18 Dec 2011

Ali Atan Menghentam Lagi



Petikan Pancaindera 18 Dis. 2011. Maaf, PF copy paste lagi hal-hal berkaitan Ombak Rindu.


Wanita dalam Unforgiven dan Ombak Rindu


Sesungguhnya terdapat persamaan dan perbezaan antara filem Unforgiven (1992) arahan Clint Eastwood dan filem Ombak Rindu arahan Osman Ali. Persamaan antara kedua-dua filem ini ialah terletak pada idea yang menggerakkan naratif. Idea utama kedua-dua filem ini ialah wanita. Perbezaannya terletak pada kewujudan, sifat dan peranan wanita yang menjadi sebab-akibat logik naratif.


Unforgiven dan Ombak Rindu menjadikan wanita bukan sekadar idea tetapi sebagai pusat konflik yang mengembangkan naratif. Wanita dalam kedua-dua filem diwujudkan sebagai pelacur. Dalam Unforgiven watak sekumpulan pelacur menjadi faktor penggerak naratif dalam sifat penentangan dan keberanian iaitu mempengaruhi tindakan watak lelaki bergerak mencapai satu kesatuan naratif, manakala Claudia wujud sebagai watak wanita pengimbang fikir-tindak William. Claudia dan sekumpulan pelacur tidak dipertentangkan. William dan dua rakan kerjasamanya dipertentangkan dengan dua koboi yang melukai pelacur dan Sheriff Little Bill dengan anak buahnya.

Ombak Rindu menjadikan watak Ustazah Izzah sebagai penggerak naratif dalam sifat ketidakberdayaan. Manakala watak Mila dan Datuk Sufiah menjadi watak bertentangan dengan Ustazah Izzah, namun tiada kesatuan apabila Mila tidak tahu siapa wanita yang disayangi Hariz dan Datuk Sufiah yang hanya mengetahui Izzah sebagai perempuan simpanan menyebabkan longgarnya kesatuan naratif. Keadaan ini berlaku kerana pengaruh cinta tiga segi yang klise itu.

Peranan Claudia sebagai isteri dalam memori William Munny begitu mulia. Pengaruh yang bersumberkan cinta dan dua orang anaknya hadir dalam keadaan positif dan kebaikan. Babak pertama Unforgiven menjelaskan segala-galanya. Penolakan William Munny terhadap Schofield Kid untuk menjadi rakan pemburu kepada tawaran membunuh dua koboi yang melukakan wajah pelacur di Bar T adalah kerana ingatannya terhadap Claudia. Ini sebagai faktor perubahan dirinya daripada perompak, pemabuk dan pembunuh berhati kering kepada suami dan bapa bertanggungjawab. Ini membuatkan William tidak memegang senjata api selama 11 tahun apabila hidup bersama Claudia.

Berpindah

Namun William menerima juga apabila Schofield menyatakan kesadisan dua koboi tersebut dan tawaran wang yang mana Willliam memerlukan wang untuk anaknya. Ternakan babi yang diusahakannya dan dua ekor babi yang terkena flu menjadi lambang pada manusia koboi bodoh dan bengis. Naratif berkembang dan berpindah ke dua titik plot di mana William bertembung sifat melampau Sheriff Little Bill di Bar T yang memukulnya sehingga demam. Ned dibunuh kejam membuatkan William meneguk arak sebagaimana sewaktu zaman kejahatannya dahulu untuk melunaskan hutang nyawa rakan baiknya.

Hal ini berbeza dengan Ombak Rindu. Tiada perkembangan naratif yang kuat sehingga terperangkap dalam dilema melankolik bertele-tele. Oleh kerana ketandusan faktor dan idea untuk mengembangkan naratif ke titik plot lain, maka watak Ustazah Izzah terpaksa dimanipulasi secara melampau. Peranan Ustazah Izzah dan Datuk Sufiah-Mila ialah pertentangan berterusan sehingga membuatkan Hariz terpedaya untuk menagih simpati kosong penonton sahaja. Kedudukan Ustazah Izzah dalam konotasi negatif iaitu simpati Hariz dan nafsu badaniahnya semata. Oleh sebab itulah terdapat lebih kurang tiga babak ranjang. Manakala Unforgiven hanya mempunyai satu babak ranjang. Namun ia dipamerkan dari arah tepi dalam tempo cepat berbanding babak ranjang Ombak Rindu dalam tempo lambat. Jika babak ranjang Unforgiven dalam pencahayaan malap, babak ranjang menerusi Ombak Rindu dalam pencahayaan yang terang.

Logiknya, tidak peliklah jika babak ranjang dalam Unforgiven lebih banyak kerana wanita-wanita di Bar-T memang sudah lama menjadi pelacur. Namun Ustazah Izzah yang baharu sekali terbuang ke Kelab Malam jatuh ke tangan Kelvin pemilik Kelab Malam yang mana Hariz turut menyumbang pada kewujudan Kelab Malam tersebut; Ustazah Izzah yang baharu sekali dirogol, dituangkan arak ke mulutnya telah memainkan aksi porno bersama Hariz dengan terang dan mengalahkan aksi pelacur di Bar-T.

Ustazah Izzah 'berlakon' sebagai perempuan simpanan sehingga Hariz menggantungnya tidak bertali manakala Claudia menjadi isteri terbaik sepanjang umur William Munny. Jika simpati ditagih pada Ustazah Izzah yang pandai mengaji dan berjaya mempengaruhi Hariz menjadi baik, namun penagihan simpati dalam Unforgiven bukan kepada manipulasi kewujudan, sifat dan peranan wanita. Sebaliknya muncul sebagai watak pembaik kepada lelaki. Betapa setianya William Munny yang amat kejam itu kepada isterinya apabila menolak ajakan Delilia watak pelacur yang dilukakan wajahnya oleh koboi bodoh dan bengis itu untuk melakukan hubungan seks. Menerusi babak syot dekat pada wajah Delilia dan wajah William Munny luka berparut itu begitu simbolik dan simbiosis.

Hariz tidak langsung membuktikan dirinya sedar kerana agama hanya simpati dan nafsu nafsi. Doa Ustazah Izzah ketika hampir dirogol semasa masih menjadi perempuan simpanan adalah suatu bentuk kepasrahan yang salah. Ia diada-adakan bagi menimbulkan kesan 'memadai' untuk agama. Bandingkan dengan William ketika demam selepas dipukul Little Bill meracau-racau melihat roh dan muka isterinya berulat dan merasai betapa takutnya dia akan mati malah berpesan agar Ned jangan memberitahu kedua-dua anaknya tentang kejahatannya pada masa silam.

Jika Unforgiven dimulakan babak William mengorek kubur isterinya di bawah sebatang pokok tidak jauh dari rumahnya dalam lembayung matahari petang dan menziarahi pusara isterinya, pada babak akhir hampir menyamai sinematografi Ombak Rindu pada babak akhir ketika Hariz dan Izzah menaiki kapal layar yang menuju ke arah Barat.

Ombak Rindu diharapkan lebih baik daripada Unforgiven apabila digambarkan pada permulaan babak Izzah seorang wanita yang mengajar kanak-kanak membaca al-Quran. Tetapi sudah timbul ketidaktepatan inti novel dengan filem yang khabarnya mengecewakan sebahagian besar peminat. Dalam novel Izzah sebenarnya bukan ustazah sebaliknya seorang kerani. Jadi apakah tujuan Osman Ali selaku penulis lakon layar dan pengarah mewujudkan Izzah sebagai ustazah berbaju kurung mengajar al-Quran untuk melakonkan adegan ranjang?



Artikel asal DI SINI

15 Dec 2011

FPF 2011 : Pilihan Kategori & Calon



PILIHAN KATEGORI

Filem yang telah disenaraipendek dari saringan awal. Senarai penuh filem DI SINI

1 - SERAM PILIHAN

DONT BE AFRAID OF THE DARK (2011)
KHURAFAT 
CREEPSHOW 1 
SERU [WINNER]

Komen Juri : Ternyata Seru amat menyerlah dalam kategori ini. Satu perkembangan baik industri filem Malaysia terutama genre seram. Creepshow 1 memberikan impak yang tersendiri walaupun bukan 100% cerita hantu tetapi misterinya masih mengundang ketakutan. Khurafat melayarkan sesuatu yang baru khususnya mengangkat mayat di dalam hutan adalah suatu yang amat mustahil kepada kebanyakan orang. DBAOTD pula punyai elemen seram yg tersendiri.


2 - AKSI/PERANG [RAW] PILIHAN

KL GANGSTER
FAST & FURIOUS 5 [WINNER]
127 HOURS
IP MAN 
SANCTUM
TRANSPORTER 2 

Komen Juri : Fast & Furious 5 memang sangat padat aksi. Walaupun babak kejar mengejar peti besi etc, agak CGI tapi hanya melibatkan 10% dalam keseluruhan filem ini (mungkin). Amat puas menontonnya. Ini baru namanya aksi! Sanctum dan 127 Hours pula memaparkan sesuatu aksi yg berbeza. KL Gangster suatu trendsetter dalam filem gangster Malaysia.


2 - AKSI/PERANG [CGI] PILIHAN

REAL STEEL [WINNER]
THOR 
X-MEN : FIRST CLASS 
WORLD INVASION : BATTLE LA

Komen Juri : PF amat meminati World Invasion : Battle LA pada mulanya. Walaupun ceritanya simple tapi aksi dan sound effectnya bagaikan 4.5/5 tetapi setelah datang Real Steel, aksi yang padat itu tidak cukup dibanding dengan jalan cerita dan konsep kekeluargaan dalam Real Steel. Thor dan X-Men pun amat mengujakan.


3 - GANAS/THRILLER PILIHAN

I SAW THE DEVIL (KOREA)
BEDEVILLED (KOREA) 
ICHI THE KILLER (JEPUN) 
HUMAN CENTIPEDE [WINNER]
ANTICHRIST (DENMARK) 
RETURN OF LIVING DEAD 1

Komen Juri : Pada tahun 2011 PF amat puas hati menonton filem dalam kategori ini. Filem dari Asia begitu berkesan dalam menerbitkan filem ganas terutama dari Korea. Pada mulanya, I Saw The Devil dan Bedevilled menjadi pilihan  juara, tetapi Human Centipede adalah sama sekali tidak berperikemanusiaan. Antichrist pula umpama 'suci dalam debu'. Semuanya dalam kategori ini hebat!


4 - ANIMASI PILIHAN

RIO [WINNER]
PUSS IN THE BOOTS
KUNG FUN PANDA II 
THE ADVENTURES OF TIN TIN
RANGO

Komen Juri : Jika animasi, pilihan PF adalah animasi yang amat mencuit hati dan kelakar selain kualiti animasi itu sendiri. Bukan filem animasi yang serius i.e Rango dan The Advanterus of Tin Tin. Secara keseluruhannya,  filem animasi jarang mengecewakan.


5 - KOMEDI PILIHAN

SCREW LOOSE
MR POPER'S PENGUIN 
PAUL [WINNER]
CUN!

Komen Juri : Paul si alien yang kelakar seakan dah biasa hidup di bumi itu memang layak menjadi Pilihan PF. Screw Loose macam lawak bodoh orang putih tapi berjaya membuat PF ketawa tak henti. Mr. Poper's Penguin sama konsep dgn Paul iaitu animasi dan manusia sebenar mengundang tawa. Cun! juga berjaya masuk untuk memberi saingan. 

6 - DRAMA PILIHAN [Akan diumum kemudian]

...DALAM BOTOL 
SCENT OF GREEN PAPAYA (VIETNAM) 
IN A BETTER WORLD (DENMARK) 
RIDING ALONE FOR THOUSAND OF MILES (JEPUN/CHINA)
CAPTAIN ABU RAED (ARAB) 
TWO-LEGGED HORSE (IRAN) 
BLACK SWAN 
THE TREE OF LIFE 
THE KING'S SPEECH 
A SONG OF SPARROW (IRAN) 


CALON-CALON ANUGERAH PERDANA


[1] Pelakon Lelaki Pilihan

Nadim Sawalha : Capt. Abu Raed

Ken Takakura : Riding Alone In  A Thousand Miles

Mikael Persbrandt : In A Better World

Willem Dafoe : Antichrist

Min Sik-Choi : I Saw The Devil

Dieter Laser : Human Centipede


[2] Pelakon Wanita Pilihan

Charlotte Gainsbourg : Antichrist

Natalie Portman : Black Swan

Yeong-Hie So : Bedevilled

Normah Damanhuri : …Dalam Botol [Kanan]

Trine Dyrholm : In A Better World

Jessica Chastain : Tree Of Life



[3] Pelakon Kanak-Kanak Pilihan

Hussein Al-Sous : Capt. Abu Raed

Ziya Mirza Mohamad : Two-Legged Horse [Kiri]

Haron Ahad : Two-Legged Horse [Kanan]

Hunter McCracken : Tree Of Life [Kiri]

Man San Lu : Scent of Green Papaya

William Johnk Nielsen : In A Better World

[4] Lakonlayar Pilihan

Black Swan
Two Legged-Horse
In A Better World
Human Centipede
Captain Abu Raed
Riding Alone For A Thousand of Miles

[5] Sinematografi Pilihan

Antichrist
Scent of Green Papaya
Two Legged-Horse
Riding Alone For A Thousand of Miles
The Tree of Life
In A Better World

[6] Busana Pilihan

La Rafle
Captain America : The First Avengers
Burlesque
The King’s Speech
The Brest Fortrest
Thor

[7] Cerita Pilihan

In A Better World (Ulasan klik SINI )
Two Legged-Horse (Ulasan klik SINI )
Black Swan
Riding Alone For A Thousand of Miles (Ulasan klik SINI )
…Dalam Botol (Ulasan klik SINI )
I Saw The Devil 

[8] Pengarah Pilihan

Zhang Yimou : Riding Alone For A Thousand of Miles

Samira Makhmalbaf : Two-Legged Horse

Darren Aronofsky : Black Swan

Susanne Bier : In A Better World

Anh Hung Tran : The Scent Of Green Papaya

Amin Matalqa : Captain Abu Raed


[9] Filem Malaysia Pilihan - Jan. > Dis. [Akan diumum kemudian]

Sini Ada Hantu
Karak
Al Hijab
My Spy
Hantu Bonceng
Tolong! Awek Aku Pontianak
Dilarang Masuk
Cun!
Abuya Part II
Sumpahan Puaka
Ombak Rindu
Nur Kasih
*****SHORTLISTED*****
…Dalam Botol
Khurafat
Seru
KL Gangster
Hikayat Merong Mahawangsa
Misteri Jalan Lama
Songlap

[10] Filem Terbaik 2011

In A Better World 

Two-Legged Horse

Riding Alone For A Thousand of Miles

Captain Abu Raed (Ulasan klik SINI )

Black Swan

The Scent of Green Papaya (Ulasan klik SINI )

[11] Filem Paling Popular [Poll by PF] - Akan diumum kemudian

[12] Special Mentioned - Akan diumum kemudian


NEXT : KEPUTUSAN PENUH.


Pecahan Pencalonan Mengikut Filem :

In A Better World = 7
Two-Legged Horse = 6
Riding Alone For A Thousand of Miles = 5
Captain Abu Raed = 4
Black Swan = 4
The Tree of Life = 3
Antichrist = 3
The Scent of Green Papaya = 3
I Saw The Devil = 2
Human Centipede = 2
…Dalam Botol = 2
Bedeville = 1
La Rafle = 1
Burlesque = 1
The King’s Speech = 1
The Brest Fortrest = 1
Thor = 1


SEJARAH FESTIVAL PERANGFILEM DI SINI

14 Dec 2011

Cita-Cita Vikingdom

Seperti apa yang kita maklum KRU mempunyai cita-cita besar.
Jangan letak harapan tapi berdoa agar ianya terbaik.


(Sumber :  FB Vikingdom) 

From the mists of time comes the clanging of steel against steel, a collision of myth and history: Vikingdom.


Plot : Based on viking legends and the epic poems they left as record, Vikingdom is an adventure in the style of '300', shooting in stereoscopic 3D, with elaborate visual effects and astounding battle sequences.


Director : Yusry Abd. Halim
Written by : James Coyne 





11 Dec 2011

Ombak Rindu Tragedi Murahan Kata Ali Atan

Ketika memberi komen tentang filem Ombak Rindu pada 1 Dis. kelmarin (DI SINI), dan ketika seakan semua memuji termasuk blogger idola dan masyhur rupanya PF tak bersendirian yang melawan arus. Walau pun isinya tak sama dengan PF, tapi Ombak Rindu perlu dilihat dari sudut yang lain. Berjaya membuat penonton menangis bukan pengukur, apatah lagi kutipan tiket. Apa-apa pun tahniah kepada Osman Ali dan team Ombak Rindu terutama Fauziah Ashari. Moga Osman terus berkarya dengan naskhah novel yang lagi berjiwa.



Petikan Pancaindera 11 Disember.


Ombak Rindu tragedi murahan
Oleh Ali Atan


DALAM kebudayaan Barat, seni persembahan genre drama Greek menerapkan unsur tragedi sebagai asas penciptaan karya seni persembahan atau tulisan.

Merujuk karya ilmiah berjudul Makna Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam oleh Prof Muhammad Naquib Al-Attas, Tokoh Melayu Terbilang 2011 merumuskan unsur tragedi bukan lagi wujud dalam bentuk seni, malah ia wujud dalam pengalaman sebenar yang dialami oleh masyarakat Barat.

Menurut al-Attas, “Seakan-akan dalam pengalaman dan kesedaran itu diada-adakan berterusan rasa bersalah-durhaka yang menghantui mereka, yang diajarkan oleh agama sebagai dosa asal yang dilakukan bapa kepada segala insan, yang telah tersilap langkah terpikat oleh peluang yang disodori godaan si penghasut yang mahu menyaksikan kejatuhannya dari rahmat Tuhan.”

Selanjutnya, kejatuhan bapa segala manusia ke lurah kehinaan sebagai “Suatu sumpahan berterusan ke atas anak cucu dengan rundungan berterusan menyebabkan mereka merasa bersalah dan sentiasa menyakiti hati dan fikiran mereka sendiri sepanjang zaman.”

Selepas dibuang ke dunia, seperti pada babak pertengahan karya seni, peranan mereka tetap “Bertelagah dan melakukan keganasan”. Tambah al-Attas, “Ketagihan pada tragedi dan seni yang memperlakonkannya sedemikian laku sehingga agama sekalipun terpaksa ditempa dalam acuan tragedi.

Dunia bagaikan pentas besar di mana insan merekacipta, melakonkan dan menyaksikan drama (lakonan) hidupnya sendiri demi menghasilkan kelegaan diri mereka daripada rasa takut dan hiba akan kesengsaraan diri.” (khatarsis).
Al-Attas merumuskan, “Tragedi bukan lagi suatu bentuk seni, kerana ia telah memberi kesan nyata kepada kebudayaan dan kerohanian Barat pada semua zaman.”

Lebih jauh lagi, fahaman humanisme dan sekularisme yang muncul pada Zaman Pertengahan di Barat, “Beransur serempak dengan munculnya falsafah dan sains sekular yang telah menjadikan tragedi menggantikan agama sebagai jalan untuk memartabatkan keluhuran insan.”

Pengalaman tragedi dalam masyarakat Barat ini dijelaskan al-Attas dalam pengalaman Barat terhadap golongan gereja dan golongan pendeta Kristian yang sudah pastinya berbeza dengan pengalaman Islam.

Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Ustazah Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Ustazah Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.

Di kelab malam, Ustazah Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Ustazah Izzah. Baju kurung Ustazah Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.

Ustazah Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Ustazah Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Ustazah Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam.

Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.

Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.

Kerangka

Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.

Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah.

Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.

Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?

Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.


Artikel asal DI SINI