3 filem akan datang.
Negeri Di Atas Pasir asalnya untuk filem pendek sempena Hari Malaysia tetapi telah bertukar menjadi sebuah filem panjang.
*akan dikemaskini setelah info diketahui.
Convinced with what he saw 15 years ago was a UFO, Berg sets on a journey with his 4 friends to capture it on film. They begin to realize that the trip is more than what it seems.
12 Sept 2014
8 Sept 2014
Senarai Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014
Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur mengeluarkan senarai pendek pencalonan untuk Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014 (Anungerah MPFKL). Penerima anugerah berkenaan mengikut kategori masing-masing akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2014. Setakat ini, kami mendapati terdapat sekurang-kurangnya 70 filem yang melalui skim wajib tayang dan telah ditayangkan pada bulan September 2013 hingga Ogos 2014, tidak menolak beberapa filem terbitan tempatan bukan berbahasa kebangsaan, filem animasi, serta filem bebas yang tidak dimasukkan dalam senarai tersebut. Semuanya melalui pertimbangan dan penelitian khusus.
Di sini, kami sertakan senarai pencalonan, seperti yang berikut:
Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014
Pengarah Terbaik
Nam Ron untuk Psiko Pencuri Hati
Chiu Keng Guan untuk The Journey
Khairil M. Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra, Shamaine Othman untuk Cuak
Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo
Razaisyam Rasyid untuk CEO
Pelakon Lelaki Terbaik
Patrick Teoh untuk Take Me To Dinner
Bront Palarae untuk Psiko Pencuri Hati
Sai Peng Lee untuk The Journey
Ghafir Akbar untuk Cuak
Beto Kusyairy untuk CEO
Pelakon Wanita Terbaik
Ruminah Sidek untuk Kolumpo
Nell Ng untuk Kolumpo
Sharifah Amani untuk Psiko Pencuri Hati
Dawn Cheong untuk Cuak
Pearly Chua untuk Claypot Curry Killers
Sinematografi Terbaik
Raja Mukhriz untuk Penanggal
Charin Pengpanich untuk Kolumpo
Eric Yeong untuk The Journey
Fendi Ang, Khairil M. Bahar, Wan Chun Hung, Samuel Lam untuk Cuak
Mohd Helmi Yusof untuk Claypot Curry Killers
Lakon Layar Terbaik
Afdlin Shauki, Haris M. Nor, Nurul Akmar Salajudin untuk Papadom 2
Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo
Namron, Fared Ayam, Amin Shakib untuk Psiko Pencuri Hati
Ryon Lee, Chan Yoke Yeng untuk The Journey
Khairil M. Bahar, Priya Kulasagaran, Manesh Nesaratnam, Shamaine Othman, Tony Pietra, Magdelen Spooner untuk Cuak
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Syed Hussein untuk Psiko Pencuri Hati
Amerul Affendi untuk Psiko Pencuri Hati
Rosyam Nor untuk KL Gangster 2
Ben Pfeiffer untuk The Journey
Anas Ridzuan untuk CEO
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Vanida Imran untuk Papadom 2
Sharifah Amani untuk Kolumpo
Deanna Yusuf untuk CEO
Nur Fazura untuk Kami Histeria
Mandy Chen untuk Claypot Curry Killers
Filem Terbaik
Psiko Pencuri Hati (Khairul Anuar Latip, Ken S. Yap, Shamsul Cairel sebagai penerbit)
The Journey (Heng Yee Jin, Choo Chi Han, K.C. Cheong, K.C. Chuan, Mohamad Kabir Arif Sultan sebagai penerbit)
Kolumpo (Sheikh Munasar, James Wong, Bront Palarae, Rozi Izma sebagai penerbit)
Cuak (Micheal Chen, Low Ngai Yuen sebagai penerbit)
CEO (Abdul Razak Abdullah, Matt Yusoff sebagai penerbit)
**Rujukan : TONTONFILEM
4 Sept 2014
CMarba: Coming Home, Tembus, JIN, The Apple, Guardian of the Galaxie, Dawn of Planet of the Apes, Only Lovers Left Alive
Arahan : Ahmad Idham
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3/5
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3/5
Ahmad Idham masih mengekalkan ciri-ciri filemnya. Berani buat perubahan jika kita lihat barisan filem beliau sebelum ini. Tembus berbeza dari komedi-komedi rempit dan hantu ciptaannya. Jika anda melihat supertele Astro PANIK tak lama dulu, awal-awal filem ini adalah sebegitu. Kehilangan anak membawa plot filem ini kepada rancangan jahat kekasih gelap Aaron. Filem ini bolehlah dikata matang sisi Ahmad Idham jika dia terus buat filem serius (bukan hantu) pasti boleh menyerlahkan lagi keupayaannya. Terdapat bahagian-bahagian kaku dalam filem ini. Tiap kali extra yang lalu-lalang terutama ibu atau bapa berjalan dengan anak mereka 'masuk ke dalam skrin', seakan diatur dan tak natural, dah tu semuanya berpimpin tangan tapi nampak janggal. Dialog Fazura pula diulang-ulang pasal tanggungjawab, baik rasanya jangan dibazirkan skrip tu. Mungkin penulis nak tegaskan hal ini betapa si isteri lebih berjaya dominan dari suami. Pada PF, semua pelakon memberi lakonan yang mantap kecuali Luna Maya yang agak stiff. Akhir sekali twist yang menyelamatkan filem ini.
Arahan : Pierre Andre
Genre : Seram
Tahun : 2014
Rating : 2/5
Filem ini tiada yang baru. Pindah rumah baru - diganggu - kanak-kanak - main sembunyi2 - orang tua - kelambu menutupi muka - ustaz halau hantu. Filem ini ambil mudah akan latarbelakang asas. Kredit kepada lakonan ketiga-tiga pemeran utama dalam filem ini, Zul Ariffin, Mon Ryanti dan ustaz muda. Namun, hanya kejutan berulang-ulang. Apabila kisah filem hantu di rumah, si suami pasti ala sibuk di meja pejabat gitu. Tak boleh ke buat tengah tanam bunga ke, lanscaping ke, betulkan motor ke, nak kerja senang je, ngadap laptop letak 2-3 helai kertas. Pierre yang telah banyak buat filem seram sepatutnya dapat buat lebih elok. Ini hanya menyalin saja, jadi apa yang baru?
Arahan : Samira Makhmalbaf
Genre : Drama
Tahun : 1998
Rating : 3/5
Pada usia 17 tahun Samira pertama kali mengarah filem ini dan meledakkan namanya dipersada perfileman antarabangsa. Bayangkan tu, di usia muda telah mencipta nama. PF telah menonton beberapa filemnya yang lebih kemudian, yang lebih digemari Two-Legged Horse selepas itu Blackboards. The Apple lebih menyerlah sebenarnya tapi PF kurang 'dapat' filem ini. Setelah baca review di internet, barulah faham sikit-sikit. The Apple lebih simple dari filem Samira yang lain tapi sangat mendalam maknanya.
Arahan : James Gunn
Genre : Aksi 2
Tahun : 2014
Rating : 4.5/5
Genre : Aksi 2
Tahun : 2014
Rating : 4.5/5
Jika diamati PF jarang menyentuh genre filem sebegini. GOTG memberi hiburan yang maksima bukan sekadar aksi tapi lucu sekali. Rasanya lebih enjoy filem ini dari semua filem-filem Marvel etc. Mungkin bukan passion menonton filem-filem sebegitu.
Arahan : Matt Reeves
Genre : Aksi 2
Tahun : 2014
Rating : 4/5
Genre : Aksi 2
Tahun : 2014
Rating : 4/5
Siri Apes juga bukan peminat. Setelah menonton rasa gembira tak terhingga kerana kepuasan yang diberi oleh Matt Reeves. Lakonan, dialog, pertelingakan antara puak beruk dan manusia sangat mengesankan. Filem ini berkenaan bangsa, kepercayaan, kesetiaan dan perpaduan. Sangat dicadangkan!
Arahan : Jim Jarmush
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 2/5
Filem ini agak sedikit pelik. Kisah Pontianak pemuzik yang masih hidup dengan meminum darah yang dibekal secara gelap dari sebuah hospital. Eve pula (Tilda Swinton) pergi berjumpa sang kekasih Adam (Tom Hiddleston) yang sekian lama tak berjumpa. Adik Eve, Eva (Mia) pula datang melawat mereka tanpa diundang. Mereka yang semua pontianak hanya bergerak pada waktu malam saja, itu pun berkacamata apabila di tempat awam. Tak tahulah apa motif filem ni.
Arahan : Zhang Yimou
Genre : Drama (China)
Tahun : 2014
Rating : 3/5
Genre : Drama (China)
Tahun : 2014
Rating : 3/5
Antara pengarah kegemaran PF kembali lagi dengan Coming Home. Ditayang di Cannes pada tahun ini. Jika diikutkan jalan ceritanya biasa saja. Dengan mengambil karya novel ke layar perak yang menjadi auteur theory sang pengarah, berkenaan kepulangan sang suami yang lari dari setelah lama dipenjara. Dipendekkan cerita, suatu hari si isteri mengalami masalah hilang ingatan dan tidak kenal akan suaminya yang disangkanya seseorang yang 'berbuat sesuatu' kepadanya dahulu. Apabila dia menunggu kepulangan suami di stesen keretapi sehingga usianya menginjak emas, walaupun suaminya di sisi, Pf seakan kurang pasti akan filem ini. Namun, itulah penyakit yang dihidapi yang sukar diubati. Ok, Pf tahu hanya bercerita plot saja.
30 Aug 2014
Filem Filem 2014 - Part II (Julai-Dis)
Daftar tontonan bagi separuh tahun kedua.
JULAI
---------
DAWN OF PLANET OF THE APES --- 4
THE CURSE HOUSE (THAI) --- 1
OGOS
---------
HERCULES (The Rock) --- 2
BERANDAL (INDONESIA) --- 3.5
NOAH --- 1.5
TEMBUS --- 3
INTO THE STORM --- 3
GUARDIAN OF THE GALAXIE --- 4.5
FAULTS IN OUR STARS --- 3
ONLY LOVERS LEFT ALIVE --- 3
GRAND BUDAPEST HOTEL --- 3
JIN --- 2.5
COMING HOME (CHINA) --- 3
LIKE SOMEONE IN LOVE (JEPUN) --- 3
SHAWSHANK REDEMPTION --- 3
THE APPLE (IRAN) --- 3
SEPTEMBER
------------------
WOMEN IN THE DUNES (DRAMA-JEPUN) --- 4.5
PICNIC AT HANGING ROCK --- 3
AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT --- 4
THE MAZE RUNNER --- 3
ALANGKAH LUCUNYA NEGERI INI --- 2.5
THE PURGE 2 : ANARCHY --- 3
REPULSION --- 3
GADOH --- 3
HIJRAH CINTA (DRAMA-INDO) --- 3.5
ANNABELLE --- 3.5
OKTOBER
---------------
SOEKARNO --- 3.5
DOLLAH SUPERSTAR --- 3
EQUALIZER --- 3.5
TOKYO! --- 3
UMBERTO D --- 3
SALOMA (Telemovie) --- 3
KILL THE MESSANGER --- 2
GRAND SEDUCTION --- 2.5
RAIN DOGS --- 2
MAP TO THE STARS --- 2
THE LUNCHBOX --- 3
MIRACLE IN CELL NO. 7 --- 3.5
DJANGO UNCHANIED --- 3
OUIJA --- 1.5
THE CAGE --- 3
THE HUNT --- 4
NOVEMBER
------------------
7 SAMURAI --- 4
GREAT TRAIN ROBBERY --- 2
IN DARKNESS --- 2
MY LIFE AS A DOG --- 3
ALL ABOUT MY MOTHER --- 4
CARNAGE --- 1.5
CHILD'S POSE --- 2
IDA --- 4
HOLY MOTOR --- 3
THE BABADOOK --- 3.5
BIG HERO 6 --- 3.5
THE BEST OFFER --- 3
JIMMY'S HALL --- 3
LELAKI HARAPAN DUNIA ---- 4
DISEMBER
----------------
PYRAMID --- 2.5
SELFISH GIANT --- 2.2
GONE GIRL --- 4
MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA
BOYHOOD --- 4
OPHILIA --- 3
THE COOK, THE THIEF, HIS WIFE & HER LOVER --- 4
HOBBIT 3 --- 3
UNDER THE SKIN --- 3
STILL ALICE --- 3.5
CERITA HANTU MALAYSIA --- 4
28 Aug 2014
FFM26 : Ramalan
Sejurus calon-calon FFM26 diumumkan, ada satu perkara yang memeranjatkan dan PF tak habis fikir dan kecewa dari malam itu dan bangun pagi esoknya. Kenapa dan kenapa? Lama-lama difikir, sememangnya apa-apa anugerah pun takkan memuaskan hati semua orang. FFM26 menyaksikan sekali lagi Mamat Khalid berentap dengan Syamsul Yusoff dalam kategoti Pengarah Terbaik pada FFM24 dahulu di mana Mamat 'merajuk' ketika itu kerana tewas dengan Syamsul. Ada pula yang menyoal kenapa The Journey tiada dalam senarai, ini kerana The Journey tayang pada Januari 2014 manakala kalendar FFM26 adalah dari OKT 2012 - DIS 2013 (SUMBER)
*ramalan ini tidak terkait dengan Keputusan MPFKL2013 kerana kalendar yang berlainan.
Filem Animasi Terbaik
(tidak tonton, tiada ramalan)
1. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisam (UMK)
2. Thumbs Up Team
3. El Videographics
Penyunting Terbaik
1. KL Gangster 2
2. KIL
3. Penanggal
4. Istanbul Aku Datang
5. Sembunyi: Amukan Azazil
Skor Muzik Asal Terbaik
1. Sembunyi: Amukan Azazil
2. Tokan
3. Tanda Putera
4. Papermoon
5. KL Gangster 2
Penataan Seni Terbaik
1. Rock Oo
2. Tanda Putera
3. Penanggal
4. KIL
5. Sembunyi: Amukan Azazil
Bunyi Terbaik
1. Rock Oo
2. KL Gangster 2
3. Penanggal
4. KIL
5. Sembunyi: Amukan Azazil
Lagu Tema Asal Terbaik
(kurang menyengat)
1. Aku Datang: Istanbul Aku Datang
2. Tokan: Tokan
3. Puisi Sang Dewi: Lemak Kampung Santan
4. Tanda: Tanda Putera
5. Tika: Rock Oo
Pengarah Harapan
(Calon favorite mestilah Ellie dan Nik Amir kan sebab masuk Pengarah Terbaik).
1. Nam Ron: Psiko Pencuri Hati
2. Syed Hussein: Langgar
3. Ellie Suriaty: Penanggal
4. Nik Amir Mustapha: KIL
5. Esma Daniel: Zaiton Ceritaku
Pelakon Harapan Lelaki
1. Ahya U: Tanda Putera
2. Shukri Yahaya: Ular
3. Karl Shafek: Zaiton Ceritaku
4. Syazwan Zulkifly: Juvana
5. Zul Ariffin: Penanggal
Pelakon Harapan Wanita
1. Cristina Suzanne: KIL
2. Uqasha Senrose: Paku Pontianak
3. Nelydia Senrose: Cinderella
4. Nadia Aqilah: Zaiton Ceritaku
5. Siti Saleha: Kerat 14
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
(hanya tonton Lemak Kg. Santan, tiada ramalan)
1. Ahmad Ashraff Fahmy: Lemak Kampung Santan
2. Putri Balqis: 1 Lawan 1
3. Rykarl Iskandar: Ajiboy
4. Nur Adrianna: Bencinta
5. Farrah Nadiah: Bisikan Syaitan
Pereka Kostum / Terbaik Busana Terbaik
1. Tanda Putera
2. Rock Oo
3. Sembunyi: Amukan Azazil
4. Kara King
5. Penanggal
Kesan Khas Terbaik
1. Tanda Putera
2. Ular
3. Husin, Mon & Jin Pakai Toncet
4. Lemak Kampung Santan
5. Penanggal
Poster Terbaik
1. KIL
2. War of The Worlds: Goliath
3. Bencinta
4. Balada Pencinta
5. Kolumpo
Filem Pendek Terbaik
(tidak tonton tetapi dari segi pencapaian mungkin Diffan Sina : Kekasih menang)
1. Reservoir Production
2. Nazri Mohd Annuar
3. Diffan Sina Norman
4. Thumbs Up Team
5. Yu Chee Boon
Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik
(hanya menonton Dhusrajanam, tiada ramalan)
1. Asia Tropical Films : The Golden Couple
2. Tayangan Unggul : The Collector
3. Asia Tropical Films : Wedding Diary II
4. Genius Parade : Dhusrajanam
5. Double Vision/ Astro Shaw/ Passion Entertainment : Papermoon
Lakon Layar Terbaik
1. Alfie Pallermo: Sembunyi: Amukan Azazil
2. Nik Amir Mustafa: KIL
3. Ellie Suriaty : Penanggal
4. Syamsul Yusof: KL Gangster
5. Mamat Khalid: Rock Oo
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Azad Jazmin : Kolumpo
2. Datuk Rosyam Nor: KL Ganster 2
3. Zizan Nin: Tanda Putera
4. Sharnaaz Ahmad: Juvana
5. Khir Rahman: Rock Oo
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Ruminah Sidek : Kolumpo
2. Normah Damanhuri : Penanggal
3. Anne James: KIL
4. Umie Aida : Sembunyi: Amukan Azazil
5. Nell Ng: Kolumpo
Sinematografi Terbaik
1. Haris Hue Abdullah : Istanbul Aku Datang
2. S.Y Chong : KIL
3. Raja Mukhriz : Penanggal
4. Filus Ghazali : Tanda Putera
5. Norhanishan Muhammad : Sembunyi : Amukan Azazil
Cerita Asal Terbaik
1. Ellie Suriaty Omar : Penanggal
2. Fadzil Zahari : Tokan
3. Amin Shakib : Psiko Pencuri Hati
4. Kabir Bhatia : Sembunyi: Amukan Azazil
5. Mamat Khalid: Rock Oo
Pengarah Terbaik
1. Khabir Bhatia : Sembunyi : Amukan Azazil
2. Syamsul Yusof : KL Gangster 2
3. Ellie Suriaty : Penanggal
4. Mamat Khalid: Rock Oo
5. Nik Amir Mustapha : KIL
Pelakon Lelaki Terbaik
1. Azry Iskandar : Penanggal
2. Syed Hussein : Psiko Pencuri Hati
3. Faizal Hussien : Longkai
4. Bront Palarae : Psiko Pencuri Hati
5. Rusdy Ramli : Tanda Putera
Pelakon Wanita Terbaik
1. Kalpana : Dhusrajanam
2. Sharifah Amani: Psiko Pencuri Hati
3. Diana Danielle: Sembunyi: Amukan Azazil
4. Ummi Nazeera: Penanggal
5. Lisa Surihani: Istanbul Aku Datang
Filem Terbaik
1. Skop Productions/ Primework Studios : KL Gangster
2. Primeworks Studios KIL
3. Astro Show/ Primework Studio: Penanggal
4. Primework Studio : Rock Oo
5. Primework Studio : Sembunyi : Amukan Azazil
11 Aug 2014
Lelaki-lelaki Yang ke Locarno - Dikemaskini
Festival yang akan belangsung pada 6-16 Ogos 2014 menyaksikan filem Lelaki Harapan Dunia (LHD) arahan Liew Seng Tat. Bertanding dalam segmen Concorso Cineasti del presente, LHD ditayangkan beberapa hari di sana. Liew Seng Tat pernah menang di Tiger Award di fest. Filem Rotterdam pada 2008 menerusi filem Flower In The Pocket.
Aturcara Festival : Di sini
Maklumat LHD : Di sini
Facebook : Lelaki Harapan Dunia
Trailer : https://www.youtube.com/watch?v=GejVGq86reA
**LHD telah menjelajah ke festival filem dunia setelah di Locarno. Antaranya, Toronto, Vancouver, Jepun dan Busan. Tahniah awal-awal dari PF!!
12 Jun 2014
Apa Nilai Filem Melayu?
![]() |
| Credit : pembinaterengganu.wordpress.com |
Filem Melayu sebenarnya telah berusia tujuh dekad. Tetapi dekad terakhir ini menyaksikan sekian banyak kemerosotan minda berbanding zaman kegemilangan berwajah hitam putih dulu. Bermula dengan dongeng Arab, lahirlah Laila Majnun tahun 1932 yang dihasilkan oleh pengarah yang dibawa dari India oleh kapitalis Hong Kong. Kerana India dan Hong Kong, kita tentu boleh memaafkan Laila Majnun yang serba kekurangan itu.
Tujuan kapitalis Hong Kong ialah mengaut keuntungan daripada budaya menonton bangsawan yang cukup popular ketika itu. Sementara pengarah dari India pula hanya bekerja untuk mendapat gaji. Itu zaman awal yang menjadi titik mula bagi sebuah sejarah. Tetapi apabila filem jatuh ke tangan anak watan yang mendapat ilmu pengarahan daripada pengarah India, wajah dan pemikiran filem Melayu telah bertukar.
Banyak cerita yang diangkat ke filem mempunyai akar umbi budaya Melayu, corak purba atau kisah dongeng yang dekat dengan masyarakat Melayu. Pengarah tempatan pada zaman awal mempunyai keazaman luar biasa untuk mengangkat nilai-nilai Melayu dalam filem yang dimodali oleh orang luar.
Kita tentu memaafkan kalau mereka juga ikut menjadi Hong Kong kerana kuasa wang daripada pemodal Hong Kong. Tetapi mereka seboleh-boleh mahu menjadi tempatan maka lahirlah Jebat, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Raja Bersiong, Mahsuri, Penarik Beca, Semerah Padi dan beberapa lagi.
Tetapi semangat generasi M. Amin, Salleh Ghani, Hussein Haniff, Jamil Sulong yang berkarya di bawah tekanan pemodal asing telah hilang apabila filem Melayu mahu menjadi industri. Filem Melayu juga sanggup menjadi juadah yang memualkan asalkan menjanjikan keuntungan. Kerana filem Melayu yang semakin hilang nilai-nilai tempatannya, tidak ada salahnya kalau kita memilih filem luar yang masuk ke sini. Apa bezanya menonton filem Melayu yang menyalin konsep dan wajah filem Hollywood dengan menonton filem Hollywood?
Lebih baik filem Hollywood kerana kita telah bersedia menonton ciri-ciri yang bukan daripada tempatan berbanding filem Melayu yang bercirikan Hollywood. Menolak filem Melayu yang tidak menghormati penonton bukanlah tidak patriotik namanya. Malah kalau menerima segala yang disogok tanpa mengira nilainya atas alasan "filem kita" itu menghina kecerdikan yang dianugerah Tuhan untuk kita menilai.
Biarpun dekad terakhir ini mencatatkan sejarah kutipan filem Melayu mencapai lebih RM12 juta tetapi ukuran sebuah filem adalah pada jiwa dan kejujurannya bercakap tentang manusia. Kerana itu jangan mengharap apa-apa daripada filem Melayu. Tidak lama lagi ia juga pasti akan menjejaki kegilaan Hollywood mempamerkan segala macam kecanggihan teknologi imej janaan komputer (CGI).
Akhirnya filem The Journey sebuah filem Cina tempatan yang tidak tergila-gila CGI, dunia gengster atau karut-marut hantu muncul sebagai filem tempatan paling tinggi kutipannya tahun ini iaitu RM17.16 juta. Bagi Siti yang penting daripada filem The Journey bukanlah kutipan tapi nilai yang dibawa dalam filem yang diarahkan oleh pengarah Cina ini. Ia mengenai kekeluargaan, kasih sayang dan jurang generasi yang dibicarakan dalam garapan yang sangat meyakinkan. Di mana filem Melayu?
SITI JARUM: Drama Matahari Terbit Lagi di TV AlHijrah Jumaat lalu jauh lebih baik daripada filem Melayu tiga tahun kebelakangan ini.
2 Jun 2014
The Past, Abang Long Fadil, The Diving Bell & The Butterfly
Arahan : Asghar Farhadi
Genre : Drama (Perancis)
Tahun : 2013
Rating : 4/5
Asghar Farhadi masih lagi meneruskan tema 'perceraian' setelah A Separation melonjakkan nama beliau di Oscar. Menonton The Past seolah-olah kembar A Separation dimana ibu-bapa yang hadapai masalah, anak perempuan yang menjadi mangsa dan tekanan dari masalah keluarga itu. Kali ini ditambah dengan orang ketiga, Samir seorang lelaki Arab yang cuba dikahwini oleh Marie yang bakal bercerai dengan suami Irannya Ahmad. Ahmad yang datang ke Perancis setelah 4 tahun tak tinggal bersama dengan Marie dan duduk serumah semasa proses perceraian berlangsung. Ketika ini, Samir (dan anaknya Foud) seorang pengusaha kedai dobi juga tinggal bersama Marie. Kedatangan Ahmad selain ingin menguruskan hal perceraian sebenarnya adalah 'penyelamat' kepada masalah-masalah yang ada di dalam rumah itu. Ketika Marie 'mengecat pintu' dengan cat baru seolah-olah ingin mulakan hidup baru di 'ambang' baru yang bakal ditempuhi selepas bakal bercerai nanti, rupanya tidak semudah yang disangka dengan perlambangan 'cat tumpah yang dilap oleh Ahmad', maka Ahmad ditanda sebagai penyelamat masalah:
Marie dan Lucie (anak perkahwinan pertama yang menentang Samir) - (Ahmad adalah perkahwinan kedua tanpa anak)
Samir-Celine (isterinya yang sedang koma akibat tekanan hubungannya dgn Marie - belum bercerai).
Asghar sengaja bermain dengan watak dan latarbelakang watak yang didedahkan babak demi babak. Punca keberantakan kemudian dibongkar satu-persatu ke pengakhiran yang rasanya membuatkan ia tergantung, tapi pada pendapat PF, ianya tidak seperti apa yang diharapkan oleh Marie. Terdapat satu babak dimana situasi men-to-men tanpa dialog antara Ahmad dan Samir di meja makan, saat dimana rasa cinta terhadap wanita yang sama, rasa ego, rasa malu, tanpa perbalahan antara mereka. Banyak lagi babak tegang yang mengingatkan kita kepada A Separation. Marie tak mahu mengenang masa silam lagi sedangkan apa yang diinginkan sekarang bukan mudah untuk dicapai.
Arahan : Syafik Yusoff
Genre : Aksi1
Tahun : 2014
Rating : 2.5/5
Bukan mahu memperlekehkan pengarah muda yang berbakat besar yang membuktikan SAM adalah karya debut yang sangat baik. Berbekalkan itu, kita menjangkakan suatu kelainan yang bakal dibawa walaupun bergenre gangster apatah lagi melihat trailernya yang menggiurkan. Dengan spin-off watak Abang Long Fadil yang diambil dari KL Gangster, ALF sebenarnya berdiri di kaki sendiri dengan baik. Diselang-seli dengan parodi KL Drift, KLGangster, idea 3 hero kampung Berani kemudiannya dikembang ke zaman masakini dimana salah seorangnya menjadi watak jahat apabila sudah sedikit berumur. Tapi maaf, babak aksinya boleh diperbaiki lagi jika mahu dibanding dengan filem KLG. Tiada masalah dengan aksi CGI yang dipersembahkan untuk memberi rencah kelainan. Yang peliknya, Fadil pegi melawat Malik dekat penjara boleh borak pasal plan gangster dengan kuat menerusi telefon tu? Sampai satu tahap, kemuakan filem gangster sudah mula terasa dan PF tidak dapat menahan kaki untuk keluar panggung sebelum tamat, di mana ketika Karim muncul semula di adegan berikutnya setelah tadi terjun dari bangunan kemudian dikepung dan diacu pistol oleh polis. (Ok mungkin babak-babak akhir menjelaskan bagaimana Karim melepaskan diri yang tak sempat ditengok). Ini percubaan pertama Syafik dalam filem aksi komedi, belum cuba belum tahu ya tak? Rasanya selepas ini lebih baik beliau cuba genre lain yang lari dari gangster OK! Hehe.
Arahan : Julian Schnabel
Genre : Drama (Perancis)
Tahun : 2007
Rating : 3.5/5
Editor majalah Elle, Jean-Dominique Bauby mengalami angin ahmar dimana seluruh tubuhnya lumpuh dan hanya menggerakkan kelopak mata untuk berkomunikasi dengan orang lain. Filem ini mengambil konsep kamera adalah mata, dan mata itu adalah mata Jean-Do (panggilan ringkasnya), pengarah Julian mengambil langkah bijak untuk tidak meneruskan teknik ini sehingga tamat, kalau tidak bosan nak mampuslah filem ni. Hati yang berkata-kata sebagai dialog yang dilontarkan kepada orang di depannya sebagai panduan kepada penonton sangat bersahaja. Ingat Tree Of Life (2011) oleh Terrence Malick? ada sedikit visual-visual alam yang diselitkan untuk menunjukkan jiwa Jean-Do saat terlantar dikatil hospital. Masih sama, Julian tidak juga mengambil masa lama untuk paparan slow-mo seperi itu, jadi selamatlah mood kita untuk menikmati karya ini sehingga habis. *The Diving Bell & The Butterfly adalah buku yang sempat dia tulis sebelum meninggal dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















