15 Aug 2013

Watak Nyah Oleh Jantan Yang Tak Menjadi!

Haha meletop tak tajuk? Selepas menonton Lemak Kampung Santan semalam, PF tergerak hati nak menulis entry pasal pelakon lelaki yang melakonkan watak lelaki lembut/nyah. Bukan apa, hari demi hari, seorang demi seorang pelakon lelaki yang teringin pulak mencabar diri melakonkan watak sebegini bagi memenuhi repertoire mereka (harap betullah penggunaan repertoire kat situ) walaupun tak semuanya menjadi.

Jangan tipu, korang-korang ni pun ramai yang suka watak camni, tengok sajalah Karoot Komedia atau Maharaja Lawak, penonton bukan main seronok bila Abon atau Zizan menggelitik jadi perempuan. Mari kita tengok siapa antara mereka yang gagal membawakannya dalam FILEM. Ini tak dikira watak yang 'berlakon dalam berlakon' menjadi seperti itu contohnya dalam filem Bujang Terlajak dimana Saiful Apek, Nabil, Johan berpakaian wanita untuk sesuatu tujuan. Lagipun PF tak tonton filem tu.

10. Rusdi Ramli sebagai Ari, pewaris saka & pekerja pejabat - Waris Jari Hantu (2007)

Sebenarnya, dalam ramai-ramai inilah yang boleh dikatakan menjadi, walaupun tidaklah sempurna. Dan watak inilah yang paling rumit dan berat bagi watak transgender dalam filem melayu (ada lain? Bukak Api dipandang dari sudut berbeza - di sini menceritakan lelaki benar, bukan pelakon memang pondan di luar filem). 


9. Shy8 sebagai Usop Wilcha, bekas penari kebudayaan - Trilogi filem Kg. Pisang (2007, 2010, 2013)


Secara umum, Shy8 kelihatan natural dalam pembawakan wataknya. Seorang yang mendapat badi penari, ianya seakan mudah bagi Shy8 hanya sedikit lenggok tangan dan gerak tubuh, mimik muka dan tagline yang mantap. 


8. Arja Lee sebagai Ruby, transgender yang berada dalam dilema - ...Dalam Botol (2011)

Ruby bukan seorang trans yang huha-huha. Lakonan seakan sudah 'dicetak' khas untuk filem ini. Tidak bagi kepuasan sepenuhnya kerana mungkin Ruby sebegitu, jadi ke'LGBT'iannya kurang walaupun telah memotong anu. Lagipun, ada ke yang dah potong anu tapi takde 'nasi lemak'? Walau bagaimanapun cubaan baik dari Arja yang pertama kali berlakon sebagai peneraju utama.



7. Khir Rahman sebagai pemaju projek - Lemak Kampung Santan (2013)


Watak Khir sebagai lelaki lembut yang berjawatan sebegini agak jarang diberi dalam layar perak. Pada mulanya agak janggal bila dia cuba mengungkap 'tolongla...' yang cuba menjadi klise untuk menjadi trademark sedemikian. Wataknya tidak keterlaluan dan cuba bersederhana di keseluruhan filem dan boleh dikatakan average tapi kadang-kadang nampak dibuat-buat. 


6. Salleh a.k.a Sally sebagai penduduk kampung - Geng Pengembaraan Bermula (2009)

Dalam mengumpul pelakon lelaki untuk buat carta ini, tak ramai pulak, yang ramai adalah pelawak-pelawak dari Astro dalam program-program TV mereka. Jadi, oleh kerana Sally ada versi filem bolehlah dimasukkan kat sini. Mungkin Sally pun kurang menjadi sebab suaranya masih keras.


5. Harun Salim Bachik sebagai pramugari Redo Airways - Lawak Ke Der 2 (2013)

Hanya kostum saja yang menyelamatkan watak pramugari. Bahasa tubuh dan lenggok suara masih kurang dengan watak, tetapi tetap menghiburkan.


4. Afdlin Shauki sebagai pramugari Redo Airways - Lawak Ke Der 2 (2013)

Begitu juga dengan Afdlin, hanya kostum saja yang menyelamatkan watak pramugari. Bahasa tubuh dan lenggok suara masih kurang ditambah dengan janggut sekali. Begitu juga dengan kostum Datin dalam filem ini. Walau bagaimanapun lawak Boboi ini tak mengecewakan. 


3. Afdlin Shauki sebagai pengurus artis - Diva Popular (2006)

Gaya seorang pengurus artis yang tipikal dengan gaya rambut yang ranggi tetapi belum cukup dan hampir dilupakan, ya lah watak sampingan saja kot.



2. Rashid Salleh sebagai kawan kepada Ari - Waris Jari Hantu (2007)


Sebagai Ah Meng - lelaki cina kawan kepada Ari dalam Waris Jari Hantu masih kasar dalam kelakuan dan tutur kata. Mungkin pengarah mahukan sedemikian tapi agak buruk rupanya ditambah badan yang sasa. Haha.


*

*

*

*

*

teka siapa?

*

*

*

*

*

*

1. Awie sebagai pemilik butik - Apa Kata Hati (2008)

Korang sangka tak Awie? Adoi, kalau nak bawa watak macam ni, kenapa ada janggut dan di trim pulak? Kalau filem luar tu sanggup botak kepala la, kuruskan badan la untuk menjayakan sesuatu watak. Bukan la nak suruh Awie kuruskan badan untuk watak ni cuma nampak geli hahaha... lakonan pun masih keras. Sebagai penyanyi rock bukan alasan memandang enteng amanah yang diberi. Teringat lakonan Zamarul Hisham dalam sketsa hari raya beberapa tahun lepas di TV3. Macam tu lah, sampai dia sendiri pun malu nak tengok diri dia dalam sketsa tu katanya dalam satu artikel.




Ok lah, untuk suka-suka ajer! kuikuii...


3 comments:

Hady Abd Hamid said...

Dah agak mesti Awie first...haha..kelakar tu ye lah, tapi tak menjadi langsung nak jadi nyah tu...haha

PerangFilem said...

kan... kelakor ye lah..

Unknown said...

Sbnrnye ni agenda illuminati sebab salah satu syarat artis nak terkenal ialah kene ade watak pondan..