Showing posts with label Filem Thailand. Show all posts
Showing posts with label Filem Thailand. Show all posts

19 May 2015

IKAL MAYANG : Terpendam, Adalah Kemelut Wanita


Arahan : 6 Pengarah Asean (sila lihat poster).
Genre : Drama
Tahun : 2015
Rating : 3.5/5



Baiklah, kita lihat satu-persatu filem-filem pendek mengikut turutan. Filem ini sempena Hari wanita Sedunia dan ditayang di Astro First dan event-event yang dibuat/sertai oleh Garang Pictures.

Kebaya Pengantin (Indonesia)

Dalam keenam-enam filem ini, Nia Dinata mengambil langkah berbeza dengan mengambil tema transgender. Jantina bertentangan ingin memasuki dunia wanita dikira sebagai permasalahan wanita juga. Ia sangat berkecamuk dan sakit, bukan saja isu itu malahan perkahwinan berlainan agama pula. Di tambah lagi dengan pembohongan dalam diri Farid. Ia mempunyai twist dan real.

Mentari (Brunei)

Filem ini minimal dialog dan hanya muzik latar yang menjalankan cerita. Boleh tahan juga kerana jarang kita menonton filem/filem pendek Brunei. Namun, ceritanya hanya biasa-biasa. persahabatan, muffin dan tersilap andaian. Kekuatanya adalah visual dan subjek alam yang dekat dengan manusia.

Not Yellow Enough (Singapura)

Satu-satunya filem yang santai dalam Terpendam. Kisah wanita Cina Singapura yang sudah kebaratan dan tidak mengamalkan adat tradisi, tersasar jauh dan terpengaruh dengan dunia barat. Paling menarik, nama Kristian yang selalu ada dalam nama masyarakat tionghua hari ini untuk upgrade diri. Namun, tema yang dipilih adalah unisex maka tidak begitu menepati isu wanita dan diselangi dengan beberapa fakta.

Shotgun Tuding (Filipina)

Filem ini bermain dengan warna dan latarbelakang masa. PF tak pasti jika dunia cowboy ada mempengaruhi sesetengah masyarakat Filipina dulu. Kita dikembalikan ke zaman era cowboy ciptaan pengarah dan sinematografernya. Apa rasionalnya kurang pastilah. Isunya, kakak perempuan (Tuding) mencari lelaki yang mengandungkan adiknya/vice versa - lebih kuranglah dan menghendakkan si lelaki membela dan membawanya berjumpa dengan adiknya. Ia bercerita dengan beza dari kebiasaan di mana selalunya, watak teraniaya sendiri yang mencari keadilan. Ia tidak dicerita sehingga habis, cukup usaha Tuding mengajar lelaki berkenaan dengan senjata. Menariknya di sini si lelaki berupaya untuk larikan diri, malah sempat menolong Tuding dari diganggu kutu cowboy, tetapi tetap mengikut kata Tuding. Babak disukai adalah ketika si lelaki pegun di atas bumbung rumah. 

Forgotten (Malaysia)

Bekas penari Makyong yang dilupakan gara-gara Makyong diharamkan di Kelantan. Maka, kehidupan mesti diteruskan - seperti biasa. Hampir terlupa ini filem Shuhami Baba sehinggalah Kavita Kaur dan produk placement palsu muncul di skrin. Argh! tidak bolehkah Shuhaimi lari dari kedua-dua trademark beliau ini? Selebihnya PF suka filem ini. Ketika Juhara Ayub membuka tingkap dan menyanyi dalam gelap, tika babak bertukar silih berganti antara memakai lampu suluh dikepala dan pakai tanjak Mak Yong itu. Dan menepuk sakan batang lidi dalam busana Makyong seakan ingin memulakan tarian. Semangat Mak Yong benar-benar dalam diri Juhara! Sudah lama rasanya babak menoreh tiada dalam layar filem kita. Kalau ada pun pasal filem penjajah kot. Pendek, tapi berisi. 

Steel In Love (Thailand)

Jika dalam Kebaya Pengantin jantina lain ingin memasuki alam wanita, kali ini wanita pula ingin keluar ke alam lelaki. Sengaja ia diletakkan dimula dan diakhir dalam filem omnibus ini. Som seorang pengkid yang jatuh hati kepada isteri orang dan mengharap cintanya. Tak kisahlah, pondan ke, pengkid ke, lurus ke, masalah utama adalah wang dalam membeli cinta. Begitu juga Som yang bekerja hanya sebagai teksi-motor. Dalam patah hati pula ada yang memerhati. Seorang gadis meletakkan bunga itu mungkin ingin mengingatkan yang Som itu masih lagi wanita walau apa pun.

Pilihan PF:

1. Kebaya Pengantin
2. Forgotten
3. Shotgun Tuding
4. Steel In Love
5. Not Yellow Enough
6. Mentari



14 Oct 2013

Kwaidan (1964) & Jan Dara 2 : The Beginning (2012)


Genre : Seram - Jepun
Arahan : Masaki Kobayashi
Pelakon : Michiyoki Aratama, Misako Watanabe dll.
Tahun : 1964
Rating : 4/5



Barangkali inilah yang dikatakan dengan bahasa visual yang indah (terutama The Black Hair), tak tahu macam mana nak jelaskan, tetapi kita dapat rasakan bahawa filem ini bagus secara keseluruhannya. Ianya menutupi jalan cerita yang mudah tapi mempesonakan. Lupakan set produksi atau background yang nampak dilukis, tahun 1964 kot. Keseluruhan filem yang dibuat dalam studio ini, mengandungi 4 cerita yang berlainan, The Black Hair, The Woman In The Snow, Hoichi The Earless dan In A Cup of Tea. Ingat tak dalam filem Uncle Boonmie Who Can recall His Past Lives (2010) hantu yang muncul perlahan-lahan kemudian nyata? Dalam Hoichi The Earless, hantu yang perlahan-lahan mucul tu rupanya pada tahun 1964 sudah pakai 'gaya ini' (mana yang dalam tontonan PF la). Sesungguhnya, Hoichi The Earless mempunyai roh seram yang 'cukup bergaya'. Hoichi seorang buta dan penjaga kuil punyai kebolehan bermain alat muzik biwa dan menyanyi (secara bergurindam cara Jepun) kisah peperangan masa lalu. Alunan suaranya yang merdu itu sehinggakan roh-roh tentera bangkit untuk mendengar semula cerita peperangan itu. Kwaidan diterjemahkan sebagai Kisah Hantu dan filem ini berdurasi 3 jam.


The Black Hair - Sangat Baik
The Woman In The Snow - Baik
Hoichi The Earless - Cemerlang
In A Cup of Tea - Sederhana





Pencapaian :
Calon Best Foreign Filem Oscar 1966
Special Jury Prize Cannes 1965



Genre : Drama - Thailand
Arahan : Pundhevanop Dhewakul
Pelakon : Ratklao Amaradit, Kesarin, Savika dll
Tahun : 2012
Rating : 2/5



Filem remake dari tahun 2001 ini agak kurang bernasib baik kerana ada sesetengah pelakon yang tak sesuai dengan watak terutamanya Jan Dara itu sendiri yang agak jambu berbanding pelakon yang asal. Memang tak salah tapi agak tak capable kot untuk watak ini. Lagi satu watak Boonlueang pun agak tenggelam dari yang asal, sebab bila tengok watak Boonlueang yang asal lagi hitam warnanya. Menonton filem ini agak terganggu sebab kita dah tahu jalan ceritanya dan secara automatik terus membanding-banding dengan filem pertamanya. Plotnya dipusing-pusing namun jalan cerita masih sama kecuali seingat PF, ending saja di ubah. (SPOILER ALERT) Kalau yang pertama, Jan Dara kahwin dengan Miss Kaew dan bla bla bla..., tapi yang ini Jan Dara dan Ken pergi ke Bangkok. Filem ini tidak teruk tetapi tiada kepuasan kerana menonton yang pertama lebih terasa dramanya. *hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas.

p/s : Jan Dara 1 punya views All Time terus melonjak, ramai benor yang Google movie ni ekkk.

11 Oct 2012

Jan Dara : Most Famous Erotic Novel In Thai Literature




Genre : Drama (Thailand)
Arahan : Nonzee Nimibutr
Pelakon : Suniwit Panjamawat, Santisuk Promsiri, Christy Chung, Eakarat Sarsukh, Wipawee Charoenpura
Patharawarin Timkul
Tahun : 2001
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3.5/5


Berdasarkan kisah novel paling erotik Thailand ini telah memberi amaran di awal-awal filem bahawa, filem ini penuh dengan aksi erotik dan hanya untuk hiburan semata-mata bukan untuk ahli-ahli agama menontonnya. PF akui sedikit kurang faham tentang filem ini lalu membaca sinopsis penuh di wikipedia dan dari situ faham keseluruhan cerita. Selepas Nang Nak, pengarah ini muncul dengan Jan Dara watak seorang anak lelaki yang di abai dan dibenci oleh 'ayah'nya Khun Luang kerana isterinya mati setelah melahirkan Jan Dara. Khun Luang juga seorang kaki perempuan. Cerita ini hanya berlegar-legar dirumah Khun Luang dan rumah tamu milik Khun Luang. Lebih mudah jika sinopsis diringkaskan macam ni:

+ = kahwin
* = skandal

Khun Luang (lelaki) + Ibu Jan Dara = Jan Dara
Khun Luang + Aunt Waad (adik kepada Ibu Jan Dara) = Khun Kaew (anak perempuan)
Khun Luang + Khun Boonlueang (perempuan) = tiada anak
Khun Luang * Khun Kaew
Jan Dara*Khun Boonlueang
Jan Dara + Khun Kaew (bukan kerana cinta)
Khun Boonlueang * Khun Kaew

Lain -lain:
Anak tukang masak (lelaki) * Saisoi (orang gaji perempuan yang menjaga Khun Kaew semasa kecil)
Jan Dara bercinta dengan Hyacinth
Jan Dara * Saisoi
Jan Dara * anak maid

(Filem ini bergenerasi dengan watak-watak semasa zaman kanak-kanak-remaja-dewasa)

Jan Dara dipukul bapanya dirawat oleh Aunt Waad
Seingat PF, jarang menonton filem mat saleh di mana kanak-kanak dalam lingkungan seusia 5-10 tahun melihat orang dewasa berjimak, tetapi filem Thailand ini selamba je dalam beberapa adegan kanak-kanak terlihat aksi itu. Sesekali terfikir apa yang budak tu fikir semasa shooting atau kesan terhadap emosi kanak-kanak tu di luar filem. Orang Barat sukalah apabila filem Asia seperti ini ataupun lebih dari mereka bila bab-bab seks ni. PF memang tak tahu jalan cerita Jan Dara pada awalnya hanya dengan sedikit bayangan pada poster dan tagline filem ini kerana PF lebih suka kejutan apabila menonton sesebuah filem. Dalam tahun ini PF memang ada terjumpa kejutan dalam beberapa buah filem dan menyukainya.

Sangat keliru wajah Boonleuang dan Khun Kaew (dewasa) yang hampir sama. Dalam pada khusyuk menonton tiba-tiba watak Hyacinth (GF Jan Dara yang iras wanita India) berbahasa melayu pulak dengan dialog "selepas ngaji akan pulang cepat-cepat dengan selamat". Bapa Hyacinth digambar seorang India yang juga berbahasa Melayu. Berlatarbelakang pada tahun 1930an, mungkin masyarakat Thai mungkin masih jumud bab-bab hubungan antara ahli saudara sehingga semuanya rosak kecuali terdapat satu adegan membaca doa bagi memasuki rumah baru. Filem sarat aksi erotik jika dibagi berlebihan kadangkala amat memualkan bermula dengan Jan Dara pada usia 5 tahun sudah mengenal nafsu lelaki apatah lagi pabila berusia 20/19 tahun. 

Tapi ada satu lagi yang belum dapat tangkap, kenapa Khun Kaew marah-marah Saisoi apabila Saisoi selalu berasmara dengan lelaki (anak tukang masak) itu? Adakah Khun Kaew cemburu akan lelaki itu atau Saisoi? Adakah Khun Kaew sudah berperasaan lgbt dengan Saisoi?

Filem ini pada akhirnya menyimpulkan bahawa Jan Dara tu sebenarnya 'tidak lari' dari mewarisi sifat 'ayah'nya Khun Luang. Huh.... cukup-cukuplah filem sebegini. Patutlah katanya Most Famous Erotic Novel In Thai Literature. Malaysia pun ada, Ombak Rindu.

25 Feb 2012

Uncle Boonmie Who Can Recall His Past Lives Adalah Filem Art Mistik Sebenarnya


Genre : Drama (+ Misteri) - Thailand
Arahan : Apichatpong Weerasethakul
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Thanapat Saisaymar, Jenjira Pongpas, Sakda Kabuadee
Tahun : 2010
Filem Seumpamanya : The Scent of Green Papaya
Rating : 4/5

Boonmie yang menghidap sakit buah pinggang mengambil keputusan menghabiskan sisa hidupnya bersama orang-orang tersayang di sebuah rumah lama di mana dia dibesarkan dalam perkampungan terpencil dan memiliki sebuah ladang di situ.

Hantu Monyet mata merah

Filem art house yang memenangi Palme D'or di Cannes 2010 ini pada mata PF adalah filem art yang sederhana. Bermula dengan seekor kerbau yang terlepas daripada tambatnya, cuba menggambarkan/metafora roh-roh dari masa lalu datang kepada insan masa sekarang, dalam filem ini adalah Boonmie (PF cuba membaca filem, haha...)  Dengan tidak menyangka bahawa filem ini mempunyai unsur-unsur mistik yang 'memeranjatkan', PF teruja menontonnya. Di rumah lamanya itulah, mendiang isterinya melawat sedang mereka makan malam. Kadangkala amat keliru bila hantu isterinya boleh disentuh dan dipeluk lalu semua itu membuatkan Boonmie terkenang peristiwa-peristiwa lama. Satu detik yang amat menggerunkan apabila anak Boonmie, Boonsang yang hilang turut pulang melawat ayahnya tetapi dalam bukan dalam bentuk manusia tetapi berupa Monyet Hantu seperti dalam cerita-cerita dongeng zaman kecil Boonsang.

Isteri Boonmie, Huay datang melawat 
Boonmie dengan tiba-tiba

Kehadiran Monyet Hantu Bermata Merah, 
Boonsang amat menakutkan

Satu ketakutan amat dirasakan apabila Boonsang menaiki tangga dengan hanya matanya saja yang menyala benar-benar satu petanda seram dalam filem ini. Di masa ini, PF mula bertanya, oh apa jadi dengan filem ini? Suatu yang amat tidak dijangkakan. Sesunggunya, PF amat sukakan surprise! Bukan sesuatu yang kita jangka jalan ceritanya. Dengan mengambil keputusan untuk mati dengan isterinya, Boonmie, Jen, Tong dan Huay berjalan malam ke dalam hutan menuju ke dalam gua menimbulkan seram yang senyap (tak perlu terpekik terlolong nak buat rasa takut). 

Filem yang perlahan semestinya ini, buat PF keliru di mana gambar-gambar still photo askar dipaparkan dekat-dekat penghabisan cerita. Begitu juga babak Tong yang telah menjadi sami di dalam bilik hotel dengan Jen(?) dan seorang remaja perempuan. Jika sesiapa bijak pandai yang telah menonton, bolehlah tolong beritahu. Penantian PF untuk menonton filem ini rasanya tidaklah terlalu berbaloi tetapi masih boleh ditonton ditambah pula dengan kejutan yang tidak disangka.


p/s : pernah lihat ikan keli 'godam' perempuan?