4 Apr 2013

AMOUR : Inilah Hidup


Genre : Drama (Austria)
Arahan : Michael Haneke
Pelakon : Emmanuelle Riva, Jean-Louis Trintignant
Tahun : 2012
Rating : 4/5 


"Cinta" itulah judul yang diberi. Setelah memenagi Palm D'or Di Cannes 2012, PF memang ternanti-nanti untuk menonton filem ini, walaupun setelah menonton trailernya, ia sejenis filem perlahan yang akan membuat anda mengantuk. Apatah lagi dua orang warga emas yang menjadi pemerannya. Dan apatah lagi ianya hanya berlatarbelakang di dalam rumah atau lebih terperinci lagi di dalam apartment yang mereka tinggal. Amour mengisahkan percintaan sepasang suami isteri yang lanjut usia meniti hari-hari terakhir mereka yang tiada apa lagi untuk dikejarkan. Ianya cinta, sepertimana ungkapan janji sepasang kekasih muda yang ingin menyulam cinta hingga ke hujung nyawa. Cinta yang indah hingga ke penghujung usia, maka ini wajar dilihat oleh warga muda bagaimana ianya digambarkan, adakah sanggup menjaga isteri yang diserang strok tatkala diri tidak berupaya? Strok di sini bukan kepada pembalasan atas dosa yang dilakukan di awal cerita seperti mana kebanyakan drama yang mahu mengajar. Dalam satu hal lain, wajarkah Haneke menulis filem cinta tetapi merosakkanya sendiri? Adakah dengan 'merosakkanya' itu juga tanda cinta juga?

Mengapa filem sebegini banyak mendapat pengiktirafan dimana-mana? Bukankah 'senang' untuk membikin filem sebegini? Jika begitu, tak payahlah Dain Sain bersusah-payah memikir jalan cerita si pembunuh upahan dan adik beradiknya menangani isu keluarga untuk merebutkan anugerah tertinggi di Oscar, ataupun orang membina rakit merentasi lautan Pasifik untuk membuktikan sesuatu seperti dalam filem Kon-Tiki yang juga Top 5 Foreign Language. (JIKA dipandang dari sudut "mereka tidak berpaksi kepada anugerah yang sama dan bukan anugerah yang dikejar"). Adakah dengan nama Michael Haneke sendiri membuat karya ini dijulang walaupun isinya hanya itu saja? Atau adakah lagi lapisan kedua yang tidak dapat dilihat lalu membutakan mata untuk mengadili karya ini? Walaupun begitu, keperitan yang dilalui oleh Anne (Riva) ternyata melangkaui Naomi Watts (Impossible) dan Jennifer Lawrence (Silver Lining Playbook), malahan teringat PF satu watak lelaki yang menghidap strok dalam Poetry. Eh, dalam A Separation juga ada yang menghidap strok iaitu bapa pelakon utama itu. Filem terbaik dan strok seakan seiringan pulak, petanda tu.

Amour adalah tentang kesengsaraan dan kehidupan selepas cinta. 

Review panjang lebar boleh baca di SINI

4 comments:

MG Hanan said...

mana dapat? cd atau download? aku memang minat filem2 oscar ni.

kadang2 cerita yang perlahan inilah yang banyak membuat kita berfikir. yep, filem yang bermutu adalah filem yang memberi impak dalam hidup kita

PerangFilem said...

dvd.. Pf terlelap 2 kali sebab tengok lepas dinner. So jgn makan sblm tgk citer ni :) Tapi macam nak tengok lagi

MG Hanan said...

Ala dvd ke. Hmm kna cari kat speedy. Kekadang susah nk dpt.

PerangFilem said...

bukan Speedy... tapi Speedo haha.. sampai tak maksudnya?