2 Nov 2013

Highland Tower & Balada Pencinta



Amaran : Kedua-dua ulasan filem ini mengandungi spoiler.

Genre : Seram
Arahan : Pierra Andre
Pelakon : Mikael Andre, Nizam, Shima Anuar, Adibah Yunus
Tahun : 2013
Rating : 3/5



Kisah seram sebegini sebenarnya bukanlah makanan PF sangat, tetapi ada lah juga tengok beberapa filem yang sama konsep sepertinya iaitu Haunted Changi, Grave Encounters dan Paranormal Aktivity  1 untuk meneroka atau melihat apa yang ditawarkan oleh pembikin seram sebegini. Satu sebab kenapa agak kurang gemar adalah kerana filem sebegini kononnya realiti yang ‘berlagak benar’ yang boleh disangsikan lantas mengurangi kejujuran karya itu sendiri. SERU itu berlainan sedikit kerana ia tak melibatkan bangunan berhantu dan menjadi filem no 1 PF bagi filem tempatan (tidak menonton Penunggu Istana) dan jika filem luar REC menjadi pilihan teratas. Setelah bersetuju dengan ajakan rakan yang ingin menonton filem ni pada Jumaat petang lalu, mendapati HT ditayang dipanggung kecil saja padahal filem baru 2 hari, mungkin nak bagi laluan kat filem THOR 2, dan didapati dua slot HT hampir penuh dalam panggung yang kecil tu, agak tak sangka juga rupanya filem hantu  masih ramai pengikutnya.

Pierre Andre kini mencuba filem seram yang jarang dibikin di Malaysia dengan cara ala realiti, HT yang dengarnya hanya mengambil masa 5 hari penggambaran saja. Adakah pengarah bersama filem SERU ini berjaya mengekalkan benchmark SERU? Sekumpulan remaja diketuai oleh Mikael Andre (Mika adik kepada pengarah Pierre), Nizam dan beberapa orang lagi termasuk beberapa awek cuba memasuki bangunan tinggalan Highland Towers yang menjadi tragedi runtuhan pada tahun 1993. (Ya, mereka menggunakan nama sebenar  supaya seboleh-bolehnya menjadi realiti). PF tak kisah mula-mula filem Pierre Andre hendak bercerita bagaimana Mika ingin mendapatkan dana dari MIG untuk menjayakan projek ini (David Teo cameo tu…), tu semua tak berapa penting, yang penting dalam bangunan HT tu saja PF nak tengok. Boleh kata apabila mereka melalui jalan naik ke H.T keseraman mula terasa.  Malah, sekitar belukar atau tumbuhan meliar memang membangkit suasana angker. Walau begitu, biasalah, macam filem-filem Grave Encounters, Haunted Changi, takde beza. Mula konflik sana-sini yang tidak seberapa. Adakalanya babak ‘berlakon’ memang ketara iaitu susunan kerusi dan 2 rakan hilang. Agak surprise sedikit (menyatakan saja, bukan bererti tak bagus), Pierre Andre cuba meninggalkan elemen-elemen biasa yang didapati dalam filem seram seperti objek-objek yang bergerak sendiri e.g daun pintu contohnya, cuma tidak ditangkap dalam bingkai kamera. Dan mengapa ketika baju Mika ditarik oleh ‘sesuatu’ mereka bertiga ketika itu cabut lari? Bukan ke tujuan mereka ke situ nak tangkap gambar entiti? Sudah berada disitu tetapi mereka mensia-siakannya.

Babak yang paling menarik PF kira semasa 2 orang pelakon lelaki itu (yang pakai topi, kurus tu memang cool habis karakternya) berjalan dalam gelap untuk mengambil bateri di van. Di sinilah keseraman anda patut rasa lebih lagi. Persembahan semua pelakon dikira baik dan Pierre bijak di situ mengawal emosi pelakon masing-masing supaya tak over menjerit sana-sini. Part yang tidak digemari PF di mana ustazzzzz masuk campur. Lokasi HT yang dekat dengan bandar mungkin mengurangkan elemen escapism (betul ke penggunaannya di sini?). Fahamkan? Dan di sini HT tak dapat lari dengan rasukan-penyembuhan dan mood PF terus hilang kat situ. 


Genre : Drama
Arahan : Khir Rahman
Pelakon : Siti Saleha, johan Asari, Azhan Rani, Dian P Ramlee, Miera Liyana, Dato' Jalaluddin Hassan
Tahun : 2013
Rating : 3/5


Khir Rahman kembali dengan Balada Pencinta (BP) bagi menarik penonton massa. Pada mulanya PF agak berat nak ke panggung untuk menonton filem ini, tetapi ada suara-suara yang boleh dipercayai mengatakan bahawa ianya sesuatu yang tidak rugi maka PF pun melangkah kaki ke sana. Kerana, jika anda tahu …Dalam Botol itu bagaimana, seharusnya Balada Pencinta tidak akan menghampakan sekurang-kurangnya separuh harga tiket anda (kot? haha…), jadi BP diberi peluang. Jalan ceritanya biasa hubungan antara 2 darjat, pilihan ibu bapa, yang menjadi pilihan adalah jahat dan yang miskin baik budi pekerti. Pada mulanya, Aisyah menjadi watak misteri dan kita akan benci kerana permainannya mencuri hati Amir. Amir pula tiada punya apa setelah insaf dari kegiatan samseng dsb mula mengenal erti cinta yang tulus dari hati seorang wanita. Konflik bermula apabila Boy (Sein) datang dan konflik demi konflik menimpa Amir, Majid (teman serumah Amir) dan keluarga Aisyah. Tiada apa yang dapat PF katakana di sini hanya, permainan Khir Rahman menangani filem komersil agak baik dan boleh dilayan. Jujur, ia berada dilandasan yang betul ditambah dengan lagu-lagu yang sedap didengar. Dan tidak disangka-sangka, wujud pulak ‘filem gangster' dihujung-hujung movie. Hah, rasanya ini melodrama yang bercampur-campur tapi well-blend!

Pada mulanya seakan Ombak Rindu wanita alim-alim gitu yang takboleh bersentuhan, lepas tu datang pula Majid (Azhan Rani) yang merempit bawa tunang ke sana-sini. Sangat rapat dengan masyarakat dengan penggambaran di sekitar Jalan Masjid India, Pasar Seni, kemudian, tak nak lari dari keluarga yang kaya ibu-bapa yang tipikal menjodohkan dengan orang yang sepatutnya. Semuanya pernah kita lihat dimana-mana baik drama mahupun filem. Walau pun PF agak bosan dengan cerita sebegini tapi ini dikecualikan kerana cara penyampaian itu yang lagi menonjol. Satu yang PF agak tertanya-tanya, wajarkah Wati (tunang Majid), Majid, dan skandal Wati, slow –talk di gerai makan dimana kemungkinan perang besar bakal terjadi sebaliknya mengharapkan menjadi majlis aman-damai berlaku si situ? Lagi satu kalau tak komen pasal lakonan bukan PFlahkan, semua bagi lakonan yang baik, Sein (Psiko Pencuri Hati yang superb), Azhan Rani, Johan Asari sehinggalah ke adik Amir (Miera Liyana). Kalau nak bandingkan Siti Saleha dalam KL Zombi dan Balada Pencinta, Siti menunjukkan lakonan yang cemerlang terutama di balik tiang Jakel di Jalan Masjid India. In fact, scene itu adalah kegemaran PF, seakan boleh lawan scene Maya Karin menangis di depan Aaron Aziz di kampung dalam Ombak Rindu tu lah. Kalau anda nak tahu, jalan cerita sebegini tak habis di sini, filem selepas ini, Aku Pilih Kamu terbitan MIG (trailer dimainkan sebelum tayangan B.P) pun konsep kahwin pilihan mak-bapak dan si perempuana ada pilihan sendiri. Haaish, yakinkan PFlah ya..