9 Dec 2011

Cacamarba : The Reader, Changeling & Talentime

Ulasan 3 filem bergenre drama berikut adalah diambil dari Facebook peribadi PF ketika zaman mengulas (kononnya) filem di Facebook. Sebab itu masih menggunakan kata diri 'aku'...

(Tidak dipertandingkan di FPF 2011).



The Reader memang berasap. Walaupun pernah melihat Kate yang nude dlm filem sebelum ini dalam Holly Smoke tapi aku tak paham sgt lalu kebosanan melanda. Berbeza dengan Kate yg menang Pelakon Wanita Terbaik dalam Oscar baru2 ini dia menjalinkan hubungan dengan lelaki remaja berusia 15 tahun! Maka terpaparlah adegan panas di babak awal 1 jam cerita. Terkejut juga beb. Entah mengapa 3 filem pencalonan Oscar yg aku tonton kali ini karyanya ada unsur flashback iaitu Slumdog, Benjamin Button dan The Reader. Kisah selanjutnya kemudian mereka terpisah kerana Hana (Kate) telah di naikkan pangkat dari bekerja sebagai konduktor tren (mcm konduktor bas) dan bekerja di dalam pejabat syarikat yang sama lalu berpindah tanpa memberitahu kepada skandalnya iaitu Michael yang kadangkala memberi masalah kepadanya.

Beberapa tahun kemudian mereka 'berjumpa tetapi tidak bersua muka' di dalam mahkamah di mana Michael menjadi pelajar undang2. Di mana Hana menghadapi tuduhan membunuh 300 orang yahudi yang di kurung dalam gereja.

Kenapa filem ini diberi nama The Reader? Kerana Michael akan membacakan buku cerita kepada Hana selepas dan kadangkala sebelum mereka 'bersama' di mana penonton tidak tahu bhw Hana adalah buta huruf yang akhirnya di bongkarkan di akhir cerita. Tak menyesal tgk dan review dari blog2 memang membantu.

Dan pengakhiran yang sadis.


3/5




Filem kisah benar yang berlatarbelakang tahun 1920an di Los Angeles mengisahkan Christine Collins (Angelina Jolie) yang mendapati anaknya (Walter Collins) hilang ketika pulang bekerja. Pihak polis LAPD berjaya menjumpai anaknya yang hilang itu selepas 5 bulan. Walau bagaimanapun Christine mendapati budak yang dijumpainya itu adalah bukan anak kandungnya tetapi seakan-akan serupa bentuk fizikal anaknya yang sebenar. Budak itu telah di latih supaya mengaku dirinya adalah Walter Collins dan menghafal alamat rumah.

Pertama, naluri ibu mmg kuat mengatakan itu bukan anaknya. Suatu hari Christine mendapati anaknya itu "bersunat" sedangkan Walter tidak. Tinggi budak itu pun lebih rendah daripada anaknya. Polis LA yang telah korup itu memasukkan Christine ke hospital gila dan mendapati terdapat wanita lain juga yang tidak bersalah di masukkan ke situ.

Berjayakah Christine keluar dari hospital itu untuk menuntut pembelaan? Berjayakah dia berjumpa dengan anaknya semula?

Filem ini sederhana dan pacing tidak terlalu slow dan tidak juga bosan. Malah aku tertarik untuk menonton sehingga habis bukan macam Curious Case of benjamin Button tu.



3.5/5



Ini barulah yang dinamakan ‘filem Malaysia’. Puas menunggu karya Yasmin setelah Gubra kerana Muallaf tak lepas Finas/LPF, naskhah kali ini seperti Sepet dan Gubra di mana cinta menjadi objek utama dilingkari dengan sindiran Yasmin tentang masyarakat majmuk di negara tercinta ni. Di sampaikan dengan cara Yasmin kadangkala tidak sesuai bagi sesetengah movie goer kat Malaysia. 

Menonton Talentime umpama menonton mini dokumentari bangsa India yg kadang kita sendiri tidak tahu adat mereka walaupun mereka berada di sekitar kita. Jadi jangan panik bila anda menonton filem ini ok. Walau bagaimanapun itu hanya 20% sahaja.

Aku tak nak bagi sinopsis kerana aku akan bagi link blogger di bawah. Tapi bagi aku sinopsis kdg kala buat spoil jer. Cukup setakat tahu filem itu pasal apa. 

Sedikit rencah filem ini :

Simbol Datin Melayu yang masih berfikiran sempit ttg penggunaan nama bukan Islam terhadap muallaf serta tidak makan masakan yang di masak oleh orang Cina.

Lambang sebuah ‘keluarga melayu baru’ yang mungkin jarang terdapat di Malaysia. Mungkin itulah keluarga ‘impian’ Yasmin. Lakonan nenek Melur (lakonan ibu Pamela Chong sendiri yang berbangsa Inggeris) yang mmg lucu nampak natural. Tak merepek macam pelawak sekarang. Harmoninya keluarga ini dilambangkan salah satunya dengan dim sum yang dipelajari cara pembuatannya oleh ibu Melur (Mislina Mustafa) daripada 'maid cina' jadi hidangan keluarga itu. 

Murid Cina – KaHoe yang dengki dengan Hafiz dari segi pelajaran dan muzik akhirnya persengketaan yang diselesaikan tanpa dialog tapi dilayarkan dalam adegan yang bijak. 

Filem ini di sulam antara babak2 lucu dan sedih di mana tiba saat kita nak feel mood sedih tapi ‘diganggu’ dengan babak lucu yang kandangkala berunsur lucah. Sehinggakan rasa lucunya menenggelamkan mood sedih (bagi aku la). Apatah lagi lakonan Adibah Noor yang membawakan dialog2 yang selamba tapi melucukan. Tapi penonton cina lelaki sebelah kawan aku menangis teresak-esak. 

Babak paling syahdu aku kira ketika Bhavani (Jaclyn Victor) dan ibunya bertegang leher tentang wanita pilihan abang Bhavani yang berketurunan India Muslim. Dan Babak satu lagi ketika Mahesh meminta keampunan dari ibunya ‘tanpa dialog’.

Pendek kata filem ini sangat Malaysia seperti iklan Petronas si pengarah. Dilayarkan dengan sepatutnya dan wajib tonton dan tidak hairan jika aku menonton buat kali kedua. Kalau nak tonton lawak cara Yasmin dan belum pernah tonton filemnya inilah dia. Aku memang tak pandai menulis.



3.5/5

2 comments:

zhu m said...

talentime adalah filem malaysia pertama saya lihat di pawagam. and i'd do it again if i have the chance.

PerangFilem said...

anda pernah nyatakan hal ini di blog anda kan.....