Genre : Drama (Turki)
Arahan : Nuri Bilge CeylanPelakon : Muhammet Uzuner, Yilmaz Erdogan, Taner Birsel, Ahmet Mumtaz, Firat Tanis etc
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya : Taste Of Cherry
Rating : 3/5
Entah berapa judul filem yang menggunakan frasa "Once Upon A Time...." ni, frasa yang biasa kita dengar bagi permulaan kisah dongeng. Filem yang mengambil masa 2 jam lebih ini yaaa tuhan, amat la perlahan sehingga PF fast foward saja pada bahagian-bahagian tertentu. Begitulah ciri-ciri filem menang awardkan? Kisah polis, pendakwaraya, yang tertuduh dan beberapa orang lagi mencari mangsa pembunuhan yang ditanam di kawasan terpencil di Anatolia. Tertuduh - Kenan mendakwanya dirinya mabuk ketika itu. Filem ini ada part gelap dan ada part cerah. 3/4 pertama filem ini adalah diwaktu malam dan selebihnya siang sehingga PF mengaggap filem ini semuanya adalah malam pada pertengahan cerita.
Dengan menonton filem ini dengan blue-ray, PF dapat merasakan sinematografi yang menawan terutama di waktu malam dengan satu babak malam angin bertiup dan dedaun berguguran itu dan-lain-lain lagi. Setiap kali polis mencari lokasi tempat mayat ditanam, penonton dibawa dengan kisah-kisah doktor dan pendakwaraya. Mereka Bercerita dengan slow. Begitu juga adegan makan di rumah Mukhtar selepas menyiasat, semasa anak perempuan menghidangkan teh semasa rumah terputus bekalan elektrik, PF terpaksa fast foward, letih la, tetapi jika dilihat adegan ini sangat bermakna. PF mendapati ada 2 persamaan filem ini dengan Taste Of Cherry. Pertama, dari segi teknikal di mana long shot kereta yang melalui sebatang jalan yang berliku (ya kena sabar melihat adegan ini tapi bukan saja-saja pengarah berbuat demikian). Kedua, subjek kematian dan 'penanaman' mayat. Walaupun filem ini mendapat anugerah Grand Prix di Cannes 2011 (tempat kedua), ianya bukan filem PF. Kadang-kadang filem yang menang award menepati citarasa, kadang-kadang sebaliknya, contoh lain The Artist (2011). Pendek kata, semua terpulang kepada citarasa masing-masing.
Genre : Ganas/Thriller (Itali)
Arahan : Paolo Pasolini
Pelakon : Paolo Bonacelli, Giogo Cataldi, Umberto Paolo, Aldo Valetti, Caterina Bolatta etc
Tahun : 1975
Filem Seumpamanya : -
Rating : 5/5 dalam kategorinya.
Pelakon : Paolo Bonacelli, Giogo Cataldi, Umberto Paolo, Aldo Valetti, Caterina Bolatta etc
Tahun : 1975
Filem Seumpamanya : -
Rating : 5/5 dalam kategorinya.
-Updated-
PF rasa ramai yang dah tonton filem ini. Walau bagaimanapun, PF baru saja dapat menontonnya setelah 37 tahun ia diterbitkan. Apa yang boleh dikatakan : MASYAALLAAAH! Kenapa ada filem sebegini di dunia? Sebab itu banyak negara yang mengharamkan filem ini. Ia memeranjatkan sinema perfileman sejagat. Apalah sangat dengan Brokeback Mountain dan segala macam filem nude lelaki dan perempuan. Pengarah dan pelakon dalam filem ini semuanya sudah gila terutama watak 4 orang lelaki tu! PF bukan tak pernah menonton filem bertema homo atau ganas-ganas ni, tetapi seks, LBGT, penderaan fizikal dalam Salo : 120 Days of Sodom ini melangkaui peradaban manusia. Malu pun ya apabila mengaku menonton filem ini. Bayangkan pada tahun 1975 pun sebenarnya sudah 'akhir zaman' dengan pemikiran umat yang bergelar karyawan seni. Apatah lagi tahun 2012 ni kan?
Disebabkan perasaan ingin tahu dan sebagai peminat filem, PF gagahkan juga menonton filem yang diletakkan sebagai 65th Most Scariest Film Ever Made oleh Pengkritik Filem Chicago pada tahun 2006 ini. Bayangkan tahi manusia menjadi hidangan dan melihat anus siapa paling cantik! 2 orang wanita lingkungan 40an bercerita tentang pengalaman seks dan didengari oleh 'banduan-banduan' yang ditangkap dan 4 lelaki itu terangsang lalu melepaskan nafsu kinky mereka. 'Adegan garfu' yang dicolek atas lantai tu...aduuh dan banyak lagilah hingga tak sanggup nak ceritakan. Ok, PF banned filem ini dari Festival PF 2012 tapi dari segi rating diberi markah penuh dalam kategorinya dan pertama kali bagi 5 bintang sejak PF berblogging. Berdasarkan bacaan, pengarahnya mati ditembak. Baguslah tu, supaya tak menghasilkan movie yang lebih gila dan jijik.