Berikut adalah TOP 10 filem MALAYSIA bagi tahun 2015. Menurut PF, pada tahun 2015, lanskap perfileman sangat suram. Pada 2012 PF hanya menyenaraikan 8 SAHAJA, kali ini agak rasa berbaik hati untuk meletakkan 10 walaupun ada filem yang tidak berapa kuat untuk dimasukkan. Terdapat satu filem iaitu River of Exploding Durians terbitan 2014 tetapi telah ditayangkan di Malaysia pada 2015 secara kecil-kecilan/bukan komersial akibat isu sensitiviti tetap diambilkira untuk memberi lebih kepelbagaian/saingan dan genre yang perlu diperhatikan.
Terdapat pengkarya yang bercita-cita dan harapan besar tetapi malangnya hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Sisa-sisa filem gangster makin berkurangan pada tahun ini. Manakala, filem-filem tipikal MIG dan juga hantu masih bernafas di pawagam. Jika dilihat dari senarai ini, kepelbagaian tema oleh pengkarya yang berani, ada sesetengahnya asli. Bagi sesetengah orang mungkin dapat menyenaraikan dengan mudah pilihan mereka. Walaupun begitu, sehingga ke satu tahap sukar juga hendak buat pilihan. *Klik TAJUK filem untuk ulasan.
10. JWANITA. Dir, Osman Ali
Nota tambahan: benci dengan filem ini. Hanya boleh appreciate babak Maya Karin menjadi ganas saja sebab kita jarang ada filem gore sebegini.
9. JUVANA 2. Dir, Faizal Ishak
Agak kurang menggemari filem ini sebenarnya. Malah terdapat 2 lagi filem yang bersaing tempat dengannya. Satu filem tu, jalan cerita smooth tetapi tak menarik, Satu lagi filem seram. Ianya seram dibeberapa bahagian tetapi keseluruhannya adalah teruk. Maka, filem ini dikira baik sebagai sekuel seterusnya. Miscast adalah antara kelemahan filem ini.
8. JENDELA. Dir, M. Subash
Reviu pantas: Filem bisu eksprimen oleh M.Subash ini boleh dikatakan berani. Dari lambakan filem hantu terutama jenis paranormal atau footage, beliau tak ingin mengikut trend. Sememangnya ia jauh dari sempurna tetapi memberi warna dalam masa sama memberi mesej walapun itu tidak semestinya dalam dunia sinema.
7. REMBAT. Dir, Syamil Othman
6. VILLA NABILA. Dir, Syafik Yusoff
5. POLIS EVO. Dir, Ghaz Abu Bakar
4. NOTA. Dir, Yasu Tanaka
3. LOVE, SUPERMOON. Dir, Wan Hasliza
2. JAGAT. Dir, Shanjey Kumar Perumal
Reviu pantas: Bagi filem Malaysia ianya jarang dibikin. Menyentuh sosioekonomi, budaya dan pendidikan masyarakat India pada satu tempoh masa. Kuat dengan paparan visual dan sinematik. Watak Apoi jarang diperlihatkan di skrin kita, tetapi dunia ianya sudah biasa. Namun, filem ini perlu diraikan oleh semua masyarakat tak kira bangsa. Merupakan penanda aras bagi filem berbahasa Tamil tempatan setakat ini.
1. RIVER OF EXPLODING DURIANS. Dir, Edmond Yeo
BANGUNAN
JENGKA
PILOT CAFE
SELFIE SUARA KUBUR
IKAL MAYANG : TERPENDAM (Filem omnibus ASEAN)
GAMATISME
ROMEO KOTA
JEJAK WARRIORS
BRAVO 5
KAPSUL