26 May 2011

World Invasion : Battle Los Angeles Padat Aksi

Kategori : Aksi/Perang (CGI)


Kali ini aku nak review filem 'sekarang' pula iaitu seperti tajuk kat atas ni lah. Pertama kali aku tgk trailer filem ni aku dapat rasakan lebih menarik dari Skyline. Aku memang suka filem bertemakan penaklukan alien seperti War of The World, Skyline, Signs, District 9 etc. Antara sbb nya ialah dulu masa sekolah aku suka baca pasal galaksi2 dan angkasa lepas. Jadi alien ni tak terlepas dari minat aku sama seperti crop circle yang ada di merata dunia. Kan misteri tu.....

Ok ini filem aksi/alien. Aku ada baca review/komen2 cinema goers yang tgk filem ni, nampak balance la pandapat diorg. Ada suka ada tak. Yang tak suka tu alasannya kerana watak tak developlah, watak teremosi lebih la. Ada aku kisah semua tu?! Ini bukan genre drama! Yang penting aku sangat suka filem ini. Dan lagi satu ttg watak teremosi yang mengetuai skuad marin tu, KAN memang ada manusia seperti itu. So? Aksi dan sound dia memang terbaik. Padat dgn aksi. Aku juga suka Skyline dan District 9. Cuma yang tak berapa suka ialah part interview (District 9) dan lakonan yang tak berapa best (Skyline). Yes ada kata ini cuma popcorn movie untuk santai2 dan rilek. Aku puas tengok filem ini.

Okay, cerita ini berkenaan satu skuad marin US cuba menentang alien yang cuba menyerang bumi kerana ingin mencuri air di bumi. Aku tak kisah sangat apa kepentingan alien tu nak curi air. Itu pun ada yang komen kata "buat apa alien nak air tu? mengarut!" Heyy, suka dia lah kan air tu nak buat apa! Yang kita ni konon2nya setuju je alien2 tu ada alasan tertentu untuk ambik air di bumi. Mana kita tau kan. Alien kan banyak misteri sebagaimana kenapa alien buat crop circle. Watak2 orang biasa dlm cerita ni pun memainkan peranan yang baik juga walaupun ia sekadar menambah cerita. Ya aku suka tgk budak2 yg comel hihi...


Tapi jika nak dibandingkan dgn judul2 filem yang aku sebut di atas yang berkongsi satu  genre, filem Battle LA ini hanya utk hiburan semata yang maksimum. Jika dinilai dari segi yang terbaik memang District 9 adalah yang terbaik kerana ia 'banyak isi' sehinggakan ianya dicalonkan untuk filem terbaik Festival PerangFilem 2009 hehehehe....

Sampai sini je aku membebel pasal filem ini. Sesiapa yang suka filem meletup2 filem ini memang sesuai untuk halwa telinga korang. Jangan nafikan!

[4 bintang]

No comments: