Seringkali masalah bajet untuk promosi menghantui penerbit atau pun pengedar. PF bukanlah mahir tentang balik tabir hal-ehwal yang membabitkan pemasaran, iklan atau promosi bagi sesebuah filem. Pemerhatian ini hanya berdasarkan apa yang dilihat daripada mata kasar saja. Mari kita semak 6 filem Malaysia membuat promosi yang unik atau gempak mengikut turutan. Buat masa ini, hanya ini yang boleh difikirkan. Kalau ada yang lain bolehlah tolong tambahkan tetapi promosi yang gempak-gempak saja.
6. EMBUN 2002
PF ingat lagi promosi filem ini dilakukan di stesen LRT. Sebanyak mana bilangan LRT tak dapat dipastikan tetapi salah satunya adalah di LRT KLCC. Tayangan trailer yang berulang-ulang itu pun kadang-kadang menjengkelkan. Mungkin ada aktiviti berjadual lain yang dibuat juga di situ. Jarang promosi filem dilakukan di stesen kenderaan awam seperti di stesen LRT.
5. PUTERI GUNUNG LEDANG 2004
Filem ini sememangnya ditunggu-tunggu semasa penayangannya akibat pengiklanan yang agresif pada era ia diterbitkan. Seingat PF, iklan-iklan di suratkhabar sangat rancak. Paling ketara adalah poster gergasi yang dipasang di billboard utama jalan-jalan penting di KL.
4. POLIS EVO 2015
Astro Shaw sebagai pengedar mengambil kesempatan untuk menayang iklan-iklan dan apa saje istilahnya iaitu crawler, ticker dan sebagainya di rangkaian channel ASTRO. Selain itu, poster gergasi juga dipasang di billboard termasuk di lebuhraya antaranya di Tol Sungei Besi.
3. OLA BOLA 2016
Astro Shaw sebagai produksi filem ini sememangnya adalah kelebihan apabila promosi secara besar-besaran di rangkaian TV Astro di samping poster billboard di jalan-jalan utama di KL.
2. LELAKI HARAPAN DUNIA 2014
PF sangat tabik dengan usaha promosi filem ini. Oleh kerana terbitan filem ini tiada kaitan dengan syarikat gergasi, tetapi ianya dibuat bersungguh-sungguh. Sebut saja, poster mega di billboard pada jalan-jalan di KL dan poster di tangga stesen LRT. Paling aktif adalah media sosial melalui Facebook yang mengemaskini festival-festival yang disertai di seluruh dunia dan hal-hal lain secara atas talian. Tak cukup dengan itu, peraduan juga diadakan kepada pengikut Facebook dengan hadiah yang lumayan seperti telefon bimbit, bag, poster dan sebagainya.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
1. DUA ALAM 2010
Ini juga filem yang tiada kaitan dengan syarikat gergasi tapi usahanya boleh dipuji. Iklan di suratkhabar Kosmo (jika tak silap) yang disertakan wajah penerbit iaitu Dr. Rozmey bergentayangan di mukasurat akhbar itu hampir setiap hari. Tak ketinggalan di Facebook beliau turut mempromosi secara besar-besaran. Juga mendapat publisiti meluas di media cetak yang lain. Iklan di radio utama turut menjadi pilihan. Apa yang penting, ramalan berpuluh juta dihebahkan tanpa segan silu. Satu impian yang besar. Tabik! lol
Kredit : carlsamsudin blogspot |
No comments:
Post a Comment