10 May 2013

Bola Kampung & The Best Exotic Marigold Hotel




Genre : Animasi
Arahan : Wong Kuan Loong
Peminjam Suara : Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Noh (Hujan), Douglas Lim, Deanna Yusoff,     

Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn, Afdlin Shauki.
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5

Siri drama yang ingin dibawa ke layar lebar seharusnya lari dari tema yang di kaca televisyen. Begitu juga dengan Bola Kampung. Naskhah ini seboleh-bolehnya cuba memberi kelainan tanpa meninggalkan identiti premis itu sendiri, dimana pada PF ia berjaya. Ada juga sikit-sikit menonton sirinya di youtube, tapi jarang menonton sampai habis sebab faktor usia mungkin, tapi dapatlah sedikit idea apa itu Bola Kampung. Pertama, kualiti animasi dipertingkatkan kepada 3D tetapi tidak dapat lari dari sedikit kecacatan dimana kekakuan pada sesetengah babak. Watak-watak dicipta dengan baik. Robot-robot pun nampak kemas dan cantik buatannya. Cuma wajah watak perempuan (bukan Amanda) tu nampak kurang perempuannya. Tidak dapat lari dengan meneka suara siapa yang meminjam watak-watak (tidak mencari info pelakon sblm menonton), semua berjaya cuma dah sedikit bosan dengan suara Dato' Aznil kita. Asal watak jahat gila-gila je suara dia dengan karekter yang tak banyak lari. Contoh lain Professor Klon (CicakMan 1 & 2), watak ketua orang jahat dalam teater Secret Life of Nora dan yang terbaru Bola Kampung.

Pada keseluruhannya, Bola Kampung The Movie adalah kartun 'serius' mengangkat tema yang baik lawan yang jahat. Ia bukan kartun lucu-lucu begitu. Tidak salah, tetapi pada pandangan peribadi PF, lebih suka jika sebut filem animasi, lebih menggemari kartun yang membuat kita ketawa kerana sudah banyak menonton filem drama serius kot, walaupun animasi ini taklah 'serius' mana dan tahap pemikiran budak-budak sahaja. Dalam pemerhatian PF, Bola Kampung The Movie kurang menjadi fenomena dan menambat hati kanak-kanak Malaysia. Kalau Ben10 tu, budak-budak nangis kalau mak bapak tak belikan jam tangan Ben10 misalnya. Begitu juga Upin dan Ipin. Mengikut Finas, kutipan filem Bola Kampung di pawagam hanya RM600k sahaja. Bola Kampung boleh dibanggakan dan tak keterlaluan dikatakan lebih baik dari Upin Ipin The Movie secara keseluruhan (termasuk jalan cerita) huhu... Adakah Boboi Boi pun nak buat The Movie jugak?




Genre : Drama (UK)
Arahan : John Madden
Pelakon : Judi Dench, Tom Wilkonson, Maggie Smith, Bill Nighy, Celia Imrie, Dev Patel, Penelope Wilton, Ronald Pickup

Tahun : 2012
Rating : 4/5

Mengisahkan sekumpulan warga tua lebih tepat lagi 7 orang pesara ingin pergi jauh dari kehidupan biasa dan cuba reconcile kehidupan mereka di luar UK iaitu India. Ideanya itu. Kemudian dikembangkan dengan konflik setiap yang mereka miliki. Sekali lagi formula sekumpulan pelakon atau ensemble cast ini tidak mengecewakan setelah The Help, CINTA, Bunohan sekadar menyebut beberapa judul. 

The Exotic Marigold Hotel : For Elderly & Beautiful nama hotel di Jaipur India dimana mereka secara kebetulan ingin bercuti di sini di mana hotel ini tidak seperti yang digambarkan. Suatu kebetulan di mana petanda mereka duduk dilapangan terbang di sebaris kerusi yang sama.

Satu kelebihan filem seperti ini adalah posibility kebosanan adalah kurang kerana konflik-konflik yang mereka hidapi sentiasa menarik penonton untuk rasai sejauh mana mereka bole handle dan relate kepada kehidupan masing-masing. Ya, walaupun mereka warga emas, misalnya Douglas & Jean. Perhubungan yang menemui kehambaran kemudian Douglas jatuh hati pula pada Evelyn yang kematian suami. Graham seorang gay yang datang semula ke India untuk mencari pasangannya seorang India yang telah berkahwin. Muriel yang sakit berkerusi roda, Madge pula ibu tunggal dan Norman bujang terlajak. Akan tetapi dirasakan, konflik Madge dan Norman tidak terlalu berat dan hanya untuk cukupkan korum saja. Namun begitu, kekosongan itu ditampal dengan permasalahan pemilik muda hotel iaitu Sonny (Dev Patel) yang sedaya upaya menguruskan hotel ke tahap yang diinginkan selain menghadapi konflik cliche pilihan hati yang ditentang oleh ibunya. Banyak isu cuba diketengah misalnya, manusia yang bercakap dengan 'robot' ditelefon, isu rumahtangga, LGBT, mencari bakal suami kaya dan perhubungan suami-isteri yang sepatutnya tiada rahsia. Hubungan watak dengan latarbelakang India juga dianggap diolah dengan baik; contact dengan pemilik hotel, pasangan Graham seorang warga India dan bermain kriket dengan kanak-kanak, Muriel cuba berbaik dengan pekerja hotel wanita dan sebagainya.

Mendapat 2 pencalonan di Golden Globe 2013, calon FilemTerbaik (Musical or Comedy) dan Pelakon Wanita Terbaik (Judi Dench), tetapi gagal membawa balik sebarang anugerah. Penamat yang agak baik di antara mereka dan ada yang boleh diduga.

5 May 2013

Kontradiksi - Kecil tetapi Kecil



Genre : Drama 
Arahan : Aloy Paradoks & Nazri M. Annuar
Pelakon : Fazleena Hishammuddin, Fynn Jamal, Amar Amir, Aman Nassim.
Tahun : 2012
Rating : 3/5


Filem ini sudah lama keluar dvdnya iaitu September 2012 lalu. Mengikut bacaan PF, kosnya hanya RM2500 saja. Dan disedari juga, ianya digerakkan oleh penggiat-penggiat teater. Hasil karya pertama Aloy Paradoks dan Nazri M.Anuar ini mengisahkan dua wanita dengan cerita berbeza iaitu Mira dan Fynn Jamal. Kisah mereka dibahagi kepada 2 bahagian. Kisah pertama (Mira) berwarna dan bahagian kedua (Fynn Jamal) hitam-putih, tapi kadang-kadang berwarna. Adalah tidak pasti dengan durasi 1 jam 5 minit adakah filem ini boleh dikategorikan sebagai filem pendek dan bukan feature filem? PF kurang arif di sini. Kedua-duanya banyak berlatarbelakang gerai burger Aloy, pengarah filem ini sendiri.

Kisah pertama lebih kepada perhubungan dan kesetiaan. Mira yang tidak pasti apa latarbelakang/pekerjaannya dikecewakan oleh teman lelakinya Aman yang curang dengan Linda yang tunang kepada Brother Talib (taiko dadah). Terdapat plot pembunuhan dimana penonton dibawa untuk berteka-teki siapa pembunuhnya dan dibiar lompong sehingga akhir. Adakah Mira yang memegang pisau itu dengan melihat baju yang dipakainya? Agak melucukan sedikit hal-hal dadah, di mana soal-menyoal dan brother Talib itu sendiri separuh masak dibuatnya. Memang pengedar dadah tu, tak kenal rupa bentuk fizikal tapi kurang meyakinkan yang dipamerkan oleh watak Brother Talib. Satu hal lagi mengapa Linda buka pintu sedangkan bf Mira ada di dalam rumah? Saja cari nahas dan dikira kerja mudah  untuk klimaks yang awal. Ya lah, filem berdurasi sejam saja dan ada 2 bahagian pula kan. Bahagian kedua lebih kepada cita-cita manusia kecil iaitu Fynn Jamal seorang busker dalam merealisasikan impiannya belajar muzik (kot) di New York dan juga permulaan semula kepada cinta oleh Aman. 

Lain-lain hanyalah sekadar order-mengorder burger saja yang agaknya itu sajalah modal di gerai burger ye dak? Jika tiada babak order burger maka lebih pendeklah filem ni. Babak pertengkaran Mira-Aman di depan rumah Mira adalah kegemaran dan puisi-puisi yang menghiasi filem ini kira penghias seadanya, selain kerja kamera yang goyang-goyang itu telah difaham akan maksudnya selain fungsi warna yang berbeza-beza sudah pernah dilihat sebelum ini. 

3 May 2013

Penanggal, KIL, Vikingdom & Bola Kampung ke Perancis


Menurut twitter Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta, 2 filem Malaysia iaitu Penanggal dan KIL akan ditayangkan di Marche Du Film (Pasar Filem) yang akan berlangsung di Cannes. Seperti biasa PF akan selongkar website festival tersebut tapi belum berjumpa 2 nama filem ini. Mungkin belum update kot. Walau apa pun semoga berjaya dan mendapat liputan yang positif bagi kedua-dua filem kita.

Updated : selain itu Vikingdom dan Bola Kampung The Movie juga akan turut serta. 






WEBSITE

22 Apr 2013

Gelombang Baru Filem Tempatan

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto FARIZWAN HASBULLAH

ENTAH di mana silapnya, dunia perfileman tanah air masih boleh diletakkan dalam kategori suram meskipun ada lambakan filem yang sedang menanti tayangan. Tidak banyak filem yang boleh diketegorikan sebagai satu naskah yang boleh diangkat ke peringkat tertinggi melainkan yang biasa-biasa sahaja.

Tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, lambakan filem yang ada hari ini lebih bersifat komersial yang lebih berpaksikan wang ringgit semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Hakikat ini mungkin boleh diterima oleh segelintir karyawan filem. Tetapi bagi mereka yang memperjuangkan filem bermaruah, isu ini sebenar sememangnya telah menjadi barah yang semakin membengkak dan busuk. Hakikatnya kita banyak menerbitkan filem busuk.

Untuk melihat sebuah filem yang layak digelar filem sebenar semakin sukar lantaran kebanyakan pembikin filem lebih mementing soal keuntungan daripada memperjuangkan bidang seni.

Enggan menyalahkan mana-mana pihak sudah ada gelombang penggiat filem yang berani bersuara tentang perkara ini. Apa yang dikatakan oleh Iedil Putra, Amirul Affendy dan Megat Shahrizal ada kebenaran tatkala menyentuh tentang perkara berkenaan.

Bagi Iedil Putra, dia tidak melihat industri perfileman tempatan ‘menyediakan’ ruang yang baik buat mereka yang mahu berkarya lantaran lambakan filem-filem yang kurang berkualiti.

“Kalau kita lihat sebelum ini sudah ada gelombang baru yang datang ke dalam industri filem kita. Lihat kembali filem-filem arahan Yasmin Ahmad misalnya, sudah ada gelombang baik yang dibawa ketika itu.

“Bila Yasmin meninggal, hilang sedikit gelombang pembikin filem sebenar. Mungkin kita dapat lihat filem seperti Bunohan dan Songlap menunjukkan sisi lain yang boleh kita banggakan.

“Bila masuk panggung orang kita pula tak mahu menonton. Walaupun tak banyak kutipan tapi filem macam ini diiktiraf di luar negara. Ramai orang luar yang berbangga dengan produk yang kita hasilkan.

“Untuk terus kuat kita tak boleh lemah dengan hal-hal macam ini. Selagi penonton ada, ada platform untuk berkarya semua itu tak jadi masalah besar pada orang industri," kata pelakon filem Ngorat ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara berkenaan, Amirul yang popular dengan filem Bunohan tidak menafikan yang perasaan ingin dihargai begitu menebal dalam sanubarinya.

Namun perkara berkenaan sukar untuk dirasai memandangkan kebanyakan penonton kita enggan melihat sebuah karya yang sepatutnya mereka angkat ke tempat tertinggi.

“Perasaan sedih itu ada tapi nak buat macam mana. Kita berlakon nak orang hargai tapi ada kala orang macam tak hargai sahaja. Saya faham orang selalunya nak buat duit semata-mata. Nak buat duit tak apa tapi tolong jangan tinggalkan najis pada orang lain pula.

“Mereka sogok industri kita sampai orang lain kena ikut arus tersebut. Habis macam mana dengan yang lain? Kalau yang disogok itu baik, baiklah pada keseluruhan. Tapi kalau sebaliknya?

“Sebab itu kita kena cari satu resolusi baru dalam soal ini. Jangan terus merosakkan industri yang berapa besar ini lagi," pinta Amirul lagi.

Bagi Megat Shahrizal, dia mengumpamakan pembikin filem sebagai ibu bapa kepada anak-anak. Baiknya ibu bapa, maka baik juga apa sahaja yang diterima oleh anak-anak.

“Mungkin ada yang tak faham dengan istilah itu. Sebagai ibu bapa takkan kita nak sumbat mulut anak-anak kita dengan makanan yang sama sahaja. Contohnya makanan segera, sedap tapi tak berkhasiat.

“Kita kena bagi anak-anak kita makanan lain yang juga. Yang lebih enak, berkhasiat dan yang penting baik. Sama juga hal dengan industri filem tempatan, jangan sogok dengan filem yang sama.

“Kita kena hasilkan filem yang di luar jangkaan walaupun tak ada bajet yang tinggi. Masih ramai orang di luar sana yang nak buat ‘filem yang betul’ tak syok sendiri.

“Apa yang penting sistem dan kualiti yang betul. Kalau kita wujudkan satu sistem untuk mengawal kualiti filem, tidak mustahil pada satu tahap filem kita akan menjadi lebih baik daripada apa yang telah kita hasilkan sekarang," katanya lagi.

Apa-apa pun yang terjadi seharusnya penggiat filem tempatan bersatu dalam soal ini. Seperti mana yang dikatakan Iedil lagi, sekiranya penyatuan ini dapat dilaksanakan tidak mustahil gelombang baru wujud dan mampu pergi jauh.

SUMBER

7 Apr 2013

Result Poll 9 : Mamat Khalid


Para pelawat PF diberi tempoh sebulan bagi mengundi filem-filem Mamat Khalid yang dianggap terbaik oleh mereka. Dan keputusan mengatakan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah :


dianggap terbaik dengan undian 35%. 

Lain-lain keputusan :

Rock Oo : Rimba Bara Kembali - 25%
Man Laksa - 12%
Rock - 9%
Zombie Kampung Pisang - 9%
Kala Malam Bulan Mengambang - 6%
Lang Buana, Estet & (Husin, Mon & Jin Pakai Toncit) - 0%


4 Apr 2013

AMOUR : Inilah Hidup


Genre : Drama (Austria)
Arahan : Michael Haneke
Pelakon : Emmanuelle Riva, Jean-Louis Trintignant
Tahun : 2012
Rating : 4/5 


"Cinta" itulah judul yang diberi. Setelah memenagi Palm D'or Di Cannes 2012, PF memang ternanti-nanti untuk menonton filem ini, walaupun setelah menonton trailernya, ia sejenis filem perlahan yang akan membuat anda mengantuk. Apatah lagi dua orang warga emas yang menjadi pemerannya. Dan apatah lagi ianya hanya berlatarbelakang di dalam rumah atau lebih terperinci lagi di dalam apartment yang mereka tinggal. Amour mengisahkan percintaan sepasang suami isteri yang lanjut usia meniti hari-hari terakhir mereka yang tiada apa lagi untuk dikejarkan. Ianya cinta, sepertimana ungkapan janji sepasang kekasih muda yang ingin menyulam cinta hingga ke hujung nyawa. Cinta yang indah hingga ke penghujung usia, maka ini wajar dilihat oleh warga muda bagaimana ianya digambarkan, adakah sanggup menjaga isteri yang diserang strok tatkala diri tidak berupaya? Strok di sini bukan kepada pembalasan atas dosa yang dilakukan di awal cerita seperti mana kebanyakan drama yang mahu mengajar. Dalam satu hal lain, wajarkah Haneke menulis filem cinta tetapi merosakkanya sendiri? Adakah dengan 'merosakkanya' itu juga tanda cinta juga?

Mengapa filem sebegini banyak mendapat pengiktirafan dimana-mana? Bukankah 'senang' untuk membikin filem sebegini? Jika begitu, tak payahlah Dain Sain bersusah-payah memikir jalan cerita si pembunuh upahan dan adik beradiknya menangani isu keluarga untuk merebutkan anugerah tertinggi di Oscar, ataupun orang membina rakit merentasi lautan Pasifik untuk membuktikan sesuatu seperti dalam filem Kon-Tiki yang juga Top 5 Foreign Language. (JIKA dipandang dari sudut "mereka tidak berpaksi kepada anugerah yang sama dan bukan anugerah yang dikejar"). Adakah dengan nama Michael Haneke sendiri membuat karya ini dijulang walaupun isinya hanya itu saja? Atau adakah lagi lapisan kedua yang tidak dapat dilihat lalu membutakan mata untuk mengadili karya ini? Walaupun begitu, keperitan yang dilalui oleh Anne (Riva) ternyata melangkaui Naomi Watts (Impossible) dan Jennifer Lawrence (Silver Lining Playbook), malahan teringat PF satu watak lelaki yang menghidap strok dalam Poetry. Eh, dalam A Separation juga ada yang menghidap strok iaitu bapa pelakon utama itu. Filem terbaik dan strok seakan seiringan pulak, petanda tu.

Amour adalah tentang kesengsaraan dan kehidupan selepas cinta. 

Review panjang lebar boleh baca di SINI

29 Mar 2013

Cacamarba : Stoker & Sembunyi : Amukan Azazil (Edited)



Genre : Drama (Psyco)
Arahan : Park Chan-wook
Pelakon : Nicole Kidman, Mia Wasikowska, Matthew Goode
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5 



Dari pengarah Korea yang pernah mengarah filem Old Boy. Pengarah Korea ni dah sampai ke Hollywood ek. PF ada menonton Old Boy tu tapi tak habis sebab hilang minat dipertengahan jalan. Kalau anda minat Funny Games oleh Haneke, anda mesti minat filem Stoker. Sangat provoking dan membuat anda geram dengan watak pyscho Charles Stoker iaitu adik ipar kepada Evelyn Stoker (Nicole). Banyak pertanyaan bermain diminda, dan penonton diberi jawapan dipenghujung drama mainan Charles. Lakonlayar yang menarik! Ianya ada sentuhan arthouse, adakalanya ianya bosan tapi boleh diterima, bermaksud, slow tapi boleh layan, tak macam Warm Bodies yang PF tonton separuh jalan juga. Ada beberapa benda yang masih menjadi tanda tanya dan PF kurang memahami serba sedikit. Arrghh selepas itu PF berjaya lupakannya, malas nak pikir sangat. Secara keseluruhannya, sebuah lagi drama yang memurungkan kehidupan manusia.



Genre : Seram
Arahan : Khabir Bhatia
Pelakon : Diana Danielle, Umi Aida, Remy Ishak, Sharnaaz Ahmad
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5 


-Updated-

Kalau PF komen pendek-pendek ni maksudnya, tak tahu nak tulis apa, tetapi masih jugak nak kongsi sedikit berkenaan filem seram pertama Khabir Bhatia ni. Jika anda nak diperanjat-peranjatkan macam filem Jangan Pandang Belakang dan sebagainya, lupakanlah. Filem ini bukan seram sebegitu tetapi lebih kepada jalan cerita yang dititikberatkan. Pada dasarnya ia seram alternatif bagi hantu-hantu yang pernah terlayar dipawagam Malaysia, sekurang-kurangnya takde lagi hantu macam dalam Puaka Tebing Biru, tak pun Momok Jangan Cari Pasal..kuikui. Ada masa PF suka dan ada masa tak suka dalam Sembunyi. Yang disukai adalah 'misteri'nya terutama babak Sheila Rusly. Kurang dalam awalan cerita bla-bla-bla. Tiada masalah dengan penampakan Azazil itu. Ia mengingatkan PF kepada filem Jeepers Creepers, tapi harus diingat, ianya 2 jenis makhluk berbeza. Menonton filem Diana Danielle seperti Jiwa Taiko dan Magika, tetapi entah macam mana, setakat ini masih tidak terpesona dengan lakonannya, kecuali ...Dalam Botol Diana memberi persembahan hampir meyakinkan. Harap-harap filem Hanyut beri sinar yang terselindung dari kacamata PF ni. Itu pun, Hanyut mendapat review yang kurang memberangsangkan di Festival Filem Asean di Singapore kelmarin (baca SINI). 

Setelah menonton kali kedua atas tajaan rakan, PF mengubah sedikit persepsi terhadap filem ini dan memberi 3.5 dari 3 yang asal, kerana baru 'terasa' filem ini dan sentuhan muzik latar sangat bagus. Tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Hehe..


28 Mar 2013

Wakil Malaysia di AIFFA 2013 & Senarai Calon Akhir - Updated


Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) akan berlangsung dari 28 hingga 30 Mac ini di Sarawak.

Filem-filem tersenarai dalam Anugerah AIFFA 2013 ini akan merebut 16 kategori anugerah seperti filem, pengarah dan pelakon terbaik. Selain itu, filem yang mencerminkan konsep sebenar Asia Tenggara akan membawa pulang anugerah paling berprestij iaitu 'Asean Spirit Award' seiring matlamat asalnya memberi pengiktirafan kepada filem mencatat pencapaian cemerlang di rantau Asean.

AIFFA 2013 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Sarawak dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia), serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Filem Malaysia diwakili oleh 9 filem iaitu :










Sumber : Media Hiburan

Menurut page FB Bunohan, Bunohan juga turut serta dalam AIFFA.



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Filem Terbaik ada 3 Kategori : Drama, Aksi & Komedi.

1. Best Screenplay
  • Bunohan - Malaysia
  • Songlap - Malaysia
  • Rectoverso - Indonesia
  • Batas - Indonesia
  • Rayya - Indonesia
2. Best Film Editing
  • Sta Nina - Philippines
  • Songlap - Malaysia
  • Chow Kit - Malaysia
  • Taxi! Taxi! - Singapore
  • Sang Martir - Indonesia
3. Best Film Photography
  • Bunohan - Malaysia
  • Songlap - Malaysia
  • Rayya - Indonesia
  • Kayan Beauties - Myanmar
  • Batas - Indonesia
4. Best Supporting Actor
  • Bugoy Carino - Alagwa - Philippines
  • Tio Pakusadewo - Sang Martir - Indonesia
  • Chua Jin Sen - Taxi! Taxi! - Singapore
  • Lenny Ooi - Kepong Gangster - Malaysia
  • Piet Pagau - Batas - Indonesia
5. Best Supporting Actress
  • Acha Septriasa - Rectoverso - Indonesia
  • Normah Damanhuri - Songlap - Malaysia
  • Anita Linda - Sta Nina - Philippines
  • Henidar Amroe - Sang Martir - Indonesia
  • Rose Mary - Kayan Beauties - Myanmar
6. Best Actor
  • Shaheizy Sam - Songlap - Malaysia
  • Jericho Rosales - Alagwa - Philippines
  • Gurmit Singh - Taxi! Taxi! - Singapore
  • Reza Nangin - Cinta Tapi Beda - Indonesia
  • Tio Pakusadewo - Rayya - Indonesia
7. Best Actress
  • Marcella Zalianty - Batas - Indonesia
  • Titi Sjuman - Raya - Indonesia
  • Alessandra de Rossi - Sta Nina - Philippines
  • Lisa Surihani - Istanbul Aku Datang - Malaysia
  • Jojo Goh - Feb 29 - Malaysia
8. Best Foreign Film (from outside ASEAN)
  • The Down Home Alien Blues - USA
  • Chinaman's Chance - USA
  • Beyond Redemption - USA
  • Attahasa - India
9. Best Picture - Comedy
  • Taxi! Taxi! - Singapore
  • The Kidnappers of Ronnie Lazaro - Philippines
  • Istanbul Aku Datang - Malaysia
  • Ada Apa Dengan Rina - Brunei
10. Best Picture - Drama
  • Bunohan - Malaysia
  • Songlap - Malaysia
  • Atambua 39 Degree Celsius - Indonesia
  • Sta Nina - Philippines
  • Rayya - Indonesia
11. Best Picture - Action
  • 8 Jam - Malaysia
  • Kepong Gangster - Malaysia
  • Sang Martir - Indonesia
12. Best Director
  • Dain Iskandar Said - Bunohan - Malaysia
  • Effendee Mazlan and Fariza Azlina Isahak - Songlap - Malaysia
  • Riri Riza - Atambua 39 Degree Celsius - Indonesia
  • Viva Westi - Rayya - Indonesia
  • Emmanuel Quindo Palo - Sta Nina - Philippines
The nominees were selected by a 5-man jury panel led by U-Wei Haji Saari of Malaysia. The other members are:
  • Deborah Gabinetti, Bali Film Center director - Indonesia
  • Jack Neo Chee Keong, filmmaker - Singapore
  • Ricky Davao, actor-filmmaker - Philippines
  • U Aung Lwin, actor-filmmaker - Myanmar