Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5
Bisikan dalam hati berkata 'mesti tengok filem ini' walaupun lambat menonton rupanya jangkaan PF tak silap kerana ianya bagus sebagai filem ringan. Naratifnya lancar, 'terletak' dan tidak terganggu dengan plot meleweh atau sia-sia. Tema gadis bertudung yang juga mempunyai impian seperti wanita lain sebenarnya tidaklah begitu menghairankan tetapi kita sangat seronok menontonnya. Dialog natural dan terdapat beberapa dialog yang baik walaupun dari watak pelakon tambahan saja. Yasmin yang ditegah oleh ibunya dari aktif bergusti, boleh dikatakan adalah jelmaan pelakon Sharifah Amani dalam filem ini cuma kurang gila-gila. Isu tudung di sini tidaklah 'sealimnya' dan isu kekeluargaan yang lain boleh dilayan. Di babak akhir ketika perlawanan penentuan tempat untuk ke Tokyo, tanpa dirancang, sebenarnya ibunya telah 'merestui' minat anaknya dengan memakai baju warna yang sama iaitu oren dan merah tanpa disedari. Jika filem ini di tahun 2015 (sbb PF tengok sekarang) tanpa mengira negara, ia dah menempah tempat Top 5 setakat tahun ini.
Arahan : Allahyarham Martias Ali
Genre : Aksi 1/ Drama
Tahun : 2015
Rating : 2/5
Masalah filem ini pada pendapat PF adalah kos yang mempengaruhi penataan seni dan sinematografinya (dari pandangan layman). Ia mempunyai idea yang menarik tetapi keseluruhan rupanya kurang meyakinkan. Sesetengah babak sepatutnya serius tapi menjadi kelakar, sedikitnya pula boleh dinikmati. Dibarisi pelakon yang calang-calang pun kurang memberi daya impak yang berkesan. Kredit kepada kemunculan Tun M. Walau bagaimanapun, admin tabik pada keseluruhan pasukan yang sedaya upaya mendapatkan pelakon berkaliber dan mencipta sesuatu yang lain dalam industri.
Arahan : Syamil Othman
Genre : Komedi
Tahun : 2015
Rating : ?/5 - sedang tayang
Kelebihan filem ini adalah gandingan Melayu dan Cina yang jarang kita temui. Cuba membawa rupa 1Malaysia dalam bentuk komedi menyentuh isu rasuah dalam sukan, hal-hal perkauman dan media sosial. Pabila menonton filem ini PF bagaikan tak-tahu-siapa-punya-filem kerana tiada trademark dari mana-mana produk pengarah di Malaysia. Di sini Syamil berjaya mencipta cetakannya sendiri dan tiada bayangan Kami Histeria, filem pertamanya.
Terdapat beberapa perkara yang kita boleh persoalkan e.g keadaan kewangan watak utama yang mungkin sengaja di'tidak mengapakan', selain babak hantu Jepun dan watak Zulin Aziz. Keseluruhannya filem ini mendatar dalam riuh, ada yang meleret dan terlalu mencuba menjadi komedi. Eh! PF enjoy babak akhir tu, hampir menitik airmata jugalah! haha.
No comments:
Post a Comment