4 Apr 2012

Pengisytiharan



Suatu masa dahulu, lama dahulu mungkin 10 tahun kebelakang, PF ada menonton satu movie China berkenaan seorang budak perempuan yang mencari seorang budak lelaki di bandar. Dengan kekurangan wang, budak perempuan yang berwajah primitif China, mencari alternatif dengan menulis sendiri iklan yang bukan sedikit tapi berpuluh-puluh dengan hanya menulis tangan. Kesudahannya, PF telah lupa sebagaimana punca budak lelaki tu hilang. Filem ini dimakan masa dan luput sehinggalah PF terbaca di internet (sekarang - 2012). Ada sesuatu yang menggerakkan hati dengan satu tajuk filem, kemudian pergi ke youtube dan search judul filem ini dan telah menjumpai judul filem yang PF ceritakan di atas.

Suatu ketika dahulu, PF ada menonton satu filem China purba lawan-lawan pelakonnya Takeshi Kaneshiro dan Zhang Ziyi. Tak semua filem pertarungan purba China dan kungfu terbang-terbang yang PF suka. Tapi warna, corak, sinematografi segala jadah filem ini buat PF terpesona. PF amat suka filem ini dan sampai satu masa PF pun melupakan filem ini tetapi jika PF melihat trailer filem China segenre sama dengannya, pasti PF teringat semula filem Takeshi dan Zhang Ziyi ini.

Tahun lepas, 2011, PF menonton satu filem China yang berlatarbelakang di pedalaman China. Kampung buruk, tanah kering, gunung, diselit di dalamnya kisah kepiluan sang bapa. Perasaan anak kecil yang walaupun masih kecil tetapi telah 'sedar' akan pengabaian bapanya. Tiada pelakon wanita yang cantik dan pelakon lelaki yang tampan  tetapi semua disalut dengan persembahan yang minimalis tapi berkuasa. Mula mengenal nama sang pengarahnya. 

Tahun ini berbekalkan nama pengarah itu, PF menonton filem China yang berlatarbelakangkan daerah di pedalaman China, rumah kayu, kehidupan serba biasa, tiada kemudahan infrastruktur, kuno, kisah percintaan pandang pertama dan juga tema-tema lainnya yang dalam. Kecintaan si isteri terhadap suami yang telah tiada penuh kesetiaan. Persembahan dengan dialog yang sederhana seperti filem 2011 di atas. Dialog minimalis dalam percintaan mereka bukan alasan cinta tidak kukuh, terus menjerut hati agar melekat pada sang sutradara yang satu ini.

PerangFilem mengisytiharkan  satu-satunya pengarah filem luar yang secara rasmi masuk ke dalam senarai pengarah kegemaran PF buat masa ini :

ZHANG YIMOU
*Filem yang disebut di atas mengikut turutan:

Not One Less
House of Flying Daggers
Riding Alone For Thousand of Miles
The Road Home

Kat bawah adalah DVD filem Zhang Yimou yang baru dibeli di Speedy.. murah saje RM9.90! :) Termasuk DVD BUNOHAN yang juga baru dibeli untuk simpanan sebagai warisan filem Malaysia dan 2 DVD lain The Legend of 1900 (Tornatore - Cinema Paradiso) dan The Red Violin yang dijual murah. Harap berbaloilah. (Ada juga judul yang dijual RM5 tapi takde citer best...)

Raise The Red Lantern, The Story of Qiuju : Zhang Yimou
Bunohan, The Red Violin, The Legend of 1900

No comments: