30 Dec 2018

FPF 2018: TOP 10 Malaysia



Pada tahun ini filem tempatan berjaya mempunyai 10 filem yang boleh dikatakan layak dimata PF setelah pada tahun >> 2017 << kurang daripada 10 buah filem. Jika diamati, saban tahun ada turun naik bukan semestinya terdapat 10 filem yang dapat memuaskan hati. 2018 menyaksikan pungutan filem tempatan sangat membanggakan dalam sejarah kerana Munafik 2 berjaya melepasi angka RM40 juta. Dimana Hantu Kak Limah yang 'memulakan' kempen pecah panggung besar-besaran mencecah RM35 juta. Siapa dapat bayangkan itu? Filem Paskal pula memecahkan badi filem ketenteraan yang selama beberapa tahun kebelakangan ini memberi hasil yang memalukan walau pun tidak sepenuhnya memenuhi nafsu tontonan admin. Hantu Kak Limah walaupun boleh dianggap recycle daripada siri Hantu Kak Limah Balik Rumah tetapi ia menghiburkan dan memberi atmosfera baru walaupun sedikit menggunapakai filem luar negara. 2 filem sekuel (Polis Evo 2 dan Gol & Gincu) juga menafikan yang sekuel selalunya kurang menarik. Filem Pulang pula pertama umpamanya tetapi ada kekurangan (klik link pada judulnya untuk review panjang).

Top 5 kali ini sangat sengit kerana sukar memilih yang terbaik kerana masing-masing kuat dengan cerita dan genre masing-masing. Edmund Yeo pengarah Aqerat yang memenangi pengarah terbaik di Festival Filem Tokyo membawa tema imigran yang bukan pertama kali dipapar pada sinema kita. Cuma, admin igin menonton kali kedua jika ada peluang. Tema korupsi dalam One Two Jaga yang diberanikan oleh Nam Ron kerana usahanya beberapa tahun berjumpa dengan PDRM sangat dipuji selain filem itu sendiri mendedahkan sisi hitam polis dengan gaya tersendiri. Filem 'bercakap' Mencari Rahmat pula merupakan filem yang cantik dan tersusun bahasanya memutuskan bahawa kita boleh membikin genre yang jarang dipelopori, tak silap PF sejak Relationship Status. Kita tak akan sangka filem ini boleh membuatkan penonton bergelak sakan sedangkan ia tidak dilakonkan oleh pelawak yang biasa kita kenali. Dukun membawa naskhah seram yang diselangseli dengan drama mahkamah adalah tindakan berani menceritakan kisah benar yang pernah berlaku di Malaysia. Guang boleh dikatakan hampir sempurna dalam konteks filem tempatan sebab semua yang divisualkan cukup indah, kurang rungutan sudah memadai kerana menonton filem Malaysia selalunya kita memaki hamun dalam hati. Pada tahun-tahun mendatang, PF tidak lagi mengulas filem dengan panjang kecuali mungkin satu perenggan (kalau buang tabiat akan tulislah) kerana keadaan telah berubah. Jangan lupa LIKE PerangFilem di Facebook! Jumpa lagi pada 2019. Insyaallah.

8. POLIS EVO 2

7. PULANG

6. PASKAL

5. AQERAT

4. CROSSROADS: ONE TWO JAGA

3. MENCARI RAHMAT

2. DUKUN

1. GUANG

*******************

Filem-filem lain yang ditonton pada 2018:

BUSKER
SURF THIS LOVE
LEE CHONG WEI
KL SPECIAL FORCE
BLOK 404
WHEELY
MUNAFIK 2
RISE: INI KALILAH
LANGSUIR
KALLA
VEDIGUNDU PASANGGE
7UJUH
THE SPIRAL

No comments: