Showing posts with label Filem Sepanyol. Show all posts
Showing posts with label Filem Sepanyol. Show all posts

17 Sept 2015

Cacamarba: Bravo 5, Jejak Warriors & Wild Tales



Arahan : Hitler Zami
Genre : Aksi 1
Tahun : 2015
Rating : 2/5


Tak banyak yang boleh PF katakan setelah menonton filem ini. Perkara yang paling sakit hati adalah banyak kali babak dipotong begitu cepat (editing) terutama ketika babak-babak klimak dan babak biasa bagi tujuan selang-seli yang memualkan. Tak bolehkah dihabiskan saja babak tension itu sehingga yang sepatutnya? Intro sudah baik seakan berjanji untuk mempersembahkan hidangan lazat, tapi sebaliknya. Dikhabarkan pada mulanya kisah lima tentera ini dirahsiakan oleh pihak tentera/kerajaan atas sebab tertentu tetapi ada laa pihak yang tetiba nak bikin filem pasal mereka. Setelah menontonnya, apa yang sulit sangat tu? Bolehkah sesiapa beritahu? Jika banyak sangat perkara yang ditapis baik tak payah buat filem! Itu tak sebut lagi pasal Soffi Jikan yang berapa kali ntah karakter yang itu-itu saja (Sofi dalam Lelaki H.Dunia adalah contoh yang lari). Semoga produksi ini berjaya dengan kutipan dan buat filem yang lebih baik. Nah, baca sinopsisnya bagi gambaran jelas sikit sebab ada perkara yang lompong dalam filem tu. (sudah kurang percaya dengan nama Hitler Zami setelah Gamatisme dan Bravo ni). Btw, tugu negara wajibkah untuk filem 'patriotik'?


**********

Sinopsis.

BRAVO LIMA adalah sebuah filem perang bercorak patriotik kenegaraan tentang 5 anggota Komando Tentera Darat dibawah pimpinan Leftenan Azri Haji Manaf yang menjalnakn operasi mengekang kebangkitan penganas komunis (PGK).

Lim Yatt, orang penting PGK telah ditangkap berjaya melepaskan diri dengan bantuan pasukan subvesif pengganas komunis yang diketuai oleh Sidek. Lim Yatt berjaya melepaskan diri ketika dalam perjalanan menaiki keretapi yang dikawal oleh pihak polis.
Secara kebetulan, Koperal Kamal yang sedang bercuti berada di tempat kejadian, menyedari dan turut membantu namun telah ditangkap dan ditawan sebagai tebusan untuk mendapatkan maklumat pergerakan pasukan sahabat.

Lt. Azri bersama empat anggota komando lain dalam Ronda Kumpulan Kecil (RKK) dikerahkan bagi menyelamat tebusan serta mengesan kedudukan musuh bagi membolehkan pasukan sahabat melenyapkan pergerakan subvesif pengganas komunis. Lt Azri dibantu oleh Sarjan Unya Anak Gawing, Koperal Morgan a/l Murugan (Pakar Letupan dan Senjata Bantuan), Koperal Ah Chia (Radioman) dan Trooper Karim Abdullah (Pengesan).

Semasa dalam perjalanan pulang dari operasi menyelamat dan mengesan, mereka telah diserang balas dan diburu oleh pasukan musuh yang berkuatan seramai 200 anggota PGK. Satu demi satu anggota pasukan terkorban akibat pertempuran atau ketika ditawani oleh pihak musuh. Setiap anggota memegang semangat “Biar Mati Bermaruah Jangan Mati dijajah”.

Hanya Trooper Karim berjaya hidup dan membawa pulang semua tanda pengenalan semua rakan seperjuangan yang telah terkorban kepada semua ahli keluarga yang lain. Dengan perjuangan Lt. Azri dan rakan seperjuangan, operasi kebangkitan penganas komunis dapat ditewaskan dan dihalang.

Pelakon

• Beto Kusyairy sebagai Trooper Karim
• Remy Ishak sebagai Leftenan Azri
• Sashi Tharan sebagai Koperal Morgan
• Xavier Fong sebagai Koperal Ah Chia
• Frank Peterson sebagai Sarjan Unya
• Sofi Jikan sebagai Sidek, Ketua Unit Subvesif PGK
• Fairil Emran Desa sebagai Koperal Kamal
• Siti Saleha
• Normah Damanhuri
• Allahyarham Kuswadinata 
• Tasha Shilla

Pengarah Yeop Hitler
Penerbit Nik Nur Ashikin Nik Abdul Majid, Muhammad Hazlin Yang Razali
Cerita oleh Mejar Zainal Hayat
Konsep asal Diari Misi Komando

Sumber - FB Panggilan Pertiwi


**********




Arahan : Damian Szifron (Argentina & Sepanyol)
Genre : Ganas/Thriller
Tahun : 2015
Rating : 4.5/5

6 filem pendek standalone disatukan menjadi filem panjang ini sangat intense! Bertemakan keganasan dan membalas dendam. Satu-persatu penonton dijemput merasai penderitaan watak-watak dengan berdebar-debar tanpa gagal merasa bosan. Sebaik saja habis satu, kita di ajak lagi, habis, diajak lagi sampai tak sedar waktu berlalu. Selepas Pasternak, permulaan filem selepas-selepas itu sangat beraura. Permulaan ini yang penting bagi filem omnibus. 4 daripadanya melibatkan kenderaan iaitu kapal terbang dan kereta. Walau pun agak hebat tetapi gagal memenangi Best Foreign Film Oscar 2015 kerana biasanya filem ombibus agak sukar diberi pengiktirafan terbaik. Disenaraipendek itu pun cukup bertuah bagi cinephilia memandang karya dari Argentina dan Sepanyol ini. Filem ini tewas dengan IDA. 

Pasternak ada potensi menjadi Top 3 antara 6 cerita ini tapi sebab ia pendek-pendek maka keterujaan itu terbantut.
  
Pilihan PF ikut turutan:

The Proposal
Until Death Do Us Part
The Strongest
Pasternak
Little Bomb
The Rats

*********



Arahan : Saw Teong Hin
Genre : Drama
Tahun : 2015
Rating : 2/5



Sejak filem Puteri Gunung Ledang, apakah filem Saw yang best? Bagi PF hampir tiada. Kalau ada pun, berat rasanya nak sebut filem muzikal beliau pasal Sudirman tu. 2015 kembali dengan filem sukan kononnya. Ini bukan filem sukan dan juga bukan untuk penyokong Red Warrior. Cuba tanya penyokong RW, mereka berasa banggakah dengan filem ini? Bilakah filem tempatan akan ada satu filem sukan yang benar-benar sukan? (sorry, tak tengok Libas, terutama bila muncul kontroversi FFM zaman tu, siapa yang faham tu baguslah).

Nak PF sebut filem Indonesia yang berkaitan bolasepak ke? Kemon, hanya inikah Saw Teong Hin dan produksi boleh lakukan? Arghh makin tension nak tengok filem Malaysia, termasuk akan datang ini, Kapsul dan Polis Evo!


17 Nov 2014

The Hunt, The Babadook, Holy Motors, IDA, All About My Mother



Arahan : Thomas Vinterberg
Genre : Drama (Denmark)
Tahun : 2012
Rating : 4/5


Kisah seorang duda yang bekerja sebagai guru tadika dituduh mencabul kanak-kanak perempuan. Konflik berterusan sehingga dia dipulau oleh masyarakat. Mads Mikkelsen (A Royal Affair) seperti biasa dengan lakonan cemerlangnya membuatkan filem ini tampak hebat di samping penonton akan geram dengan kanak-kanak perempuan tersebut. Filem yang provoking ini memilih prinsip; dendam manusia itu tak berkesudahan.



Arahan : Leos Carax
Genre : Aksi1 (Perancis/German)
Tahun : 2012
Rating : 3/5


Oleh kerana menonton filem ini tanpa sarikata Inggeris maka filem ni ditonton begitu saja tanpa paham sebutir bahasa Perancis. Apa yang dipahami, Monsieur Oscar menaiki limousin dan dibantu oleh driver/pembantu seorang wanita lingkunagn 50an. Oscar banyak berlakon menjadi watak-watak yang berlainan apabila keluar dari limousin dengan mengenakan make-up mengikut sesuatu watak. Watak-watak itu (diambil dari wiki) : The Beggar / Motion Capture Actor / Monsieur Merde / Father / The Accordionist / The Killer / The Killed / The Dying / The Man in the Foyer. tak pasti apa tujuan beliau berbuat demikian, mungkin diupah oleh orang tertentu. Yang pasti watak, Monsieur Merde adalah asalnya dari filem omnibus Tokyo! (2008). 

(Spoiler) Kali ini dalam Holly Motor, Merde menculik seorang model ketika penggambaran iklan, dan di sini terdapat babak di mana Merde membalut model yang seksi itu dengan mengoyak pakaiannya menjadi burqa kemudian, Merde berbogel sambil bergaya seperti berdoa cara Islam lalu berbaring di samping model tersebut. Walau bagaimanapun, model itu tidak diperlakusekskan. Filem ini agak aneh namun kreatif tapi beberapa persoalan berkenaan continuity, Oscar dengan anaknya dan beberapa watak lain. Make-up bagi setiap watak yang nampak natural lagi memberi kesan yang nyata dan percaya. Akibat tak berapa 'dapat' filem ini sekadar itu saja bintang yang diberi.



THE BABADOOK
Arahan : Jenniffer Kent
Genre : Seram (Australia)
Tahun : 2014
Rating : 4/5

Agak jarang menonton filem seram dari Australia. Kalau nak diikutkan premisnya sama di dalam rumah dan diganggu oleh hantu dari sebuah buku. Walaupun begitu, selainnya ia cuba lari dari kisah hantu yang ditonton sejak akhir-akhir ini. Watak Babadook ialah hantu lelaki (dah bosan jugak dengan hantu perempuan) yang kurang pasti motifnya mengganggu Amelia dan anak lelakinya Sam. Lakonan hebat mereka berdua boleh melupakan kekurangan yangg ada. Salute kepada mereka berdua.

(Spoiler) Watak Sam yang amat meyakinkan dengan degilnya dan berani dengan tindakan bijak mengikat ibunya, suatu yg memuaskan hati PF kerana apa, tiada paderi yang dipanggil dalam filem ini dan Babadook mengundang kesudahan yang berbeza merupakan satu kepuasan yang dicari. Babak Sam mengikat ibunya seakan menggantikan babak perempuan yang dirasuk (dalam The Conjuring) dan juga filem-filem seram kita yang selalu memanggil ustaz untuk tujuan penyelesaian. Tidak salah, tapi entah, berilah konklusi bukan sekadar baca doa dan kemudian habis. Tak bolehkah penerbit filem tempatan yg selalu mengeluarkan filem hantu membuat filem sebegini padahal ianya bukan idea yang luarbiasa (yang terbaru ditonton JIN dan berasa sedikit kecewa, tapi PF suka Paku). Maaflah, kerana membandingkan. The Babadook, tiada bunyi efek yang bingit dan melampau untuk membuat penonton terperanjat jika itu modal sekadar mengulang apa yang telah ada. Kalau nak kata seram sangat tu mungkin sukar PF nak putuskan kerana ianya subjektif tetapi filem ini cukup menyelamatkan filem genre seram yang ditonton tahun ini.




ALL ABOUT MY MOTHER
Arahan : Pedro Almodovar
Genre : Drama (Sepanyol/Perancis)
Tahun : 1999
Rating : 4/5


PF telah menonton Talk To Her arahan Pedro. Filem itu dan filem All About My Mother (AAMM) ada beberapa kesamaan fizikal dan sedikit isunya. Seingat PF, hanya 2 ini saja filem beliau yang ditonton. Dalam Talk To Her (TTH), Hospital menjadi latar filem, dalam AAMM hanya permulaan saja. Dalam TTH si hero yang dipersoal orientasi seksnya oleh seorang Doktor, selain watak hero itu sendiri. Dalam AAMM tema LGBT dibawa begitu besar lagi tetapi dari sisi 'sebelah' watak heroin saja. Watak utama Manuela, adalah 'disebabkan' oleh watak LGBT; Lola, begitu juga watak Rosa (Penelope Cruz). Namun, Pedro hanya beri 'memberi muka' pada Lola dihujung cerita saja. Itu belum lagi, watak Huma seorang pelakon teater yang berpacaran dengan pelakon teater yang sama (wanita). Pada PF, cerita ini mampat dalam durasinya. Setiap saat terisi plot-plot yang ingin diceritakan dengan tidak membuang masa. Selain itu, filem ini sangat vibrant dengan warna merah, sehingga terperasan dengan jelas pakaian watak-wataknya yang semestinya mengundang maksud tertentu.








***

IDA
Arahan : Pawel Powlikowski
Genre : Drama (Poland/Denmark/Perancis/UK)
Tahun : 2013
Rating : 4/5



Poster IDA menerangkan kisah filem. Pergi mencari asal usul diri. Ida sebelum bersumpah menjadi biarawati perlu berjumpa dengan saudara terdekat, Wanda satu-satunya ibu saudara yang tinggal dan mereka bertemu seterusnya mencari asal usul keluarga Ida dan mendapati ibu-bapa mereka adalah yahudi. Terikat dgn hukum biarawati juga, adakah Ida mahu menjadi manusia biasa atau biarawati (setelah keluar dari gereja dan melihat dunia luar) Kenapa banyak shot kepala saja? Dan tiba satu saat pula kamera hanya terlihat mata dan ke atas? (tertutup hidung: tak boleh bernafas - Gambar 4, mungkin bermaksud kehidupan beliau yang akan berubah/berhijrah dari orang biasa ke kehidupan "beragama" yang terbatas di upacara mengangkat sumpah). Begitu juga kita sering menghadapi dilema dalam hidup utk menjadi siapa kita. 

Oh ya, ada satu plot dalam IDA macam dalam filem Bunohan berkenaan tengkorak tu.

Ida ketika pergi di sebatang jalan diliputi salji




Ida ketika pulang di sebatang jalan

7 Jun 2013

LARI & Blancanieves



Genre : Aksi1
Arahan : Ahmad Idham
Pelakon : Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malek
Tahun : 2013
Rating : 2.5/5


Filem ini mempertaruhkan aksi. PF layan juga kadang-kadang filem aksi tembak-tembak dan pukul-pukul ni (hilang kata.........) PF berani mencemar duli (wah katanya...) dengan pergi menonton filem Ahmad Idham (A.I) di pawagam setelah sekian lama tidak menonton filemnya. Semuanya gara-gara trailer Lari. Akhir sekali filem A.I yang ditonton pun tak ingat filem apa, tapi banyak skiplah e.g Jangan Pandang-pandang, Gerimis Mengundang dan lain-lain. Filem ni memang mengeksploitasi Aaron Aziz (Khaliff) sepenuhnya. Kiranya dia je sorang hero dalam filem ni, takde geng bertumbuk yang lain. Pulak tu Khaliff (Aaron) dalam cerita ni masam dan serius manjang, adalah sikit masa flashback dengan adik dia tu. haha itu pun nak dibebelkan.

Maaflah, kalau PF kata filem ni macam terlalu mencuba untuk menjadi filem aksi padat. Pukul orang kat warung atas sebab sedikit usikan tetapi bergaduh bagai nak rakkk (memang ya atas sebab bunuh bapanya tapi cerita sebenar diketahui kemudian). Menggunakan kareografer Thai dalam seni mempertahankan diri dirasakan penyelamat saja, tiada yang luarbiasa. Dan lagi satu, muzik latarnya aduhai... zaman bila punya tu, orang dah tak pakai muzik latar sebegitu. Keseluruhannya, Lari tak mampu menarik hati. Konsep ceritanya seperti Taken 1, tak kisah mana-mana filem kat dunia pun ada yang 'inspired by'.. Pendek kata cerita yang simple dalam aksi padat yang so-so jer. Bukan nak kata apa, filem aksi barat yang belanja besar pun ada gak yang tak best. Ini hanya pandangan peribadi terhadap filem ni.

p/s : Hazama boleh jadi pak lawak.



Genre : Drama (Silent Movie) - Sepanyol
Arahan : Pablo Berger
Pelakon : Maribel Verdu, Daniel Gimenez, Macarena Garcia, Sofia Oria
Tahun : 2012
Rating : 3.5/5


Sebelum itu, secara kebetulan pula, PF menonton filem Blancanieves bermaksud Snow White dalam bahasa Sepanyol mengambil inspirasi kisah dongeng Snow White. Tak tahu pada mulanya ini filem bisu hitam putih dan tahu filem ini dari senarai submission Oscar yang ke 85 bersama Bunohan awal tahun ini, tetapi tidak masuk ke Top 5. PF mula menerima filem bisu setelah menonton filem ini. Walau pun tak banyak menonton filem sebegini, pada Februari lepas ada menonton Passing Fancy (Jepun - 1933) yang juga tak mengecewakan. Sebelum itu The Artist yang PF tak nampak lagi keistimewaannya masa tu. Oleh kerana telah membeli DVD Blancanieves mula-mula berat sikit nak terima sebab ia filem bisu, akhirnya pembelian itu tidak membazir. Kisah Carmen anak kepada matador terkenal dan kaya bernama Antonia Villalta yang kemalangan di gelanggang lembu dan mengakibatkannya cacat dan hanya duduk di kerusi roda. Tak lama kemudian, isterinya mati bersalin ketika melahirkan Carmen. Carmen kemudian di jaga oleh neneknya. Antonio tak dapat menerima Carmen sebab dia menyebabkan kematian isteri tersayang. Apabila neneknya meninggal dunia, ibu tiri Carmen (nurse di hospital di mana Antonio dirawat - yang kini isteri Antonio) menjaga Carmen dirumah besar Antonio tetapi dijadikan hamba.

Dipendekkan cerita Carmen yang kini remaja secara tidak sengaja mewarisi skil matador dari bapanya atas satu insiden semasa orang-orang kerdil membuat persembahan matador. Membuat filem sebegini pada zaman moden memang sukar kerana ia perlu ada roh pada zaman latar filem sebegini wujud pada pandangan PF. Dan Blancanieves berjaya! Suatu yang nyata adalah babak di stadium di mana ramai orang menyaksikan matador beraksi (tak pasti apa istilahnya - lawan lembu?) Adakah ianya menggunakan kecangggihan komputer melibatkan penonton yang ramai? Tidak mustahil tetapi memang menjadi dan suasana itu dapat dirasakan. Klimak filem ini di mana Carmen berjaya menawan lembu yang besar (di tukar lembu oleh salah seorang orang kerdil yang cemburu) adalah momen emas filem ini. Jadi apakah kaitannya dengan kisah dongeng Snow White? Saksikan sendiri filem yang mengungguli filem terbaik di Goya Awards yang ke 27, Cinema Writers Circle Awards di Sepanyol.