31 Jul 2013

Cacamarba : 6 Filem Sekaliguss! - Updated

Salam Ramadan semua. Perghh! Tak pernah PF buat segmen cacamarba 6 filem sekaligus. Ini semua antara tontonan pada bulan Julai. Maklumlah, bulan puasa malas sikit nak tulis. Jom tengok, apa ada.



BEHIND THE CANDELABRA
Genre : Drama (Kisah Benar)
Arahan : Steven Soderbergh
Pelakon : Matt Damon, Michale Douglas
Tahun : 2013
Rating : 3/5



PF tak kenal siapa tokoh utama berdasarkan kisah benar iaitu Librace (Michael Douglas) iaitu seorang pemain piano terkenal pada tahun sekitar 1977, sehinggalah PF menonton filem ini. Michael dan Matt Damon sebagai pasangan LGBT pada mulanya adalah sebagai PA dan bos yang lama-kelamaan bertukar menjadi pasangan gay dan Librace memberi kemewahan kepada Scott Thorson (Matt). Ternyata, Michael berjaya membawa tona watak Librace seorang gay tua yang akhirnya menghidap penyakit dihujung hayat sangat natural ditangannya. Selepas menonton filem ini, lalu mencari klip video Librace di youtube dan kita dapat lihat persamaan busananya di pentas sangat menghubungkan. Akan tetapi, Librace di youtube seakan berbeza dengan karakter Librace dalam yang dibalik tabir (dalam filem), tetapi memang tidak hairan, selebriti memang kebanyakanya sebegitu kan?



NEIGHBORING SOUNDS
Genre : Drama (Brazil)
Arahan : Kleber Mendoca Filho
Pelakon : Ana rita Gurgel, Caio Almeda, Gustavo Jahn, Irma Brown
Tahun : 2012
Rating : 2.5/5



Melihat trailernya dapat merasakan ianya genre kegemaran PF, apatah lagi Rotten Tomatoes memberi 92% freshly certified, tetapi bila menontonnya merasakan sebuah lagi drama yang baik tetapi PF tidak mendapat suatu kepuasan kadang-kala bosan pula yang menimpa. Filem ini mendatar yang kurang menarik. Kalau filem The Only Son itu pun mendatar juga tapi ia boleh dinikmati. Antara babak dalam filem ni, si ibu punya sikap pelik menghisap rokok lalu menghembus ke batang vacum dan beronani dengan mesin basuh?! Ayoo! Apatah yang reviewer komen yang positif-positif kat Rotten Tomatoes tu, merepek aje!


THE PERKS OF BEING A WALLFLOWERS
Genre : Drama
Arahan : Stephen Cbosky
Pelakon : Ezra Miller, Logan Lerman, Emma Watson
Tahun : 2012
Rating : 2/5



Amboi kemain lagi audience bagi 90% (Rotten Tomatoes) kat movie budak remaja baru nak kenal cinta ni. Akibat terpengaruh dengan sedikit bacaan PF terhadap komen-komen kenalan (mereka tak tahu PF baca pendapat mereka) akhirnya, tertengok juga yang akhirnya mengundang rasa tak suka terhadap filem ni. Jangan bagi cadangan filem komedi romantik atau romatik semacam ni. PF takkan tengok lagi. p/s : Muka tak berapa nak Mat Salleh si Ezra Miller tu rupanya yang berlakon We Need To Talk About Kevin rupanya.



THE CONJURING
Genre : Seram (Kisah Benar)
Arahan : James Wan
Pelakon : Vera Farmiga, Patrick wilson, Lily Tailor dan lain-lain
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5



Sebenarnya PF memang menantikan untuk menonton filem ini sebaik saja menonton trailernya iaitu sebelum hip dan puji-pujian terhadap filem ini. Apatah lagi tak tahu ianya arahan James Wan pada mulanya. Kisah rumah berhantu sekali lagi sepertimana; Insidious, Sinister dan Woman In Black. The Conjuring mempunyai satu kelebihan iaitu jika pengetahuan PF tak salah, editing yang kemas dan plot-plot yang lancar. Disertai lakonan yang baik oleh pemeran utama iaitu Vera Farmiga dan Lily tailor. Ianya satu kepuasan apabila Vera berjaya menuntut karakter Lorraine Warren ke satu tahap yang tinggi.

Walaupun banyak adegan yang kita sudah jangka di dalam rumah itu, ianya terbalas dengan babak exorcism paling cemerlang berbanding Dark Skies, Sinister dan filem-filem seram moden sejak kebelakangan ini. Lagi satu saat seram yang kita ternanti-nanti dalam keadaan sunyi sepi kadang-kala lebih seram dari bunyi efek yang over the top. Lihat babak, anak Peron menjengah ke bawah katil dan polis yang melihat ke luar tingkap lalu keluar untuk memeriksa. The Conjuring adalah yang terbaik sehinggakan kau rasa kesakitan yang dalam dan perlu ditampung dengan airmata.



PACIFIC RIM
Genre : Aksi 2
Arahan : Guillermo Del Toro
Pelakon : Idris Elba, Charlie Hunnam, Rinko Kikuchi dan lain-lain.
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5



Okay, PF akui mula-mula bagi 3 bintang saja dan selepas itu dinaikkan ke 3.5. Sememangnya kita kagum dengan buatan robot-robot dan raksasa semua tu, memang osem! Tak lebih dari tu. Duliklah dengan segala asal-usul Kaiju atau Godzila ke apa ke. PF tak enjoy keseluruhan filem ini. Walau bagaimanapun babak Mako semasa kecil tu memang babak yang 'lazat' bak kata orang-orang dalam Group Movie Addict! Hehe...




WALKABOUT
Genre : Drama (Australia)
Arahan : Nicolas Roeg
Pelakon : Jenny Agutter, Ruc Roeg, David Gulpilil
Tahun : 1971
Rating : 3/5



Mengisahkan 2 adik beradik yang terkandas di gurun di suatu kawasan di Australia. Seorang kakak dan adik lelakinya. Permulaan cerita agak memaku mata apabila si bapa cuba membunuh dua anaknya itu di satu kawasan tanah gersang dengan mengumpan mereka untuk berpiknik di situ. Setelah cuba menembak mereka tetapi gagal, kedua anak lari ke gurun yang lebih dikenali sebagai Australian Outback tu. Filem ini jenis survival hanya pada permulaan saja. Jerih perih tidak terlalu ditekankan, ada cuma tak cukup. Lebih-lebih lagi pabila mereka telah berjumpa dengan seorang suku kaum asli dan menjadi kawan. Tetapi Rotten Tomatoes bagi 93% C.F! untuk filem ini. Selain itu, filem ini menerangkan dua dunia berbeza antara dunia moden dan dunia yang kuno lagi satu. 


Salah satu babak dalam Walkabout.













30 Jul 2013

Filem-Filem 2013 Part II (JULAI - DIS)


JULAI 
---------
BEHIND THE CANDELABRA (DRAMA) --- 3
PACIFIC RIM (AKSI2) --- 3.5
PERKS OF BEING A WALLFLOWER (DRAMA) --- 2
DESPICABLE ME 2 (ANIMASI) --- 2
BLACK BREAD (DRAMA-SEPANYOL) --- 1.5
NEIGHBORING SOUND (DRAMA-BRAZIL) --- 2.5
THE CONJURING (SERAM) --- 3.5
WALKABOUT (AKSI1-AUSTRALIA) --- 3

OGOS
----------
BALZAC & THE LITTLE CHINESE SEAMSTRESS (DRAMA) --- 2.5
LEMAK KG SANTAN (DRAMA) --- 2.5
VHS2 (GANAS/THRILLER) --- 3
THE PURGE (GANAS/THRILLER) --- 2.5
3 DOORS OF HORRORS (SERAM) --- 2
MISTERI BISIKAN PONTIANAK (SERAM) --- 2.5
CAIRO 678 (DRAMA-MESIR) --- 2.5
KL ZOMBIE (KOMEDI) --- 1.5
TANDA PUTERA (DRAMA) --- 2.5

SEPTEMBER 
----------------------
THE SHINING (SERAM) --- 4
THE HOUSEMAID (DRAMA-KOREA) --- 3
THE MOTHER (DRAMA-KOREA) --- 3
PSIKO PENCURI HATI (DRAMA) --- 4
SIN NOMBRE (AKSI1-MEXICO) --- 3
PAKU PONTIANAK (SERAM) --- 2
TIMOTHY GREEN (DRAMA) --- 1.5
PRINCE AVELANCHE (DRAMA) --- 3
LONELIEST PLANET (AKSI1) --- 2
DONKEY SKIN (DRAMA-MUSIKAL) --- 2
LANGGAR (AKSI1) --- 2
THE DAY HE ARRIVES (DRAMA) --- 2.5
VIKINGDOM (AKSI2) --- 3.5
DHUSRAJANAM (DRAMA-TAMIL) --- 3.5
RIDDICK (AKSI2) --- 2
KEN & MARY (DRAMA-JEPUN) --- 1.5
DAMPAK (AKSI1) --- 2
PARANOIA (AKSI1) --- 3
PRISONERS (DRAMA) --- 3.5
RUSH (AKSI1) --- 4
KL GANGTER 2 (AKSI1) --- 3.5

OKTOBER
----------------
GRAVITY (AKSI2) --- 3.5
THE SILENCE (DRAMA-GERMAN) ---3
KES (DRAMA-UK) --- 3
SON OF BABYLON (DRAMA-JORDAN) --- 2.5
CLAYPOT CURRY KILLERS (GANAS/THRILLER) --- 3.5
INSIDIOUS (SERAM) --- 3
JAN DARA (DRAMA -THAI) --- 2.5
KWAIDAN (SERAM-JEPUN) --- 4
2046 (DRAMA-CHINA) --- 3
TO LIVE (DRAMA-CHINA) --- 4.5
AMORES PERROS (DRAMA-MEXICO) --- 3.5
SPECIAL ID (AKSI1-HK) --- 2

NOVEMBER
------------------
THOR (AKSI2) --- 2.5
BALADA PENCINTA (DRAMA) --- 3
ONCE (DRAMA) --- 3
HIGHLAND TOWER (SERAM) --- 3
COLD SHOWER (DRAMA) --- 2
MODEST RECEPTION (DRAMA-IRAN) --- 3
THE HOLE (DRAMA-TAIWAN) --- 3
CARRIE 2013 (GANAS/THRILLER) --- 2.5
HUNGER GAMES 2 (AKSI2) --- 3.5
FROZEN (ANIMASI) --- 3
PENANGGAL (SERAM) --- 2

DISEMBER
----------------
KOLUMPO (DRAMA) --- 3.5
CAPTAIN PHILLIPS (AKSI1) --- 4.5
ROSEMARY'S BABY (SERAM) --- 3.5
PAKU (SERAM) --- 3.5
JALAN PINTAS (DRAMA) --- 3
HOBBIT : DESOLATION OF SMAUG (AKSI2) --- 4
PAPADOM 2 (DRAMA) --- 3.5
47 RONIN (AKSI2) --- 3
THE SECRET LIVE OF WALTER MITTY (AKSI2) --- 2
12 YEARS A SLAVE (DRAMA) --- 3.5
PINTU TERLARANG (GANAS/THRILLER-INDONESIA) --- 3.5


4 Jul 2013

2 Filem Berkaitan Sejarah & Mitos Malaysia

PF nak share 2 filem yang dikira agak besar dari segi tema dan belanja. Nampaknya impian arwah pelakon Rafi Hussain untuk merealisasikan filem Naga tasik Chini di'sambung' oleh seorang karyawan baru.


1. Chini Saga - Mohd Rafeezi Mohd Zin

Facebook
Artikel

2. White Rajah - Rob Allyn

Artikel

3. Buaya Putih - BUjang Senang - Sharad Sharan (Updated)

Website

Sumber - FB Chini Saga


Good luck!

1 Jul 2013

Result Poll 9 : Man Of Steel & Star Trek I.D




Stylo kan poster atas ni. Sebab apa PF buat poll bagi 2 filem blokbuster Man of Steel dan Star Trek Into Darkness? Kerana PF suka akan kedua-duanya dan sengaja biarkan pelawat memilih mana satu filem yang memberi kepuasan maksima semasa menonton kedua-dua filem tersebut. Maklumlah, dengan efek kesan khas yang sangat meletup lagi best daripada menonton Iron-Man 3, Fast & Furious 6 dan The Oz dalam setengah tahun yang pertama ini. Akan tetapi Star Trek Into Darkness rasa-rasanya akan masuk Top 10 semasa Festival PF hujung tahun ini. Ah, pecah rahsia.

Kita lihat filem apakah yang dipilih oleh pelawat :

MAN OF STEEL - 70%

STAR TREK INTO DARKNESS - 30%