Lebuh Raya Ke Neraka (2017)
Mamat Khalid
Seram/Thriller
3.5/5
Seram/Thriller
3.5/5
Point-point ringkas berkenaan Lebuh Raya ke Neraka. Minor spoiler.
+ Lebuh Raya Ke Neraka (LKN) Ini adalah filem paling 'serius' mamat Khalid dan bertemakan kerohanian berbaur dakwah. Tiada langsung watak 'badut'. Sebelumnya Kala Malam Bulan Mengambang adalah filem serius ala noir.
+ Dakwah dalam LKN, berceramah tentang agama tetapi tidak secara terus seperti filem Munafik. Oleh itu tiada ayat Al-Quran di awal dan hujung. Jika ada, mungkin ada terselit di tengah (lupa la...) Dan tiada juga ustaz yang halau hantu/syaitan!
+ Banyak metafora dan simbol sebagai visual storytelling seperti gelang, lampu van, mungkar nangkir, burung gagak dan syaitan supaya penonton bijak berfikir bukan sekadar disuap-suap (bagi penonton dewasa).
+ Dialog dibikin semudah mungkin dan difahami semua lapisan tidak terlalu religious agar penonton muda seumur 13 tahun 'sempat diselamatkan' kelak menonton filem ini. Filem ini rating P13.
+ Memberi 2 jalan kepada penonton dalam memilih duniawi dan alam ghaib dalam merungkai sesuatu peristiwa.
+ Sukar hendak bikin filem agama/kerohanian sebegini kerana beberapa kali berurusan dengan LPF dan hasilnya tidak terlalu berani dan mengikut landasan garis panduan. Filem siap 6 tahun lepas dan ini salah satu sebab ianya baru kini ditayangkan. Oleh itu tiada hal kontroversi yang berlaku. Namun, memberi kelainan kepada filem-filem MK.
+ Khir Rahman mencuri perhatian sebagai Tyson walaupun filem ini adalah kisah Awie. Watak Awie sebagai landasan untuk Tyson berjalan di atasnya. Selebihnya, hal-hal agama biar mereka yang lebih arif sentuh, namun dari segi luaran tidak terlalu berat untuk mass audien.
+ Babak CGI (kecuali 'neraka') yang kebanyakannya diwaktu malam/gelap sekurang-kurang melindungi dan tidak nampak jelik dan boleh kata baik secara keseluruhan. Seingat PF lebih baik dari Husin Mon dan Jin Pakai Toncit.
+ Muzik skor sangat mengasyikkan dan mengembalikan memori filem retro segenre dari Space Gambus Experiment. Namun, skor Amir & Loqman Turun Ke Laut tetap masih jadi pilihan hati.
+ Muka baru bagi filem MK seperti Dazrin dan Shah Jazle memberi perisa sedikit berlainan untuk filem kali ini.
+ Premis sama seperti KARAK (KRU Prod.) tetapi Karak lebih kepada gangguan hantu dan ianya klise. Jika anda mencari 'jump scare', bukan dalam LKN.
No comments:
Post a Comment