22 Nov 2012

Akan Datang : Mamak Cupcake & Kolumpo

Belum ada poster kot.
Woo Ming Jin kembali dengan filem melayu ketiga beliau selepas Salon (2005) dan Seru (2011 bersama Pierre Andre). Dengan tema yang baru, seorang mamak (Shaheizy Sam - err muka tak berapa mamak) yang ingin lari dari kebiasaan ; mamak dan cupcake. Kata pengarahnya di laporan berita Awani, dia seorang mamak ingin jadi urban. (KL Zombie arahan Woo belum ada press conference).

Sinopsis : Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.

Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.

Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya? Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui anda tidak lama lagi.

TRAILER


Keputusan MOVIE QUIZ 2 dimenangi oleh saudara ZAINI yang menjawab dengan tepat dan pantas. Salute! Fuuu... kena tingkatkan lagi kesukaran nih.

Jawapan (dimana PF telah menonton kesemuanya) :

(1) We Need To Talk About Kevin
(2) Bedevilled (Korea)
(3) Kepong Gangster
(4) Di Bawah Lindungan Kaabah (Indonesia)
(5) Chernobyl Diaries
Bonus : Melancholia

***

Filem KOLUMPO

Filem pertama arahan Bront Palare ini bersinopsis : dari Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita -- cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur. 

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh bankrup. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL. Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari. Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini. 

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.

TRAILER

3 comments:

MG Hanan said...

bila akan ditayangkan? macam best. dah lama saya nak tengok cerita imigran. mamak ke..bangla ke..dipawagam.

MG Hanan said...

janganlah tingkatkan susah quiz tu, dah cukup susah dah tu

PerangFilem said...

ditayang tahun depan. bila takpasti.

Kuiz, tengok nanti camna k.