Arahan : Yasujiro Ozu
Genre : Drama (Jepun)
Tahun : 1953
Rating : 4.5/5
Untuk menonton filem klasik apatah lagi yang hitam putih bagi PF bukan senang. Menonton filem seperti ini terutamanya yang begitu signifcant dalam sejarah perfileman dunia sekalipun tak terlepas dengan benteng yang kukuh mengatakan begitu terlambatnya dan ketinggalannya kita. Nak kumpul semangat dan mood itu kadang-kadang susah. Setelah semuanya bersedia maka disatu malam yang damai PF pun menontonlah Tokyo Story arahan lagenda Yasujiro Ozu. Ini bukan filem Ozu pertama ditonton sebelum ini pernah menyaksikan The Only Son dan filem bisu Passing Fancy olehnya. Setelah 61 tahun usia filem ini sejak diterbitkan, sudah tentu beribu ulasan tentang filem ini bertebaran di atas talian. Ceritanya sangat ringkas, malah Ozu pernah buat tema yang seakan sama pada 1936 (The Only Son), dan pada tahun 1953 beliau mengarahkan pula Tokyo Story kisah ibu bapa yang berziarah ke Tokyo untuk melawat anak-anaknya yang telah berkeluarga. Menontonnya tidak menghairankan bagi PF kerana telah tahu sedikit gayanya dalam The Only Son. Ibunya digambarkan seorang yang suka senyum dalam apa jua keadaan. Dia digambarkan begitu bersih hati sebagai seorang ibu yang menyayangi anak-anak tanpa mahu mereka tahu perasaan yang pedih di dalam. Pasangan ini dalam tempoh 9-10 hari bertukar-tukar rumah anaknya di Tokyo sepeti lazimnya, mengharungi sikap anak-anak yang sibuk bekerja. Namun pasangan ini tetap tenang dengan sikap mereka, bukan mereka membenci kehadiran orang tua, kerana PF percaya filem ini dibikin bukan mahu menunjukkan kemelut dalam keluarga yang hingar-bingar sebaliknya persembahan yang sederhana dalam kehidupan budaya masyarakat Jepun ketika itu. Begitu juga sikap bekas menantu perempuannya yang telah lama menjanda begitu baik melayan bekas ibu-bapa mertua itu sehinggakan kedua-dua mereka memuji wanita itu yang sangat baik dari anak mereka sendiri. Setelah habis menonton, suatu perasan yang lain macam dan begitulah, selagi ibu kita masih hidup buatlah apa saja untuk menggembirakannya sebelum dia tiada.
Arahan : Hayao Miyazaki
Genre : Animasi (Jepun)
Tahun : 2013
Rating : 3/5
Genre : Animasi (Jepun)
Tahun : 2013
Rating : 3/5
Filem terakhir Hayao Miyazaki ini semestinya memberi seribu satu makna dalam hidup beliau. Sebenarnya PF tak ikut sangat filemnya melainkan Spirited Away yang menang Oscar Filem Animasi Terbaik tu. Setelah hampir 2 jam menontonnya PF merasakan filem ini bukan untuk PF. Dari awal sehingga akhir bagaikan menonton sebuah filem art-house jenis kartun dan PF jarang sekali menonton aliran sebegini (yea mungkin ada tapi belum jumpa yang disuka). Di mana suatu perasaan monotonous atau pun takde perasaan sepanjang tontonan. Tiada lawak-lawak watak badut atau segala macam, ianya filem serius biografi yang memotivasikan sebenarnya. Anda sebagai peminat Hayao Miyazaki, bagaimana?