Showing posts with label Filem Korea. Show all posts
Showing posts with label Filem Korea. Show all posts

20 Apr 2012

My Way, The Cabin In The Woods & The Story of Qiu Ju



Genre : Aksi 1 & 2
Arahan : Je-Kyu Kang
Kos : US25 juta
Pelakon : Dong-gun Jang, Jo Odari, Bingbing Fan, In-kwon Kim
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : filem perang yang lain
Rating : 4/5


Filem perang bukan genre PF. Mungkin ini filem paling mahal Korea Selatan setakat ini, PF gagahkan jua menonton. Perasaannya sama kalau Malaysia mengeluarkan filemnya yang termahal. Menonton dalam keadaan pening bukan satu pilihan tepat. Kepala yang pusing ditambah tembakan-tembakan dan durasi yang panjang sedikit menyeksakan. Yang lainnya filem ini dengan filem perang yang PF tonton adalah watak utama bukanlah askar asli yang sengaja masuk tentera, tetapi adalah hukuman dan dipaksa berperang. Berdasarkan kisah benar, filem ini melibatkan lebih kurang 4-5 medan perang yang berbeza, di kawasan kota yang musnah, di tanah tandus dan di pantai (shooting di Korea, China, France, Russia & Latvia). Boleh kata babak peperangan di tempat-tempat yang dinyatakan tadi memang best dan boleh buat anda kagum! Cuma yang tak best sikit di awal-awal filem ini adalah pasal marathon yang buat PF waarghh.....(menguap). 2 sahabat yang mulanya kawan kemudian terpaksa bermusuh dan kemudian berkawan semula. Sampai satu babak mereka ni macam pasangan gay pun ya. (samalah mcm Snow Flower & Secret Fan yg berkawan rapat ala lesbian). Rasanya pelaburan yang besar ke atas filem ini boleh nampak secara visual tetapi dari ketepatan sejarah, maaf PF tak dapat pastikan. Jika anda berminat boleh membaca sejarah atau latarbelakang 2 watak utamanya. Kepada peminat filem sebegini, jangan lepaskan peluang.

p.s dalam popularnya Kpop dan drama Korea sekarang, perlukah produksi drama atau filem kita pun shooting kat Korea? Apa relevannya?



Genre : Aksi 2 (CGI)
Arahan : Drew Goddard
Kos : US30juta
Pelakon : Kristen Conolly, Chris Hemworth, Anna Hucithson, Fran Kranz, Jesse Williams
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Hunger Games, filem-filem zombi
Rating : 3.5/5

Macam pelik pulak My Way berkos US25 juta dengan adegan-adegan perang segala tapi filem ini US30 juta. Mungkin kesan khas dihujung filem ini yang buat ianya mahal kot! 5 sekawan pergi bercuti ke kabin di dalam hutan milik cousin kepada salah seorang daripada mereka. Percutian mereka berakhir dengan tragedi apabila satu demi satu menemui ajal. Nampak macam stereotype bunyinyakan? Sebenarnya bila menonton filem ini, banyak filem yang pernah PF tonton berlegar-legar dalam kepala secara automatik. Salah satunya elemen-elemen tempat atau lokasi iaitu kabin di dalam hutan (I Spit On Your Grave, Friday Night 13th etc), stesen minyak yang buruk, konon-konon tiada orang (banyak dalam filem Hollywood), zombi-zombi dan terbaru ala-ala Hunger Games. Sebenarnya, The Cabin In The Woods merumuskan semua filem tersebut ke dalam satu. Ditambah dengan satu lagi trademark Hollywood dengan ending ala dunia nak kiamat. Oh, komedi juga untuk penonton ketawa. Ianya satira! Dan tak keterlaluan mengatakan ianya 'tribute' untuk filem horror dan slasher juga! Spoiler : bagaimana control room yang begitu penting (di mana Marty dan Dana tekan button lif) takde Security yang jaga? haha... spoiled la.

p.s : terbaca di imdb Kristen Conolly (Dana) hanya membawa watak 'woman reading on bench' dalam filem The Happening (M.Night Shyamalan)



Genre : Drama
Arahan : Zhang Zhimou
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Gong Li, Peigi Liu, Liuchun Yang, Kesheng Lei
Tahun : 1992
Filem Seumpamanya : 
Rating : 3.5/5

Qiu Ju seorang isteri yang sedang hamil kepada Qinglai. Qiu Ju ingin mencari keadilan kerana ketua kampung menendang anu suaminya sehingga suaminya terpaksa berehat lama dan tidak dapat mencari nafkah. PF pun tak menyangka ada filem dengan jalan cerita sebegini. Sebenarnya itu hanyalah landasan saja, tetapi perlu dilihat secara mata halus akan makna yang tersirat. Filem ini berkisar kepada penindasan, keadilan, semangat seorang wanita dan kasih sayang kepada suami yang ditangani oleh Qiu Ji sebagai rakyat biasa. Kebanyakan filem Zhang Yimou yang PF tonton adalah dari novel dan ianya berbeza-beza genre. Qiu Ju yang sanggup ke bandar - yang asing baginya, datang beberapa kali dalam keadaan hamil ditemani adik iparnya sehingga ditipu oleh penduduk bandar. PF mendapati figura Zhang Ziyi (The Road Home) dan Gong Li (filem ini dan Rise The Red Lantern) mempunyai aura yang sama. Satu kerana memiliki wajah/ekspresi yang sama dan kedua bahasa tubuh yang sama. Mungkin watak-watak antara 2 pelakon ini sendiri tak jauh lari dari filem yang disebutkan tadi. Mood apabila menonton filem Zhang Yimou adalah sama apabila PF menonton sesetengah filem Iran terutama yang berdialog mendatar dan berlatarbelakangkan kampung dan kehidupan yang daif dan sederhana di mana menjadi salah satu premis yang menjadi kegemaran PF. Berjayakah Qiu Ji menuntut keadilan? Apakah yang terjadi kepada ketua kampung akibat perbuatannya? PF merasakan suatu yang menarik dipenghujung cerita.

p.s : Adegan Qiu Ju berlari diakhir filem adalah sama dengan Zhang Ziyi berlari dalam The Road Home. Tapi Zhang Ziyi lagi banyak berlari dlm filem dia.


27 Feb 2012

Poetry : Berani Bikin Tema Sukar

Genre : Drama (Korea)
Arahan : Chang-Dong Lee
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Jong-Hie Yun, Da-Wit Lee, Hira Kim, Nae-Sang Ahn, Myeong-Shin Park
Tahun : 2010
Filem Seumpamanya : --
Rating : 4/5

Mija (Jeong-Hie Yun) seorang warga emas berusia 66 tahun mengalami penyakit alzheimer peringkat awal. Bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa dengan menjaga M. Kang yang menghidapi stroke. Mija tinggal dan menjaga cucu lelakinya bernama Wook. Ibu Wook tinggal di Pusan setelah bercerai. Wook dengan 5 rakannya merogol seorang budak perempuan (Heejin) di makmal sains sekolah. Heejin kemudian membunuh diri dengan terjun sungai. Mija mula mengambil kelas sajak untuk mendapatkan kekuatan bagi menghadapi semua musibah yang berlaku ke atasnya.

                                                                          
Membaca saja sinopsis Poetry membuatkan sesuatu yang ganjil dan janggalkan? Begitulah tema yang dibawa dalam filem yang mengambil masa 2 jam setengah ini. Poetry memaparkan ketidaksanggupan seorang nenek untuk mengharungi kehidupannya lagi jika dilihat pada dasarnya. Setelah mendapati dia menghidapi alzheimer kemudian terpaksa membayar pampasan 5juta Won kepada ibu mangsa anak perempuan yang dirogol, dia menjalani kehidupan seperti biasa. Saksikan saja bagaimana 2 kali Mija berlalu pergi begitu saja ketika sesi perbincangan dengan bapa-bapa budak yang merogol untuk mengatasi masalah menyembunyikan kes itu dari orang ramai demi menjaga masa depan anak-anak mereka. Apa jua alasannya, seolah-olah hidupnya di usia itu bukan untuk memikir masalah-masalah berat lagi. Adalanya Mija berkaraoke.



Dengan mengambil kelas sajak, baginya sajak adalah sesuatu yang sangat indah, indah seperti bunga yang disukainya. Bukan untuk diperlekehkan sebagaimana seorang penyajak yang juga seorang polis mengaitkan sajak dengan seks. Walau bagaimanapun, dia sukar untuk mencipta sajak sebagaimana tugasan dikelasnya. Hanya mencipta 2-3 baris ayat-ayat puitis ketika dia berjalan-jalan atau ketika mendapat sedikit inspirasi. Mija bersikap 'tak mahu beritahu' berkenaan alzheimer kepada anaknya, tentang kes Wook kepada ibunya (anak perempuannya), dan paling penting juga tak mahu beritahu apa sebenarnya hajat dia datang ke kebun ibu Heejin mangsa rogol setelah di desak bapa-bapa budak lelaki tadi. Kadangkala Mija nampak 'tidak betul' membuatkan penonton bersimpati.




Filem ini hampir tiada muzik latar. Penonton disuruh tumpu kepada diri Mija yang boleh dikata hidupnya tidak meriah dikelilingi orang tersayang ataupun duit. Walaupun PF terlalu serius menonton, tiba-tiba satu adegan buat PF tergelak apabila ayah Kibum iaitu salah seorang anak lelaki yang terlibat kes rogol itu menegur Mija berpakaian sangat cantik tatkala ingin berjumpa ibu Heejin untuk meminta pelepasan wang pampasan. PF rasa puas apabila menonton filem corak sebegini. Mungkin PF kurang faham erti lakonlayar yang sebenar-benarnya, mungkin sebab lakonlayar yang hebat tanpa disedari, membuat mata PF terpaku meneliti maksud visual-visual yang terpapar sama seperti filem Uncle Boonmie. Mija lakonan Jeong-Hie Yun amat bersahaja dengan watak wanita berusia 66 tahun. Wook pula remaja yang memberontak kurang berkomunikasi dengan neneknya.


Bagaimana Chang-Dong Lee pengarah dan penulis naskhah ini begitu berani menyatukan idea antara sajak dan crime dan semua ini diletak di atas bahu seorang nenek? Begitulah cabaran yang berani diambil oleh pengkarya ini. Sememangnya suatu karya adalah lebih baik jika pengarah itu sekali yang menulis lakonlayar. Dapatkah Mija membayar wang pampasan tersebut dan mengarang puisinya? PF ingin menontonnya sekali lagi.

20 Sept 2011

Bedevilled - Pembalasan Dendam Wanita


Genre : Ganas/Thriller (Korea)


 Hae-Won dan anak Bok-Nam

Bedevilled (2010) mengisahkan Hae-Won seorang gadis dalam umur 20an di arahkan oleh bos tempat kerjanya supaya bercuti kerana masalah ditempat kerja. Lalu dia mengambil keputusan untuk pergi ke pulau Moodo di mana di situ adalah percutian semasa dia kecil. Apa yang diharapkan bukan seperti dahulu semasa dia kanak-kanak. Keadaan telah berubah. Bok-Nam, kawan baiknya semasa kecil telah berkahwin, dan mempunyai anak perempuan tetapi anak itu bukan perkongsian dengan suaminya sekarang. Dengan bercucuk tanam, mereka meneruskan kehidupan yang daif di pulau itu. Digambarkan juga hanya mereka sahaja yang tinggal di pulau itu kecuali pemandu2 bot yang datang ke pulau bagi tujuan pengangkutan.
Kehidupan Bok-Nam yang diseksa oleh suaminya dan saudara2 perempuan suaminya yang lebih tua darinya, amat menyedihkan sehinggakan dia bagai di rasuk syaitan dengan dendam membara, membunuh orang-orang di situ. 

 Dalam penderitaan

Ulasan |spoiler| : ini bukan filem slasher pertama aku tonton dari Asia. Ada yang lebih ‘memeranjatkan dan mengganggu’ lagi (termanya - shocking and disturbing) tetapi aku tak suka jalan  cerita yang berbelok-belok.  Bedevilled mengambil premis sebuah pulau yang melambangkan sebagai tempat yang sukar untuk escape. Ada scene  yang aku kira taklah terperanjat sangat cuma ternyata ada di filemkan (dan aku menjumpainya) di mana suaminya bawak balik pelacur ke pulau tersebut dan melakukannya di dalam bilik dan  Bok-Nam sedar keadaan itu, tetapi makan dengan lahapnya diluar. Apa taknya, Bok-Nam sendiri pun merelakan dirinya di ratah oleh adik suaminya tatkala suami dan anaknya pergi menangkap ikan di laut pada tengah malam. WTF cerita ni kan? Haha….. (Kdg2 suka tengok filem yang melanggar batas sosial dan norma) Ada juga scene si suami menendang kepala Bok-Nam di depan anak perempuannya. Scene 18sx tak payah cakaplah. Dan yang menjadi inti filem slasher, bunuh-membunuh, memukul dengan penukul besar, potong kepala dengan sabit, dsb cukup buat aku disturbing seperti mana menonton filem Hostel (juara kategori Ganas/Thriller pada Festival PerangFilem yang lepas).

 Bok-Nam sering diperlekeh oleh wanita2 tua di situ


Tetapi dalam masa 30-45 minit pertama aku tercari-cari hala tuju filem ini. Aku ingatkan Hae-Won heroin filem ni tapi lama-kelamaan watak Bok-Nam mula mengembang sehingga ke akhir cerita tanpa meninggalkan watak Hae-Won. Bedevilled juga memaparkan sebuah filem art walaupun ia sebuah filem slasher sama seperti I Saw The Devil dari Korea juga tetapi I Saw The Devil agak berfalsafah sikit. Kalau dah art tu, mesti slow kan? Tapi taklah terlalu slow sangat, masih boleh tahan lagi. Ganas juga pembikin filem dari Korea yea….

Di hujung, aku tertarik kerana Bok-Nam juga ingin membunuh Hae-Won kawan baiknya. Aku juga sikit surprise di mana jangkaan penonton bahawa filem ini akan tamat tetapi ada lagi kesudahan yang belum selesai.
 Dendam

Berjayakah Bok-Nam membunuh Hae-Won? Atas sebab apa Bok-Nam ingin mebunuh kawan baiknya itu??? Saksikan Bedevilled sehingga habis. Oh ya! Di cover belakang DVD Bedevilled ini ada mengatakan filem ini adalah “most shocking and disturbing from Korea since The Notorious Old Boy”. Bolehlah aku cari nanti, kalau aku tertarik menonton trailernya di youtube.


4/5

p/s : salute dengan sorang abang tu membeli DVD satu beg plastik penuh! Tak cukup dengan tu ada lagi dalam 10+ keping extra dalam beg berlainan! Ke ada org pesan… taktau la.  Aku kalau nak beli mcm tu, selain ada bajet, kena survey dulu mana movie yang best. Tapi sampai kedai, kalau nampak citer yg ‘mcm best’ beli gak kan? Haha… Ok lah daripada beli rokok….