Wah kolum Bicara Rasdan dari Pancaindera, cedok entry PF tak kredit pun. Tapi baguslah beliau mengolah dengan lebih baik. Btw, terima kasih jugalah sebab jenguk blog ini. Hehe.
> Klise Drama Melayu (Extra)
KEPELBAGAIAN perlu dilakukan bagi setiap karya filem atau drama supaya penonton tidak bosan.
Memanglah bosan kalau adegan yang dialog yang sama diulang-ulang sejak berkurun lalu. Inilah yang disebut klise. Wujudnya klise disebabkan pengarah malas dan penulis skrip terperap di dalam kotak .
Filem atau drama itu sebuah karya seni. Apabila ditakrifkan sebuah karya seni mestilah sifatnya dinamik, tidak mengulang-ulang sampai penonton meloya dengan kebengapan pengarah dan penulis skrip.
Banyak merungut sudah bosan dengan adegan klise di meja makan, isu perkahwinan anak yang dirancang oleh keluarga korporat dan kisah berebut harta yang mengulang-ulang sekian banyak drama sebelum ini.
Tolonglah kreatif sikit, jangan malas berfikir untuk membuat sesuatu yang segar dan baharu. Mudahlah kalau setakat ulang-ulang yang orang sudah buat.
Kalau tidak percaya lihatlah bagaimana adegan menerima berita musibah di telefon.
Apa! kemalangan?", Apa! Kamal di hospital?", Apa! Hassan putus tunang?" - dialog-dialog itulah yang diulang-ulang sampai penonton naik loya.
Pengarah boleh memberitahu penonton perkara yang sama tetapi dengan cara lain. Itupun kalau pengarah yang rajin dan mendapat skrip daripada penulis yang bukan sekadar cut and paste.
Antara contoh adegan klise lain adalah kalau di pejabat mesti bos minta fail.
Kemudian disusuli dengan dialog klise: Mana fail yang saya mintak itu?'", Bukankah saya suruh letak fail itu atas meja saya pagi ini," Mana fail itu? Lembab!" dan juga Ini bukan fail yang saya minta, awak ini kenapa? Lain yang saya minta lain yang awak buat!"
Sepanjang yang kita tonton adegan di pejabat itu jarang sekali bos atau majikan meminta thumb drive, menghantar e-mel atau sebagainya daripada pekerjanya. Sebabnya penulis skrip tidak berubah mengikut zaman, terperap dalam kepompong selesa asalkan skrip diterima.
Tidak banyak pengarah drama kita memperlihatkan dinamisme untuk membuat suatu yang lain bagi maksud yang sama.
Selain itu sekiranya adegan sarapan, mesti ada antara ahli keluarga yang lambat dan tergesa-gesa untuk ke pejabat mahupun ke kolej dengan digambarkan meminum seteguk air sahaja dan kemudiannya berlalu pergi. Tidak cukup itu ditambah dengan dialog klise , I dah lambat, nanti you hantar anak ke sekolah," atau Man dah lambat ini." Aduh, teruknya.
Dalam pada itu watak janda di kampung mesti akan berjalan di jalan kampung sambil berpayung dengan gaya solekan yang melampau. Tolonglah, ini idea lapuklah.
Tujuannya adalah ingin menampakkan watak tersebut sebagai penggoda dan bagi menambahkan lagi gaya godaan itu mesti pakai kebaya dan berkaca mata hitam.
Sementara itu sekiranya ada watak orang gaji, nama-nama yang diberikan juga sangat klise. Balik-balik nama Mak Jah, Mak Kiah dan Mak Bedah. Seolah-olah itu sahaja nama orang Melayu yang jadi orang gaji. Berapa punya teruk penulis skrip kita hingga nama watak pun klise.
Kalau adegan doktor di wad yang sedang memeriksa pesakit, pasti sahaja dia mengambil fail di hujung katil kemudian selak fail dan dialog wajib ialah kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat."
Tidak cukup itu, apabila doktor keluar dari bilik kecemasan dan bertemu keluarga pesakit dengan tidak ada ekspresi memberitahu pesakit tidak dapat diselamatkan.
Sepatutnya pengarah perlu buat kajian yang lebih mendalam tentang adegan ini. Kenapa tidak menunjukkan bahawa watak doktor itu lebih cerdik setanding dengan wataknya? Langsung tiada terma-terma kesihatan (medical terms) seperti yang selalu kita tonton melalui drama Hollywood, Emergency Room (ER).
Pengarah mesti faham watak doktor bukan sekadar pakai baju putih dan menyelit stetoskop di lehernya.
Jika kita tonton filem atau drama polis pula, seorang pegawai polis pasti memegang banyak tanggungjawab - dialah pegawai penyiasat, ahli forensik, ahli patologi dan dialah juga yang pergi buat intipan. Boleh dikatakan semuanya dia yang buat.
Dialog pula biasanya akan mengunakan ayat -ayat buku, saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". betul cadangan awak itu, kita bertindak sekarang'.
Sekiranya kita menonton cerita mengenai gadis kilang pula, rumah mereka mewah dan penuh dengan perabot. Ada televisyen 29 inci, peti sejuk besar dan set sofa mewah. Pengarah begini tidak faham mise en scene agaknya.
Pengarah sepatutnya membuat kajian sebelum menggambarkan sesuatu. Pergi tengok rumah-rumah gadis kilang di Sungai Way, Selangor, baru tahu situasi sebenar.
Sebenarnya untuk merakamkan sebiji gelas di atas meja, seorang pengarah boleh menggunakan beratus sudut kamera. Tetapi apa yang selalu kita lihat banyak adegan dirakamkan secara klise seolah-olah pendekatannya tidak boleh diubah. Sebenarnya pengarah yang tidak berubah.
Link UTUSAN
No comments:
Post a Comment