Showing posts with label Filem Perancis. Show all posts
Showing posts with label Filem Perancis. Show all posts

8 Feb 2017

Aku Haus Darahmu & The Red Turtle




AKU HAUS DARAHMU (2017)
Aidilfitri MY
Seram
3/5

Sejak publisiti filem ini muncul yang menjual nama Deanna Yusof, PF sudah tertarik. Apatah lagi dengan judul yang unik. Sudah berapa lama Deanna tak berlakon filem panjang? Terkini pun dalam produksi Singapura. Perjuangan sang pengarah yang ingin mengembalikan roh seram filem 80an tempatan seperti Rahsia dan Misteri Rumah Tua yang menjadi rujukan untuk tatapan penggemar horror classic. 2 perkara yang membuatkan PF suka tentang filem ini adalah skor muziknya yang kena dan bertepatan dengan atmosfera seram yang ingin disampingkan. Dengan 'bergenre' bunyi klasik, telinga tertangkap kehebatan bunyi yang biasa kita tidak terperasankan kerana jump scare dengan bunyi yang kuat selalu dipermain-main semata untuk memeranjatkan. Kedua, elemen bunyi tersebut telah menyihir mata dan perasaan terhadap tarian-tarian mistik penari-penari seakan kita dalam alam lagi satu. Dibuat ala pementasan teater berpagar bulu-buluh seakan jauh dari penduduk kampung. Ceritanya mudah dan cuba bermain selamat dengan lokasi yang terhad untuk menggambarkan zaman 80an. Kadang-kadang dialognya terlajak kekinian. PF sudah lama/lupa dan tidak biasa sebenarnya dengan filem-filem seram 80an, tetapi entah mengapa sinematografinya cuba digelapkan dengan sengaja walaupun tengahari menampakkan tidak semulajadi 80an yang diingini. 

Lagi satu, Cempaka (Deanna) seolah-olah tidak 'memiliki' rumah tradisional itu kerana seperti nampak terasing dengan tuannya. Deanna hanya bercantikan saja tidak 'mendiaminya'. Okay, kalau iya pun dia itu hantu atau sebagainya. Mungkin PF salah kerana yang berhantu adalah tarian dan bukannya rumah, jadi pemilikan rumah tidak perlu ditekankan kerana ingin menimbulkan lebih kemisterian terhadap watak Cempaka. Selain itu, bukan mahu mencari kesalahan dan memang tidak suka menyebutnya di sini, bahawa watak-watak bergerak lambat pada sesuatu yang sudah biasa ada/sia-sia/dilihat dalam filem seram. Namun, pada beberapa babak ianya perlahan tetapi efektif contoh ketika Ezza berjalan perlahan ke dalam semak tepi rumah yang di sokong dengan latar muzik yang cocok dan penuh misteri. Kelebihan lagi adalah lakonan Cempaka dan Kenanga, walapun terkadang lakonan Kenanga itu nampak pelik. Tarian Deanna dan Nad Zainal nampak kemas menyimpulkan bahawa mereka berlatih untuk itu. Aidilfitri berjaya membuatkan filem seram ini ke tahap yang lain di penghujungnya bagi membolehkan watak jahat menjadi cantik dan muda selama-lamanya seterusnya memberi klimak yang berkesan.


RED TURTLE (2016)
Michael Dudok de Wit
Animasi
3.5/5

Kalau boleh PF spoilkan bahawa filem ini tiada dialog langsung. Yang ada hanya desahan dan kata seperti Oi! Boring? Nanti dulu. Berkenaan seorang lelaki yang terdampar di pulau dan cuba meneruskan kehidupan seorang diri dan berjumpa seseorang. Ironinya, dengan tajuk The Red Turtle tetapi ianya kisah seorang lelaki tetapi red turtle itulah yang mengubah hidupnya untuk terus hidup dalam dunia asing. Walaupun rupa kartunnya bukan 3D, mata tertancap akan detik hari-hari lelaki ini dari hari pertama ia lemas dilambung ombak menerusi garis-garis halus animasi ini. Ini filem kedua bukan 3D yang enak dinikmati selepas Song of The Sea (2014). Jika kanak-kanak mungkin sukar terhibur kerana kebisuannya, tetapi tidak bagi penonton dewasa sebab ianya riuh dengan tema universal seperti perhubungan, cinta dan keterasingan. Bila filem ini menyentuh bab fantasi, (tidak pasti ianya ada kaitan dengan sesuatu lagenda), ini yang memuatkan ia bertambah seronok untuk ditonton. Dan meninggalkan seseorang terkapai-kapai adalah kejam.


17 Nov 2014

The Hunt, The Babadook, Holy Motors, IDA, All About My Mother



Arahan : Thomas Vinterberg
Genre : Drama (Denmark)
Tahun : 2012
Rating : 4/5


Kisah seorang duda yang bekerja sebagai guru tadika dituduh mencabul kanak-kanak perempuan. Konflik berterusan sehingga dia dipulau oleh masyarakat. Mads Mikkelsen (A Royal Affair) seperti biasa dengan lakonan cemerlangnya membuatkan filem ini tampak hebat di samping penonton akan geram dengan kanak-kanak perempuan tersebut. Filem yang provoking ini memilih prinsip; dendam manusia itu tak berkesudahan.



Arahan : Leos Carax
Genre : Aksi1 (Perancis/German)
Tahun : 2012
Rating : 3/5


Oleh kerana menonton filem ini tanpa sarikata Inggeris maka filem ni ditonton begitu saja tanpa paham sebutir bahasa Perancis. Apa yang dipahami, Monsieur Oscar menaiki limousin dan dibantu oleh driver/pembantu seorang wanita lingkunagn 50an. Oscar banyak berlakon menjadi watak-watak yang berlainan apabila keluar dari limousin dengan mengenakan make-up mengikut sesuatu watak. Watak-watak itu (diambil dari wiki) : The Beggar / Motion Capture Actor / Monsieur Merde / Father / The Accordionist / The Killer / The Killed / The Dying / The Man in the Foyer. tak pasti apa tujuan beliau berbuat demikian, mungkin diupah oleh orang tertentu. Yang pasti watak, Monsieur Merde adalah asalnya dari filem omnibus Tokyo! (2008). 

(Spoiler) Kali ini dalam Holly Motor, Merde menculik seorang model ketika penggambaran iklan, dan di sini terdapat babak di mana Merde membalut model yang seksi itu dengan mengoyak pakaiannya menjadi burqa kemudian, Merde berbogel sambil bergaya seperti berdoa cara Islam lalu berbaring di samping model tersebut. Walau bagaimanapun, model itu tidak diperlakusekskan. Filem ini agak aneh namun kreatif tapi beberapa persoalan berkenaan continuity, Oscar dengan anaknya dan beberapa watak lain. Make-up bagi setiap watak yang nampak natural lagi memberi kesan yang nyata dan percaya. Akibat tak berapa 'dapat' filem ini sekadar itu saja bintang yang diberi.



THE BABADOOK
Arahan : Jenniffer Kent
Genre : Seram (Australia)
Tahun : 2014
Rating : 4/5

Agak jarang menonton filem seram dari Australia. Kalau nak diikutkan premisnya sama di dalam rumah dan diganggu oleh hantu dari sebuah buku. Walaupun begitu, selainnya ia cuba lari dari kisah hantu yang ditonton sejak akhir-akhir ini. Watak Babadook ialah hantu lelaki (dah bosan jugak dengan hantu perempuan) yang kurang pasti motifnya mengganggu Amelia dan anak lelakinya Sam. Lakonan hebat mereka berdua boleh melupakan kekurangan yangg ada. Salute kepada mereka berdua.

(Spoiler) Watak Sam yang amat meyakinkan dengan degilnya dan berani dengan tindakan bijak mengikat ibunya, suatu yg memuaskan hati PF kerana apa, tiada paderi yang dipanggil dalam filem ini dan Babadook mengundang kesudahan yang berbeza merupakan satu kepuasan yang dicari. Babak Sam mengikat ibunya seakan menggantikan babak perempuan yang dirasuk (dalam The Conjuring) dan juga filem-filem seram kita yang selalu memanggil ustaz untuk tujuan penyelesaian. Tidak salah, tapi entah, berilah konklusi bukan sekadar baca doa dan kemudian habis. Tak bolehkah penerbit filem tempatan yg selalu mengeluarkan filem hantu membuat filem sebegini padahal ianya bukan idea yang luarbiasa (yang terbaru ditonton JIN dan berasa sedikit kecewa, tapi PF suka Paku). Maaflah, kerana membandingkan. The Babadook, tiada bunyi efek yang bingit dan melampau untuk membuat penonton terperanjat jika itu modal sekadar mengulang apa yang telah ada. Kalau nak kata seram sangat tu mungkin sukar PF nak putuskan kerana ianya subjektif tetapi filem ini cukup menyelamatkan filem genre seram yang ditonton tahun ini.




ALL ABOUT MY MOTHER
Arahan : Pedro Almodovar
Genre : Drama (Sepanyol/Perancis)
Tahun : 1999
Rating : 4/5


PF telah menonton Talk To Her arahan Pedro. Filem itu dan filem All About My Mother (AAMM) ada beberapa kesamaan fizikal dan sedikit isunya. Seingat PF, hanya 2 ini saja filem beliau yang ditonton. Dalam Talk To Her (TTH), Hospital menjadi latar filem, dalam AAMM hanya permulaan saja. Dalam TTH si hero yang dipersoal orientasi seksnya oleh seorang Doktor, selain watak hero itu sendiri. Dalam AAMM tema LGBT dibawa begitu besar lagi tetapi dari sisi 'sebelah' watak heroin saja. Watak utama Manuela, adalah 'disebabkan' oleh watak LGBT; Lola, begitu juga watak Rosa (Penelope Cruz). Namun, Pedro hanya beri 'memberi muka' pada Lola dihujung cerita saja. Itu belum lagi, watak Huma seorang pelakon teater yang berpacaran dengan pelakon teater yang sama (wanita). Pada PF, cerita ini mampat dalam durasinya. Setiap saat terisi plot-plot yang ingin diceritakan dengan tidak membuang masa. Selain itu, filem ini sangat vibrant dengan warna merah, sehingga terperasan dengan jelas pakaian watak-wataknya yang semestinya mengundang maksud tertentu.








***

IDA
Arahan : Pawel Powlikowski
Genre : Drama (Poland/Denmark/Perancis/UK)
Tahun : 2013
Rating : 4/5



Poster IDA menerangkan kisah filem. Pergi mencari asal usul diri. Ida sebelum bersumpah menjadi biarawati perlu berjumpa dengan saudara terdekat, Wanda satu-satunya ibu saudara yang tinggal dan mereka bertemu seterusnya mencari asal usul keluarga Ida dan mendapati ibu-bapa mereka adalah yahudi. Terikat dgn hukum biarawati juga, adakah Ida mahu menjadi manusia biasa atau biarawati (setelah keluar dari gereja dan melihat dunia luar) Kenapa banyak shot kepala saja? Dan tiba satu saat pula kamera hanya terlihat mata dan ke atas? (tertutup hidung: tak boleh bernafas - Gambar 4, mungkin bermaksud kehidupan beliau yang akan berubah/berhijrah dari orang biasa ke kehidupan "beragama" yang terbatas di upacara mengangkat sumpah). Begitu juga kita sering menghadapi dilema dalam hidup utk menjadi siapa kita. 

Oh ya, ada satu plot dalam IDA macam dalam filem Bunohan berkenaan tengkorak tu.

Ida ketika pergi di sebatang jalan diliputi salji




Ida ketika pulang di sebatang jalan

2 Jun 2014

The Past, Abang Long Fadil, The Diving Bell & The Butterfly


Arahan : Asghar Farhadi
Genre : Drama (Perancis)
Tahun : 2013
Rating : 4/5


Asghar Farhadi masih lagi meneruskan tema 'perceraian' setelah A Separation melonjakkan nama beliau di Oscar. Menonton The Past seolah-olah kembar A Separation dimana ibu-bapa yang hadapai masalah, anak perempuan yang menjadi mangsa dan tekanan dari masalah keluarga itu. Kali ini ditambah dengan orang ketiga, Samir seorang lelaki Arab yang cuba dikahwini oleh Marie yang bakal bercerai dengan suami Irannya Ahmad. Ahmad yang datang ke Perancis setelah 4 tahun tak tinggal bersama dengan Marie dan duduk serumah semasa proses perceraian berlangsung. Ketika ini, Samir (dan anaknya Foud) seorang pengusaha kedai dobi juga tinggal bersama Marie. Kedatangan Ahmad selain ingin menguruskan hal perceraian sebenarnya adalah 'penyelamat' kepada masalah-masalah yang ada di dalam rumah itu. Ketika Marie 'mengecat pintu' dengan cat baru seolah-olah ingin mulakan hidup baru di 'ambang' baru yang bakal ditempuhi selepas bakal bercerai nanti, rupanya tidak semudah yang disangka dengan perlambangan 'cat tumpah yang dilap oleh Ahmad', maka Ahmad ditanda sebagai penyelamat masalah:

Marie dan Lucie (anak perkahwinan pertama yang menentang Samir) - (Ahmad adalah perkahwinan kedua tanpa anak)
Samir-Celine (isterinya yang sedang koma akibat tekanan hubungannya dgn Marie - belum bercerai). 

Asghar sengaja bermain dengan watak dan latarbelakang watak yang didedahkan babak demi babak. Punca keberantakan kemudian dibongkar satu-persatu ke pengakhiran yang rasanya membuatkan ia tergantung, tapi pada pendapat PF, ianya tidak seperti apa yang diharapkan oleh Marie. Terdapat satu babak dimana situasi men-to-men tanpa dialog antara Ahmad dan Samir di meja makan, saat dimana rasa cinta terhadap wanita yang sama, rasa ego, rasa malu, tanpa perbalahan antara mereka. Banyak lagi babak tegang yang mengingatkan kita kepada A Separation. Marie tak mahu mengenang masa silam lagi sedangkan apa yang diinginkan sekarang bukan mudah untuk dicapai.



Arahan : Syafik Yusoff
Genre : Aksi1
Tahun : 2014
Rating : 2.5/5



Bukan mahu memperlekehkan pengarah muda yang berbakat besar yang membuktikan SAM adalah karya debut yang sangat baik. Berbekalkan itu, kita menjangkakan suatu kelainan yang bakal dibawa walaupun bergenre gangster apatah lagi melihat trailernya yang menggiurkan. Dengan spin-off watak Abang Long Fadil yang diambil dari KL Gangster, ALF sebenarnya berdiri di kaki sendiri dengan baik. Diselang-seli dengan parodi KL Drift, KLGangster, idea 3 hero kampung Berani kemudiannya dikembang ke zaman masakini dimana salah seorangnya menjadi watak jahat apabila sudah sedikit berumur. Tapi maaf, babak aksinya boleh diperbaiki lagi jika mahu dibanding dengan filem KLG. Tiada masalah dengan aksi CGI yang dipersembahkan untuk memberi rencah kelainan. Yang peliknya, Fadil pegi melawat Malik dekat penjara boleh borak pasal plan gangster dengan kuat menerusi telefon tu? Sampai satu tahap, kemuakan filem gangster sudah mula terasa dan PF tidak dapat menahan kaki untuk keluar panggung sebelum tamat, di mana ketika Karim muncul semula di adegan berikutnya setelah tadi terjun dari bangunan kemudian dikepung dan diacu pistol oleh polis. (Ok mungkin babak-babak akhir menjelaskan bagaimana Karim melepaskan diri yang tak sempat ditengok). Ini percubaan pertama Syafik dalam filem aksi komedi, belum cuba belum tahu ya tak? Rasanya selepas ini lebih baik beliau cuba genre lain yang lari dari gangster OK! Hehe.



Arahan : Julian Schnabel
Genre : Drama (Perancis)
Tahun : 2007
Rating : 3.5/5



Editor majalah Elle, Jean-Dominique Bauby mengalami angin ahmar dimana seluruh tubuhnya lumpuh dan hanya menggerakkan kelopak mata untuk berkomunikasi dengan orang lain. Filem ini mengambil konsep kamera adalah mata, dan mata itu adalah mata Jean-Do (panggilan ringkasnya), pengarah Julian mengambil langkah bijak untuk tidak meneruskan teknik ini sehingga tamat, kalau tidak bosan nak mampuslah filem ni. Hati yang berkata-kata sebagai dialog yang dilontarkan kepada orang di depannya sebagai panduan kepada penonton sangat bersahaja. Ingat Tree Of Life (2011) oleh Terrence Malick? ada sedikit visual-visual alam yang diselitkan untuk menunjukkan jiwa Jean-Do saat terlantar dikatil hospital. Masih sama, Julian tidak juga mengambil masa lama untuk paparan slow-mo seperi itu, jadi selamatlah mood kita untuk menikmati karya ini sehingga habis. *The Diving Bell & The Butterfly adalah buku yang sempat dia tulis sebelum meninggal dunia. 


5 Apr 2014

Blue Is The Warmest Colour


Arahan : Abdellatif Kechiche
Genre : Drama (Perancis)
Tahun : 2013
Rating : 3/5



Sebelum baca komen PF pasal filem ini, bolehlah baca artikel Utusan berkenaan kemenangan filem ini di Cannes. Blue Is The Warmest Color (BITWC) berkisar tentang sorang remaja peremuan (Adele) berusia 15 kemudian menginjak 18 tahun dalam filem ini. Keinginannya pada mula adalah normal pada pada kaum berlawanan jenisnya tetapi setelah dia membuat hubungan dengan lelaki kacak dalam kelasnya yang meminatinya dia rasa tidak lengkap atau rasa sesuatu yang belum cukup, PF tak ingat kata kunci dalam sarikata dalam menyatakan hal ini. Setelah dia berkenalan dengan gadis yang lebih dewasa darinya Emma yang berambut biru pendek, maka jawapan pada persoalannya terjawab. Kalau ikutkan, jalan cerita BITWC nampak biasa bagi pasangan normal - berjumpa - bahagia - konflik - berpisah. Bagi filem LBGT seperti ini, apa yang PF boleh katakan ianya 'lebih ringan' kalau dibandingkan dengan filem segenre yang mendapat pengiktirafan besar seperti Brokeback Mountain. Begitu juga bagi watak utamanya Adele bukan mendapat tentangan dari sesiapa seolah filem ini sememangnya menyebelahi lesbian. 

Filem berdurasi 3 jam ini agak memeranjatkan pula bagi PF di mana pada awalnya menjangkakan ianya akan membosankan tapi rupanya tidak walaupun perjalanannya mendatar dan tidak bersifat arthouse sangat sepertimana konsep filem-filem yang bertanding di Cannes. BITWC seakan 'membenarkan' semuanya berlaku dengan tiada apa gangguan tetapi hanya kerana konflik curang saja yang menjadi 'rules' biasa bagi pasangan bercinta dalam filem. Kenapa PF kata 'membenarkan' kerana apa yang PF takuti semuanya berlalu begitu saja, paling jelas (bukankah dia melakukan hubungan intim) di rumah Adele selepas makan malam dengan di rumah ibubapa Adele tetapi tidak kantoi dan satu lagi adegan di restoren dimana adegan menaik syahwat dibiarkan tanpa gangguan sesiapa termasuk ketua restoren? Kontroversi filem ini sebenar-benarnya adalah adegan hubungan intim yang jelas-jelas dipaparkan dengan terang (seperti mengajar pula). Sebanyak 3 kali adegan seperti itu ditunjukkan sepuas-puasnya atas nama seni ditangan Abdellatif Kechiche (asal Tunisia) ni. Tak pasti pula dia ni Islam ke tidak. Tiga adegan itulah yang menyebabkan filem ini meleret. Brokeback Mountain pun tak seberani ini malah lebih dramatik. Cuma atas sebab peraturan yang tak menepati saja ianya tak layak bertanding di Oscar tahun - 2014 (yang The Great Beauty menang bagi Filem Asing Terbaik). Terpikir juga adakah mereka wanita lurus diluar filem atau sebaliknya? Bagi PF, ianya masih drama biasa cuma adegan-adegan 'realistik itu' nak menunjukkan yang mereka terlalu terbuka termasuklah acara parade LGBT dan penerimaan orang sekeliling (namun ada juga yang menentang seperti rakan sekelas mereka) dan betullah filem ini propaganda orang sana.


Grand Prix (Runner-Up) dalam tahun yang sama dimenangi filem Inside Llewyn Davis.

19 May 2013

Cacamarba : The Kid With A Bike & Ebola Syndrome





Genre : Drama (Perancis, Itali, Begium)
Arahan : Jeane-Pierre Dardenne & Luc Dardenne
Pelakon : Thomas Doret, Cecile De France, Jeremie Renier

Tahun : 2011
Rating : 3.5/5


Bagi penonton biasa seperti PF, filem ni seperti tiada keistimewaan. Filem seperti ni Malaysia pun boleh buat. Cuba letak pelakon melayu contohnya dan latarbelakang Malaysia, dapat tak Grand Prix Prize (tempat kedua) Anugerah Cannes 2011 bersama filem Once Upon A Time In Anatolia yang menang tahun tu? Kisah seorang budak lelaki yang diabaikan dan taknak dibela oleh bapanya (tidak pasti mengapa) dan budak tu dijaga oleh seorang pemilik salon rambut (Samantha) dihujung minggu. Samantha inilah yang tahan dengan perangai nakal budak ni akibat tak dapat kasih sayang seorang bapak. Sedih jugaklah kat situ. Kalau ikutkan nak bagi 3 bintang, memandangkan dapat sesuatu di Cannes bolehlah diberi 3.5. Hey, kita pun boleh buat lebih baik dari ini, cuma takde orang kaya terlebih duit nak buat filem yang orang kurang nak tengok.





Genre : Ganas/Thriller (Hong Kong)
Arahan : Herman yau
Pelakon : Anthony Wong Cau-Sang, Yeung Ming Wan, Fui On Shing dan lain-lain

Tahun : 1996
Rating : 4/5



Dah lama tak layan filem kerat-kerat badan, atau yang mengganggu selera makan ni, bukan apa kadang-kadang benci bila tengok filem tu jenis murahan atau gred C. Kalau macam Texas Chainsaw 3D (2013) tu janganlah kita menjangka sesuatu yang luarbiasa dan menonton semata untuk hiburan yang geli-geli manja. Baru berkesempatan menonton di youtube, filem ni rasanya memang menepati kehendak penggemar filem genre sebegini. Jijiknya, mualnya dan keadaan sesuatu yang dapat dirasa. Ada beberapa adegan seperti hidup contohnya puak Zulu (scene di suatu komuniti di Afrika Selatan) yang merawat penyakit ebola dengan mencantas leher ayam dan banyak lagilah. Kai San lakonan Anthony Wong sangatlah padan dengan muka dan karakternya. Bagi yang belum tengok filem ni, baca saja sinopsisnya di internet. Wabak ebola yang merebak kepada orang ramai amat menakutkan. Kai San yang menyebarkan wabak ini kepada bos dan isteri bosnya di sebuah restoren tempat dia bekerja di Afrika Selatan. Selepas direbakkan, dibunuhnya dengan sadis kemudian dipotong-potong mereka dan dibuat burger hahaha. Walau bagaimanapun Kai San ni immune dengan penyakit ni, dia kebal tak mati oleh wabak, diburu dan balik semula ke Hong Kong dan sebarkan pula di Hong Kong.

Betul ke wabak ni wujud? Malas nak selidik

5 Jan 2013

Cacamarba : A Royal Affair, Seraphine, Life Is Beautiful



Genre : Drama (Denmark)
Arahan : Nikolaj Arcel
Pelakon : Alicia Vikander, Mads Mikkelsen, Mikkel Boe
Tahun : 2012
Rating : 3.5/5


Sebenarnya PF kurang gemar costume drama. Oleh kerana, filem ini disebut-sebut sebagai top 5 Filem Bahasa Asing Terbaik Oscar ke 85, PF cuba meneroka keistimewaannya. Selain busana dan latarbelakangnya yang cuba direalisasikan pada zaman tersebut, ARA membawa konflik permaisuri yang jatuh cinta dengan physician peribadi suaminya King Christian VII yang agak gila-gila perangainya. Melakukan seks dengan wanita lain walaupun telah berkahwin, tidak serius dalam memerintah dan tidak pandai akan hal-hal undang-undang/politik negaranya. Dr Johann Struensee yang bijak mengawal Christian cuba mempengaruhinya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah membuntingkan permaisuri. Christian membuat penonton tertanya akan kewibawaannya dan tiada sifat kepimpinan semulajadi hanya kerana mewarisi takhta raja sebelumnya. Filem ini sebenarnya milik Caroline, isteri kepada King Christian. Susunan plot yang teratur buat penonton tidak sukar untuk menelusuri ARA. Dr Johann baik di tangan Mads Mikkelsen dan penamat yang bagi PF tidak dijangka.




Genre : Drama (Perancis)
Arahan : Martin Provost
Pelakon : Yolande Moreau, Ulrich Tukur
Tahun : 2008
Rating : 3/5

Kisah benar tentang Seraphine dalam lingkungan 40an seorang tukang cuci rumah yang sebenarnya memiliki bakat melukis yang luarbiasa. Bakatnya dikesan oleh Wilhelm Uhde lalu membawa lukisannya ke galerinya. Sayang sebenarnya, bakatnya samada lambat dikesan oleh dirinya atau tuhan baru hendak beri dia anugerah melukis pada usia sebegitu. Digambarkan sebagai andartu dan tinggal keseorangan di bilik sewa yang kecil. Lukisannya lebih kepada alam dengan lebih terperinci lagi lukisan dedaunan dan buah-buahan di mana rapat dengan kehidupannya. Filem ini sangat minimal dialog dan bukan kepada peminat filem bising-bising. Banyak scene yang 'begitu saja' tanpa 'keputusan' contohnya dia memanjat pokok dan berjalan ke pokok besar sambil membawa kerusi dan duduk di bawahnya. Mendapat ilham dengan memandang pokok-pokok yang ditiup angin. Mungkin kerana jalan hidupnya sebegitu, maka tiada konflik yang benar-benar maka kita harus terima filem ini seadanya. Melihat lukisannya memang cantik bagi yang pandai menafsir. Bagi mata PF, ada lukisannya yang memang mempunyai sesuatu. Katanya dia ada rahsia dalam bahan-bahan campuran melukis. Diperhatikan dia mengambil darah babi sebagai pewarna merah dan cairan lilin. Kisah benar ini membawa kepahitan pada zaman kemashyurannya. 




Genre : Drama (Itali)
Arahan : Roberto Benigni
Pelakon : Roberto Benigni, Nicolette Braschi, Giorgio Cantarini
Tahun : 1997
Rating : 3/5

Filem ini dua jam. Satu jam pertama berkonsep komedi romatik dan PF sangat tak menggemarinya seperti filem komedi murahan. PF memang tak mengenali Roberto Benigni (Guido) pada mulanya. Seperti pelakon komedi yang bodoh-bodoh alang untuk memikat Dora. Masuk jam kedua berkenaan dia dan keluarganya yang berbangsa Yahudi ditangkap pihak Nazi dan ditempatkan disatu tempat dan dikerah bekerja. Nazi, German... apa-apa jelah yang berkaitan pasal tu. Pada jam kedua ini Guido berubah dari sifat ceria dan gila-gila tu kepada seorang ayah yang penyayang dalam melindungi anaknya dari apa yang berlaku di tempat tahanan dengan mengatakan itu hanyalah permainan untuk mendapatkan hadiah kereta kebal kepada anak lelakinya supaya tidak mengalami perasaan ketakutan. Bagusnya, Guido hanya senyum dan ketawa yang ditunjukkan kepada anaknya dan seberapa boleh mencari muslihat agar anaknya tidak tahu perkara sebenar. Filem ini pasal itulah. Pasal dia mengorat Dora memula itu terlalu panjang dan macam tak perlu kot sampai 1 jam. Atau ada benda-benda yang PF kurang tangkap? Walaupun ada tragedi di hujung cerita, ianya disembunyikan agar happy ending memihak kepada Joshua, anak Gudio itu. Filem ini menang Filem Bahasa Asing Terbaik semasa Oscar 71 dan Grand Prix di Cannes 1998.