Genre : Drama
Arahan : Nik Amir Mustapha
Pelakon : Redza Minhat, Cristina Suzanne, Harun Salim Bachik.
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5
Ada spoiler. Kalau belum tengok jangan bacalah.
Jangan gelak baca komen PF ni ok haha. Apa nak cerita ek.. Mula-mula sekali poster KIL sangat 'memanggil'. PF suka lapisan yang dibawa dalam filem ini. Di mana 3 penulis KIL, Rewan Ishak (Pasport Ekpres), Nik Amir Mustafa dan (sorang lagi tak ingat, maaf), di mana mereka cuba mengira untung nasib filem KIL sendiri secara terus kepada penonton melalui filem yang sama tema iaitu Hari Tanpa Esok. Ironinya, kenapa Akil sendiri tak menonton filem tu? Adakah kita juga mewakili Akil (yang disuruh oleh LAB) untuk cuba 'menikmati kehidupan' dengan menonton seperti mana dalam KIL? Begitu juga dengan Johan Iskandar - pengarah Hari Tanpa Esok yang cuba memasukkan sedikit kisah dirinya ke dalam filem namun dinafikan apabila disoal wartawan, lantas mengkritik nasib karyawan Nasir Jani dan Hanif .... (tak ingat nama lagi) tu.
Secara jujurnya, agak kurang suka dengan pembayang-pembayang yang menunjukkan siapa sebenarnya Zara. Dan kurang enak Zara ada kaitan dengan LAB. Tak tahu kenapa, itu semua buat filem ni senang untuk cepat kita tangkap, lalu pengakhiran yang tidak seperti kita harapkan. Ya, memang mula-mula Zara seperti suatu harapan, tetapi bagi penonton seperti PF, nak yang lebih misteri dari itu dihujungnya. Ianya seakan 'sampai' pada satu tahap tetapi dihampakan kemudiannya. Tapi tak mengapa, PF percaya menonton KIL adalah suatu yang baru. Ia bukan Yasmin Ahmad, ia bukan James Lee, malah jauh sekali Eyra Rahman. Ianya Nik Amir. PF tidak menonton filem apa tu, Eternal Sunshine..., I Hired A Contract Killer, dan tak pasti apa kesamaannya, tetapi ada menonton Taste Of Cherry (1997) - pasal bunuh diri juga yang berjaya menempatkan 5 filem terbaik PF pada 2012. Taste of Cherry berjaya melindungi misteri sehinggalah pelakon utama itu baring di dalam lubang. Walaupun pasal bunuh diri, Akil nampak selamba dan tekanan itu tidak dirasai sangat. Mungkin kata orang filem ini pasal feel good movie tentang suicide, tak terlalu murung situasinya. Tambahan pula ada suntikan romantik komedi kat situ. Rasanya, punca dia ingin bunuh diri tidak terlalu kukuh, tetapi siapa tahu kita bukan ditempat dia kan? Apa yang dirasa hanya orang tu saja yang merasai dan penulis skrip mungkin terhalang dengan peraturan-peraturan tertentu.
Terdapat beberapa babak yang akan mengelirukan penonton pada awalnya terutama melibatkan ahli keluarga Akil iaitu adiknya, Shahir dan ibunya, nasib baik ia di'pecahkan lubang' dengan mudah dan penonton tak perlu berkerut dahi untuk paham semua tu. Lagi satu, kata Harun, Zara tiada kaitan dalam kes Akil, adakah kebetulan Zara terjumpa Akil? Rasanya tidak, jadi bagaimana Harun boleh berkata begitu? Persoalan bagaimana wujudnya syarikat LAB boleh dianggap suatu 'tempat' saja untuk filem ini bercerita dan tidak mungkin boleh wujud direaliti kot. Idea LAB yang dikatakan hanyalah sebenarnya untuk menyelamatkan mereka yang ingin bunuh diri rasanya tak praktikal sebab, jika pesakit berjaya diselamatkan pasti si pesakit boleh hebahkan perkara itu kepada umum. Selepas itu, adakah Akil ditunjukkan menandatangani sebarang perjanjian agar semuanya rahsia dan perkara-perkara yang melibatkan undang-undang selepas kes ini 'selesai'? Hanya di awal saja perlu isi borang maklumat peribadi dan tidak boleh dibatalkan 'urusniaga'. Jadi, terima saja kisah ini seadanya.
PF tak sentuh filem ni pasal kehidupan bla..bla..bla dan moral filem ni. Rasanya semua dah paham dan paham sendiri je kesimpulannya hehehe. Inilah salah satu gelombang baru dalam perfileman kita. Kita mahu ramai lagi karyawan dan orang balik tabir seperti ini. Walaupun ada yang kurang puas hati dalam filem ni, tetapi pengarahnya berjaya buat satu trademark yang baik bagi karyanya.

7 comments:
Perbezaan rating hanyalah perkara ranting.
Jemput ke review sahaya dari sudut falsafah bahasa :)
Review Filem KIL 2013 : Falsafah Bahasa Akil dalam KIL
http://zaimterbang.blogspot.com/2013/05/review-kil-2013-falsafah-bahasa-akil.html
OK terima kasih
"..jika pesakit berjaya diselamatkan pasti si pesakit boleh hebahkan perkara itu kepada umum."
Niat ingin membunuh diri itu suatu keaiban sebenarnya - kalau benar LAB wujud, saya tak fikir ramai orang mahu mendedahkannya?
Ini mengingatkan kita akan kewujudan eksperimen di dalam the Incite Mill =)
Apapun, sama-sama kasih!
jika bukan si pesakit yg menyebarkan tentu ada org lain yg sebarkan secara senyap e.g org sekelilingnya mungkin. apatah lagi dlm dunia tanpa batas skrg. dan pada masa itu, adakah org kompeni sprt ni akan dibiar wujud? sekadar pendapat :) ..sama2
LAB mampu 'hidup' di Malaysia. -personal opinion.
scene zara dipertemukan dengan akil dalam train (masa akil jeling, zara jeling)rasanya zara cuba stalk makcik jazmine tu. dia duduk sebelah kil masa tu. akil jumpa zara is a coincidence - personal opinion, lagi.
yeah mmg perasan scene dalam bas tu, Jasmine ada dlm bas gak tp tak perasan si Zara stalk Jasmine. Kebetulan 1 - Zara & Akil dlm 1 bas yg sama.
Kebetulan lagi, duduk 1 flat yang sama.
Kebetulan lagi, Zara/Akil & LAB.
Yes..at first we thought zara watching akil..
But..oh...shes watching mrs jasmine..
And she ddnt knew akil...at the vry 1st...
Post a Comment