7 Jan 2012

The Help : Kisah Mereka Dibukukan


Genre : Drama
Arahan : Tate Taylor
Pelakon : Emma Stone, Viola Davis, Oktavia Spencer
Kos : $25 juta
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya : -
Rating : 4/5

Filem yang diadaptasi dari novel bertajuk yang sama The help mengisahkan seorang gadis kulit putih Eugina “Skeeter” Phelan dan hubungannya dengan dua pembantu kulit hitam pada awal 1960an di Amerika. Skeeter seorang jurnalis yang mengambil keputusan untuk menulis buku kontroversi dari pandangan pembantu rumah kulit hitam di Jackson, Missisippi, yang mendedahkan diskriminasi dan masalah antara majikan mereka yang berkulit putih ketika bekerja dengan mereka.

Skeeter terpaksa mengorek cerita berdozen pembantu kulit hitam 
agar bukunya lebih meyakinkan

Ketika awal-awal menonton filem ini saja, PF amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Aibileen ketika ditanya And did you know as a girl growing up that one day you'd be a maid? Dan jawapnnya  “Yes, I did ma’am” seakan telah ditakdirkan dari kecil pekerjaan itu saja yang mereka lakukan dari turun temurun. Inilah yang membuat PF tertarik untuk meniti plot ke plot seterusnya sehingga akhir. Seterusnya “What does it feel like to raise a white child when your own child's at home being looked after by somebody else?

Filem yang ditunjangkan oleh sekumpulan wanita ini meriwayatkan, Aibileen (Viola Davis) yang bekerja dengan Elizabeth yang telah berkeluarga, iaitu kawan Skeeter, wanita pertengahan umur yang telah membesarkan 17 kanak-kanak kulit putih sepanjang hidupnya. Minny Jackson (Oktavia Spencer) pula seorang yang lantang bersuara dan kerap membuat masalah di rumah majikan. Minny berkhidmat dirumah Hilly (kawan Skeeter juga) dan kemudian Celia Foote, seorang yang dipinggirkan oleh Hilly dan kawan-kawannya.

Mereka tak hirau akan perasaan Aibileen 

Berlatarbelakangkan tahun 1960an dimana warna kulit memang menjadi jurang dan dalam masyarakat Amerika, Hilly lah orang yang paling kuat sikap diskriminasinya hingga menyarankan supaya tandas berasingan harus dibina untuk pembantu rumah mereka kerana mereka dipercayai membawa penyakit yang berlainan dengan org kulit putih. Aibileen pada mulanya enggan ditemuramah oleh Skeeter (untuk buku), kerana takut akan musibah menimpa dirinya dimasa akan datang tetapi berubah fikiran kerana Tuhan dan Hilly itu sendiri. Tetapi pada dasarnya dia berbuat demikian kerana tak mahu anak-anak orang putih yang dijaganya nanti apabila besar akan menjadi seperti ibu bapa mereka sekarang. Tetapi secara directnya disebabkan Tuhan dan Hilly itu sendiri.

Hilly (kanan) yang bongkak

Minny pula yang telah dipecat oleh Hilly kemudian berkhidmat di rumah Celia Foote yang dipulau kerana suaminya adalah bekas teman lelaki Hilly dan juga dia dilahirkan dari kalangan working class family. PF memang tak perasan pada mulanya ini adalah Jessica Chastain dari filem Tree Of Life kerana mekap yang berbeza da karakter yang berbeza! Kehadiran Minny dirumahnya bagaikan rahmat buat Celia kerana selain diabaikan oleh mereka, Minny yang pandai memasak telah menurunkan ilmu masakannya kepada Celia selain menemaninya yang bersendirian dirumah ketika siang hari.

Celia Foote gembira Minny bekerja dirumahnya

Minny yang juga menceritakan kisah hidupnya sebagai orang gaji kepada Skeeter, mengejutkan semua dengan kisah pembalasan dendamnya terhadap bekas majikannya iaitu Hilly. Dengan harapan Hilly mengelak ‘kisah lucu’nya kepada semua orang sebagai membalas dendam terhadap apa yag dilakukan kepadanya dan juga seluruh warga pembantu kulit hitam. Minny menceritakannya kepada Skeeter supaya mengaburi mata khalayak nanti yang kisah ini bukanlah di Jackson, Missisppi.

Sebenarnya, Skeeter buat ini semuanya kerana dia juga dibesar dan dijaga oleh Constantine pembantu kulit hitam selama 29 tahun, di mana dia banyak mengajar Skeeter erti kehidupan ketika zaman remajanya. Ketika Skeeter masih belajar di Universiti, ibu Skeeter  telah memecat Constantine kerana terpaksa selain faktor usianya yang semakin tua. Ini yang membuat Skeeter marah dengan tindakan ibunya.


Mae Mobley lebih rapat dengan Aibee @ Aibileen berbanding ibunya, Elizabeth. 
Selalu mengajar Mae ungkapan 'You is Kind, You is Smart, You is Important" Mae Mobly sebenarnya adalah 'cerminan' Skeeter.

Perhubungan hitam dan putih

Berjayakah buku yang juga berjudul The Help bercerita tentang pembantu-pembantu kulit hitam ini di mata masyarakat? Bagaimana sambutannya? Bagaimana reaksi kulit putih terhadap buku itu? Bagaimanakah kerjaya Skeeter selepas itu? Apakah reaksi Hilly apabila ‘kisah lucu’nya itu diketahui umum? Semuanya dalam lawak selamba, The Help.

No comments: