Genre : Seram
Arahan : M. Subash
Pelakon : Ruminah Sidek, Mislina Mustafa, Zakri Rozaini, Haqim Omar
Tahun : 2013
Rating : 2.5/5
M. Subash mempunyai satu trademark filemnya sendiri. Beliau suka sangat rumah-rumah yang kotor atau kehidupan di kampung yang sama sekali tiada orang kaya atau pencakar langit dan sebagainya, semua tu dipaparkan sebagai latarbelakang filem-filemnya sehingga hari ini; Pensil, Jomlah C.I.U.M, Sumpahan Puaka (penerbit) dan terbaru MBP. Di sini, PF respek kerana beliau terus membikin apa yang beliau percaya. Sebab itu tidak lepas menonton filemnya walaupun kadang-kadang terseksa dengan kekurangan yang dilihat.
MBP sekali lagi membawa latar yang sama. Dengan pelakon utama yang tidak dikenali adalah satu yang PF gemari tetapi kurang memberi kepuasan tontonan iaitu watak Geena (atau Iskandar) dan Hakim. Pelakon amatur bolehlah dikatakan menjejaskan sedikit keseluruhan filem. Maaf, jika mereka berdua ini pernah muncul di mana-mana tv, filem atau teater, kerana PF kurang mengenali mereka. Kecuali Ruminah Sidek sebagai nenek kepada Geena dan pelakon Mislina seperti biasa mempersembah lakonan yang tak mengecewakan terutama ketika Ruminah menyapu ubat di muka Geena. Jika kita lihat poster yang memberi gambaran seram yang amat, sebenarnya adalah tipu daya kepada penonton sebagaimana jalan cerita ini memberi kejutan atau twist. (Ingat poster filem Sumpahan Puaka dan isi filemnya?) Filem ini tak seram langsung dan ia bukan sesuatu yang negatif apabila kita menontonnya sampai habis. Ianya filem mudah tetapi disukarkan dengan prinsip kakak Hakim (Mislina).
Geena yang mati di bunuh kemudian penonton disuapkan bahawa hantunya memburu pembunuhnya sambil mengendong bayi. Adalah suatu yang menjadi kebodohan yang besar filem ini jika pontianak itu membalas dendam kerana yang mati adalah seorang pondan. Maka akan jadilah filem paling kelakar tahun ini. Di sinilah M. Subash menyoal kewarasan penonton. Skrip filem ini boleh dikatakan klise bagi filem-filem yang menuntut hak asasi seorang transgender yang kita lihat di drama-drama TV tetapi memandangkan M.Subash seorang muallaf maka ianya boleh dikatakan baik terutama kata-kata pedoman dan nasihat ibu Ruminah kepada Geena yang menasihati bukan secara paksaan dan terbukti Geena merubah dengan rela hati. Ada satu line yang PF suka di mana ketika Mislina mengungkap kepada Ruminah "sekarang kita dua-dua kehilangan... ya saya faham, kehilangan 'mak' lebih hebat dari saya.." di situlah cara terlihat cara Ruminah menafi kata-kata Mislina tapi ditahan.
Adalah menjadi cabaran bagi pelakon Zakri Rozaini yang memegang watak Geena kerana filem ini minimal paparan penindasan masyarakat terhadapnya (sebelum dibakar) tetapi permainan emosi hampir ditunjukkan dibanyak ketika. Hanya babak memeras wang dan mengurat saja tetapi penderitaan yang dihadapi itu digambarkan amat berat. Selain itu, hubungan kasih-sayang Ruminah dan cucunya Geena adalah 'bahagian kedua' dalam filem ini. Ketiga, barulah seram.
Apa yang boleh PF rumuskan, filem ini adalah filem yang mudah tetapi cara persembahan boleh dikatakan baru dan kejutan itu mungkin orang lain dapat mengagak lebih awal tetapi tidak PF. Jika wajah dan kemunculan hantu boleh diperbaiki, maka penonton lebih percaya akan pontianak itu. Dan kenapa Hakim dikacau kebanyakannya di siang hari je?
2 comments:
salam PF..rasanya PF x tengok film ni dng betul2...pontinak tu sebenarnya tidak wujud tp ia adalah trick yg di buah oleh kakak hakim untuk membuktikan adiknya mengaku bersalah tanpa paksaan darinya selepas nenek Geena memberi rantai hakin kepadanya selepas kematian geena. Malah part kakak hakim memberi upah kepada semua orang suruhannya termaksu pontinak tu pon ada...apalah PF ni lain kali tgk betul2 ya...sebenarnya cite ni bukan filem hantu..tp bagi sya byk kelemahan cite ni terutama part selepas jirian memberitahu Geena mati kena bakar,,dan neneknya pergi mencari mayat tu...masalah taida seorang pon di situ ...klu realiti sah2 dh ramai berkerumun di situ...hahaha :)
PF tahu lah. Secara indirect dalam ayat ni:
"Filem ini tak seram langsung dan ia bukan sesuatu yang negatif apabila kita menontonnya sampai habis"
PF kalau nak ulas cuba elak menceritakan semula plot.
Post a Comment