28 Jan 2012

Sumpahan Kum Kum : Siapa Yang Kata Seram Sangat Tu?



Genre : Seram
Arahan : Ismail Bob Hashim
Kos : RM1.82 juta
Pelakon : Fezrul Khan, Putri Mardiana, Farisya Fatin, Wawa Zainal, Lidyawati, Maimon Mutalib, Shima Anuar, Kazar Saisi, Abdul Razak Ahmad
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : filem seram MIG 
Rating : 2.5/5

Kematian Mak Som (Lidyawati) mengundang misteri. Semasa hidupnya, dia tidak suka cucunya Tini (anak Adi – Fezrul Khan) balik ke kampung atas sebab-seba tertentu.
Mila seorang gadis bermuka hodoh mendapatkan khidmat Mak Som yang mengamalkan ilmu hitam untuk cantik. Untuk mengekalkan dan menjadikannya cantik selamanya, Mila dilarang melihat cermin dalam masa 44 hari. Akibat dia teruja sangat apabila ramai orang mula memujinya, dia melanggar pantang itu maka wajahnya hodoh semula. Mila pergi berjumpa Mak Som semula untuk memulihkan keadaan tapi dengan syarat meminum 9 darah anak gadis sunti. Malangnya, Mila terbunuh adik Adi sendiri iaitu anak Mak Som.

PF rasa nak hempuk kepala sapa kata filem ni seram sangat! Meh sini kalau nak rasa hempuk sampai tak bangun 3 hari. Setelah beberapa lama meminggirkan filem MIG tak kira la filem seram atau filem-filemnya yang lain, dengan harapan ada sesuatu yang baru atau setidak-tidaknya tak di’kejut’kan dengan kemunculan hantu-hantu sesaja. Apa yang PF dapat hanyalah biasa-biasa saja. Lagi-lagi adegan 'ketuk' pintu yang berulang-ulang (Al-Hijab (bukan MIG), Jgn Pandang Belakang, Congkak) dan kemunculan hantu yang dah diagak. PF tidak mahu terus mengkondem lantaran PF sendiri tidak tahu membuat skrip apatah lagi terlibat dalam pembikinan filem. Tidak ada apa yang baru dalam Sumpahan Kum Kum. Untuk mendapat pulangan dengan hasil yang sebegini rasanya tidak akan berhasil.

Satu yang agak tak pasti bagi PF, di mana sebelum Adi mendapat tahu dari Mak Leha (Maimon Mutalib) yang sebenarnya hantu Milah ingin balas dendam dengan membunuh keturunan Mak Som iaitu Tini, tetapi bagaimana Adi seakan sudah tahu yang Tini dalam keadaan bahaya dan overprotected terhadap Tini? (adegan di bilik air di R & R). Memilih pelakon yang rasanya belum pernah bekerja dengan MIG (memandangkan PF tak tonton kebanyakan filem MIG) boleh dipuji kerana kita memang muak jika muka yang sama dihadapkan. Lakonan Fezrul Khan semasa babak rasuk memang menjadi. Ditambah pula Maimon Mutalib memang kiranya ‘muka’ filem seram. Bercakap tentang Maimon Mutalib, ada dua adegan yang melibatkan beliau di mana 2 adegan 'slo-mo' yang terlalu dipaksa dan kurang menjadi. Tetapi adakah babak rasuk memang wajib dalam filem seram dan modal bagi pengkarya filem seram? Kemunculan Lidyawati yang banyak di babak flashback agak menarik. Mungkin jika cerita berkenaan Mak Som lebih banyak lagi e.g kegiatan ilmu hitamnya pasti filem ini lebih menarik.

Ketika Tini memberitahu yang dia mempunyai kawan ‘khayalan’ bernama Mila kepada ibunya (Putri Mardiana), ibunya seakan tak ambil pusing dan ini seakan lompong kosong yang membuat plot longgar ditambah pula Adi tidak menceritakan pasal Mila ini kepada keluarganya. Semestinya Al Hijab lagi baik rasanya walaupun Al Hijab lagi mudah ceritanya.

p/s : geram dengan Putri Mardiana sebab tak lari ketingkap bilik di mana Adi dan Tini terperangkap dengan hantu Mila sebaliknya merintih-rintih di pintu bilik yang terkunci, walaupun tahu sengaja dibuat begitu...

17 Jan 2012

Akan Datang : Chronicle, John Carter, Wrath of Titans

Dari senarai filem Hollywood setengah tahun ini memang nampak banyak yang menarik. Filem berbajet besar memang dinantikan oleh seluruh kaki wayang yang gemar meneroka ke alam yang berbeza walau untuk sejam dua.

CHRONICLE (Feb. 2012) :


New technologies and social communities allow us to record, post and comment on every second of our lives, sharing our every emotion and opinion with the world, no matter how mundane. For three high school classmates who suddenly gain superpowers from a mysterious substance, the chronicle of their ordinary lives is about to take on extraordinary turn. Initially they use their powers to play innocent pranks on each other and people around them, but soon they gain confidence and learn to control their powers better to take on more difficult tasks. Their newfound sense of immortality and impunity will force them to evaluate their own morality to ultimately decide where to draw the line about how far they should go.



                                                                             

JOHN CARTER (Mac 2012) :


From Academy Award®--winning filmmaker Andrew Stanton comes "John Carter"—a sweeping action-adventure set on the mysterious and exotic planet of Barsoom (Mars). "John Carter" is based on a classic novel by Edgar Rice Burroughs, whose highly imaginative adventures served as inspiration for many filmmakers, both past and present. The film tells the story of war-weary, former military captain John Carter (Taylor Kitsch), who is inexplicably transported to Mars where he becomes reluctantly embroiled in a conflict of epic proportions amongst the inhabitants of the planet, including Tars Tarkas (Willem Dafoe) and the captivating Princess Dejah Thoris (Lynn Collins). In a world on the brink of collapse, Carter rediscovers his humanity when he realizes that the survival of Barsoom and its people rests in his hands.



                                                                              

THE WRATH OF TITANS (Mac 2012) :


Perseus embarks on a treacherous quest into the underworld to rescue Zeus, who has been targeted for capture by his traitorous son, Ares, and his brother, Hades.

> Arrghh mitos Rom lagi??





15 Jan 2012

Relationship Status : Apa Status Korang?



Genre : Drama
Arahan : Khairil M. Bahar
Kos : Tidak diketahui
Pelakon : Gavin Yap, Davina Goh, Tony Eusoff, Daphne Iking, Baki Zainal
Ruzana Ibrahim, Amanda Ang, Benji Lim, Adeline Ong, Susan Lankester
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Love Actually, CINTA
Rating : 3/5


Kaki wayang macam PerangFilem memang tak suka kalau beli tiket berharga RM14. Rasa agak mahal terutama filem yang baru keluar tak kiralah filem tempatan atau filem luar. Nak tunggu hari Rabu? Tak semestinya hari Rabu kita free. Okaylah, PerangFilem nak ulas ringkas saja pasal filem ini.

Filem ini yang 95% berbahasa Inggeris dan tanpa sarikata amatlah tidak membantu filem ini sendiri. Sedangkan filem luarpun ada sarikata BM, inikan pula filem Malaysia yang berbahasa Inggeris, tapi takde! Rasa macam duduk Britain pulak. Mungkin bajet filem ini rendah dengarnya, tiada peruntukan untuk penterjemah profesioanal kot. Filem yang memuatkan ensemble cast ini mengisahkan relationship status mereka di Facebook yang menggerakkan keseluruhan cerita. Status peribadi yang diletakkan di bahagian profail FB bukanlah penentu dan mengehadkan batas seseorang.

Secara ringkasnya hubungan watak dalam filem ini :

David (Gavin Yap) – Jo (Khairil. M. Bahar sendiri!) – baru aku kenal…. Haha
= Mereka yang teman se’apartment’, Jo yg baru putus dgn gf, dinasihat oleh David supaya buat akaun FB untuk mencari perempuan lain bla bla bla…

David  (BF) – Anna (GF - Davina Goh)
= Anna yang belum sedia dgn perhubungan dgn David sebgai ‘pasangan kekasih’.

??? (Bekas Suami - Tony Eusoff) – ??? (Bekas Isteri - Daphne Iking) - Anna (kekasih lama)
= Tony yang bercerai dgn Daphne sbb gambar Tony yg dimuatnaik di FB mengundang spekulasi dan Dahpne tak sanggup hadapinya etc. Dalam masa sama Anna masih menaruh hati pada Tony.

??? (Suami - Baki Zainal) - ??? (Isteri - Ruzana Ibrahim) - ??? (Skandal - Daphne Iking)
= Baki yang kononnya jujur dgn perkahwinan rupanya main skandal dgn kawan isterinya tanpa disedari oleh Daphne.

Lee (BF - Benji Lim) – (GF - Amanda Ang) – Kakak Lee (Adeline Ong)
= Kakak Lee tak setuju dgn pilihan adiknya untuk dijadikan bakal isteri seorang filmmaker dan kebaratan.

Selina (Susan Lankaster) – David - various
= Selina tak sanggup melihat FB akaun mendiang suaminya masih aktif disebabkan mesej dan ucapan2 dari rakan-rakan mereka, seolah-olah suaminya masih hidup etc.

*sorry, malas nak ingat nama watak…

Secara umumnya, filem ini adalah kisah nyata generasi sekarang yang kita baca di dalam akhbar, internet dsb tentang konflik yang berlaku disebabkan FB. Secara jujur, PerangFilem biasa dengan cerita-cerita di atas kerana ada membaca di akhbar ataupun (sedikit) merasainya sendiri (seperti kes Selina). Setiap permasalahan yang dibawa diantarai oleh dialog yang sarat kadangkala dalam durasi yang panjang. Contoh antara David dan Jo di rumah mereka dan perbualan di Skype antara Selina dan anaknya. Tak hairanlah, ada penonton yang beransur keluar panggung kerana tak biasa dengan filem yang ‘banyak cakap’. Mungkin writernya (Khairil juga) banyak sangat idea dan banyak buat homework mungkin, atau banyak input yang disumbat oleh pengalaman sekeliling dia :p Menyentuh bab lakonan pula, Gavin Yap dan Khairil sbg Jo nampak sangat natural. PF suka babak Dahpne Iking berjumpa dengan Ruziana sewaktu lunch, pun nampak natural lakonan mereka. Susan Lankester, jangan nak dinafikanlah. Rata-rata persembahan mereka tak mengecewakan. Baki Zainal yang sebelum ini dikenali dengan watak komedi dalam Sini Ada Hantu, kali ini memegang watak sederhana serius sekadar average. 

Cerita antara David dan Jo, kemudian Lee dan GFnya agak sedikit bosan pada PF. PF tidak bersetuju yang katanya dengan meletak status ‘single’, individu itu kelihatan terdesak dan kesepian. Selainnya kira OK la. Kisah Selina dan akaun mendiang suaminya benar-benar mempunyai ‘elemen’ FB. Dan jika diamati semua cerita yang dipamerkan mempunyai unsur negatif termasuklah hubungan jejaka cina dan wanita India yang manis di awalnya tetapi pahit dihujungnya. Begitulah perhubungan antara manusia bertunjangkan teknologi versi Khairil. Apakah mesej yang cuba disampaikan di sini? Mungkinkah manusia di zaman teknologi begitu bebas dalam berhubung mengakibatkan kemelut yang akhirnya membinasakan hidup mereka?  

PF taknak menyentuh dari aspek teknikal kerana tidak berilmu tentang itu. Tapi  apa yang dibaca, hanya dgn menggunakan kamera DSLR, warnanya amat jelas dan terang. Sedikit keliru dengan adegan flashback kerana peralihan antara ‘past’ dan ‘present’ agak lancar, sama warna dan tiada bunyi efek (haha…) Oh ya, theme song lagu ini pada ‘intro’nya amat – amat (aku tau salah tatabahasa) mengelirukan sama ada lagu ni Bahasa Melayu ke, bahasa Inggeris? PF cuba menangkap butiran lirik yang dinyanyikan pada intro itu tapi tak jelas! Bila dengar chorus baru la jelas BMnya. Dan satu yang amat mengganggu pandangan mata ini adalah perut ibu mengandung yang teramat palsu, tak balance, nampak bucu, berkotak. Ya, sepatutnya, tiket wayang ini ada diskaun untuk itu *berseloroh.

Kita tahu di Malaysia filem bercorak urban agak kurang sambutannya. Apatah lagi menggunakan Bahasa Inggeris sebagai skripnya. Kecuali Pisau Cukur (yang berkonsep urban juga) mendapat kutipan memberangsangkan RM2.32 juta pada 2009. Namun terpulang kepada pengkarya untuk berkarya. Namun usaha Relationship Status amat baik sebagai alternatif penontonan sinema di Malaysia.

12 Jan 2012

Bunohan Terjah Rotterdam!

Poster Filem Terbaru Bunohan

Seperti yang telah diketahui, Bunohan mendapat review yang amat baik di festival luar negara sebelum ini. Kini, filem arahan Dain Said ini dijemput untuk mewakili negara di Festival Antarabangsa Rotterdam 2012 pada 25 Jan. - 5 Feb. 2012.

Filem yang sama dengan kategori [Spectrum - European Premieres] dengan Bunohan adalah :

European premieres in Spectrum
  • The Hunter - Daniel Nettheim, Australia, European premiere / Closing Film IFFR 2012
  • Four Suns - Bohdan Sláma, Czech Republic, European premiere
  • A Temple - Umesh Vinayak Kulkarni, India, European premiere, Hubert Bals Fund-supported film
  • Bunohan/Return to Murder, Dain Iskandar Said, Malaysia, European premiere
  • Los últimos cristeros/The Last Christeros - Matías Meyer, Mexico, Netherlands, European premiere, Hubert Bals Fund-supported film
  • Visiting Room - Alexandru Baciu & Radu Muntean, Romania, European premiere
  • Punk in Africa - Keith Jones & Deon Maas, South Africa, Czech Republic, European premiere
  • Small Roads - James Benning, USA, European premiere

Anugerah yang akan ditabalkan adalah :

Feature films awards
  • Tiger Awards (three prizes of € 15,000 each awarded by an international jury). Malaysia pernah menang oleh Liew Seng Tat - Flower in The Pocket  (2008) dan Tan Chui Mui - Love Conquers All (2007)
  • Dioraphte Award (one prize of € 10,000 awarded to a film from the Hubert Bals Fund Harvest)
  • UPC Audience Award (one prize € 10,000 conferred by the IFFR's public upon their favorite film)
  • MovieSquad Award (one prize of € 2,000 awarded by a jury of young adults, to promote the winning film in Dutch arthouse cinemas)
  • FIPRESCI Award (awarded by a jury of international film critics)
  • KNF Award (awarded by the Circle of Dutch Film Journalists; provides free Dutch subtitling to promote theatrical distribution of the winning film in the Netherlands)
  • NETPAC Award (awarded to the best Asian feature film by a jury from the Network for the Promotion of Asian Cinema). Malaysia pernah menang oleh Ho Yuhang - Sanctuary (2005)

Selamat berjaya!

Sumber : Website [ International Film Festival Rotterdam 2012 ]

7 Jan 2012

The Help : Kisah Mereka Dibukukan


Genre : Drama
Arahan : Tate Taylor
Pelakon : Emma Stone, Viola Davis, Oktavia Spencer
Kos : $25 juta
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya : -
Rating : 4/5

Filem yang diadaptasi dari novel bertajuk yang sama The help mengisahkan seorang gadis kulit putih Eugina “Skeeter” Phelan dan hubungannya dengan dua pembantu kulit hitam pada awal 1960an di Amerika. Skeeter seorang jurnalis yang mengambil keputusan untuk menulis buku kontroversi dari pandangan pembantu rumah kulit hitam di Jackson, Missisippi, yang mendedahkan diskriminasi dan masalah antara majikan mereka yang berkulit putih ketika bekerja dengan mereka.

Skeeter terpaksa mengorek cerita berdozen pembantu kulit hitam 
agar bukunya lebih meyakinkan

Ketika awal-awal menonton filem ini saja, PF amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Aibileen ketika ditanya And did you know as a girl growing up that one day you'd be a maid? Dan jawapnnya  “Yes, I did ma’am” seakan telah ditakdirkan dari kecil pekerjaan itu saja yang mereka lakukan dari turun temurun. Inilah yang membuat PF tertarik untuk meniti plot ke plot seterusnya sehingga akhir. Seterusnya “What does it feel like to raise a white child when your own child's at home being looked after by somebody else?

Filem yang ditunjangkan oleh sekumpulan wanita ini meriwayatkan, Aibileen (Viola Davis) yang bekerja dengan Elizabeth yang telah berkeluarga, iaitu kawan Skeeter, wanita pertengahan umur yang telah membesarkan 17 kanak-kanak kulit putih sepanjang hidupnya. Minny Jackson (Oktavia Spencer) pula seorang yang lantang bersuara dan kerap membuat masalah di rumah majikan. Minny berkhidmat dirumah Hilly (kawan Skeeter juga) dan kemudian Celia Foote, seorang yang dipinggirkan oleh Hilly dan kawan-kawannya.

Mereka tak hirau akan perasaan Aibileen 

Berlatarbelakangkan tahun 1960an dimana warna kulit memang menjadi jurang dan dalam masyarakat Amerika, Hilly lah orang yang paling kuat sikap diskriminasinya hingga menyarankan supaya tandas berasingan harus dibina untuk pembantu rumah mereka kerana mereka dipercayai membawa penyakit yang berlainan dengan org kulit putih. Aibileen pada mulanya enggan ditemuramah oleh Skeeter (untuk buku), kerana takut akan musibah menimpa dirinya dimasa akan datang tetapi berubah fikiran kerana Tuhan dan Hilly itu sendiri. Tetapi pada dasarnya dia berbuat demikian kerana tak mahu anak-anak orang putih yang dijaganya nanti apabila besar akan menjadi seperti ibu bapa mereka sekarang. Tetapi secara directnya disebabkan Tuhan dan Hilly itu sendiri.

Hilly (kanan) yang bongkak

Minny pula yang telah dipecat oleh Hilly kemudian berkhidmat di rumah Celia Foote yang dipulau kerana suaminya adalah bekas teman lelaki Hilly dan juga dia dilahirkan dari kalangan working class family. PF memang tak perasan pada mulanya ini adalah Jessica Chastain dari filem Tree Of Life kerana mekap yang berbeza da karakter yang berbeza! Kehadiran Minny dirumahnya bagaikan rahmat buat Celia kerana selain diabaikan oleh mereka, Minny yang pandai memasak telah menurunkan ilmu masakannya kepada Celia selain menemaninya yang bersendirian dirumah ketika siang hari.

Celia Foote gembira Minny bekerja dirumahnya

Minny yang juga menceritakan kisah hidupnya sebagai orang gaji kepada Skeeter, mengejutkan semua dengan kisah pembalasan dendamnya terhadap bekas majikannya iaitu Hilly. Dengan harapan Hilly mengelak ‘kisah lucu’nya kepada semua orang sebagai membalas dendam terhadap apa yag dilakukan kepadanya dan juga seluruh warga pembantu kulit hitam. Minny menceritakannya kepada Skeeter supaya mengaburi mata khalayak nanti yang kisah ini bukanlah di Jackson, Missisppi.

Sebenarnya, Skeeter buat ini semuanya kerana dia juga dibesar dan dijaga oleh Constantine pembantu kulit hitam selama 29 tahun, di mana dia banyak mengajar Skeeter erti kehidupan ketika zaman remajanya. Ketika Skeeter masih belajar di Universiti, ibu Skeeter  telah memecat Constantine kerana terpaksa selain faktor usianya yang semakin tua. Ini yang membuat Skeeter marah dengan tindakan ibunya.


Mae Mobley lebih rapat dengan Aibee @ Aibileen berbanding ibunya, Elizabeth. 
Selalu mengajar Mae ungkapan 'You is Kind, You is Smart, You is Important" Mae Mobly sebenarnya adalah 'cerminan' Skeeter.

Perhubungan hitam dan putih

Berjayakah buku yang juga berjudul The Help bercerita tentang pembantu-pembantu kulit hitam ini di mata masyarakat? Bagaimana sambutannya? Bagaimana reaksi kulit putih terhadap buku itu? Bagaimanakah kerjaya Skeeter selepas itu? Apakah reaksi Hilly apabila ‘kisah lucu’nya itu diketahui umum? Semuanya dalam lawak selamba, The Help.

5 Jan 2012

Poll Result 2 : Box Office Collection


Pelawat PerangFilem menganggap, fenomena yang melanda sinema Malaysia sekarang sepatutnya meletakkan RM5 juta sebagai filem box office Malaysia (tanpa mengira jumlah panggung yang menayang). Purata kos bagi filem di Malaysia yang diterbitkan pada kos sekitar RM 1.2 - 2 juta, angka RM5 juta boleh dianggap logik kerana jumlah penonton dan panggung pun semakin bertambah. Mari kita semak berapa filem Malaysia yang BOX OFFICE pada tahun 2011! 

1. KL GANGSTER (RM11.74) - 71 pawagam
2. OMBAK RINDU (10.79) - 73 pawagam
3. HANTU BONCENG (8.53) - 68 pawagam
4. KONGSI (8.09) - 87 pawagam (filem terbanyak membuat tayangan)
5. KHURAFAT (8.08) - 65 pawagam
6. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (6.50) - 67 pawagam

6 filem dari 42 jumlah filem yang ditayang pada 2011. Tepuk tangan!!

Sumber : Finas

4 Jan 2012

Filem-Filem 2012 Part I (JAN. - JUN)





Filem yang ditonton oleh PerangFilem pada tahun ini. 
Filem yang diulas/komen adalah bertanda * :


JANUARI
MISSION IMPOSSIBLE : GHOST PROTOCOL (AKSI [2] ) -- 4
DRIVE (AKSI 1) -- 3
THE DARKEST HOUR ( AKSI [2] ) -- 2.5
HELL'S GATE (SERAM) -- 2.5
*THE HELP (DRAMA) -- 4
*RELATIONSHIP STATUS (DRAMA) --- 3
UNDERWORLD : AWAKENING ( AKSI [2] ) --- 3.5
VIRAL FACTOR (HONG KONG - AKSI [1] ) --- 3.5
HAFALAN SHALAT DELISA (INDONESIA - DRAMA) --- 3
*MY SISTER'S KEEPER (DRAMA ) --- 3.5
*SUMPAHAN KUM KUM (SERAM) --- 2.5
*UNDERTOW (DRAMA - MEXICO) --- 3
*CHRONICLE ( AKSI [2] ) --- 2.5

FEBRUARI
*NO WAY OUT (WALANG KAWALA) (DRAMA-FILIPINA) --- 3.5
HAYWIRE ( AKSI [1] )  --- 3
*THE GREY ( AKSI [2] ) --- 3.5
OVERTURE (DRAMA - THAI) --- 3.5
MAN ON THE LEDGE ( AKSI [1] ) ---3
*THE DESCENDENT (DRAMA) --- 3.5
*UNCLE BOONMIE WHO CAN RECALL HIS PAST LIVES (DRAMA) --- 4
THE BIRD WITH THE CRYSTAL PLUMAGE (GANAS/THRILLER) --- 3
*POETRY (DRAMA-KOREA) --- 4

MAC
*BUNOHAN ( DRAMA ) --- 4.5
*THE WOMAN IN BLACK (SERAM) --- 3.5
IMPRINT (GANAS/THRILLER - JEPUN) --- 1
THE DEVIL INSIDE (SERAM) --- 2
*ALBERT NOBBS (DRAMA) --- 3
JOHN CARTER ( AKSI [2] ) --- 3
HUGO (AKSI2) --- 4
SNOW FLOWER & THE SECRET FAN (DRAMA- CHINA) --- 2.5
THE ARTIST (DRAMA) --- 3
*THE HUNGER GAMES ( AKSI [1] ) --- 3
THOMBSTONE FOR FIREFLIES (ANIMASI) --- 3
*THE ROAD HOME (DRAMA - CHINA) --- 3.5

APRIL
MIRROR MIRROR (AKSI2) --- 3
*RISE THE RED LANTERN (DRAMA - CHINA) --- 4
*CINTA KURA-KURA (KOMEDI) --- 2.5
WRATH OF TITANS ( AKSI [2] ) --- 3.5
THE RED VIOLIN (DRAMA) --- 2
*BATTLESHIP ( AKSI [2] ) --- 3.5
*THE STORY OF QIU JI (DRAMA -CHINA) --- 3.5
*MY WAY (AKSI 1 & 2 - KOREA) --- 4
*CABIN IN THE WOODS ( AKSI [2] ) --- 3.5
THE AVENGERS (AKSI [2] ) --- 3.5

MEI
*A SEPARATION (DRAMA-IRAN) --- 4.5
*CHOW KIT ( AKSI [1]/DRAMA ) --- 3.5
*MELANCHOLIA (DRAMA) --- 3
THE SKIN I LIVE IN (AKSI 1) --- 3
IN THE LAND BLOOD & HONEY (AKSI 1) --- 2
BLACKBOARD (DRAMA - IRAN) --- 3.5
*THE TASTE OF CHERRY (DRAMA - IRAN) --- 4.5
*MANTERA (AKSI 2) --- 1.5
*THE STONING OF M. SORAYA (DRAMA-IRAN) --- 4
ABOUT ELLY (DRAMA - IRAN) --- 2.5
*HOREE-HOREE (DRAMA-MUZIKAL) --- 3

JUN
WHAT ARE YOU EXPECT WHEN YOU EXPECTING (DRAMA) --- 2.5
*SNOW WHITE & THE HUNTSMAN (AKSI (2)) --- 3.5
*THE RAID (AKSI 1 - INDONESIA) --- 4
PROMETHEUS (AKSI 2) --- 3
MADAGASCAR 3 (ANIMASI) --- 3
*JIWA TAIKO (AKSI 1) --- 2.5
BRAVE (ANIMASI) --- 3
*JALAN KEMBALI - BOHSIA 2 (AKSI 1) --- 3
ABRAHAM LINCOLN : VAMPIRE HUNTER --- 3
TOTAL RECALL 2013 (AKSI 2) --- 2.5

- END -