5 Jun 2012

2 Filem Yang Maha Tak Faham

Dalam melayari web Sinema Malaysia - www.sinemamalaysia.com.my, kononnya nak buat post Part II bagi 15 Favourite Malaysia Movies [Drama] tetapi bila habis browse mengikut filem-filem yang diterbitkan mengikut abad itu; seperti CONTOH ini, malangnya tak sampai (tambahan) 10 filem yang benar-benar boleh di anggap kegemaran PF. Ada sesetengah yang mungkin PF suka tetapi sudah lupa tentang filem tersebut ataupun tidak boleh dikategorikan sebagai "drama". Jadi tidak adil untuk diletak sebagai 'favourite'  dan "tidak cukup ilmu" terhadap filem berkenaan. Apa yang pasti filem KAMI (1982) dan Sayang Salmah ada dalam "senarai tak siap" tu.

Jadi PF gantikan dengan 2 Filem Malaysia Yang Maha Tak Faham gara-gara nilai seni yang tak tercapai dek akal - yang pernah ditonton sebelum 2012 :

BEAUTIFUL WASHING MACHINE (2005)
Pengarah : James Lee


Menontonnya di pawagam GSC dengan seorang teman selepas mendapat tahu ia menang anugerah di Bangkok International Film Festival. Selepas habis tayangan saja, habis dikutuk oleh teman tadi kerana mengajaknya menonton filem ini. Filem arthouse yang maha perlahan. Bayangkan seorang lelaki memandang mesin basuh yang berputar mengambil masa yang lama. Untuk meneruskan legasinya, James Lee terjun pula ke aliran mainstream supaya filemnya diterima ramai i.e Histeria, Sini Ada Hantu & Tolong! Awek Aku Pontianak.

Review Beautiful Washing Machine by Variety


SEMAN
Pengarah : Mansor Puteh



*Filem ini takde poster kot...

Menonton filem ini bagaikan bukan sebuah filem. Hanya orang tertentu saja boleh faham. Suatu karya pelik dan mempunyai nilai artistik yang tinggi tetapi kalau yang faham tu, mungkin boleh cerna terutama orang yang belajar perfileman. Maklumlah, pengarahnya siapakan? Apa yang PF paling ingat adalah beberapa keping pokok besar yang palsu/kertas dan pelakon Rosnah Mat Aris pakai topi bercermin mata besar. Filem ini adakala hitam putih dan berwarna - ingat-ingat lupa kerana sudah lama menontonnya semasa tayangan percuma di ASWARA (sebelum itu Akademi Seni Kebangsaan). Kesimpulannya, inilah filem Malaysia paling pelik PF pernah tonton (ingat ya sebelum 2012) dan boleh dikatakan PF tidak dapat menerima filem ini. 

Reviewnya boleh baca di SINI, orang yang lebih faham tentang SEMAN. Btw, filem Malaysian Snow apa khabar? 

No comments: