Showing posts with label Filem Singapura. Show all posts
Showing posts with label Filem Singapura. Show all posts

30 Nov 2016

Hanyut & Apprentice


Arahan : U-Wei B. Haji Shaari
Genre : Drama
Tahun : 2016
Rating : 3.5/5



Takkanlah filem yang diguna gambarnya sebagai banner blog ini sekian lama, PF tidak mahu reviu hatta sedikit punkan? PF akui, tidak ada idea dan kering untuk memberi pendapat kepada filem yang ditunggu-tunggu ini. Apatah lagi, admin sangat menyanjungi karya-karya beliau sebelumnya. Diakui juga, PF tertunggu reviu orang lain untuk memberi gambaran apa yang patut diselongkar dan PF dapat apa yang mereka katakan. Amat bosan jika kita kata filem ini mendatar, kita mahu lihat apa isi yang ingin disampaikan. Apa yang boleh dikatakan PF lihat dari satu sudut bahawa filem ini agak teaterikal, tak pasti adakah boleh digunakan terma ini pada sinema atau pernahkan orang lain atau pengkritik menggunakannya? Mungkinkah latarbelakangnya hanya pada satu tempat itu - pinggiran sungai, jika ya bagaimana dengan filem yang hanya 1 lokasi saja? Teaterikal ini disebabkan:

i) bayangan bahawa set hanyut dibina khas yang kita telah ketahui sejak balik tabir filem ini
ii) lakonan Sofea Jane sangat teaterikal seperti dalam persembahan pentas.
ii) latarbelakang adegan i.e konfrontasi waktu malam di hutan apabila Dain dan Nina kantoi dengan Almayer dan ada beberapa lagi adegan yang dekat dengan pendekatan ini. (Ah ada saja dalam filem drama yang lain).

Hanyut pada dasarnya tiada tunjang atau multifocus terhadap cerita yang seiring yang berlaku di Sambir tetapi akhirnya salah satu cerita itu iaitu cinta Nina kekal menyusur ke tamat. Lalu, cerita yang lain tertinggal begitu saja. Jika di Indonesia filem ini diberi judul Gunung Emas Almayer adalah sangat misleading. Maka, Hanyut lebih tepat. Permulaan yang baik tetapi seakan hilang momentum apabila dipertengahan akibat penonton mungkin berada dilema untuk berada 'dimana' sebenarnya. Mem pejuang jatidiri Melayu pada zaman-zaman itu. Tidak mahu melayu hilang dan hanyut dari diri Nina. Karakter Mem yang 'gila' dengan slang Pahang ciptaan U-Wei itu kandang-kadang on-point, kadang-kadang melampau (over) dan tiba-tiba bijak pula mengatur penipuan kematian. Nyata dia sangat celaru sejak Nina pergi ke Singapura tanpa kerelaannya. Dain Maroola pula berketerampilan sebagai anak raja, tidak boleh disangkal. Manakala Almayer yang kesepian walaupun beristerikan Mem, semakin hanyut di Tanah Melayu walaupun berjaya dengan hasil perniagaannya di Sambir, Berperwatakan serius, Almayer terlalu serius dengan Nina, tiap kata ucapannya dengan Nina tidak mesra akibat si bapa pun yang mengabaikannya di Singapura dalam masa sama ambil berat akan masa depan Nina, itu yang agak pelik sikap Almayer. Jadi, jurang anak-bapa itu masih terasa. Disebalik semua itu, penataan seni Hanyut sememangnya harus diberi tepukan dan setiap frame terutama dalam rumah begitu memaku mata akibat ketelitian para pereka set membuatkan Hanyut bernilai tinggi dari segi teknikal.

Hanyut tidak seharusnya dipandang sepi oleh penonton. Kedengaran bahawa sambutan Hanyut agak hambar di pawagam. Episod sedih mungkin menghantui sang sutradaranya lagi. Penonton kita masih terlalu berkira atau mereka tidak disedarkan dengan kehadirannya.

Di susun kronologinya tentang pembikinan HANYUT daripada sedikit bacaan:
  1. Riki tempat penggambaran di Kuala Lipis Pahang pada 2010.
  2. Kos RM18 juta.
  3. Filem siap pada 2012 (dengar cerita ada masalah dengan CGI membabitkan kapal yang membuatkan filem lambat siap dan pengarah mahukan yang terbaik - jika salah info, harap maaf).
  4. Namun, pada 2011 Perancis telah menerbitkan filem dari novel yang sama dan filem diberi nama Almayer's Folly arahan Chantel Akerman. Rating Rotten Tomatoes 91%.
  5. Pada November 2014, Hanyut ditayangkan di Indonesia dengan judul Gunung Emas - Almayer sebab di sana ada pengedar/dana yang mencukupi untuk promosi.
  6. Kos pemasaran di Malaysia adalah RM2 juta dengan bantuan FINAS. Jika ada bantuan dari lain2 badan, admin tak pasti.
  7. Dalam masa itu, Hanyut ada ditayang di beberapa majlis2 tertutup untuk rakan terdekat dan media. 
  8. Akhirnya, tayangan di Malaysia ditetapkan pada 24 November 2016. Pada mulanya, ia ditentukan pada 29 November tetapi kemudian INTERCHANGE dapat tarikh tayang pada 1 Disember 2016. Jadi, Hanyut diawalkan sedikit untuk mengelak pertembungan penonton (andaian admin).
Betapa seriusnya U-Wei dengan naskhah ini, dari segi pembikinan, promosi dan masa yang diambil dalam 6 tahun. Salah satunya, untuk mencapai lebih ramai penonton di Malaysia bukan seperti sambutan filem-filemnya sebelum ini yang kurang menggalakkan di pawagam. A True filmmaker. Teruskan berjuang!


*********



Arahan : Boo Junfeng
Genre : Drama (Singapura)
Tahun : 2016
Rating : 3.5/5

Prison officer yang baru bekerja di Larangan Prison, Aiman (Fir Rahman) yang dilatih oleh chief hangman - Rahim (Wan Hanafi Su) untuk membantu tugas hukuman gantung. PF rasa bersyukur juga sebab bahasa melayu (60% rasanya dalam movie - yang kental bahasa melayu Singapura) diperdengar di Cannes tahun ni. Wan Hanafi Su tentunya lebih bersyukur kerana filem inilah yang membawanya ke Cannes sejak bertahun-tahun berada dalam industri perfileman selain 'merantau' serata atlas dengan Lelaki Harapan Dunia dan Bunohan. 

Perjalanan Aiman dibuat kemas, pengenalan, pembelajaran, latarbelakang diselongkar satu-persatu membawa kepada perubahan dalam hidup Aiman pada peringkat selanjutnya. Sinematografi, storytelling yang kemas, babak-babak yg membawa maksud tertentu membawa kepada kepuasan penontonan. Watak kakak turut menyumbang kepada kekusutan dan bebanan diri Aiman. Kedudukan kamera kadang-kadang dibalik tirai besi kadang-kadang di dalam tirai besi mengintip gerak perilaku membawa kita seakan dekat pengalaman ngeri dalam penjara. Ceritanya agak biasa tetapi sedikit demi sedikit memberi juadah yang enak dari seberang tambak.

9 Oct 2015

Rembat Kapsul, kemudian Banting!

 Arahan : Raihan Halim (Singapura)
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3.5
/5

Bisikan dalam hati berkata 'mesti tengok filem ini' walaupun lambat menonton rupanya jangkaan PF tak silap kerana ianya bagus sebagai filem ringan. Naratifnya lancar, 'terletak' dan tidak terganggu dengan plot meleweh atau sia-sia. Tema gadis bertudung yang juga mempunyai impian seperti wanita lain sebenarnya tidaklah begitu menghairankan tetapi kita sangat seronok menontonnya. Dialog natural dan terdapat beberapa dialog yang baik walaupun dari watak pelakon tambahan saja. Yasmin yang ditegah oleh ibunya dari aktif bergusti, boleh dikatakan adalah jelmaan pelakon Sharifah Amani dalam filem ini cuma kurang gila-gila. Isu tudung di sini tidaklah 'sealimnya' dan isu kekeluargaan yang lain boleh dilayan. Di babak akhir ketika perlawanan penentuan tempat untuk ke Tokyo, tanpa dirancang, sebenarnya ibunya telah 'merestui' minat anaknya dengan memakai baju warna yang sama iaitu oren dan merah tanpa disedari. Jika filem ini di tahun 2015 (sbb PF tengok sekarang) tanpa mengira negara, ia dah menempah tempat Top 5 setakat tahun ini.




Arahan : Allahyarham Martias Ali 
Genre : Aksi 1/ Drama
Tahun : 2015
Rating : 2
/5

Masalah filem ini pada pendapat PF adalah kos yang mempengaruhi penataan seni dan sinematografinya (dari pandangan layman). Ia mempunyai idea yang menarik tetapi keseluruhan rupanya kurang meyakinkan. Sesetengah babak sepatutnya serius tapi menjadi kelakar, sedikitnya pula boleh dinikmati. Dibarisi pelakon yang calang-calang pun kurang memberi daya impak yang berkesan. Kredit kepada kemunculan Tun M. Walau bagaimanapun, admin tabik pada keseluruhan pasukan yang sedaya upaya mendapatkan pelakon berkaliber dan mencipta sesuatu yang lain dalam industri.







Arahan : Syamil Othman
Genre : Komedi
Tahun : 2015
Rating : ?/5 - sedang tayang


Kelebihan filem ini adalah gandingan Melayu dan Cina yang jarang kita temui. Cuba membawa rupa 1Malaysia dalam bentuk komedi menyentuh isu rasuah dalam sukan, hal-hal perkauman dan media sosial. Pabila menonton filem ini PF bagaikan tak-tahu-siapa-punya-filem kerana tiada trademark dari mana-mana produk pengarah di Malaysia. Di sini Syamil berjaya mencipta cetakannya sendiri dan tiada bayangan Kami Histeria, filem pertamanya. 

Terdapat beberapa perkara yang kita boleh persoalkan e.g keadaan kewangan watak utama yang mungkin sengaja di'tidak mengapakan', selain babak hantu Jepun dan watak Zulin Aziz. Keseluruhannya filem ini mendatar dalam riuh, ada yang meleret dan terlalu mencuba menjadi komedi. Eh! PF enjoy babak akhir tu, hampir menitik airmata jugalah! haha.


19 May 2015

IKAL MAYANG : Terpendam, Adalah Kemelut Wanita


Arahan : 6 Pengarah Asean (sila lihat poster).
Genre : Drama
Tahun : 2015
Rating : 3.5/5



Baiklah, kita lihat satu-persatu filem-filem pendek mengikut turutan. Filem ini sempena Hari wanita Sedunia dan ditayang di Astro First dan event-event yang dibuat/sertai oleh Garang Pictures.

Kebaya Pengantin (Indonesia)

Dalam keenam-enam filem ini, Nia Dinata mengambil langkah berbeza dengan mengambil tema transgender. Jantina bertentangan ingin memasuki dunia wanita dikira sebagai permasalahan wanita juga. Ia sangat berkecamuk dan sakit, bukan saja isu itu malahan perkahwinan berlainan agama pula. Di tambah lagi dengan pembohongan dalam diri Farid. Ia mempunyai twist dan real.

Mentari (Brunei)

Filem ini minimal dialog dan hanya muzik latar yang menjalankan cerita. Boleh tahan juga kerana jarang kita menonton filem/filem pendek Brunei. Namun, ceritanya hanya biasa-biasa. persahabatan, muffin dan tersilap andaian. Kekuatanya adalah visual dan subjek alam yang dekat dengan manusia.

Not Yellow Enough (Singapura)

Satu-satunya filem yang santai dalam Terpendam. Kisah wanita Cina Singapura yang sudah kebaratan dan tidak mengamalkan adat tradisi, tersasar jauh dan terpengaruh dengan dunia barat. Paling menarik, nama Kristian yang selalu ada dalam nama masyarakat tionghua hari ini untuk upgrade diri. Namun, tema yang dipilih adalah unisex maka tidak begitu menepati isu wanita dan diselangi dengan beberapa fakta.

Shotgun Tuding (Filipina)

Filem ini bermain dengan warna dan latarbelakang masa. PF tak pasti jika dunia cowboy ada mempengaruhi sesetengah masyarakat Filipina dulu. Kita dikembalikan ke zaman era cowboy ciptaan pengarah dan sinematografernya. Apa rasionalnya kurang pastilah. Isunya, kakak perempuan (Tuding) mencari lelaki yang mengandungkan adiknya/vice versa - lebih kuranglah dan menghendakkan si lelaki membela dan membawanya berjumpa dengan adiknya. Ia bercerita dengan beza dari kebiasaan di mana selalunya, watak teraniaya sendiri yang mencari keadilan. Ia tidak dicerita sehingga habis, cukup usaha Tuding mengajar lelaki berkenaan dengan senjata. Menariknya di sini si lelaki berupaya untuk larikan diri, malah sempat menolong Tuding dari diganggu kutu cowboy, tetapi tetap mengikut kata Tuding. Babak disukai adalah ketika si lelaki pegun di atas bumbung rumah. 

Forgotten (Malaysia)

Bekas penari Makyong yang dilupakan gara-gara Makyong diharamkan di Kelantan. Maka, kehidupan mesti diteruskan - seperti biasa. Hampir terlupa ini filem Shuhami Baba sehinggalah Kavita Kaur dan produk placement palsu muncul di skrin. Argh! tidak bolehkah Shuhaimi lari dari kedua-dua trademark beliau ini? Selebihnya PF suka filem ini. Ketika Juhara Ayub membuka tingkap dan menyanyi dalam gelap, tika babak bertukar silih berganti antara memakai lampu suluh dikepala dan pakai tanjak Mak Yong itu. Dan menepuk sakan batang lidi dalam busana Makyong seakan ingin memulakan tarian. Semangat Mak Yong benar-benar dalam diri Juhara! Sudah lama rasanya babak menoreh tiada dalam layar filem kita. Kalau ada pun pasal filem penjajah kot. Pendek, tapi berisi. 

Steel In Love (Thailand)

Jika dalam Kebaya Pengantin jantina lain ingin memasuki alam wanita, kali ini wanita pula ingin keluar ke alam lelaki. Sengaja ia diletakkan dimula dan diakhir dalam filem omnibus ini. Som seorang pengkid yang jatuh hati kepada isteri orang dan mengharap cintanya. Tak kisahlah, pondan ke, pengkid ke, lurus ke, masalah utama adalah wang dalam membeli cinta. Begitu juga Som yang bekerja hanya sebagai teksi-motor. Dalam patah hati pula ada yang memerhati. Seorang gadis meletakkan bunga itu mungkin ingin mengingatkan yang Som itu masih lagi wanita walau apa pun.

Pilihan PF:

1. Kebaya Pengantin
2. Forgotten
3. Shotgun Tuding
4. Steel In Love
5. Not Yellow Enough
6. Mentari



13 Jan 2014

Ilo-Ilo, I Dont Want To Sleep Alone, PA : The Marked Ones, Devil's Due, Balistik


Arahan : Anthony Chen
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5

Tiada banyak rungutan ketika menonton filem ini. Maknanya, sebuah filem drama dari seberang tambak yang pertama kali boleh ditonton dengan nyaman dan selesa. Kebanyakan pelakon memberi persembahan natural terutama ibu Jialer iaitu pelakon Malaysia, Yeo Yann Yann, Jialer sendiri dan pembantu rumah. Berlatarbelakangkan semasa ekonomi merudum tahun 1997, Ilo-ilo seperti kebanyakan drama isu pembantu rumah dan majikan tetapi apa yang menyebabkan iainya Cannes Camera d'Or  2013 agak kurang pasti sebab tak cukup ilmu tetapi naratif yang kemas membuatkan ianya "dimakan, menelan dan mendongak kepala sambil menutup mata"



Arahan : Tsai Ming Liang
Genre : Drama
Tahun : 2006
Rating : 3.5/5

Filem kedua Ming Liang yang ditonton selepas The Hole (1998). Pengarah kelahiran Malaysia telah lama didengar tapi baru kali ini menyelongkar karya beliau setelah menang sesuatu dengan Strays Dog (2013). Apa yang boleh dikatakan, filem beliau banyak bermain dengan gambar dengan minimal dialog serta metafora dan imaginasi yang membuak-buak terutama dalam The Hole. Boleh dikatakan juga style Yuhang, Liew Seng Tat dan beberapa pengarah Indie Cina Malaysia yang lain, tetapi Tsai Ming Liang lebih mendalam sentuhan 'art'nya. Muzikal yang kadang-kadang nampak murah terutama jika menonton trailer The Wayward Cloud (2005) dan imaginasi muzikal The Hole. I Dont Want To Sleep Alone yang berlokasi di KL sangat simbolik kadang-kadang tak terfikir dek kelakuan warga Bangladesh itu adakah sejenis LGBT atau apa? Tentu bertuah pelakon tempatan seperti Pearly Chua (Claypot Curry Killers - 2013) dan Norman Bin Atun yang berlakon bawah arahan Ming Liang satu nama besar di Taiwan (hah tau PF lambat!). Kesimpulannya, se'art-art' filem Tsai Ming Liang, PF boleh layan lagi setakat ini.


**

PA : The Marked Ones, Arahan : Christopher Landon
Devil's Due, Arahan : Tyler Gillette, Matt Bettinelli-Olpin
Genre : Seram
Tahun : 2013
Rating : 2/5

Dalam pada kurang gemar filem berkonsep found-footage, PA : The Marked Ones dan Devil's Due, tak tahu mengapa PF boleh meladeni dua filem ini. Kedua-dua filem ini tiada keistimewaan langsung. Eh, Seru lagi best ler. Devil's Due, ya tuhan, bosan gila. Kalau hujung-hujung je kau nak pukul habis, baik buat filem omnibus je. The Marked Ones, mendatar. Ah malas nak tulis. Saja nak bagitau dah tengok 2 movie ni. LOL. Zaman sekarang tak boleh ke buat filem found footage yang memang betul-betul seram?


Arahan : Silver
Genre : Aksi 1
Tahun : 2013
Rating : 2/5


Nak pujian atau plastik? Tengok rating pun dah tahukan. Permulaan yang suram bagi 2014 bagi filem Malaysia ditambah bersaing dengan Rumah Sewa RM50. Skrip enam tahun disimpan, kos RM2.5juta, seribu peluru yang digunakan, pelakon Cina nombor satu di Malaysia, judul class, Rita Rudaini yang lama tak keluar wayang, promosi sana-sini dalam program TV, bekas hero malaya err boleh ke gitu.. apa lagi mau? Malangnya. Aduhai. Nak PF upload tiket wayang ke? 'Dengki khianat' kau PF! Caaaaabut!