Showing posts with label Filem Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Filem Indonesia. Show all posts

27 Mar 2018

Akan Datang: DILAN 1990



Setelah lebih dua bulan ditayangkan di pawagam-pawagam di Indonesia, filem romantis remaja, DILAN 1990 bakal menemui peminat-peminat filem di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Mac 2018 ini. Sehingga kini, filem Dilan 1990 telah ditonton lebih 6.2 juta penonton meletakkannya sebagai filem terlaris kedua dalam sejarah perfileman Indonesia.

DILAN 1990 diceritakan secara imbas-kembali (flashback) tentang percintaan dua remaja di Bandung pada tahun 1990. Milea (Vanesha Prescilla) dan Dilan (Iqbaal Ramadhan) bertemu sewaktu berada di sekolah menengah apabila Milea berpindah ke Bandung daripada Jakarta. Pertemuan yang bermula secara tidak sengaja itu merapatkan hubungan Milea dan Dilan untuk saling mengenali antara satu sama lain. Milea mula jatuh hati dengan cara Dilan dan menganggapnya seorang lelaki istimewa yang pemurah, bijak dan penyayang. Hubungan mesra Milea dan Dilan mula terganggu apabila kekasih Milea di Jakarta, Beni, datang bertemu Milea di Bandung untuk memujuknya agar kembali menyambung hubungan mereka. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Dilan terlibat dalam pergaduhan dengan geng motor. Mampukah Milea dan Dilan pertahankan hubungan mereka dan terus bersatu? 

Nantikan filem terbitan Falcon Pictures edaran Early Bird Productions bermula 29 Mac 2018 ini di empat puluh pawagam terpilih seluruh Malaysia.


28 Apr 2016

Ada Apa Dengan Cinta? 2



Arahan : Riri Riza
Genre : Drama
Tahun : 2016
Rating : 3
/5

Mengandungi SPOILER! Baca atas risiko sendiri.

Secara jujurnya PF bukan penggemar berat AADC1 kerana plotnya pada filem pertama itupun ingat-ingat lupa.  Filem pertamanya terbit pada tahun 2002 dan kini setelah 14 tahun baru sekuelnya hadir sekali lagi. Walau bagaimanapun, dalam filem AADC2, pertemuan semula Rangga dan Cinta adalah selepas 9 tahun Rangga meninggalkan Cinta.  Posternya pula seakan sama antara yang 1 dan 2, hanya posisi mereka saja bertukar. Untuk permulaan, jemput baca sebentar artikel dari MStar ini > Sekuel 'Ada Apa Dengan Cinta 2' Tidak Dirancang <

Sebenarnya, boleh dikatakan produk AADC ini bukan karya 'tulen' penulisnya. Dalam artikel ini menyebut Riri Riza sebagai penulis tapi dari apa yang ditulis dari website AADC2 penulis filem ini adalah Prima Rusdi (penulis asal AADC1) dan juga Mira Lesmana (produser). Mungkin wartawan ini kurang semak atau misscom atau tak peduli tentang penulis. Jujur Prananto juga adalah penulis AADC1 yang tak turut serta untuk sekuel kedua. Sudah nyata, penulis asal ingin membiarkan karya asal itu berhenti begitu saja. Cukup, walaupun AADC1 booming!, tiada niat pun atau gelojoh nak buat sekuel! Namun atas desakan peminat pada sekitar tahun 2014, maka Prima Rusdi terpaksa berkarya bukan di atas kehendaknya sebenarnya. Atas dasar itu PF boleh kata AADC2 ini bukan karya tulen Prima dan Riri mengambi alih tugas Rudy Soedjarwo pula. Cukup telahan PF di sini kerana interpretasi kita mungkin berbeza.

Setelah membaca sedikit sebanyak ulasan pendek dan panjang para netizen, harap-harap PF boleh tetapkan pendirian mengenai film ini. [Spoiler] Sepanjang perjumpaan semula Rangga dan Cinta (R&C) di Jogja, PF dapat rasakan bekalan memori cinta mereka dahulu yang mahu dibalas secukupnya yang tak cukup sehari itu. Ini cukup manis dalam AADC2! Namun ada ketika pada saat itu, terdapat detik di mana karakter Cinta itu 'terhenti' dan tak tahu ke 'mana arah' bukan kerana hatinya berbolak-balik tapi hilang connection dengan aura yang ada pada Cinta. Tak pasti mungkin karakter Cinta yang kini 28/29 tahun tidak didewasai atau Dian yang telah berumahtangga di luar filem secara automatik menenggelamkan auranya. Rangga pula agak sukar dipercayai wataknya. Kita tidak yakin latar belakang 9 tahun tanpa apa-apa tindakan sewajar olehnya. Maka, PF sangat percaya tika Cinta berkata "jangan-jangan kamu tipu!" setelah Rangga menceritakan kisahnya. Alasan yang diberi tak cukup kukuh dengan masa 9 tahun yang panjang. Kalau 5 tahun, boleh juga diterima. Eh! sekejap, ada juga cerita-cerita orang bercinta berjumpa dan bertaut kembali setelah berpuluh tahun terpisah. Ah, itu lain. Ini kisah alasan Ragga yang kedengaran kelentong bunyinya. Sah, Cinta kena tipu dengan mamat ni. Dan, PF pun dapat menjangka pengakhiran hubungan mereka ini dalam satu babak di siang hari tu (bukan babak bercium). Apabila AADC2 berlatarbelakangkan tempat pelancongan sudah semesti bukan objektif menonjolkan budaya dan tempat menarik saja, malah menggunakan tempat sejarah (tempat sejarah berbatu-bata tu) sebagai metafora kepada sejarah cinta mereka. Begitu juga apabila Rangga membawa mereka ke 'kepala burung' itu memberi gambaran indah pandangan masa hadapan yang ingin Rangga tawarkan.

Kopi ganti sastera

Sangat maklum bahawa penulis mungkin takkan mengulang kembali elemen sastera dalam edisi kali ini (kecuali sedikit) dan tertunduk dengan keadaan semasa (selain gadjet) dan cuba mewujudkan persekitaran terkini. Ini PF boleh terima. Ada orang kata puisi adalah kekuatan AADC, tapi PF tak kisah. Rangga yang mengusahakan cafe kopi di New York setelah minatnya terhadap penulisan puisi/buku tergendala dan segala hal yang berlaku dalam hidupnya. Sehinggalah terbawa-bawa kedai kopi hipster di Indonesia itu. Bukankah itu tren sekarang? Nasib Rangga tak menganjing barista tersebut sedangkan dia juga barista. Lagi pula dia usahawankan sekarang, nah ada kemajuan dong setelah gagal dalam pelajarannya. Walaupun kopi itu hanya premis bukan plot tunjang seperti lomba puisi dulu, Prima dan Mira (penulis) mahu jadikan filem ini santai dan tidak terlalu puitis mungkin ada sebabnya (sebaliknya hanya edisi memori dan sesi pengenalan kembali). Dan hal ini jugalah yang mungkin menyebabkan kedengaran ada peminat kurang feel terhadap sekuel ini. PF tak ingat apa konflik Rangga dan ibunya dalam AADC1. Dalam sekuel kali ini, ianya ala kadar sebagai pengakhir plot yang biasa. Teman-teman Cinta pula lebih mewarnai pada sisi kelucuan dan woman thing tapi lebih ringan tidak seperti dalam Love, Supermoon, contohnya.

Satu kesilapan dan tidak patut ada adalah babak akhir dalam filem ini. Riri seakan mengambil jalan pantas dan tak percaya beliau boleh bersetuju dengan babak yang ditulis oleh Mira dan Prima (babak Cinta datang ke.........) sebab Riri sutradara hebat menghasilkan Laskar Pelangi, GIE dan sebagainya. Babak pendek itu tidak mengesankan seperti menonton 'satu babak filem Malaysia yang teruk'. PF rasa kali ini, mereka (penulis) hanya ingin menggamit memori memberi peminat AADC satu kenangan kepada cinta R&C kerana mungkin sukar mengembalikannya ke aras yang pernah tercipta dulu. Seperti yang PF kata awal tadi, cerita yang bukan lahir dari keinginan diri tapi dari kehendak orang lain (peminat). Namun, saat manis mereka sepanjang di Jogja itu manis! 

19 May 2015

IKAL MAYANG : Terpendam, Adalah Kemelut Wanita


Arahan : 6 Pengarah Asean (sila lihat poster).
Genre : Drama
Tahun : 2015
Rating : 3.5/5



Baiklah, kita lihat satu-persatu filem-filem pendek mengikut turutan. Filem ini sempena Hari wanita Sedunia dan ditayang di Astro First dan event-event yang dibuat/sertai oleh Garang Pictures.

Kebaya Pengantin (Indonesia)

Dalam keenam-enam filem ini, Nia Dinata mengambil langkah berbeza dengan mengambil tema transgender. Jantina bertentangan ingin memasuki dunia wanita dikira sebagai permasalahan wanita juga. Ia sangat berkecamuk dan sakit, bukan saja isu itu malahan perkahwinan berlainan agama pula. Di tambah lagi dengan pembohongan dalam diri Farid. Ia mempunyai twist dan real.

Mentari (Brunei)

Filem ini minimal dialog dan hanya muzik latar yang menjalankan cerita. Boleh tahan juga kerana jarang kita menonton filem/filem pendek Brunei. Namun, ceritanya hanya biasa-biasa. persahabatan, muffin dan tersilap andaian. Kekuatanya adalah visual dan subjek alam yang dekat dengan manusia.

Not Yellow Enough (Singapura)

Satu-satunya filem yang santai dalam Terpendam. Kisah wanita Cina Singapura yang sudah kebaratan dan tidak mengamalkan adat tradisi, tersasar jauh dan terpengaruh dengan dunia barat. Paling menarik, nama Kristian yang selalu ada dalam nama masyarakat tionghua hari ini untuk upgrade diri. Namun, tema yang dipilih adalah unisex maka tidak begitu menepati isu wanita dan diselangi dengan beberapa fakta.

Shotgun Tuding (Filipina)

Filem ini bermain dengan warna dan latarbelakang masa. PF tak pasti jika dunia cowboy ada mempengaruhi sesetengah masyarakat Filipina dulu. Kita dikembalikan ke zaman era cowboy ciptaan pengarah dan sinematografernya. Apa rasionalnya kurang pastilah. Isunya, kakak perempuan (Tuding) mencari lelaki yang mengandungkan adiknya/vice versa - lebih kuranglah dan menghendakkan si lelaki membela dan membawanya berjumpa dengan adiknya. Ia bercerita dengan beza dari kebiasaan di mana selalunya, watak teraniaya sendiri yang mencari keadilan. Ia tidak dicerita sehingga habis, cukup usaha Tuding mengajar lelaki berkenaan dengan senjata. Menariknya di sini si lelaki berupaya untuk larikan diri, malah sempat menolong Tuding dari diganggu kutu cowboy, tetapi tetap mengikut kata Tuding. Babak disukai adalah ketika si lelaki pegun di atas bumbung rumah. 

Forgotten (Malaysia)

Bekas penari Makyong yang dilupakan gara-gara Makyong diharamkan di Kelantan. Maka, kehidupan mesti diteruskan - seperti biasa. Hampir terlupa ini filem Shuhami Baba sehinggalah Kavita Kaur dan produk placement palsu muncul di skrin. Argh! tidak bolehkah Shuhaimi lari dari kedua-dua trademark beliau ini? Selebihnya PF suka filem ini. Ketika Juhara Ayub membuka tingkap dan menyanyi dalam gelap, tika babak bertukar silih berganti antara memakai lampu suluh dikepala dan pakai tanjak Mak Yong itu. Dan menepuk sakan batang lidi dalam busana Makyong seakan ingin memulakan tarian. Semangat Mak Yong benar-benar dalam diri Juhara! Sudah lama rasanya babak menoreh tiada dalam layar filem kita. Kalau ada pun pasal filem penjajah kot. Pendek, tapi berisi. 

Steel In Love (Thailand)

Jika dalam Kebaya Pengantin jantina lain ingin memasuki alam wanita, kali ini wanita pula ingin keluar ke alam lelaki. Sengaja ia diletakkan dimula dan diakhir dalam filem omnibus ini. Som seorang pengkid yang jatuh hati kepada isteri orang dan mengharap cintanya. Tak kisahlah, pondan ke, pengkid ke, lurus ke, masalah utama adalah wang dalam membeli cinta. Begitu juga Som yang bekerja hanya sebagai teksi-motor. Dalam patah hati pula ada yang memerhati. Seorang gadis meletakkan bunga itu mungkin ingin mengingatkan yang Som itu masih lagi wanita walau apa pun.

Pilihan PF:

1. Kebaya Pengantin
2. Forgotten
3. Shotgun Tuding
4. Steel In Love
5. Not Yellow Enough
6. Mentari



3 Oct 2014

Cacamarba: Annabelle, Hijrah Cinta & Dollah Superstar



ANNABELLE
Arahan : John Leonetti
Genre : Seram
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5


Perangfilem layan jugalah filem ini. Kekurangannya bagi PF, penonton diberi rehat-seram-rehat yang berulang kali yang ditawarkan kepada penonton mungkin buatkan mood penonton sedikit tawar. Bagaimanapun, bagi PF ia taklah seteruk seperti yang diluahkan oleh sebilangan penonton yang agak hampa dengan arahan John Leonetti (Mortal Combat), setelah kejayaan The Conjuring di mana Annabelle adalah salah satu 'watak' di dalamnya. Satu pointnya ialah, PF bersyukur ia tidak menonjolkan hantu CGI yang semestinya akan spoilkan filem seram. PF memang kurang gemar jika melibatkan hantu CGI. Kedua, babak-babak seram yang dicipta sememangnya berjaya diterjemahkan, boleh dikatakan tidak kecewa dengan perkara itu. Antara babak paling seram SPOILER: ketika syaitan ditangga, lif terbuka beberapa kali ditingkat yang sama, stroller di basement bawah apartment, patung Annabelle berdiri dan ketika syaitan menerkam(?) Ruby, tak pasti yang ini kerana PF terperanjat dan tutup mata (lol). Beberapa babak seramnya mengambil ilham filem Rosemary's Baby - stor di basement dan stroller bayi selain watak sepasang suami isteri yang menunggu kelahiran bayi mereka. Selain itu, watak ibu - Mia yang kurang penghayatan mengganggu sedikit tuntutan watak itu selain penyudahan yang tak best semacam kononnya akan ada sambungan. 



DOLLAH SUPERSTAR

Arahan : Kabir Bhatia
Genre : Komedi
Tahun : 2014
Rating : 3/5



Secara kebetulan filem ini keluar setelah Amir & Loqman Pergi Ke Laut yang membawa tema yang lebih kurang sama - parodi. Dollah Superstar (DS) sebenarnya membogelkan industri perfileman khususnya kerja-kerja balik tabir semasa pembikinan sebuah filem di Malaysia. Tulisan Alfie Palermo (Sembunyi yang juga arahan Kabir), tak boleh dinafikan merupakan hasil pengalaman mereka dalam bidang produksi. Semua dilakonlayarkan dalam bentuk komedi, Dollah merupakan samseng/gangster di luar filem cuba membetulkan rupa dan karakter watak gangster dalam filem bikinan seorang produser yang diberi nama Dr. Romeo yang memerli Dr Rozmey (2 Alam). Macam Dollah ni wakil daripada penonton dan pengkritik filem yang cuba membetulkan apa yang tak kena dalam filem kita. Dah la nama gangster Dollah! Kalau nama Shark taklah ia beraroma komedikan.

Jarang upload gambar tiket...
Watak Neelofa sebagai aktres cantik yang merenyam dengan kru-kru walaupun berboifrenkan Shah Dazzle, Shah Dazzle pula tak berkaliber dalam membawa watak gangster dan rombakan skrip atas arahan produser akibat kekurangan bajet. DS juga dilihat ada sedikit bayangan Layar Lara yang dikelakarkan. Filem popcorn Kabir Bhatia kali ini boleh dinikmati dan PF boleh tertawa jugalah. Ada satu babak ketika Dollah dan Lalat di rumah dengan bercakap kuat sehingga didengari jiran sebelah (Cina?), adakah perli filem gangster cakap jerit/kuat juga?

Apa yang jelas, Amir & Loqman dan Dollah Superstar kedua-duanya tak menyebelahi gangster. Dalam Dollah Superstar, endingnya SPOILER: Dollah & Lalat dikejar polis (walaupun sekerat ditunjukkan). Apakah maksud bagi kedua-dua filem ini? PF teka, mereka berpendapat (Mamat Khalid & Kabir yang tak pernah-pernah buat filem berciri gangster, bila buat versi parodi pula) sudah-sudahlah tu dengan filem gangster ni. Eh, tapi ada jugak Kaki Kitailah, Gangster Rock Kasi Sengatlah dan lain-lain akan datang. Peminat pun dah bosan tapi kenapa masih buat lagi? Ini sajakah kemampuan pembikin filem kita? Contohilah kelainan karya Terbaik Dari Langit, Negeri Di Atas Pasir, River of Exploding Durians, Lelaki harapan Dunia ke..

Malangnya, akibat serentak dengan tayangan Annabelle, hanya PF seorang di dalam panggung. Terdetik juga rasa sedih kerana mereka bekerja keras dilayarperak itu tapi tiada penonton yang menyaksikan hasil titik peluh mereka. Serius, kalian pengkarya harus buat sesuatu, bukan terus memparodikan diri masing-masing lagi. Barulah kata-kata Aziz M.Osman dalam filem ini boleh terus dipakai (tika bajet dah tiada tapi filem harus diteruskan demi seni).


HIJRAH CNTA

Arahan : Indra Gunawan
Genre : Drama (Indonesia)
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5


Filem biograpic ini berkenaan bagaimana Jefri seorang pelakon sinetron dan juga penagih dadah yang kemudian berjaya menjadi ustaz selebriti. Perkenalannya dengan seorang gadis model sambilan, Pipik yakin dapat merubah hidupnya menjadi lebih baik. Dari situ, konflik dalam diri, hubungan dengan Pipik dimana selalu meminta wang untuk beli dadah, hubungan keluarga Jefri dengan Pipik, menjadi konflik yang melingkari keseluruhan cerita menjadi menarik. Lama-kelamaan kesedaran berlaku dalam diri Jefri sehinggakan beliau menjadi fenomena di Indonesia. Drama ini tidak terlalu berat, malah filem religi adalah term yang selalu dipanggil di Indonesia ini mengingatkan PF filem Mihrab Cinta. Bukan sekadar drama biasa, malah ada terkesan subtle ketika Jefri dan Pipik menerima panggilan telefon sewaktu di Bandung (tawaran kerja kepada Pipik) anda akan faham jika meneroka misc en scene nya dan juga babak Jefri mendongak ke langit berlatarbelakangkan sungai yang kotor. PF simpati dengan beliau di mana pengakhirannya, SPOILER: ustaz Jefri mula sedar akan kerja-kerja ceramahnya sepatutnya tidak diberi imbalan berbanding amalan yang dilakukan oleh baginda Rasullullah dan seterusnya mengakibatkan beliau ....(spoiler)

*Ditayangkan di TGV terpilih tetapi telah tamat tayangan.

4 Feb 2014

Cacamarba : Lovely Man, Laga, Blue Jasmine, Her



Arahan : Teddy Soeriaamatdja
Genre : Drama
Tahun : 2011
Rating : 3.5/5


Apa yang boleh dikatakan filem ini sangat menarik. Dialog-dialog yang diluahkan pasti ditunggu-tunggu. Bagaimana reaksi sang anak, bagaimana jawapan sang bapa pula? Apa yang terjadi kemudian? Tiap tutur kata pemeran utama tak mau dilepas oleh PF, okay, PF ulang 2 kali tu. Ianya bukan kisah komuniti pondan secara total tapi hubungan antara bapa dan anak yang dua-duanya tak lari melakukan kesilapan. Ada beberapa adegan yang PF dapat tangkap iaitu permainan cahaya dalam filem ini, tentu fahamkan? :


adegan di warung kopi (penjual menghulur gitar) dimana wajah Epoi gelap tidak kelihatan manakala anaknya dilimpahi cahaya, dan semasa dijalanan yang kebanyakannya berwarna kuning oren suram. Saiful (Epoi) yang dibawa oleh pelakon Donny Damara kelihatan tidak berapa feminin untuk watak nyah tapi dapat meyakinkan watak Epoi dengan jayanya. Berdurasi 1 jam 11 minit Lovely Man sebenarnya bercerita sederhana bagaimana lelaki yang telah berkahwin kemudian bercerai apabila isterinya mendapati keadaan sebenar suaminya seperti apa, lalu dicari oleh anak perempuannya untuk mengadu tentang permasalahan yang sedang dihadapinya.



Arahan : Ismail Yaakob
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 2.5/5


Pengarah Lenjan ini kembali dengan filem terbaru yang memaparkan isu laga ayam. Banyak konflik/subplot antara watak sehinggakan penonton kadang-kadang keliru dengan jalan cerita. Penonton kena hayati betul-betul, siapa pengikut dia ni dan siapa pengikut yang lagi satu di awal cerita sebab semuanya berlaku pantas (Hassan dan Dasuki yang dilakonkan oleh watak utama; Wan Hanafi Su dan Nasir Bilan Khan [memang Bilan tau, hehe]). Dahulu ada terbaca artikel akhbar online MStar, bila cek balik, masih ada INI DIA, Nasir Bilan Khan hanya akan berlakon naskah yang berunsur Islamik tetapi melihatnya melakonkan watak mengintai Marsha Milan Londoh mandi teringat balik artikel tu haha. Marsha pula hanya jadi simbol seks dalam Laga tak lebih dari itu. Bayangkan isteri jadi taruhan boleh disebut terang-terangan dalam buat perbincangan macam jadi benda biasa dalam kampung tu atau itu perkara biasa dalam perjudian laga ayam? Walaupun percubaan yang baik untuk mengetengahkan isu seperti ini, Laga percubaan yang tidak berapa menjadi, arghh susah buat filem ni kan? #mendalamilogikahmadidham lol



Arahan : Woody Allen
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5


PF jarang mengikuti filem Woody Allen. Bila tengok Woody Allen filmography untuk semak senarai filemnya manalah tahu ada tengok judul-judul yang pernah tonton, didapati hanya 2. Percubaan pertama adalah menerusi Midnight In Paris tetapi tidak berjaya memenangi hati. Kedua adalah filem 'banyak bercakap' Annie Hall tak berjaya juga menghabiskannya kerana ianya banyak melibatkan perkara/budaya orang sana sampai kita tak boleh relate dan lama-kelamaan hilang minat akibat kefahaman yang semakin hilang. Apabila Cate Blanchette mendapat pencalonan bagi actress terbaik bagi Oscar 2014, PF cuba menonton walaupun pada mulanya tak tahu ianya karya Woody Allen. Ianya drama kisah wanita pertengahan usia yang mendambakan kemewahan sekali lagi setelah bercerai dengan lelaki yang berada dan berpengaruh. Semasa ia kembali hidup normal dan tiada wang, itu satu cabarannya buatnya mendaki semula dengan kerja di klinik dan sambung belajar. Di situ kita lihat kekuatan Jasmine selain selalu berselisih faham dengan adik tirinya berkenaan dalam memilih pasangan hidup.




Arahan : Spike Jonze
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5


Okay ramai yang meminati filem ini, ada yang bagi full marks dan secara tidak langsung menggambarkan filem ini sempurna. Tidak dinafikan filem ini indah dari segi visual, permainan warna dan emosi. Walaupun dengan hanya suara Samantha (Scarlet) iaitu perisian yang boleh dibeli, ianya berjaya menimbulkan suatu perasaan sehinggakan Theodore menemui keserasian lalu jatuh cinta. Seakan bercinta jarak jauh pula dan mengadakan phone sex! Terdapat juga adegan yang bosan/draggy adakalanya PF sempat membelek handphone untuk membunuh kebosanan itu (menontonnya di panggung). Tidak hairan jika di masa depan berlaku seperti ini sebab lihatlah teknologi yang sedang berlaku sekarang. Dan manusia terus bersendirian walaupun ditengah-tengah ramai.


4 Dec 2012

Perahu Kertas : Menerokai Alam Seni Selain Percintaan



Genre : Drama (Indonesia)
Arahan : Hanung Bramantyo
Pelakon : Maudy Ayunda, Adipati Dolken, Reza Rahadian, Elyza Mulachela, Kimberly Rider, Sylvia Full R, Fauzan Smith
Tahun : 2012
Rating : 3.5/5



Menonton minit-minit awal filem ini agak 'tak boleh masuk' sikit sebab pelakon Maudy Ayunda. Tak pasti kenapa mungkin PF tak familiar dengan pelakon Indonesia. Maksud PF pelakon yang berbahasa nusantara. Ah kalau korang tak dapat tangkap apa yang cuba PF nak sampaikan takpe. 

Berdasarkan novel Perahu Kertas (PK) karya Dewi Lestari sebenarnya mengangkat isu percintaan biasa-biasa budak kolej tapi lebih terhormat persembahannya, serius. Ya lah, pasal cinta tak terungkap yang masing-masing memendam rasa itu semua. Keenan (Adipati Dolken) seorang pelukis berbakat tetapi belajar jurusan ekonomi atas paksaan bapanya. Kugy pula (Maudy, perempuan ya..) yang belajar di Fakulti Sastera bercita-cita untuk menjadi penulis kisah dongeng punyai hobi membuat perahu kertas yang bertulis cerita yang direka dan dilepaskan di sungai. Karakter Kugy dianggap sebagai agen Neptunus (planet) dengan trademark  tangan melekat dikepala dan jari menunjuk ke langit bagi mendapat idea/inspirasi. Dengan perkenalan yang singkat mereka berdua terus rapat kerana minat dalam aliran yang sama. Kedua-dua watak ini sarat dengan seni dalam diri. Penjiwaan mereka hampir sampai ke situ tapi belum ke tahap maksimum.

Menelusuri cerpen Kugy dan karya-karya lukisan Keenan (Adipati Dolken) menjadikan ia sesuatu yang berbeza. Lukisan-lukisan yang perlu kita tafsir sendiri. Diakui lukisan adalah sesuatu yang subjektif untuk diberi tafsiran tetapi malangnya PF tiada 'kemahiran' untuk mengapresiasinya. Semua ini dapat memberi pengalaman untuk kita menerokai lain cabang seni itu dalam medium filem.

Berbalik kepada percintaan empat manusia dalam PK. Persembahan yang sederhana melodramanya walaupun ada airmata dan tidak berlebih-lebih. Membuat kelainan disitu walaupun (contoh) Kugy masih terlalu muda - 20 tahun menghadapi konflik percintaan i.e tidak merebahkan diri ke katil dan menangis dibantal.  Visual yang paling memberi kesan adalah Kugy yang menutup pintu kerana ketidakhadirannya ke majlis harijadi Noni di rumah Wanda, kerana Wanda yang cuba merapati Keenan. Begitu juga saat Luhde memberi motivasi kepada Keenan yang buntu berkarya. Walaupun secara umumnya, filem ini tiada klimaks yang memuncak tetapi ianya boleh diterima sebab tiap-tiap adegan yang berterusan dan berpaut berkepentingan. Bagaimana Keenan berjumpa Luhde - ayah Keenan memarahinya - Wanda menipu Keenan - dan - Remi berbicara dengan Kugy di tepi laut mengingatkan PF pada Haris dan Dian (Istandul Aku Datang). 

Dan seperti tidak dijangka pengakhiran kisah mereka berempat macam bait lagu Judika "aku ingin bahagia walau tak bersama dia....." amat mengusik. Dengar-dengar ada sekuel PK2 sebab 4 watak utama belum 'diikat', tetapi itu bukan jaminan penamat cerita. Walau bagaimanapun PF lebih memilih aliran seni lukisan dan sastera dalam filem ini. 


6 Jun 2012

The Raid : Redemption - 95% Ganas


Genre : Aksi (1) (Indonesia)
Arahan : Gareth Evans
Kos : Tidak DiKetahui
Pelakon : Iko Uwais, Ray Sehatapy, Yayan Ruhian, Joe Taslim, Doni Alamsyah, Pierre Gruno
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Filem aksi tembak-tembak dan lawan-lawan
Rating : 4/5


Akhirnya PF dapat menonton filem sebutan ramai hingga menjadi bualan di alam maya dan alam nyata di US sana.

Anugerah yang dimenangi dan pencalonan :

3 Anugerah Perdana di Armsterdam Fantastic Film Festival 2012 ( Silver Scream Award, Best Director ; Gareth Evans),
Dublin International Film Festival 2012 (Best Audience Awards, Dublin Film Critic ) ,
Toronto International Film Festival 2012 ( People's Choice Awards - Midnight Madness) dan
Tercalon Deauville Asian Film Festival 2012 bagi kategori Action Asia Award.

Jadi, setelah menonton sendiri The Raid : Redemption ini, adakah ianya setimpal dengan segala macam publisiti dan pujian menggunung itu? Jawapannya ya. Cuma yang agak kurang adalah plotnya yang ringkas seringkas-ringkasnya dan PF hanya menonton dilayar kaca saja menyebabkan impaknya sedikit kurang. Kalau korang kata nak filem aksi tanpa aksi cintan-cintun, kaji-mengkaji, main bowling dan bertepuk tampar (rujuk SINI), The Raid mungkin menjadi film of the year anda. Pada satu ketika PF merasakan aksinya adalah sama saja dengan aksi Hollywood atau Hong Kongwood yang lain, yang menyebabkan ianya luar biasa adalah aksi-aksi seni pertahankan diri yang pantas bercampur ganas lagi mengerikan dan mendebarkan. Perghh! banyak no elemen-elemen bombastikThe Raid sememangnya menjual aksi, itu pokok utama bukan perkara remeh-temeh.

Bila kita disogokkan dengan aksi semata, pasti sampai satu tahap terasa sedikit kekurangan di sisi lainnya.  Jika tanya part yang paling best semestinya semasa akhir filem di mana 2 lawan 1. Semacam geram pun ada, semacam tipu pun ada sebab Mad Dog tu kebal sangat tak mati-mati di belasah Rama dan sorang lagi tu. Orang kata Iko Uwais adalah bintang yang perlu diberi perhatian pada masa akan datang, tapi harap-harap jangan buat just another movie. Kepada penggemar, rugilah kalau anda skip filem ini.

p/s : Bila kita tengok kehebatan sesebuah filem tak kira dari mana datangnya, mesti akan ditanya, ADAKAH atau BILAKAH Malaysia mampu/akan buat cerita sebegini? 

Penjahat guna parang saja.
Yayan Ruhian (kanan) penjahat yang tak handsome (biasalah) tapi awesome!

***

Kita saksikan The Raid versi Kucing Tanah Liat yang tak kurang hebat!


21 Oct 2011

Dalam Mihrab Cinta : Erti Taubat



Genre : Drama (Indonesia)

Klik SINI untuk erti Mihrab Cinta. Terima kasih kepada pemilik blog tersebut.

Sekali lagi PF menyaksikan filem yang ditulis berdasarkan novel Habiburrahman El Shirazy. Bukan peminat beliau sangat tetapi suka lihat filem-filem bertemakan agama kerana di Malaysia kurang filem bertema begini. Secara keseluruhannya filem ini memang tak lari dengan corak persembahan Habiburahman.

Shamsul Hadi dibuang dari pesantren (sekolah pondok) kerana difitnah oleh Borhan atas sebab mencuri. Lantaran itu, dia di buang dari pesantren tetapi kemudian lari dari rumah akibat tertekan. Disebabkan terdesak, dia benar-benar mencuri sehinggalah dipenjarakan. Sehinggalah ditakdirkan bertemu (kemudian dirancang) dengan seorang gadis – Silvi yg mengajar private tuition di sebuah rumah dengan alasan untuk membalas dendam terhadap Borhan. Takdir hidup Samsul Hadi kemudian dipandang tinggi sebagai ustaz. Dia nekad taubat. Keperibadiannya menarik minat orang tua Silvi dan abang Zizi (yang menjatuhkan hukuman mencuri tanpa usul periksa terhadap Samsul Hadi) untuk menjadikan Samsul Hadi sebagai ahli keluarga mereka.

Filem ini bukan filem cinta. Malah tema yang di bawa cukup besar untuk digalas oleh sebuah filem bercorak agama. Filem ini memberi contoh seorang itu bertaubat bukan kerana selepas malapetaka menimpa diri tetapi kerana rasa bersalah dengan umat manusia yang lain. Walau setinggi mana ilmu agama tetapi bila terdesak sanggup melanggari batas. Akibat tak sanggup terus menipu orang lain Samsul Hadi bertaubat dan ingin meneruskan hidup di jalan yang benar.

Bagaimana seorang anak yang telah membikin malu kepada keluarga kini membuatkan keluarga bangga dengan kata-kata nasihat di kaca tv. Di kala ini aku pun turut rasa sebak. Kenapa aku sensitif sejak kebelakangan ini ya? Tatkala ibu Samsul Hadi pergi berjumpa dengan Samsul yang telah lama tak berjumpa tika inilah airmata aku sekali lagi jatuh. Adooi.. aku memang kalah dengan tema ibu/bapa-anak yang meruntun-runtun ni. Sebelum ini Emak Ingin Naik Haji pun sama. Hahaha, ni rahsia kita-kita aje okay… J

Tapi selebihnya kisah lovey-dovey antara Zizi – Samsul Hadi – Silvi seperti tak lari dari Ketika Cinta Bertasbih 2 dulu. Sebenarnya tak ketara sangat kisah cinta dalam filem ini. Watak-watak perempuannya masih terpelihara sebagai muslimah yang malu-malu tentang perasaan cinta. Asmirandah (Silvi) memang comel. Dia juga berlakon dalam Ketika Cinta Bertasbih 2 dulu. Tapi tak lupa adegan  : lamaran – tolak pinangan – alasan – gaduh-gaduh sikit. Habiburahman memang suka benda-benda macam ni kan? Kadang-kadang PF rasa, penulis ini gemar menterjemah his feminine side seolah-olah amat memahami kaum wanita. Bila ada wanita, ada airmata. Airmata yang sarat. Bukan itu, lebih besar lagi, cinta kepada Allah.



3.5/5

18 Oct 2011

Emak Ingin Naik Haji


Genre : Drama (Indonesia)


Zain seorang duda yang mempunyai emak berumur 61 berhasrat untuk pergi ke haji dengan wang simpanannya. Zain yang hanya bekerja sebagai pelukis menjual hasil lukisannya di bandar. Bekas isterinya zain hanya menuntut haknya sebagai bekas isteri ditambah pula dgn anak mereka yg sakit. Isinya ini.

Dua lagi cerita yang berlingkaran di sisi isi cerita itu, sebenarnya nak diikutkan tidak berkait walaupun ‘bersentuh’ mengingatkan aku filem Cinta oleh Khabir Bhatia. Sebuah keluarga berada  yang beberapa kali menunai haji mahupun umrah dan satu lagi seorang boleh dikatakan orang penting dalam masyarakat hanya ingin merebut jawatan wali kota dengan gelaran haji sebagai umpan undi rakyat. Walaupun judulnya begitu, hal-hal agama tak terlalu berat dipaparkan bukan seperti Ketika Cinta Bertasbih atau pun Ayat-ayat Cinta. Cuma tak lepas dari filem bermesej yang mendidik berlandaskan agama. Tapi apa yang nyata, semua cerita dalam filem ini adalah bertunjangkan duit. Ibu Zain yang kekurangan duit untuk pergi Haji, wakil rakyat yang diperas ugut dengan duit dan keluarga berada banyak duit sehingga pergi haji/umrah beberapa kali.

Tiba pada satu peringkat, PF dah agak jalan cerita filem ini, dan berharap perkara itu tak berlaku. Malangnya ia benar-benar terjadi. Dan pada ketika itu juga, mood PF mula down. Memang spoillahkan kalau kita dapat baca apa yang jadi seterusnya. Sebelum menonton, jangkaan agak besar juga terhadap filem ini memandangkan mendengar pertama kali tajuknya dahulu, amat menarik dan kelihatan satu tema yang baru. Kerana hanya dengan tajuk itu, kita sudah tahu gambaran serba sedikit dan tertanya berjayakah impian murni emak Zain untuk ke tanah suci. Sebab itu filem ini menjadi pilihan pertama untuk ditonton dalam lebih kurang 10 judul filem yang PF terima (versi dowload internet).

3 cerita yang berlainan tadi yang ‘bertembung’ dihujung cerita sebenarnya tidak memeranjatkan. Walau bagaimanapun sempat juga airmata menerjah ke pipi di hujung cerita hanya kerana satu keinginan seorang ibu. Perasaan 'down' yang tadi kini berbalas...


3/5