24 Aug 2015

Antara The Giants & Hide Your Smiling Faces



THE GIANTS (LES GEANTS) (Belgium)

Arahan : Bouli Lanners
Genre : Drama
Tahun : 2011
Rating : 3.5/5

Terdapat spoiler. Seth (15) dan Zak (13) adik beradik balik ke rumah datuknya yang telah meninggal di pedalaman pada musim panas. Ibunya bekerja di sebagai duta di Sepanyol. Mereka berkenalan dengan Dany budak kampung sebaya dengan Seth. Akibat diabaikan oleh ibunya, mereka kehabisan wang, Seth dan Zack cuba survive dengan menyewakan rumah kepada seorang penagih dan menjual perabut rumah. Dany pula adalah mangsa buli abangnya, Angel. Kisah mereka adalah persaudaraan, persahabatan dan cara meneruskan kehidupan bersama. 

Filem ini dekat dengan alam; hutan, tasik, padang rumput dan sungai. Seperti kebiasaan, pengarah kameranya bermain-main dengan imej-imej ini di awal filem dengan tenang, lalu membawa kita mengikuti perjalanan mereka tanpa rasa tertekan walaupun konflik mereka hadapi adalah keputusan wang yang dianggap pemutus hidup bagi manusia tak kira umur. PF menonton filem ini dua kali kerana pada tontonan pertama tidak berapa fokus lalu tak ingat sangat apa sebenarnya yang ingin disampaikan walaupun ceritanya mudah. Semasa Seth & Zak memandu kereta masuk ke ladang jagung akibat melarikan diri dari polis, beberapa ketika kemudian, Seth memusingkan keretanya (u-turn) dengan shot kamera dari pandangan atas lalu terlihat kesan pokok-pokong jagung dilanggar yang berbentuk U. Oh ya! ini semestinya tanda apa bakal terjadi di hadapan hidup mereka kelak! Dan di sini baru kita dapati, setelah wang hasil menjual perabut itu bukan bakal membawa mereka ke hadapan 'terus'. PF menyangkakan mereka akan lebih selesa dan pulang ke bandar. Rupanya, mereka bertiga pulang semula ke rumah seorang ibu yang pernah menolong mereka kerana terdesak (u-turn). Benarlah, pengarah sudah beritahu awal tentang ini. 

Kadang-kadang, terdapat sesuatu/keputusan yang tidak perlu ditunjukkan/tanpa dialog, tapi imej sebelumnya membayangkan hal terkehadapan. Contohnya, wajah-wajah mereka di zoom (ketika di rumah ibu tersebut), lalu kita di bawa ke babak mereka berjalan di hutan untuk menaiki sampan membiarkan arus membawa mereka entah ke mana kerana end credit muncul selepas gambar air sungai dilajukan  selari arus itu.



HIDE YOUR SMILING FACES (US)
Arahan : Daniel Patrick Carbone
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 4/5

Eric dan adiknya Tommy (9) adik-beradik yang tinggal di suatu kawasan jauh dari bandar dan seperti di sebuah masyarakat lain, berkawan dengan kanak-kanak seusia mereka. Apabila kawan Tommy, iaitu Ian yang terjatuh/sengaja dari sebatang jambatan. itu bukan dunia gelap filem ini. Dunia suram mereka dari mula-mula lagi filem ini bersiaran. Insan-insan ini terkurung dalam dunia yang muram. Kanak-kanak berhadapan dengan kematian rakan mereka yang baru berjumpa sebentar tadi? Bagaimanakah itu? Karya ini menyuruh kita menyelami emosi kanak-kanak dan remaja di kawasan perumahan mereka yang dikelilingi hutan. Bercerita tentang hubungan adik-beradik, rakan sebaya yang tiada apa aktiviti yang dilakukan (3-4 kali aktiviti yang sama dipaparkan ketika masa terluang), mendesak perasaan untuk keluar dari situ. 2 kali usikan Eric terhadap adiknya membuatkan kita rasa benda itu "benar" dan berasa dalam diri Tommy (tolak dari tempat tinggi dan lepaskan ke sungai).

Sebenarnya filem ini membunuh secara diam, permulaan katak/haiwan yang dimakan ular, burung yang mati jadi bahan permainan kanak-kanak dan pistol dan ini semua penyebab untuk kita sembunyikan senyuman? Oleh sebab itu filem ini lebih terasa. Diberitakan ini adalah arahan sulung Daniel Patrick. 


No comments: