Pelawat PerangFilem telah bersuara mengatakan :
bakal memenagi Filem Terbaik pada Oscar ke 86 yang akan berlangsung pada 2 Mac 2014 dengan undian sebanyak 42%.
Lain-lain keputusan :
12 Years A Slave 28%
Captain Phillips 14%
American Hustle 14%
Her, Gravity, Nebraska, Philomena & Dallas Buyers Club tidak mendapat sebarang undian.
27 Feb 2014
24 Feb 2014
Bayangkan Filem Tanpa Bunyi
DALAM bidang perfileman bunyi merangkumi muzik, bunyi persekitaran, bunyi efek dan dialog pertuturan. Bunyi juga boleh mewakili beberapa aspek antaranya fizikal, sifat akustik dan dimensi bunyi. Perkembangan bunyi di dalam filem pada dasarnya bermula sekitar tahun 1930-an. Filem pertama yang menggunakan dialog adalah The Jazz Singer yang diarahkan oleh Al Jolson pada tahun 1927. Pada lewat tahun 1928, Walt Disney Studios telah mengeluarkan sebuah filem berjudul Steamboat Willie yang boleh dianggap lengkap apabila menggunakan muzik latar yang pertama di dunia. Pengalaman menonton filem-filem bertaraf antarabangsa memperlihatkan kepentingan muzik di dalam menyatukan jalinan cerita dengan emosi. Lihat bagaimana sejarah filem pecah panggung Titanic yang membawa penonton melayang dengan emosi melalui lagu My Heart Will Go On yang dinyanyikan oleh Celine Dion yang berjaya menyentuh hati jutaan penontonnya. Sejarah awal muzik di dalam filem atau dipanggil skor muzik berperanan menambah ruang kosong sesebuah visual yang menggambarkan sesuatu babak.
P.Ramlee sendiri tidak pernah gagal membentuk nuansa seni melalui penyatuan muzik dan filem-filemnya. Sebut sahaja filem-filem arahannya pasti sesiapa sahaja mampu mengingati bait-bait lagu ciptaannya. Perfileman tempatan sekitar tahun 1990-an juga merupakan antara era penyatuan sebenar muzik di dalam filem. Antara yang dikesan adalah ketika ramai penyanyi mula menjadi barisan pelakon terkenal. Erra Fazira, Awie, Ziana Zain malah sekitar 1980-an kumpulan Search telah menguasai dunia perfileman melalui beberapa filem tempatan. Pengaruh ini memperlihatkan kepentingan muzik sebagai nadi kepada penceritaan khususnya filem yang berlegar di dalam dunia pop. Berbeza dengan kebangkitan generasi perfileman indie tempatan yang menggunakan muzik secara minimum tetapi lebih gemar bermain dengan bunyian persekitaran (ambient) yang menyuntik elemen lebih gelap di dalam penyampaian emosi.
Pada dasarnya muzik tidak asing dengan industri filem Bollywood apabila setiap penghasilan filem pecah panggung mereka pasti menyelitkan lagu tema filem tersebut. Skor muzik yang dihasilkan bukan sahaja untuk menaikkan mood penceritaan malah muzik itu juga melambangkan perasaan sebenar watak pada setiap filem. Jadi tidak hairanlah kenapa watak menukar beberapa helai baju pada tempoh masa yang singkat ketika mereka mendendangkan lagu kerana lagu-lagu itu merupakan fantasi kepada watak. Industri filem Korea yang menjadi kegilaan para remaja ketika ini misalnya juga mengguna pakai kaedah yang sudah digunakan oleh industri kita sebelum ini dengan menerapkan eleman muzik untuk membangkitkan emosi pelakon serta penonton.
Jika kita lihat kepada beberapa buah drama terkenal mereka terutamanya Winter Sonata dan Autumn In My Heart misalnya, skor muzik yang dicipta oleh pengarah muzik mereka sebenarnya adalah untuk menaikkan lagi mood romantik dan sedih pada drama-drama hebat tersebut. Muzik juga cukup penting untuk menaikkan mood penonton di dalam filem-filem berunsurkan seram. Eleman muzik yang mengejutkan dan menyeramkan menjadi tulang belakang penting dalam setiap filem-filem seram. Sebagai contoh filem Ghost of Mea Nak arahan Mak Duffield misalnya, penggunaan bunyi seperti muzik dan efek amat dititikberatkan. Hasilnya suasana seram cukup menjadi sehingga bunyi serta muzik yang dihasilkan terngiang-giang di telinga kita. Walau apa pun cara penyatuan yang dibikin oleh pengarah di dalam filem mereka, tidak siapa boleh menidakkan kepentingan muzik untuk menyatu dan menyampaikan emosi baik pembawa watak mahupun buat si penulis di dalam mencari mood yang sesuai buat jalinan cerita yang ditulis.
SUMBER UTUSAN
19 Feb 2014
The Journey, Kami Histeria & CUAK
Sejak kebelakang ini, PF amatlah malas nak menulis apatah lagi nak tulis panjang-panjang. Oleh itu agak salute lah sama itu blogger-blogger atau sememangnya penulis yang ada passion dan bakat terhadap blogging yang tak kering-kering idea dan tidak bosan dengan bidang seperti ini. Nampak gayanya tak lama lagi berkuburlah PF kot. Kali ini nak cerita sikit filem-filem Malaysia yang patut korang tengok. Filem yang sepatutnya dah ada lama kat bumi Malaysia. Kalau 3.5/5 tu dah dikira baiklah untuk filem Malaysia. Contohnyalah... :
Arahan : Chiu
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5
Katanya ini trilogi terakhir pengarahnya Chiu, Woohoo (2010) dan Great Day (2011) tapi PF tak menontonnya lagi. Warna cantik, lawak memikat, nostalgia zaman persekolahan menjadi, pertembungan budaya barat dan timur menjadi tunggak seterusnya membuatkan drama keluarga ini sangat membuai perasaan penonton. Suka lakonan sang bapa yang selamba. Babak kegemaran : semasa di rumah Fatimah dan babak belon panas. Akan tetapi signifikan belon itu kurang diberi sebab hanya kerana memori nakal zaman persekolahan. Begitu juga semasa Ah Bee memandang lakaran di cermin kereta semasa kereta bergerak. Menonton filem ini teringat filem usahama antara Malaysia dan Jepun tahun lepas Ken & Mary apabila bakal bapa mertua sama-sama naik lori dengan bakal menantunya dalam menuju ke perkahwinan anak perempuannya.
Arahan : Syamil Othman
Genre : Komedi
Tahun : 2014
Rating : 3/5
Filem ini menepati (boleh kata) kalau nak buat filem ringan jangan ambil ringan. Bagi PF, ia sesuatu idea yang segar di mana kumpulan muzik yang terdiri daripada wanita-wanita lawa/muzikal dicampurkan dengan komedi seram. Jarang band wanita sebagai teraju utama dalam filem kita. Penuh warna dan menghiburkan. Walaupun terdapat kecacatan seperti penyanyi utamanya kedengaran flat dan ada yang perasan mengatakan mereka kantoi dalam bab bermain alat muzik tu. Pada PF, 'bayaran' atau upah Cik Lang tidak berapa menarik ideanya. Kita tertunggu-tunggu apa balasan yang diminta sekali dengar.... ala tu je? Walau bagaimanapun, ini cubaan (pertama?) yang baik untuk Syamil Othman katanya anak Othman Hafsham ya? Rafidah dan Red Com jarang mengecewakan sekurang-kurangnya PF tak memaki setelah selesai menontonnya.
Arahan : Khairil M. Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Shamaine Othman dan Tony Pietra.
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5
Hanya ditayang di TGV. Ini lagi satu idea segar dari pengkarya Malaysia. Biasanya 5 pengarah 5 cerita tetapi ini 5 pengarah 1 cerita yang digabungkan menjadi 1 cerita panjang. Menarik! tanpa melarikan paksi filem ini secara umumnya. Tema perkahwinan tapi bukan saja fasal meminta restu ibu-bapa tapi lebih dari itu cuba diselongkar dalam CUAK. Tiap pengarah ada style tersendiri dan warna filem yang berbeza lalu membawa atmosfera yang berlain-lain tapi kurang enak semasa babak Tony Eusoff tu, orang kata ala noir, menjadikan filem ini 'terlalu serius' sebelum dan selepas menikmati emosi santai. PF mengaku terlelap seketika masa babak siat-menyiasat tu maaflah kepada sutradaranya. Babak konfrontasi antara Adam dan Nurul di refleksi dinding cermin sangat best! Umpama menonton teater pun ada, walaupun PF bukan peminat teater tegar. Di sini kedua-duanya (Ghafir Akbar dan Ani Juliana Ibrahim) memberi persembahan yang mendalam. Kedua, babak di dapur antara Adam dan Brenda (Dawn Cheong). Masa ni sangat terpukul dengan kata-kata Adam berkenaan azan tu. Sekali lagi mutu lakonan yang cemerlang ditunjukkan mereka berdua.
Pelakon yang membawa watak Reza, semacam nak kata, bagi la dia peluang, terkadang macam tak suka, kadang natural, kadang kenapa dia? Adegan di bilik ujian juga di mana ahli keluarga Brenda menguji Adam jarang kita lihat. Kalau dalam Papadom 2, Afdlin Shauki hanya menyelidik sikap bakal menantunya etc tapi bukan ibu-bapa Brenda yang nakkan kesempurnaan dalam semua aspek, melampau dah kalau macam tu. Babak di kelab snooker biasa-biasa saja. Cuak boleh dikatakan good film with new perspective, over tak? Ada lah yang perli kat FB nanti. LOL.
*semuanya menonton di wayang. Hehehe.
Pelakon yang membawa watak Reza, semacam nak kata, bagi la dia peluang, terkadang macam tak suka, kadang natural, kadang kenapa dia? Adegan di bilik ujian juga di mana ahli keluarga Brenda menguji Adam jarang kita lihat. Kalau dalam Papadom 2, Afdlin Shauki hanya menyelidik sikap bakal menantunya etc tapi bukan ibu-bapa Brenda yang nakkan kesempurnaan dalam semua aspek, melampau dah kalau macam tu. Babak di kelab snooker biasa-biasa saja. Cuak boleh dikatakan good film with new perspective, over tak? Ada lah yang perli kat FB nanti. LOL.
*semuanya menonton di wayang. Hehehe.
11 Feb 2014
AKAN DATANG : Bravo 5, Nota & Apokalips X
Filem yang akan datang ini bukan GANGSTER, HANTU dan REMPIT. Jadi, korang masih nak tengok tak?
Filem Nota mengisahkan Kamal (Hans Isaac) dan Erin (Maya Karin) yang berdepan dengan masalah komunikasi dalam hubungan suami isteri kerana mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.Pada ulangtahun perkahwinan ke 10 , Kamal dan Erin membuat keputusan untuk bercuti di Bako dan berusaha memulihkan semula hubungan, kasih sayang antara mereka.
Semasa dalam perjalanan ke hutan Bako, Erin telah menemui sebuah ‘Nota’ yang mengandungi plan Kamal untuk membunuh diri di tempat dia pernah melamar Erin 10 tahun lalu. Erin pula mensyaki Kamal mempunyai perempuan simpanan yang telah hamil. Erin merancang meneruskan pembunuhan Kamal dan nota bunuh diri itu sebagai alibi.
TRAILER
*****
Peperangan hebat berlaku di seluruh pangea sejak mentari terbit dari barat. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.
Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.
Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).
TRAILER
*****
Filem Bravo 5 berlatarkan tahun 1989 mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata.
Lima komando terbabit berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi, malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 anggota gerila komunis. Sebelum pertempuran bermula, mereka ada menulis wasiat.
Promo Bravo 5 > http://www.youtube.com/watch?v=UoLrI0piXe8
5 Feb 2014
Realiti Sosial
FILEM Bicycle Thief merupakan salah satu contoh filem daripada gerakan Italian Neorealism yang memaparkan tentang realiti sebenar era tersebut.
TALIAN Neorealism merupakan satu aliran perfileman yang mula diperkenalkan sekitar lewat tahun 1940-an sehingga tahun 1950-an selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Gerakan ini mula diperkenalkan di Itali.
Kebanyakan filem yang dihasilkan dalam aliran ini adalah filem yang memaparkan tentang realiti sosial yang berlaku di negara tersebut selepas seksaan perang.
Pengarah terkenal dengan aliran Italian neorealisme ketika itu antaranya Vittorio De Sica, Cesare Zavattini, Luchino Visconti dan Giuseppe De Santis hanya memaparkan tentang kisah yang benar-benar berlaku dan turut menyelitkan unsur dramatik.
Filem yang dihasilkan oleh Vittorio berjudul The Bicycle Thief (1948) merupakan salah satu contoh filem yang memaparkan tentang realiti sebenar apa yang berlaku terhadap penduduk di Itali.
Filem ini tidak menggunakan pelakon profesional sebaliknya orang biasa di gelandangan.
Ciri-ciri filem Italian neorealisme ialah belanja murah, isu sosial dan tidak ada pelakon profesional.
Apa yang dipaparkan melalui filem ini adalah tentang masalah ekonomi yang sedang melanda Itali ketika itu yang menyebabkan negara tersebut dilanda masalah kewangan.
Banyak juga industri filem di luar Itali yang turut menggunakan stail yang sama antaranya industri filem Iran, India dan jiran tetangga kita, Indonesia.
Pembikin filem di negara-negara yang disebut tadi sememangnya tidak pernah takut untuk memaparkan tentang realiti sebenar yang sedang berlaku di negara mereka.
Industri filem India misalnya cukup lantang menonjolkan realiti kehidupan pada sebahagian besar karya mereka. Sebagai contoh filem yang dihasilkan oleh pengarah kontroversi, Deepa Mehta yang telah menghasilkan tiga filem yang memaparkan tentang realiti penduduk di India berkenaan kasta yang menjadi pegangan masyarakat di sana.
Pegangan yang diwarisi daripada kepercayaan kuno itu masih kuat dan utuh di India dan disebabkan kesedaran Deepa Mehta maka terhasillah beberapa filem realiti tersebut antaranya, Water, Fire dan Earth.
Ketiga-tiga filem ini merupakan antara filem yang kuat dari segi pengisiannya sehinggakan ada sebahagian masyarakat di sana cukup marah sehingga berlaku rusuhan ketika filem-filem tersebut ditayangkan.
Selain itu industri filem Indonesia turut menggunakan pendekatan yang sama kepada sebahagian filem-filem hebat mereka antaranya Daun Di Atas Bantal, Cinta Dalam Sepotong Roti, Seogija dan Aku Ingin Menciummu Sekali Sahaja.
Filem-filem ini diarahkan oleh Garin Nugroho. Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Garin menggunakan bajet yang rendah.
Apa yang digarap oleh Garin di dalam setiap filem arahannya adalah realiti yang sedang berlaku di negaranya.
Begitu juga yang digunakan oleh filem Iran. Children of Heaven misalnya antara filem yang memaparkan tentang kanak-kanak jalanan di sana.
Filem arahan Majid Majidi ini juga tidak menggunakan kos yang tinggi namun berjaya di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun apa yang berlaku pada industri perfileman kita cukup berlainan. Kebanyakannya akan memaparkan tentang kemewahan serta kekayaan yang sememangnya yang jarang dikecapi oleh kebanyakan rakyat kita.
Apa salahnya sekiranya memaparkan tentang realiti kehidupan di rumah flat serta di kampung-kampung misalnya kerana kisah-kisah seperti ini juga lebih rapat dengan masyarakat.
Cuba lari kebiasaan, terlalu banyak filem kita yang menonjolkan tentang cara hidup mewah. Sepatutnya pengarah dan penerbit patut lari daripada kepompong tersebut jika ingin melihat filem kita lebih bersifat terbuka dan tidak statik.
SUMBER
4 Feb 2014
Cacamarba : Lovely Man, Laga, Blue Jasmine, Her
Arahan : Teddy Soeriaamatdja
Genre : Drama
Tahun : 2011
Rating : 3.5/5
Apa yang boleh dikatakan filem ini sangat menarik. Dialog-dialog yang diluahkan pasti ditunggu-tunggu. Bagaimana reaksi sang anak, bagaimana jawapan sang bapa pula? Apa yang terjadi kemudian? Tiap tutur kata pemeran utama tak mau dilepas oleh PF, okay, PF ulang 2 kali tu. Ianya bukan kisah komuniti pondan secara total tapi hubungan antara bapa dan anak yang dua-duanya tak lari melakukan kesilapan. Ada beberapa adegan yang PF dapat tangkap iaitu permainan cahaya dalam filem ini, tentu fahamkan? :
adegan di warung kopi (penjual menghulur gitar) dimana wajah Epoi gelap tidak kelihatan manakala anaknya dilimpahi cahaya, dan semasa dijalanan yang kebanyakannya berwarna kuning oren suram. Saiful (Epoi) yang dibawa oleh pelakon Donny Damara kelihatan tidak berapa feminin untuk watak nyah tapi dapat meyakinkan watak Epoi dengan jayanya. Berdurasi 1 jam 11 minit Lovely Man sebenarnya bercerita sederhana bagaimana lelaki yang telah berkahwin kemudian bercerai apabila isterinya mendapati keadaan sebenar suaminya seperti apa, lalu dicari oleh anak perempuannya untuk mengadu tentang permasalahan yang sedang dihadapinya.
Arahan : Ismail Yaakob
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 2.5/5
Pengarah Lenjan ini kembali dengan filem terbaru yang memaparkan isu laga ayam. Banyak konflik/subplot antara watak sehinggakan penonton kadang-kadang keliru dengan jalan cerita. Penonton kena hayati betul-betul, siapa pengikut dia ni dan siapa pengikut yang lagi satu di awal cerita sebab semuanya berlaku pantas (Hassan dan Dasuki yang dilakonkan oleh watak utama; Wan Hanafi Su dan Nasir Bilan Khan [memang Bilan tau, hehe]). Dahulu ada terbaca artikel akhbar online MStar, bila cek balik, masih ada INI DIA, Nasir Bilan Khan hanya akan berlakon naskah yang berunsur Islamik tetapi melihatnya melakonkan watak mengintai Marsha Milan Londoh mandi teringat balik artikel tu haha. Marsha pula hanya jadi simbol seks dalam Laga tak lebih dari itu. Bayangkan isteri jadi taruhan boleh disebut terang-terangan dalam buat perbincangan macam jadi benda biasa dalam kampung tu atau itu perkara biasa dalam perjudian laga ayam? Walaupun percubaan yang baik untuk mengetengahkan isu seperti ini, Laga percubaan yang tidak berapa menjadi, arghh susah buat filem ni kan? #mendalamilogikahmadidham lol
Arahan : Woody Allen
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5
PF jarang mengikuti filem Woody Allen. Bila tengok Woody Allen filmography untuk semak senarai filemnya manalah tahu ada tengok judul-judul yang pernah tonton, didapati hanya 2. Percubaan pertama adalah menerusi Midnight In Paris tetapi tidak berjaya memenangi hati. Kedua adalah filem 'banyak bercakap' Annie Hall tak berjaya juga menghabiskannya kerana ianya banyak melibatkan perkara/budaya orang sana sampai kita tak boleh relate dan lama-kelamaan hilang minat akibat kefahaman yang semakin hilang. Apabila Cate Blanchette mendapat pencalonan bagi actress terbaik bagi Oscar 2014, PF cuba menonton walaupun pada mulanya tak tahu ianya karya Woody Allen. Ianya drama kisah wanita pertengahan usia yang mendambakan kemewahan sekali lagi setelah bercerai dengan lelaki yang berada dan berpengaruh. Semasa ia kembali hidup normal dan tiada wang, itu satu cabarannya buatnya mendaki semula dengan kerja di klinik dan sambung belajar. Di situ kita lihat kekuatan Jasmine selain selalu berselisih faham dengan adik tirinya berkenaan dalam memilih pasangan hidup.
Arahan : Spike Jonze
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5
Okay ramai yang meminati filem ini, ada yang bagi full marks dan secara tidak langsung menggambarkan filem ini sempurna. Tidak dinafikan filem ini indah dari segi visual, permainan warna dan emosi. Walaupun dengan hanya suara Samantha (Scarlet) iaitu perisian yang boleh dibeli, ianya berjaya menimbulkan suatu perasaan sehinggakan Theodore menemui keserasian lalu jatuh cinta. Seakan bercinta jarak jauh pula dan mengadakan phone sex! Terdapat juga adegan yang bosan/draggy adakalanya PF sempat membelek handphone untuk membunuh kebosanan itu (menontonnya di panggung). Tidak hairan jika di masa depan berlaku seperti ini sebab lihatlah teknologi yang sedang berlaku sekarang. Dan manusia terus bersendirian walaupun ditengah-tengah ramai.
Subscribe to:
Posts (Atom)