Arahan : Juno Mak
Genre : Seram
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5
Filem homage kepada filem seram Hong Kong ini iaitu pontianak lompat-lompat kadang-kadang ia seperti filem taraf rendah. Selepas itu macam filem 'sesuatu'. Ia selang-seli. Tak pasti kenapa pada sebahagian tempat ia nampak cheap. Tak tahu nak kata macam mana, mungkin PF sendiri yang terasa begitu. Terlalu banyak cgi sudah tentunya membawa hasil yang tidak seram tetapi jalan cerita yang baik sebenarnya yang ditekankan dan R.Mortis tiada jumpscare langsung tapi itu bukan masalah besar jika ceritanya best! Dan dapat merasakan konsep begini dalam filem Penanggal (Ellie Suriati) dan Claypot Curry Killer (James Lee).
Arahan : Joel Coen
Genre : Drama
Tahun : 1996
Rating : 4/5
Semasa sekitar tahun 1996 PF kurang mengikuti filem luar. Cuma filem yang ditayang di TV saja pada zaman-zaman tu untuk ditonton. Pernah suatu ketika PF terjumpa kembali konon-konon diari yang ditulis semasa tingkatan 5. Nak tau apa cita-cita yang ditulis kat situ? ..."filmaker". Hahaha. PF pun tak sangka pernah tulis benda tu sebab masa jumpa diari tu memang dah lupa.
Sebenarnya masa itu hati memang membuak nak ke panggung tapi masih takut-takut lagi, maklumlah duduk kampung dan tiada kawan yang gemar menonton di pawagam. Jadi, bila terjumpa filem Fargo ini rupanya adalah karya adik-beradik Coen pada tahun berkenaan. Pengalaman tontonan mcm tiada keistimewaan pada mulanya dan tercari-cari kehebatan sehingga dapat 8+ point itu. Baca Roger Ebert fahamlah kenapa ia dapat sebegitu. Ilham dari kisah benar menantu yang cuba dapatkan wang tebusan dari bapa mertua kaya dgn merancang penculikan isterinya. Heroin pula seorang polis iaitu ibu mengandung. Idea pelik tapi hasilnya menarik.
Arahan : Carlos Reygadas
Genre : Drama
Tahun : 2007
Rating : 3.5/5
Kisah sebuah keluarga di pedalaman Mexico. Ketua keluarga (Johan) menyara 6 orang anak dan isteri sebagai petani. Senang saja. Si suami menjalin hubungan dengan perempuan lain dan hal ini diketahui oleh ayahnya, isteri (Esther) dan rakannya.
Filem slow cinema pada perkiraan PF pada tahap 2/3, (kalau tahap 1 tu maha slow) ini banyak menayangkan shot kerja-kerja harian/aktiviti si pelakon, e.g kegiatan menuai pokok jagung kering dgn mesin, sekeluarga mandi di kolam, doa sebelum makan, perjalanan dalam kereta - windscreen view yang semua 'bercerita mengambil masa' kita yg kadang-kadang tiada point. Banyak contoh slow cinema bermain dgn cara begini yg perasan seperti filem Karaoke (di kilang kelapa sawit), Taste of Cherry (aktiviti bajak mengorek pasir) dan bnyk lagi.
Sekarang, tinggal si suami bagaimana untuk tangani permasalahan itu. Dalam meraba-raba tanpa sarikata BI (tq wiki), secara ringkas, ia tentang kepasrahan dan kemaafan. Boleh dilihat jam yang mati saat Esther mati dan dibaiki oleh bapa Johan bahawa Esther punya 'harapan' selepas itu. Sedangkan pula jam klasik lama tetap berjalan semasa sekeluarga makan di awal cerita membayangkan sesuatu.
Esther seorang yang memendam rasa dgn kelakuan suami terkadang nampak dungu. Itulah dia. Sedangkan Johan tidak garang malah penyayang, tetapi tiada apa dilakukan oleh Esther. Langit malam dan bintang, fajar dan senja di awal dan akhir filem merupakan hal biasa di mana umat manusia menjalani kehidupan yang serupa, dalam diam kita sendiri mengetahuinya.
No comments:
Post a Comment