Arahan : Wan Hasliza
Genre : Komedi
Tahun : 2015
Rating : 4/5
Wan Hasliza, penulis yang popular dengan siri komedi Keluarga Iskandar, Geng Mengaji, Geng Surau dan Dunia Baru The Movie, kini membawa genre tersebut ke layar perak dengan komedi romantik sebagai hidangan kepada peminat filem tanahair. Melihat kejayaan filem romcom Istanbul Aku Datang, ianya boleh dikatakan jalan selamat untuk menguji citarasa movie-goers. Filem ini berusia 3 tahun sebelum dapat ditayangkan. Apa yang boleh dikatakan di sini, persembahan Love, Supermoon sangat menghiburkan dari mula hingga akhir. Boleh dikatakan, jika tayang di Thailand sekurang-kurangnya tak memalukanlah. Kenapa Thai? Sebab sejak kebelakangan ini romcom dari sana menjadi dan mempunyai pengikutnya di sini. Kisah Nina, Tiha, Triz, Razak dan Sulayman yang berkawan sejak bangku sekolah, universiti hingga ke alam pekerjaan. Kisah utama di sini adalah Triz (Nadia Nisaa) dan Razak (Farid Kamil) di mana Triz yang mengalami nasib ramai kaum wanita berkenaan jodoh yang belum tiba, manakala Razak yang berjaya dalam kerjaya sebagi doktor juga seorang playboy. Razak dan Triz tidaklah rapat cuma mendengar perkembangan diri masing-masing dari rakan mereka.
Kedengaran sangat biasa tetapi percayalah, tulisan penulis berbakat ini tidak mengecewakan. Jalan ceritanya selalu didengari tapi akibat dari dialog yang selamba dan bijak ditambah dengan pilihan pelakon yang betul maka Love, Supermoon boleh dikatakan mengatasi Istanbul Aku Datang dari segi komedinya (Istanbul Aku datang adalah benchmark kepada romcom terkini Malaysia). Menggunakan tajuk bahasa Inggeris, tetapi tidak pula rasa keurbanannya seperti filem dari Red Film (Pisau Cukur, Manisnya Cinta di Cappadocia etc). Jika sebelum ini, Nadiya dalam Jejak Warriors tidak menonjol yang bukan salahnya, watak Triz kali ini betul-betul dijiwai dan Triz memang milik Nadiya. Razak yang pada mulanya tak pandang akan Triz, kita akan percaya bahawa mereka tidak akan bersatu. Razak seakan meneutralkan keadaan setelah Triz yang lebih 'bising'. Kita lihat, Triz bercita-cita menjadi penulis tapi tidak berjaya malah hanya bekerja di call centre dan Razak seorang doktor tetapi playboy selalu mendapat nasihat perihal wanita dari Sulayman (Zain). Muncul pula Azman (Azhar Sulaiman) memberi malapetaka kepada Triz, dan dia bertuah kerana teman-teman menjadi pendorong yang sejati.
Filem ini banyak bermain gaya suntingan perbualan pihak kawan perempuan dan kemudian pihak lelaki berselang-seli bagi menggambarkan sisi mereka dan juga kontra antara mereka. Filem ini menegaskan gosip memang menjadi makanan setiap hari. Ini sesuatu yang kurang manis di balik komedi ini yang membawa happy ending. Paling kuat di sini adalah bukan Nina (Rita Rudaini) yang busybody menghebahkan kepada rakan-rakannya, sebaliknya Sulayman suaminya yang bergosip tetapi offscreen akan perbuatannya itu kepada Razak. Subplot pula, Tiha dan Ayah Chik juga menjadi point best, bukan tangkap muat. Ah, rindu lakonan Anne Ngasri. Apabila PF menonton trailer filem ini berasa sangsi untuk menonton, tetapi track record penulisnya buat PF terus melangkah ke pawagam. Cuma Penunggu Istana arahan pertama Wan Hasliza tak sempat menonton. Selalu kita berasa kecewa dengan trailer yang menipu, tetapi ini sebaliknya.