5 Mar 2012

Cacamarba : Albert Nobbs & The Woman In Black


Genre : Drama
Arahan : Rodrigo Garcia
Kos : US8 juta (anggaran)
Pelakon : Glenn Close, Janet McTeer, Mia Wasikowska, Aaron Johnson
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3/5

Dalam kurun ke 19 di Dublin. Albert Nobb (Glenn Close) terpaksa menjadi lelaki untuk bekerja sebagai pelayan di Hotel Marrison yang dijalankan oleh Marge Baker. Dengan kerajinan dan wang disimpan, dia berhasrat untuk memiliki kedai tembakaunya sendiri. Dia berkenalan dengan Mr. Page seorang yang serupa dengannya yang ditugaskan untuk mengecat bahagian hotel. Dalam perkenalan tersebut Nobb teringin menjadi seperti Page yang mempunyai seorang isteri.

Mulanya PF tidak menjangka yang filem ini adalah filem LGBT. Menonton filem sebegini, satu saja yang PF kurang gemar di mana di dalam cerita, diizinkan 'pembohongan' yang nyata di mana sebagai penonton kita boleh mengagak fizikal seseorang itu adalah perempuan berbanding lelaki. Paling nyata adalah Mr Page (Janet McTeer) yang jelas wajah perempuannya seakan orang sekelilingnya bodoh tak tau menilai. Menonton filem ini seakan Albert Nobb terlalu naif dalam dunia lainnya itu. PF kasihan melihat Nobb walaupun telah pertengahan umur tapi sangat naif tentang cinta dan hubungan Mr Page dan Cathleen. Buktinya, hubungan intim yang cuba diterokai oleh Nobb terhadap Helen (Mia) tidak keterlaluan menunjukkan Nobb sangat keliru dalam hubungan itu dan takut jika Helen tidak menerimanya. Joe pula adalah boyfriend Helen saja mengambil kesempatan atas minat Nobb terhadap helen. Keseluruhannya, filem ini memaparkan walaupun bagaimanapun seseorang itu, dia tetap mempunyai cita-cita dan perlukan cinta sepertimana lazimnya. 


Genre : Seram
Arahan : Rodrigo Garcia
Kos : US17 juta (anggaran)
Pelakon : Daniel Radcliffe
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3.5/5

Seorang peguam muda (Daniel Radcliffe) menyiasat satu kes kematian sebuah keluarga di pedalaman dan mendapati hantu seorang wanita berpakaian hitam menghantui penduduk kampung. Kali ini, Daniel tanpa cermin mata Harry Porternya nampak matang. Walaupun filem ini kelihatan 'fesyen lama' filem seram iaitu rumah usang dan mempersembahkan babak-babak buat orang terperanjat, tapi Woman In Black mempunyai elemen seram yang betul-betul seram! Bukan nak sebelahi filem barat ini berbanding filem seram tempatan tapi itulah faktanya. Pada mulanya, PF tak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana pertama, ianya adalah filem UK yang pada PF jarang gemar filem dari UK, kedua, filem seram sekarang selalu menghampakan. Tetapi ternyata, memang berbaloi menonton filem ini berbanding The Devil Inside yang membosankan. The Woman In Black adalah filem terseram setakat tahun ini.


2 comments:

Hans Hanis said...

panggung dekat sini tak ada weh..aku tunggu download je lah

PerangFilem said...

Alberts Nobbs tak tayang kat Msia. Woman in Black sedang ditayangkan.. cekidoout!