jika projek ini menjadi?

**********


1. MAT KILAU - RM10 juta. SUMBER : PUTERA KERIS

Filem epik pahlawan negara cecah kos RM10 juta

SEGALA teka-teki berhubung cadangan penerbitan filem berkaitan pahlawan Melayu, Mat Kilau, akhirnya terjawab apabila berlangsungnya pelancaran filem berkaitan tokoh itu di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,

Pelbagai kejutan berlaku pada majlis itu, termasuk kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Lagenda Studios, Rodzee A Razak, bahawa kos penerbitan filem berkenaan mencecah RM10 juta, sekali gus menjadikannya filem tempatan kedua termahal pernah diterbitkan selepas Puteri Gunung Ledang (PGL) pada 2004.

Kenyataan beliau bukan hanya mengejutkan menteri, bahkan kebanyakan tetamu jemputan, termasuk pihak media hingga ada yang menganggapnya umpama `bermimpi di siang hari’ kerana menerbitkan filem yang agak besar kos penerbitannya. Bagaimanapun, Rodzee yang juga bakal pengarah filem itu mempunyai alasan tersendiri di sebalik keberaniannya membuat pelaburan besar bagi menerbitkan filem berkenaan yang berkisarkan perjuangan Mat Kilau menentang penjajah.

“Filem Pahlawan Mat Kilau diterbitkan bukan berorientasikan keuntungan semata-mata, sebaliknya ia lebih kepada simbol penghargaan kepada pengorbanan generasi pejuang terdahulu menentang kebiadapan dan cengkaman penjajah Inggeris,” katanya mengakui tidak menetapkan sebarang sasaran kutipan untuk filem itu kelak yang dijadualkan menemui penonton awal tahun depan. 

“RM10 juta memang satu jumlah yang besar, namun selepas mengambil kira pecahan kos yang sebenarnya, jumlah itu cukup munasabah. Lagipun, bukan murah mahu menghasilkan sebuah filem epik dan sejarah seperti pahlawan Mat Kilau, berlatar belakang zaman penjajahan dulu. Kami terpaksa membina semula tiga hingga empat kampung sebagai set penggambaran bagi menggambarkan suasana sebenar ketika zaman Mat Kilau dulu, selain menggunakan 700 pelakon tambahan, jumlah pelakon teramai pernah muncul dalam filem tempatan,” katanya. 

Filem Pahlawan Mat Kilau juga, katanya, menggunakan banyak teknologi terkini dalam bidang perfileman, terutama imej janaan komputer (CGI) yang memang mahal perbelanjaannya. 

“Ini turut mengambil kira kos berkaitan, termasuk penyelidikan yang dijalankan selama dua tahun, termasuk bertemu waris pahlawan itu bagi menyiapkan skrip filem ini. Penyelidikan ini proses terpenting dalam menghasilkan filem sejarah kerana kita harus memastikan ketepatan setiap fakta,” katanya. 

Berbanding produser lain yang cenderung memilih pelakon popular untuk menarik perhatian penonton, Rodzee pula memilih pesilat muda, Hairul Nizam Ibrahim bagi melakonkan watak utama, Mat Kilau, manakala Maz Omar sebagai isteri pahlawan itu, Yang Chik. 

“Lama atau baru, seseorang pelakon itu boleh kelihatan hebat di layar perak jika kena gaya garapan si pengarahnya. Saya yakin kedua-duanya boleh membawakan watak mereka dengan baik. Mengenai pemilihan Hairul, ciri-ciri Mat Kilau memang ada dalam dirinya berdasarkan kajian saya.

“Mat Kilau seorang yang berkulit cerah dan bersikap lemah lembut walaupun beliau seorang pahlawan. Paling penting, Hairul mampu bersilat dengan baik. Apapun, saya sentiasa percaya pada bakat baru... mereka seharusnya diberikan peluang,” kata Rodzee ketika diminta mengulas lanjut, berkata filem itu terpaksa mengambil masa penggambaran lama kerana memaparkan lima peperangan besar membabitkan beratus tentera Inggeris dan pahlawan Melayu, yang diadunkan dengan letupan `pyrotechnic’, adegan aksi ngeri dan koreografi persilatan. 

“Saya banyak mengambil ilham dari filem epik Hollywood, The Patriot, yang memaparkan banyak aksi peperangan dan pertarungan. Kerja-kerja pasca penerbitan, termasuk grafik 3-D dan CGI dijangka siap September ini,” katanya yang turut merancang memasarkan filem itu ke luar negara. 

Sementara itu, Hairul yang pertama kali berlakon, berkata beliau berbangga dipilih membawakan watak Mat Kilau, seorang pahlawan yang dikagumi keberaniannya menentang penjajah, selain tinggi ilmu persilatannya. Malah, pelajar sarjana jurusan sains sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu turut menghargai peluang itu kerana dapat mempraktikkan ilmu persilatan yang dipelajarinya menerusi Pertubuhan Gayung Fattani Malaysia sejak enam tahun lalu. 

“Jika China boleh berbangga dengan kung-fu, Jepun dengan aikido, Malaysia juga boleh berbangga dengan seni silat yang dikagumi di peringkat antarabangsa. Melalui filem sebegini, kita boleh membantu mempromosikan warisan seni mempertahankan diri kita ini. Untuk babak bersilat, ia tidak menjadi masalah. Cuma, saya perlu mengikuti kelas lakonan dan vokal yang disediakan kerana saya tiada pengalaman asas berlakon sebelum ini,” katanya. 

Selain Hairul dan Maz, filem itu yang penggambarannya dijadualkan berlangsung selama 90 hari, bermula awal April ini turut dibintangi Khir Rahman, Shaharuddin Thamby, Badrul Muhayat dan Z Zamri serta menyaksikan kemunculan semula Sabree Fadzil

TAMBAHAN KEPADA FILEM

Filem bercorak epik dan menampilkan muka baru untuk memegang peranan utama ini dijadualkan menjalani penggambaran bermula April hingga Jun ini. Lokasinya dibuat sekitar Bota, Perak dan Kuala Tembeling juga Jerantut, Pahang.

Mendengar jumlah kos bakal dilabur produksi itu, pastinya timbul persoalan mampukah ia memperoleh pulangan? Sebelum ini ada filem epik dan patriotik pernah dihasilkan gagal mendapat keuntungan apabila ditayangkan.

Bukan itu saja, kerana terlalu bercita-cita tinggi ada antara produksi yang menghasilkan filem berbajet tinggi terpaksa gulung tikar apabila kutipan dibuat begitu rendah.

Ditemui di majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, penerbit dan juga pengarah filem, Pahlawan Mat Kilau, Rodzee A. Razak menjelaskan, pihaknya memerlukan belanja besar kerana terpaksa membina kembali perkampungan Melayu dan penempatan tentera Inggeris mengikut latar penempatan dan sejarah peristiwa berlaku.

"Pada saya sekiranya kita mahu menghasilkan filem mengangkat tokoh sejarah tempatan, pembikinannya harus dilakukan dengan teliti terutama membabitkan latar belakang dan peristiwa. 

"Perkara ini penting supaya apabila ditayangkan nanti ia nampak meyakinkan seperti apa yang dibayangkan dalam buku sejarah.

"Masalahnya kita tidak mempunyai logistik lengkap. Mengambil contoh walaupun asal usul Mat Kilau dan peristiwa peperangan berlaku di Kuala Tembeling, tetapi di sana tidak mempunyai bangunan bersejarah yang boleh menggambarkan wujudnya penjajahan Inggeris. Kerana itu kami terpaksa membina beberapa set diperlukan. Begitu juga dengan Bota yang tidak ada penempatan Melayu asli Pahang. 

"Selain itu penggambaran Pahlawan Mat Kilau mengambil masa tiga bulan kerana ia membabitkan banyak babak penting seperti lima adegan peperangan besar membabitkan beratus anggota tentera Inggeris, pahlawan Melayu dan letupan pyrotechnic. Semua perkara yang mahu dipaparkan dalam filem ini memerlukan belanja sangat besar.

"Selain itu, selepas penggambaran selesai dijalankan ia perlu menjalani pasca penerbitan termasuk penjanaan grafik tiga dimensi dan visual janaan komputer (CGI) untuk mencantikkan visualnya. 

"Alang-alang mahu melakukannya biarlah ia jadi bagus dan mampu membanggakan semua. Lagipun filem ini saya buat dengan tujuan menanam sifat patriotisme. Siapa tahu dengan usaha dilakukan ini ia mampu membawa hasil sulung produksi Lagenda Studio ke pasaran luar.

"Saya menjangkakan Pahlawan Mat Kilau dapat diselesaikan pada September tahun ini juga dan ditayangkan awal tahun berikutnya," katanya yang pernah mengarahkan filem Ops Belantara pada 1992. 

Watak Mat Kilau diberikan kepada pendatang baru Mohd Hairul Nizam dan isterinya, Yang Chik dipegang Mazlina Omar. Selain itu filem ini turut membariskan pelakon berpengalaman seperti Badrul Muhayat, Datuk Jalaluddin Hassan, Serina Redzuan, Fauziah Nawi, Khir Datuk Rahman dan Sabree Fadzil.

Menjelaskan mengenai keberaniannya menampilkan wajah baru dalam filem ini, kata Rodzee dia yakin sekiranya filem dihasilkan baik, siapa saja pelakon ditampilkan ia pasti dapat diterima penonton.

"Lagipun pelakon utama ini mempunyai ciri-ciri perwatakan pahlawan Melayu itu. Saya sudah melakukan kajian hampir dua tahun membabitkan Mat Kilau. Saya berkesempatan bertemu dengan keturunannya di Pahang. Menerusinya saya mengenali dua watak utama ini.

"Sewaktu uji bakat dijalankan saya lihat Mazlina dan Hairul mempunyai ciri-ciri yang saya cari. Contoh terbaik Hairul yang memang mahir bersilat. Waktu sama memiliki perwatakan lembut dan mampu mengaji dengan baik. Itu jugalah sikap yang ada pada Mat Kilau," katanya.

Begitupun selaku pengarah, Rodzee terlebih dulu memberikan latihan kepada dua pelakon baru ini agar mereka benar-benar faham akan watak yang akan dilakonkan. 

Dalam tempoh menanti penggambaran dilakukan Mazlina dan Hairul harus mengikuti kelas lakonan dan nyanyian yang disediakan Lagenda Studio.

Hairul sewaktu ditemui berkata dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan tetapi memang meminati seni silat mempertahankan diri.

"Sewaktu membaca iklan mengenai Lagenda Studio mencari pelakon yang boleh bersilat, membuatkan hati saya tertarik untuk mencuba menghadiri uji bakat. Saya sudah tujuh tahun menyertai Pertubuhan Seni Silat Gayung Patani dan kini mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Sains Sukan. 

"Saya melihat pembabitan dalam dunia lakonan sebagai satu peluang," katanya.

ARTIKEL LAIN : UTUSAN MALAYSIA

Perjuangan Mat Kilau difilemkan

KUANTAN 5 Dis. – Selepas filem 1957 Hati Malaya ditayangkan pada umum, sebuah filem sejarah mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu terbilang, Mat Kilau akan menyusul tidak lama lagi.

Salah seorang penerbit filem itu, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, setakat ini, pihaknya baru mengadakan perbincangan awal bersama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) bagi mendapatkan pandangan mengenai hasrat syarikat Ika Jaya Sdn. Bhd. untuk menerbitkan filem berkenaan.

‘Kita mempunyai peruntukan sebanyak RM7 juta bagi merealisasikan penerbitan filem sejarah ini dan buat masa ini, saya telahpun berpeluang membaca skrip yang dihasilkan untuk filem Mat Kilau,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas mengenai pengarah yang bakal menerajui filem tersebut, beliau menjelaskan, setakat ini, pihaknya masih di peringkat perbincangan dan pandangan daripada pelbagai pihak perlu diambil kira bagi memastikan pengarah yang bakal dipilih adalah tepat dan bersesuaian.

‘‘Saya ada berbincang dengan Shuhaimi Baba bagi mendapatkan pandangan beliau tetapi saya masih belum memutuskan siapa pengarah filem ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Waris dan Keturunan Tok Gajah-Mat Kilau memberitahu, penghasilan filem itu memerlukan penelitian yang khusus memandangkan ia merupakan sebuah filem sejarah dan fakta yang diketengahkan perlu tepat.

Zulkifli memberitahu, pihaknya juga merancang untuk menjadikan Pahang sebagai lokasi penggambaran memandangkan Mat Kilau merupakan pahlawan Melayu yang berasal dari Pahang.

‘Sejarah Mat Kilau menentang penjajah Inggeris bermula di Pahang dan kalau boleh kita mahu penggambaran dibuat di lokasi sebenar sewaktu pertempuran itu berlaku.

‘‘Sekiranya tempat tersebut telah dibangunkan kita masih boleh mencari lokasi alternatif di Pahang untuk menjayakan penggambaran filem Mat Kilau ini,” tambahnya.

Ketika ditanya bila filem tersebut akan memulakan penggambaran, beliau berkata, sekiranya segala yang dirancang berjalan dengan lancar, kemungkinan filem itu bakal memulakan penggambaran sekitar tahun depan.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya juga kini sedang berusaha mengesan waris-waris Tok Gajah serta Mat Kilau di seluruh negara dan mereka boleh menghubungi talian 03-77279970 atau 77222532 sekiranya berminat untuk menyertai persatuan tersebut.

**********


2. MEK ANI - RM5 juta. SUMBER : MURAI

KL, 23 JULAI 2008: Sejak kebelakangan orang media dan industri mula berbisik-bisik tentang filem Mek Ani yang dikatakan tidak dapat memulakan penggambaran kerana tidak cukup duit.

Hai, masa umumkan dulu dahsyat, sampai RM5 juta, tup tup tak cukup bajet pulak? Lalu spy setia Murai Batu terus telefon produsernya untuk mendapatkan komen. 

Produser Wan`s Productions iaitu Wan Noraini atau lebih dikenali Kak Wan mendakwa dia terpaksa melambatkan pembikinan Mek Ani kerana barisan pelakonnya tidak cukup persediaan untuk melakonkan watak masing-masing. 

"Memang betul tarikh mula pembikinan kita tertangguh sedikit tapi ia bukan disebabkan tidak ada duit. Ia kerana Kak wan memerlukan masa lagi untuk melatih skil tertentu macam tarian Mak Yong kepada pelakon yang terbabit. Tahulah ini filem period dan bukannya boleh buat sambil lewa," katanya. 

Sebelum ini, filem Mek Ani mendapat perhatian ramai pihak setelah pengumuman bajetnya berjumlah RM5 juta. Mek Ani antara lain menampilkan pelakon seperti Zul Huzaimy, Fauziah Nawi dan Wan Noraini sendiri. 

Ia juga memperkenalkan bakat wartawan Harian Metro, Abie Abdullah, Sharina Ahmad Hadzim, Ismail Wakiri serta anak komposer Adnan Abu Hassan, Aina Adnan. 

MURAI BATU: Seram tengok bajet filem tinggi-tinggi, tapi kalau yakin boleh, apa nak takut! Redah ajerrr....!

**********

3. EMPAYAR : DENDAM TAMING SARI - RM5 juta SUMBERPEREKACERITA

Cabaran hasilkan filem epik fantasi Empayar : Dendam Tamingsari

Oleh Akmal Abdullah

Berita Harian 

user posted image
Gambaran grafik untuk babak pelabuhan Melaka.


Filem berlatarkan zaman kerajaan Melayu Melaka dan Majapahit membabitkan kos RM5 juta dan bakal menggunakan 70 peratus visual CGI

HASRAT penerbit filem ini ialah untuk melihat sebuah filem dalam skala besar, grandeur dan agung yang mampu menggambarkan zaman kegemilangan kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Kesal dengan filem klasik dan epik tempatan yang sering gagal menunjukkan suasana gemilang kerajaan silam, maka atas inisiatif beliau, sebuah filem yang memfokus kepada kehebatan kerajaan dan wira zaman dulu digambarkannya menerusi filem epik fantasi Empayar: Dendam Tamingsari.

Mengambil semangat filem Hollywood seperti Lord of the Rings yang hebat menggunakan banyak imej janaan komputer (CGI) kerana mampu menzahirkan zaman silam yang gah dan kelihatan realistik, projek filem ini memulakan rekaan produksi bagi menggambarkan milieu zaman itu seperti istana Sultan Melaka, bahtera raja, pelabuhan yang sibuk dengan kapal dagangan, keraton Majapahit dan beberapa struktur binaan
 yang relevan pada zaman itu

.


Produser filem itu yang juga Pengarah Urusan Cinequip Productions, Kamaruddin Abu mengakui ia satu tugas berat dan mencabar bagi menghasilkan Empayar: Dendam Tamingsari dalam skala besar membabitkan banyak penggunaan CGI kerana harus dibuat teliti bagi menggambarkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka kira-kira 500 tahun yang lalu selain zaman keagungan kerajaan Majapahit.


user posted image

Dari kiri; Alan, Kamaruddin, Raja Aznil dan Mohd Mazren berbincang mengenai produksi.



“Kami di Cinequp Productions mahu mengangkat satu tahap baru filem epik tempatan dengan imej visual yang lebih kemas dan meyakinkan sesuai dengan cerita kehebatan zaman kerajaan Melaka dulu. Jika dulu kita sebut empayar Melaka tentu ia hebat dan gemilang, jadi kita mahu tengok semula dengan gambaran fantasi berlatarkan sejarah dan legenda. Kita mahu naikkan imej teknologi dan paparan zaman Melaka dalam filem Malaysia. Versi ini boleh membuatkan generasi muda akan bangga dengan sejarah asal usul tanah Melayu dan kini menjadi Malaysia.


“Saya akui watak Hang Tuah juga sudah banyak muncul dalam filem lain tetapi Hang Tuah dalam versi Empayar: Dendam Tamingsari dilihat dari sudut pandangan lain, namun kami tidak ketepikan fakta yang terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Sebagai filem cereka, kami cuba beri fantasi yang jauh lebih menarik, kami warnakan kisah kegemilangan dulu dengan melihat semula apa kehebatan keris Tamingsari dan kenapa ia menjadi misteri dan terus disebut sehingga zaman kini.

“Empayar: Dendam Tamingsari melihat kisah zaman dulu dari segi politik dan perkahwinan, kekuasaan dan pengaruh serta kehebatan perwira kita zaman silam. Watak yang diwujudkan dalam filem ini ialah Sultan Mansor syah, Raja Majapahit, Tamingsari (pahlawan Majapahit), Hang Tuah, Tun Teja, Megat Panji Alam, Ketua Orang Bunian, Tun Perak, Raden galoh, Megat Panji Alam, Megat Kembar Ali, Sang Kelembai, Jin Air dan Jin Api. Ia juga ada elemen cinta iaitu mengenai konflik seorang wanita dan tiga lelaki iaitu tunang, kekasih dan suaminya.

“Kami merancang untuk jangka panjang untuk membuat tiga sekuel filem ini. Untuk sekuel pertama, ia kini dalam peribngkat akhir praproduksi dan penggambaran dijadualkan pada pertengahan tahun ini. Mengenai pelakon, ada beberapa watak sudah diputuskan tetapi untuk beberapa watak utama seperti hang Tuah dan Tun Teja, kami masih membuat proses casting. Saya juga tidka boleh beritahu siapa pengarah filem ini. Kami akan umumkan pada sidang media nanti,” kata Kamaruddin.

Mengenai bajet projek filem berkenaan, beliau berkata, sudah tentu untuk menghasilkan banyak visual CGI dan penyelidikan dan penelitian untuk setiap babak, kosnya menjadi agak mahal dan memerlukan pembiayaan daripada kerajaan kerana projek filem ini bukan untuk keuntungan semata-mata tetapi atas tanggungjawab kami pada bangsa dan negara.

“Sebenarnya projek filem ini sudah empat tahun dirancang tetapi kita bergerak perlahan-lahan kerana banyak buat kajian dan mencipta gambaran visual untuk CGI. Kos filem ini dijangka menelan belanja RM5 juta. Kami memperoleh dana menerusi duit syarikat, pinjaman dari Bank Pembangunan dan bantuan geran daripada Kementerian Sains teknologi dan Inovasi. Namun, jumlahnya belum cukup dan kami berharap ada pihak lain lagi yang boleh bekerjasama kami untuk menjadikan filem ini berjaya dihasilkan. Kos ini bukan sekadar praproduksi dan penggambaran tetapi persiapan untuk CGI dan proses selepas penggambaran dan promosi. Setakat ini perbelanjaan yang digunakan sudah lebih RM600,000.

user posted image
Imej visual CGI untuk babak kediaman Raja Majapahit.


“Empayar: Dendam Tamingsari adalah manisfestasi sebuah filem Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengembalikan semula kenangan fanatasi mengenai kehebatan zaman kerajaan Melayu Melaka di Tanah Melayu,” kata Kamaruddin ketika ditemui di pejabatnya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Turut sama, Penerbit Eksekutif filem itu, Mohd Mazren Datuk Mohd Mazlan.

Pereka Produksi filem itu, Raja Aznil Raja Hisham pula berkata, Empayar: Dendam Tamingsari menggabungkan elemen sejarah, legenda dan fantasi, maka rekaan dan corak untuk visual filem itu harus memperlihatkan gambaran kehebatan zaman dulu dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku secara logik, ada daulat dan kuasa luar biasa.

“Di mana kegemilangan dulu? Sekarang tidak ada lagi kesan sejarah yang menggambarkan kehebatan zaman Melaka dulu kerana kajian mendapati apabila Portugis menakluk Melaka pada 1511, mereka terus merobohkan kota dan pusat binaan Melayu. Ke mana pergi rekaan dan arkitektur kita. Dulu, ada binaan batu untuk masjid, istana dan dinding istana Sultan Melaka tetapi Portugis runtuhkan dan gunakan batu itu untuk bina kota mereka. Kajian dapati istana Melaka dulu terletak di Bukit St Paul sekarang tetapi apa yang ada sekarang binaan lain.

“Apabila kita sebut empayar kerajaan Melaka dulu, tentu ia hebat dan gemilang dan kita kena berfantasi semula zaman kegemilangan itu. Kami banyak buat penyelidikan dan hasilnya nanti akan diserapkan dalam imej CGI filem ini. Sebagai orang filem, kami ada lesen kreatif untuk memberi gambar yang boleh membuatkan masyarakat berbangga dan kagum dengan keagungan kerajaan melayu Melaka dulu.

“Begitu juga pakaian. Kalau dalam filem Melayu klasik atau filem purba, selalunya imej pakaian ialah imej kain lusuh, selain cuma berbaju Melayu, bertengkolok dan bersampin tetapi kajian dapati orang dulu juga hebat dari segi fesyen dan jenis fabrik bermutu. Takkan orang dulu apabila pergi perang masih pakai baju Melayu, sampin, tengkolok dan capal? Mereka juga ada pakaian seragam tentera. Rotan dan kulit juga sudah dijadikan pakaian, malah kayu dan besi juga sudah digunakan untuk pakaian seram tentera Melaka ketika berperang, termasuk senjata.

“Kami cuma beri gambaran yang memperlihatkan kehebatan zaman kerajaan Melayu Melaka kerana ia terkenal di seluruh dunia dan ada hubungan dengan China, Parsi dan India. Ini filem epik fantasi dan aksi romance, tentunya kita berikan imej sesuai dan boleh dibanggakan. Kita mahu generasi muda kita menghargai wira silam kita dulu, bukan saja Hang tuah tetapi kenal secara dekat siapa Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.

“Kami cuba bermain dengan fantasi dan merujuk kepada fakta yang ada... kalau kami mungkin tersasar dari segi gambaran ini, beritahu kami apa lagi yang sesuai dan tepat seperti pakaian atau struktur rumah orang dulu. Kita mahu naikkan imej filem Malaysia dan imej kerajaan Melayu zaman silam. Untuk tata busana, produksi filem ini akan hasilkan pakaian sesuai mengikut watak dan insiden babak, selain kita akan ambil pakaian dari wardrobe tetapi akan diubahsuai.

.





“Dari segi imej rambut, orang dulu sebenarnya bukan sekadar berambut panjang tetapi ada fesyen ala punk, tak terurus dan ala pasta. Jenis senjata pula, bukan saja lembing, tombak dan keris tetapi gasing tajam, kerambit tiga mata, panah api dan pedang pelbagai saiz. Tentera Melaka dulu juga sebenarnya lengkap dengan pakaian seragam dan senjata. CGI akan banyak membantu untuk memberi gambaran imej watak dalam filem ini kelak.

Bagi Pengarah CGI untuk filem berkenaan, Alan Wong, apa yang mencabar bagi dirinya ialah untuk menyediakan CGI dari segi kekuatan imaginasi supaya Empayar: Dendam Tamingsari bakal kelihatan realistik dan gah pada visualnya.

“Ia mencabar kerana ini benda baru bagi menggambarkan kehebatan kerajaan Melayu zaman dulu, kita tidak mahu buat benda atau imej yang sama. Kita kena siapkan gambaran set, subset dan props dalam CGI sebelum penggambaran sebenar bermula supaya hasilnya berkesan. Keseluruhannya untuk projek filem ini, sebanyak 70 peratus ialah CGI iaitu kira-kira 40 babak. Tempoh filem ini nanti ialah 110 minit.

“Saya juga kena banyak berbincang dengan penerbit dan pereka produksi untuk mendapatkan corak rekaan sebenar yang mahu divisualkan menerusi CGI dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) mengikut babak. Kini kami sedang giat memproses imej bahtera, istana, keraton Majapahit dan beberapa imej jin, Sang Kelembai dan persekitaran alam bunian. Saya ada dua pasukan yang melakukan kerja CGI membabitkan 15 petugas,” kata Alan yang juga Pengarah Urusan DNA Studios.

**********

4. BUNIAN MAHKOTA SERI HELANG - RM3.5 juta. SUMBER : MStar

Bunian Mahkota Seri Helang pertaruhan Adnan di layar perak

Jumaat Januari 23, 2009
Oleh WAHIDA ASRANI

NAMA Adnan Abu Hassan bukan lagi asing di persada muzik tanahair. Lebih 30 tahun bergiat aktif dalam bidang penghasilan lagu, Adnan melangkah setapak lagi dengan bergelar penerbit filem menerusi filem sulung terbitan produksi miliknya, Fantasy Film, berjudul Bunian: Mahkota Seri Helang.

Filem epik yang menelan belanja sebanyak RM3.5 juta ini merupakan pertaruhan pertama Adnan di layar perak dengan menyaksikan pelakon hebat seperti Rusdi Ramli, Nasha Aziz serta pendatang baru, Mimi Rahzia sebagai tunggak utama filem tersebut.

Lebih menarik lagi, filem ini juga akan dibuat di dalam bentuk trilogi, mengambil idea yang dibuat menerusi filem antarabangsa, Lord of the Ring.

"Memang sejak kecil lagi saya sudah berminat dengan penulisan cerita bercorak fantasi. Tetapi ia terhenti kemudiannya setelah saya terlibat di dalam bidang muzik.

Adnan (dua dari kanan) bersama pengarah, Jantan (kanan) dan barisan pelakon Bunian:Mahkota Seri Helang - foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
"Lebih kurang tiga tahun lalu saya terfikir untuk menghasilkan cerita tentang bunian dan meluahkan hasrat saya untuk jadikannya dalam bentuk filem kepada Zaharil Izham atau Jantan yang kini merupakan pengarah filem ini.

"Dalam tempoh itu, saya telah menulis sinopsis cerita bunian ini dan nampaknya impian saya untuk buat filem berjaya juga direalisasikan," kata Adnan pada sidang media sempena pelancaran filem tersebut, baru-baru ini.

Filem Bunian: Mahkota Seri Helang yang akan memulakan penggambaran pada bulan hadapan itu dilancarkan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut Adnan, subjek 'bunian' itu dipilihnya kerana setakat ini, tidak ada filem Melayu yang mengangkat kisah tentang makhluk ini.

"Sebenarnya, saya hanya menyediakan sinopsis dan serahkan kepada mereka yang pandai membuat skrip untuk mencantikkan lagi jalan ceritanya.

"Bagi saya, subjek ini cukup menarik kerana jika tidak salah saya, kali terakhir filem tentang bunian dibuat ialah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

"Tetapi, memang idea untuk hasilkan filem ini turut diinspirasikan dari filem Lord of the Ring. Tetapi tidaklah sampai ke tahap itu. Idealogi yang mereka letakkan itu yang memberikan saya ilham untuk buat filem ini dan hasilkannnya juga dalam bentuk trilogi seperti Lord of the Ring.

"Insya-Allah, selepas habis filem ini nanti dan jika bajet mencukupi, mungkin kita akan terus mulakan dengan filem Bunian yang kedua itu," kata Adnan yang menambah, jarak tempoh pembikinan setiap filem itu mungkin dalam setahun.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang Rosman yang masuk ke dalam alam bunian setelah terjatuh ketika mendaki gunung. Dia dibantu oleh Puteri Manja Sakti (Nasha) dan dibawa ke perkampungan bunian.

Lama-kelamaan, terbit perasaan cinta di hati Rosman dan Puteri Manja Sakti, namun pada masa yang sama Rosman juga turut disukai oleh Puteri Mawar Putih (Mimi).

Pelbagai konflik timbul seterusnya apabila kampung bunian itu dilanda masalah serta keinginan Rosman yang ingin kembali ke alam nyata.

Tiga pelakon utama filem ini, Nasha, Rusdi dan Mimi
Dalam pada itu, proses penggambaran yang mungkin memakan masa dua bulan itu akan dilakukan di Kundasang, Sabah dan Kuala Lumpur. Ia juga kemungkinan akan dilakukan di New Zealand kerana pemandangan yang menarik dan sesuai untuk penggambaran filem tersebut.

Mengulas mengenai bajet RM3.5 juta yang agak tinggi itu, katanya jumlah kos itu diperuntukkan kerana filem tersebut memerlukan kos yang tinggi untuk set perkampungan bunian, rekaan alat senjata serta penggunaan teknik komputer CGI.

"Hampir 90 peratus filem ini adalah berlatarbelakangkan dunia bunian. Jadi, kita akan rekakan lebih kurang 10 hingga 20 buah rumah untuk set perkampungan bunian.

"Kalau ikutkan, RM3.5 juta itu pun tidak begitu mencukupi kerana kami juga perlu menggunakan teknik CGI yang memang menelan kos yang tinggi. Tetapi, kita akan cuba buat yang terbaik," kata Adnan lagi.

Ujarnya, lebih kurang 30 hingga 40 peratus babak akan melibatkan penggunaan CGI.

Mengenai pemilihan pelakon pula, jelas Adnan, mereka dipilih tanpa mengadakan sesi 'casting' setelah dipersetujui bersama oleh pihaknya.

"Bagi saya, Rusdi adalah yang paling layak untuk menjadi hero filem ini. Begitu juga dengan Nasha dan Mimi yang saya rasakan paling sesuai untuk bawakan watak puteri bunian," tuturnya.

Turut berlakon di dalam filem ini ialah Erry Putra, Beego dan Ridzuan Hashim. Selain itu, album runut filem ini juga bakal menampilkanlagu-lagu ciptaan Adnan sendiri dan dinyanyikan oleh artis-artis bimbingannya iaitu Sheila Abdull, Nurul Fazilah dan Ian Helmy.

Datuk Siti Nurhaliza juga akan menyanyikan sebuah lagu ciptaan Adnan yang berkonsepkan 'joget bangra'.

Jantan sanggup masuk alam bunian

Pertama kali diberi peluang mengarah filem pastinya mengundang perasaan gementar buat Zaharil Izham atau lebih dikenali dengan panggilan Jantan, apatah lagi filem tersebut cukup 'berat'.

"Pertama kali melihat skripnya, memang saya takut. Beberapa kali juga saya menolak, tetapi akhirnya saya cuba juga sahut cabaran kerana saya yakin dengan seluruh produksi ini," kata Jantan yang banyak mengarah drama dan komersial.

Apa yang menarik, bagi memastikan pemahamannya tentang bunian lebih mendalam, Jantan juga sanggup 'melawat' alam bunian atas bantuan seorang ustaz ketika bulan puasa tahun lalu.

"Itu adalah pengalaman yang tidak boleh saya lupakan. Adakalanya seram sejuk bila saya teringat semula. Benda ini bukan dibuat-buat, tetapi dengan kuasa Allah saya berpeluang ke alam bunian bersama tiga orang lagi termasuk ustaz yang berasal dari Johor itu.

"Semuanya berlaku secara kebetulan saja kerana ketika itu saya sedang membuat kajian tentang bunian. Kemudian seorang kenalan bertanyakan kepada saya jika saya ingin 'pergi' ke sana dan dia perkenalkan saya kepada ustaz tersebut.

"Pada awalnya, saya sendiri skeptikal. Tetapi akhirnya saya setuju dan kami ke sebuah hutan di Taman Melati, Cheras dan di situ, kami 'melangkah' ke alam tersebut," kata Jantan.

Ceritanya lagi, sebelum itu dia juga perlu berpuasa dengan hanya makan buah dan minum air kosong selama tujuh hari sebelum tibanya hari tersebut.

"Menurut ustaz tersebut, puasa seperti itu perlu dibuat untuk masuk ke sana yang mana. Sesiapa jua perlu berpuasa seperti ini jika ingin ke alam mereka.

"Sukar untuk saya gambarkan bagaimana perasaan saya sebaik melangkah ke alam tersebut. Apa yang saya tahu, saya berada di perkampungan mereka selama satu jam tetapi bila kembali ke alam nyata, saya lihat tempoh saya berada di sana sebenarnya lebih kurang empat jam lamanya," kata Jantan.

Pengalaman berada di alam bunian itu turut dikongsi oleh pengarah ini dihadapan media.

"Bahasa dan tingkah laku perlu dijaga, itulah yang dipesan oleh ustaz tersebut. Dan saya tidak boleh bercakap dengan mana-mana orang bunian yang saya jumpa melainkan orang yang dibawa oleh ustaz itu untuk bertemu dengan saya.

"Setelah bertemu dengan orang tersebut, dia bertanyakan tujuan saya ke situ dan saya ceritakan tentang projek filem yang akan saya buat ini yang mana ia menyentuh tentang kehidupan bunian.

"Saya berpeluang bertemu dengan puteri bunian yang bagi saya, memang cukup cantik. Saya dapat bersalam dengan puteri tersebut tetapi dilapik dengan kain sutera.

"Berdasarkan apa yang saya lihat, tidak ada bezanya fizikal mereka dengan manusia biasa. Begitu juga dengan pakaian, tetapi majoriti wanita bunian bertudung dan mereka memakai pakaian berwarna putih.

"Tetapi sebelum saya pulang, orang bunian yang saya temui itu berpesan agar saya tidak gambarkan kehidupan sebenar mereka di alam nyata. Itu bukanlah satu perjanjian, tetapi saya tetap akan ikut pesanan tersebut.

"Jadi, apa yang saya buat di dalam filem ini bukanlah menyerupai sepenuhnya di alam bunian," kata Jantan.

Tambahnya lagi, pengalaman tersebut sebenarnya banyak mengubah hidupnya dari banyak aspek. Namun begitu, dia sekali lagi akan 'melawat' alam tersebut seminggu sebelum bermulanya penggambaran.

"Saya akan ke sana lagi untuk bertemu semula dengan orang bunian itu, sekadar untuk beritahu tentang apa yang akan saya buat nanti. Adnan ada meluahkan hasratnya untuk ikut saya, tetapi dia kemudiannya tidak dapat berbuat demikian kerana ada urusan kerja yang penting.

"Setakat ini, saya tidak terfikir pun untuk bawa pelakon ke sana. Tengoklah macam mana nanti," kata Jantan.


Bahan bukti dari FB :)



5. BETWEEN TWO SKIES


PF dah semak Clear Motion Sdn Bhd. punya website, tiada apa-apa perkembangan terhadap filem terbesar arahan Prof Madya Razak Mohaideen yang menelan belanja lebih kurang RM7 juta. Ada baca artikel lain kata RM10 juta. Tak tahulah mana satu yang tepat. Senyap begitu saja. 

Dalam artikel Harian Metro bertarikh 22/12/2010 menyatakan temuramah antaranya :


RAP: Boleh cerita mengenai filem Between Two Sky (Antara 2 Langit) seperti yang diberitahu sebelum ini? 

RAZAK: Perancangan sekarang sudah di peringkat akhir. Skrip dalam perbincangan dan beberapa draf sudah dihasilkan. Kami dalam proses untuk dapatkan dana. Ceritanya mengenai tentera Australia di Malaysia, jadi kerajaan Australia sudah bersetuju untuk beri dana. Kami juga sudah mulakan praproduksi.


Oleh itu, apa-apa filem memakan belanja besar yang siap penggambaran dan sedia untuk tayangan harus diberi tepukan dahulu kerana berjaya melepasi halangan dalam menyempurnakannya, contohnya Vikingdom. Buruk atau tidak hasilnya boleh dikomen seletelah selesai menonton filem berkenaan.

Sumber : The Film Catalogue

11 Oct 2012

Jan Dara : Most Famous Erotic Novel In Thai Literature




Genre : Drama (Thailand)
Arahan : Nonzee Nimibutr
Pelakon : Suniwit Panjamawat, Santisuk Promsiri, Christy Chung, Eakarat Sarsukh, Wipawee Charoenpura
Patharawarin Timkul
Tahun : 2001
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3.5/5


Berdasarkan kisah novel paling erotik Thailand ini telah memberi amaran di awal-awal filem bahawa, filem ini penuh dengan aksi erotik dan hanya untuk hiburan semata-mata bukan untuk ahli-ahli agama menontonnya. PF akui sedikit kurang faham tentang filem ini lalu membaca sinopsis penuh di wikipedia dan dari situ faham keseluruhan cerita. Selepas Nang Nak, pengarah ini muncul dengan Jan Dara watak seorang anak lelaki yang di abai dan dibenci oleh 'ayah'nya Khun Luang kerana isterinya mati setelah melahirkan Jan Dara. Khun Luang juga seorang kaki perempuan. Cerita ini hanya berlegar-legar dirumah Khun Luang dan rumah tamu milik Khun Luang. Lebih mudah jika sinopsis diringkaskan macam ni:

+ = kahwin
* = skandal

Khun Luang (lelaki) + Ibu Jan Dara = Jan Dara
Khun Luang + Aunt Waad (adik kepada Ibu Jan Dara) = Khun Kaew (anak perempuan)
Khun Luang + Khun Boonlueang (perempuan) = tiada anak
Khun Luang * Khun Kaew
Jan Dara*Khun Boonlueang
Jan Dara + Khun Kaew (bukan kerana cinta)
Khun Boonlueang * Khun Kaew

Lain -lain:
Anak tukang masak (lelaki) * Saisoi (orang gaji perempuan yang menjaga Khun Kaew semasa kecil)
Jan Dara bercinta dengan Hyacinth
Jan Dara * Saisoi
Jan Dara * anak maid

(Filem ini bergenerasi dengan watak-watak semasa zaman kanak-kanak-remaja-dewasa)

Jan Dara dipukul bapanya dirawat oleh Aunt Waad
Seingat PF, jarang menonton filem mat saleh di mana kanak-kanak dalam lingkungan seusia 5-10 tahun melihat orang dewasa berjimak, tetapi filem Thailand ini selamba je dalam beberapa adegan kanak-kanak terlihat aksi itu. Sesekali terfikir apa yang budak tu fikir semasa shooting atau kesan terhadap emosi kanak-kanak tu di luar filem. Orang Barat sukalah apabila filem Asia seperti ini ataupun lebih dari mereka bila bab-bab seks ni. PF memang tak tahu jalan cerita Jan Dara pada awalnya hanya dengan sedikit bayangan pada poster dan tagline filem ini kerana PF lebih suka kejutan apabila menonton sesebuah filem. Dalam tahun ini PF memang ada terjumpa kejutan dalam beberapa buah filem dan menyukainya.

Sangat keliru wajah Boonleuang dan Khun Kaew (dewasa) yang hampir sama. Dalam pada khusyuk menonton tiba-tiba watak Hyacinth (GF Jan Dara yang iras wanita India) berbahasa melayu pulak dengan dialog "selepas ngaji akan pulang cepat-cepat dengan selamat". Bapa Hyacinth digambar seorang India yang juga berbahasa Melayu. Berlatarbelakang pada tahun 1930an, mungkin masyarakat Thai mungkin masih jumud bab-bab hubungan antara ahli saudara sehingga semuanya rosak kecuali terdapat satu adegan membaca doa bagi memasuki rumah baru. Filem sarat aksi erotik jika dibagi berlebihan kadangkala amat memualkan bermula dengan Jan Dara pada usia 5 tahun sudah mengenal nafsu lelaki apatah lagi pabila berusia 20/19 tahun. 

Tapi ada satu lagi yang belum dapat tangkap, kenapa Khun Kaew marah-marah Saisoi apabila Saisoi selalu berasmara dengan lelaki (anak tukang masak) itu? Adakah Khun Kaew cemburu akan lelaki itu atau Saisoi? Adakah Khun Kaew sudah berperasaan lgbt dengan Saisoi?

Filem ini pada akhirnya menyimpulkan bahawa Jan Dara tu sebenarnya 'tidak lari' dari mewarisi sifat 'ayah'nya Khun Luang. Huh.... cukup-cukuplah filem sebegini. Patutlah katanya Most Famous Erotic Novel In Thai Literature. Malaysia pun ada, Ombak Rindu.

9 Oct 2012

Bunohan Ikut Jejak PGL - Update From Murai.com



Bunohan tersenarai sebagai pesaing bagi merebut 5 tempat teratas bagi kategori Best Foreign Language Film di Oscar ke 85. Bunohan mengikut jejak Puteri Gunung Ledang (PGL) yang mewakili Malaysia pada tahun 2004 pada acara yang sama. Ini merupakan kali kedua Malaysia menghantar pencalonan ke Oscar. Ermm lama tu, 8 tahun lepas. Payah agaknya Malaysia nak cari filem yang benar-benar bermutu. Tetapi harus diingat Malaysia ada juga menghantar karya ke festival Berlin dan yang kecil-kecil di antara waktu itu.  Pengumuman Top 5 akan dibuat pada 10 Januari 2013. Manakala acara tahunan itu akan berlangsung pada 24 Februari 2013.

Mungkin agak sukar bagi Bunohan kerana terdapat filem besar seperti :

Amour (Austria) - Palm d'Or Cannes 2012
Pieta (Korea Selatan) - Golden Lion di 69th Venice International Film Festival
The Intouchable (Perancis)
No (Chile)
Lore (Australia)
A Royal Affair (Denmark)

Walau bagaimanapun, kita berharap sesuatu keajaiban akan berlaku.

"With the contenders finalized, the Academy will soon begin its series of official screenings of each of the 71 submissions, to be attended by blocs of volunteer voters from the branch. (The rules don't require all the voters to see all the films; rather, they're divvied up and vote on the group of films assigned to them.) In January, the six top vote-getters from this process will be joined by three extra titles chosen by an executive committee, making up a nine-film shortlist from which the entire branch will then vote on to determine the final five nominees" Sumber imdb

Senarai 71 filem :

Afghanistan, "The Patience Stone," Atiq Rahimi, director;
Albania, "Pharmakon," Joni Shanaj, director;
Algeria, "Zabana!" Said Ould Khelifa, director;
Argentina, "Clandestine Childhood," Benjamín Ávila, director;
Armenia, "If Only Everyone," Natalia Belyauskene, director;
Australia, "Lore," Cate Shortland, director;
Austria, "Amour," Michael Haneke, director;
Azerbaijan, "Buta," Ilgar Najaf, director;
Bangladesh, "Pleasure Boy Komola," Humayun Ahmed, director;
Belgium, "Our Children," Joachim Lafosse, director;
Bosnia and Herzegovina, "Children of Sarajevo," Aida Begic, director;
Brazil, "The Clown," Selton Mello, director;
Bulgaria, "Sneakers," Valeri Yordanov and Ivan Vladimirov, directors;
Cambodia, "Lost Loves," Chhay Bora, director;
Canada, "War Witch," Kim Nguyen, director;
Chile, "No," Pablo Larraín, director;
China, "Caught in the Web," Chen Kaige, director;
Colombia, "The Snitch Cartel," Carlos Moreno, director;
Croatia, "Vegetarian Cannibal," Branko Schmidt, director;
Czech Republic, "In the Shadow," David Ondrícek, director;
Denmark, "A Royal Affair," Nikolaj Arcel, director;
Dominican Republic, "Jaque Mate," José María Cabral, director;
Estonia, "Mushrooming," Toomas Hussar, director;
Finland, "Purge," Antti J. Jokinen, director;
France, "The Intouchables," Olivier Nakache and Eric Toledano, directors;
Georgia, "Keep Smiling," Rusudan Chkonia, director;
Germany, "Barbara," Christian Petzold, director;
Greece, "Unfair World," Filippos Tsitos, director;
Greenland, "Inuk," Mike Magidson, director;
Hong Kong, "Life without Principle," Johnnie To, director;
Hungary, "Just the Wind," Bence Fliegauf, director;
Iceland, "The Deep," Baltasar Kormákur, director;
India, "Barfi!" Anurag Basu, director;
Indonesia, "The Dancer," Ifa Isfansyah, director;
Israel, "Fill the Void," Rama Burshtein, director;
Italy, "Caesar Must Die," Paolo Taviani and Vittorio Taviani, directors;
Japan, "Our Homeland," Yang Yonghi, director;
Kazakhstan, "Myn Bala: Warriors of the Steppe," Akan Satayev, director;
Kenya, "Nairobi Half Life," David 'Tosh' Gitonga, director;
Kyrgyzstan, "The Empty Home," Nurbek Egen, director;
Latvia, "Gulf Stream under the Iceberg," Yevgeny Pashkevich, director;
Lithuania, "Ramin," Audrius Stonys, director;
Macedonia, "The Third Half," Darko Mitrevski, director;
Malaysia, "Bunohan," Dain Iskandar Said, director;
Mexico, "After Lucia," Michel Franco, director;
Morocco, "Death for Sale," Faouzi Bensaïdi, director;
Netherlands, "Kauwboy," Boudewijn Koole, director;
Norway, "Kon-Tiki," Joachim Rønning and Espen Sandberg, directors;
Palestine, "When I Saw You," Annemarie Jacir, director;
Peru, "The Bad Intentions," Rosario García-Montero, director;
Philippines, "Bwakaw," Jun Robles Lana, director;
Poland, "80 Million," Waldemar Krzystek, director;
Portugal, "Blood of My Blood," João Canijo, director;
Romania, "Beyond the Hills," Cristian Mungiu, director;
Russia, "White Tiger," Karen Shakhnazarov, director;
Serbia, "When Day Breaks," Goran Paskaljevic, director;
Singapore, "Already Famous," Michelle Chong, director;
Slovak Republic, "Made in Ash," Iveta Grófová, director;
Slovenia, "A Trip," Nejc Gazvoda, director;
South Africa, "Little One," Darrell James Roodt, director;
South Korea, "Pieta," Kim Ki-duk, director;
Spain, "Blancanieves," Pablo Berger, director;
Sweden, "The Hypnotist," Lasse Hallström, director;
Switzerland, "Sister," Ursula Meier, director;
Taiwan, "Touch of the Light," Chang Jung-Chi, director;
Thailand, "Headshot," Pen-ek Ratanaruang, director;
Turkey, "Where the Fire Burns," Ismail Gunes, director;
Ukraine, "The Firecrosser," Mykhailo Illienko, director;
Uruguay, "The Delay," Rodrigo Plá, director;
Venezuela, "Rock, Paper, Scissors," Hernán Jabes, director;
Vietnam, "The Scent of Burning Grass," Nguyen Huu Muoi, director.