28 Aug 2012

SAM Yang Bergaya


Genre : Aksi 1 
Arahan : Syafiq Yusof
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Shaheizey Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Hide & Seek
Rating : 3.5/5


Terus terang PF katakan PF tertarik untuk menonton filem ini kerana trailernya, bukan kerana filem ini menjual frasa pengarah termuda. Sebelum ini pengarah termuda tidak silap PF adalah Yana Samsuddin dengan filem Selamat Pagi Cinta yang PF tak minat nak tonton tu. Apa yang PF boleh rumuskan adalah tidak sangka pengarah muda berusia 18 tahun ini boleh buat filem sebegini. Dan sorry kalau terlampau sangat PF nak kata pengarah prolifik pun yang katanya dah buat banyak filem rasanya tak boleh buat macam ini (atau sebab taknak buat genre yang berlainan sebegini) kerana hanya mendewakan komedi yang berulang-ulang sebab nak survive dalam industri which is korang akan kata "memang tak salah pun". 

Hanya babak permulaan yang agak meleret-leret mungkin 45 minit pertama agak membuai-buai perasaan penonton sebelum isi sebenar dihidang. Agak terfikir, kenapa Jeff jadi cemburu sebegitu terhadap Sam dan Lisa? Mungkin dia manusia jenis tak boleh tengok kebahagiaan orang lain 'yang melampau'. Apatah lagi mamat ni syok kat Lisa. Kenapa Jeff jadi macam itu, tidak dibongkar. Sampai satu tahap, PF terfikir, jangan-jangan ini semua rancangan si Syamsul tu. Fuh! nasib baik bukan begitu jalan ceritanya. 

Lupakan unsur-unsur filem SAW, Matrix atau game apa kejadah tu, sebab PF sangat puas hati semua adegan di dalam kilang dan sekitarnya. Lakonan Sam pula sangat dramatik! Walaupun PF seperti pernah lihat filem sama konsep sebegini tapi di bawah arahan anak muda belasan tahun (!) dan teamnya, ianya sangatlah berbaloi bagi filem tempatan. Nampaknya darah seni itu memang mengalir terus ke anak tapi dengan gaya yang berbeza. Korang kena tengok kay.

Syabas!

27 Aug 2012

Result Poll 7 : Penapisan Filem



Pelawat PF mengatakan :

88% setuju supaya penerbit menapis filem mereka sendiri.
11% pula tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Antara yang membicarakan perkara ini :

Sinar Harian

Harian Metro

Malaysia Kini

Utusan Malaysia

13 Aug 2012

Trailer Hanyut (U-Wei) Akhirnya DiLancar!


Entah bagaimana PF tidak dapat share secara direct trailer filem yang dinantikan iaitu HANYUT dari youtube ke sini.

PF hanya boleh share link youtube ini saja. Namun bagi PF, trailer ini agak panjang (2 minit lebih) dan seperti terlebih expose sikit.
Apa-apa pun, be prepared!
>>> Hanyut Trailer <<<

Based on Joseph Conrad's 1895 novel Almayer's Folly, this epic film tells the story of Kaspar Almayer ("X-Men Origins: Wolverine" actor Peter O'Brien), a English trader struggling to survive in Malaysia at the turn of the 19th Century. His dream of finding a mythical gold mountain is challenged by his scheming wife, the colonial authorities, the political machinations of the local chief and Arab traders, and his daughter's (Diana Danielle) love for a freedom-fighting Malay prince, Dain Maroola (Adi Putra).

*******************

Tapi jangan terkejut kerana Perancis dan Belgium (menurut imdb) juga ada menghasilkan filem yang serupa berdasarkan novel yang sama arahan pengarah wanita Chantal Akerman diberi judul LA FOLIE ALMAYER. Ianya diterbitkan pada tahun 2011 dan pernah menyertai Toronto Film Festival. Jika dilihat, filem U-Wei lebih dekat dengan novel kerana wataknya sendiri adalah melibatkan orang melayu. Dari aspek lain, kenalah kita tonton sendiri kedua-duanya. 

Mahu atau tidak, penonton secara automatiknya membandingkan filem U-Wei dan Chantal ini. Filem versi Perancis itu boleh dilihat dari trailer ini :


2 Aug 2012

Lagi Bodoh Lagi Bagus



Bulan puasa ni, PF takde mood nak tonton movie. Filem-filem kat wayang pun tak berapa nak mencengkam jiwa. Apatah lagi kehadiran Olimpik London menjadi perhatian PF ketika ini. Lagi artikel berkenaan situasi wayang kita sekarang.

Lagi bodoh, lebih bagus
Bersama ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

RATA-rata penonton berkunjung ke pawagam kerana mahu mencari hiburan. Ia juga salah satu cara untuk mereka lari sekejap dari dunia nyata.

Sebab itu, agak kelakar kalau ada yang kata ramai penonton sanggup berbaris panjang membeli tiket, bayar letak kereta, berhabis duit minyak dan tol kerana mahu belajar sejarah dan menimba ilmu di pawagam.

Kalau realiti itu sebaliknya maka sudah tentu kebanyakan filem Melayu yang ditayangkan di pawagam sejak 10 tahun kebelakangan ini akan menjadi mangsa sumpah seranah para penonton. Namun pengarah dan penerbit bernasib baik. Sajikanlah apa juga cerita, tidak ramai yang merungut. Golongan itu tiada masalah untuk berkarya. Kepala tidak sakit memerah idea yang bernas. Malah pihak penerbit juga senyum lebar kerana mendapat banyak untung daripada kutipan filem-filem terbitan mereka.

Buktinya, tahun lalu 42 filem tempatan telah ditayangkan. Sementara sehingga Julai ini 37 filem telah ditayangkan dan dianggarkan sehingga Disember ini tidak kurang 60 filem tempatan akan masuk pawagam.

Kalau diambil kira perkembangan yang sama, pada tahun 2000 hanya ada tujuh filem tempatan sahaja yang ditayangkan di pawagam. Ironinya pertambahan kuantiti filem itu menunjukkan sambutan para penonton.

Malangnya, di sebalik sokongan itu kualiti terutamanya daripada sudut pengisian filem tempatan semakin haprak. Isu yang diketengahkan tidak berdiri di bumi nyata. Ramai yang tidak sedar dengan realiti itu.

Menurut Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Dr. Hatta Azad Khan para penonton pula seolah-olah tidak kisah apabila dimomokkan dengan filem-filem yang jelas memperbodoh-bodohkan mereka.

"Ramai penonton yang sukakan cerita-cerita yang bodoh dalam filem. Mereka tetap terhibur menonton cerita-cerita yang bodoh. Tidak ada yang merungut atau marah. Ia semakin ketara sejak kebelakangan ini.

"Saya risaukan perkara itu tetapi ada penerbit yang kata tidak mengapa. Sampaikan ada penerbit yang menambah, itu belum cukup bodoh lagi. Kalau lagi bodoh maka lagi bagus," katanya dalam nada serius.

Hatta berkata demikian sebagai panel pada sesi dialog bertajuk Filem Malaysia: Kuantiti Atau Kualiti anjuran Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam menangani senario itu, filem tidak dapat lari dari elemen komersial. Beliau pernah mengarahkan filem bertajuk Wayang beberapa tahun lalu.

Filem yang dilakonkan antaranya oleh Eman Manan dan Ida Nerina itu sarat dengan elemen metafora, seni budaya Melayu terutamanya di Kelantan dengan berlatarbelakangkan survival persembahan wayang kulit.

Namun wacana Hatta yang cuba mengetengahkan isu itu dengan mengumpan serta menyulami kisah percintaan antara dua remaja lakonan Zul Huzaimy dan Mas Muharni kurang menarik perhatian para penonton.

Barangkali kerana kurangnya elemen bodoh memperbodohkan para penonton menyebabkan Wayang hanya tinggal sekadar wayang sahaja. Filem tempatan bukan sahaja dikatakan memperbodohkan penonton sebaliknya tersasar jauh daripada realiti masyarakatnya.

Banyak filem Melayu sekarang ini tidak lagi mewakili bangsa ini. Paling malang, dialek tempatan langsung tiada tempat dalam filem tempatan ketika ini.

Contohnya dalam filem Budak Kelantan dan Wayang yang menggunakan dialek Kelantan ia kurang mendapat sambutan para penonton. Sebaliknya, kini bahasa-bahasa mat rempit banyak mempengaruhi filem-filem tempatan.

Para penerbit yang berkiblatkan keuntungan tidak boleh 100 peratus dipersalahkan. Para penulis skrip, pengarah dan pihak kerajaan seharusnya campur tangan agar filem-filem yang dihasilkan lebih bertanggungjawab.

Tambah Hatta lagi, harus ada keseimbangan antara elemen komersial, hiburan dan nilai-nilai hidup yang boleh memberi keuntungan kepada semua pihak.

"Pengarah filem Indonesia, mendiang Teguh Karya pernah berkata kepada saya, selama mengarah filem dia belum pernah 'merugikan' penerbitnya. Mengapa dia tidak kata pembabitannya sebagai pengarah boleh menjadikan penerbit kaya raya," soalnya penuh makna.