16 Aug 2013

Lemak Kampung Santan & VHS 2



Genre : Drama
Arahan : Hans Isaac
Pelakon : Hans Isaac, Neelofa, Harun Salim Bachik
Tahun : 2013
Rating : 2.5/5


Sejak Hans Isaac mengeluarkan kenyataannya bahawa ini filem terakhir beliau gara-gara filem ini tidak mendapat sambutan di pawagam sempena Hari Raya, ramai yang mula tercari-cari sebab  atau mengkondem  kesilapan filem ini. Poster mengelirukanlah, tajuk tak jelaslah etc. Agaknya selepas research dilakukan oleh Tall Order filem apa yang mau dibikin dengan mengambil kira selera penonton Malaysia, maka lahirlah idea Kampung Santan ini yang lari dari hantu, rempit dan gangster. Itu satu tindakan yang baik untuk lari dari lanskap filem kita sekarang. Tapi tema yang diangkat bukanlah baru. Malah dalam Layar Lara (jika tak silap), 'shooting dalam filem' pun berkisar pasal nak rebut tanah orang kampung. Alah, dalam filem SARA (Ida Nerina dan Syamsul Ghau Ghau) pun tema yang sama. (Rujuk SINI) Katanya ambil masa 50 hari nak siapkan SARA tu. Setelah separuh masa (atau lebih) menonton LKS ini tetiba terasa pulak macam Misteri Jalan Lama (MJL). So, LKS ni macam gabungan SARA dan MJL. Persoalannya, adakah MJL dan SARA ini berjaya di pawagam sehingga Tall Order mahu membuat ulangtayang? Adakah dengan satu nilaitambah iaitu Neelofa yang sedang popular masakini boleh memecah tema sebegini? Orang kata Neelofa kaku, tapi dari mata pf ni, boleh kata so-so je lah, bagi lah dia chance kot (tak tonton Azura). Apa yang baiknya LKS berbanding 2 filem tersebut? dan kononnya gosip percintaan mereka dipercayai akan melariskan filem ini? Dan banyak kali orang kata, recycle tu tak kisah asalkan cara penyampaiannya itu boleh memuaskan penonton setahap lagi ke depan. Macam Istanbul Aku Datang tu, kan antara komedi romantik yang baik pernah dihasilkan kat negara kita walaupun temanya berulang.

Okay, cukup kita membandingkan LKS dengan yang lain. Filem ini ringan bak kata Hans dalam program Meletop terbitan Astro, tiada double meaning maka enjoy saja lepas balik dari beraya (lepas balik beraya tu pf tambah jer). Maka, kalau dah pembikinnya sendiri kata begitu, pf tak beranilah nak selongkar dalam-dalam hehe. Memang betul, kita boleh layan LKS dengan mimimal rungutan dalam hati tanpa sumpah- seranah. Sehinggakan klimaks LKS pun terasa angin lalu sepoi-sepoi je, tak bagi kesan setelah apa yang dipaparkan sebelumnya iaitu Sultan yang tiba-tiba muncul atau keris yang menjadi simbolik dirgahayunya Kampung Santan. Semuanya berlaku dengan pantas dan pembajak-pembajak pula boleh lagi bersembang mesra dengan penduduk kampung padahal sebelum itu hampir berlaku pergelutan. Yang menjadi menarik adalah kisah asal usul kaum Balinan ditambah dengan seri animasi serta OST lagu oleh Black tu kira bolehlah... Begitu juga dengan misteri penduduk Kampung Santan yang mistik contohnya luka yang sembuh segera dan umur yang panjang, tetapi malangnya penduduk kampung tidak begitu 'menyokong' orang-orang kuat dalam Kampung Santan ini, sebaliknya hanya extra yang tipikal (kecuali Awie dan Nadia Mustafa).

Dan kenapa judulnya LEMAK Kampung Santan? Bagi yang belum menonton, secara directnya, adalah kerana Tiqa (Neelofa) yang menjual nasi lemak yang paling sedap di kampungnya dan itu juga menemu dan mengeratkan dia dan Ridzuan (Hans).  Secara indirectnya... entah, pembikinnya kata takde maksud tersirat so, takpayah pikirlah. 

p/s : susah juga jadi penduduk Kg Santan, tak boleh pakai telefon dan hanya boleh keluar kampung waktu siang saja.


Genre : Ganas/Thriller
Arahan : 7 Pengarah;


Simon Barrett (segment "Tape 49")
Jason Eisener (segment "Slumber Party Alien Abduction")
Gareth Evans (segment "Safe Haven") (as Gareth Huw Evans)
Gregg Hale (segment "A Ride in the Park")
Eduardo Sánchez (segment "A Ride in the Park") (as Edúardo Sanchez)
Timo Tjahjanto (segment "Safe Haven")
Adam Wingard
(segment "Phase I Clinical Trials")


Pelakon : Various
Tahun : 2013
Rating : 3/5


Filem ni ikutkan ada 4 cerita utama. Tape 49 tu kira 'narrator' untuk filem ini. Sesungguhnya, rating 3 yang diberi untuk filem ini adalah sumbangan dari kisah Safe Haven arahan Gareth Evans (Raid) tu. Kalau cerita-cerita yang lain tu bagus/menarik, maka filem ni dapat rating tinggi lagi. Safe Haven mengisahkan sekumpulan penyiasat paranormal pergi menemuramah ketua ajaran sesat di rumah mereka di suatu bangunan. Kita di ajak masuk ke alam sesat, memang sangat terasalah keseraman, kesesatan dan keterasingan apabila berada dalam bangunan tersebut. Sehinggakan cara iblis tu keluar tu memang menakutkan!

Kedua yang best, Slumber Party Alien kisah alien yang menculik sekumpulan kanak-kanak dan remaja di dalam sebuah rumah. Pergaulan kanak-kanak di sana yang dah tak hairan dengan seks dan remaja bebas juga digambarkan dalam siri ini. Penampakan alien yang boleh dikatakan jelas dengan kerja kamera hand-held di kepala anjing tu nampak palsu saja (berdasarkan bulunya). 

Ketiga yang best, A Ride In The Park. Kepada sesiapa yang suka aktiviti berbasikal ke dalam hutan harus berhati-hati kerana ada zombie. Dalam siri ini agak real dari kamera yang dipasang di topi kaleder penunggang basikal watak pertama. Jika dibiarkan, maka jumlah zombie akan bertambah ramai.

Safe Haven satu-satunya cerita yang menonjol dalam filem VHS edisi kedua ini.

No comments: