14 Jun 2011

In A Better World : Filem Tentang Keampunan

Genre : Drama (Denmark)

Aku memang tak reti kalau nak buat sinopsis sendiri. Oleh itu, aku merajinkan diri translate sinopsis Bhs Inggeris yg aku cedok dari internet ke BM pasal cerita ni. (Buat apa ko buat blog kalau ko cedok kan? haha... sukatilah. mana yang dirasakan perlu je) Sebab aku rasa aku tak reti nak review filem ni tapi hati aku meronta2 nak citer pasal filem ni yang menang Best Foreign Language Oscar 2011.

*******
Anton seorang doktor yang berulang-alik dari negaranya di sebuah bandar di Denmark dan ke tempat kerjanya di satu kem pelarian di Afrika. Dalam dua dunia yang berbeza ini, Anton dan keluarga mengalami konflik yang amat sukar di antara pembalasan dendam dan keampunan. Anton dan isteri, Marianne mempunyai 2 orang anak lelaki, di mana Anton dan isterinya tidak lagi tinggal bersama dan sedang mengalami proses perceraian. Anak mereka yg sulung 10 tahun; Elias adalah mangsa buli di sekolah tetapi selalu di bela oleh Christian seorang budak baru yang baru berpindah dari London dgn bapanya, Claus.

 Ibu Christian pula mati akibat kanser dan Christian amat terganggu dengan kematian ibunya. Elias dan Christian mula menjadi kawan rapat tetapi apabila Christian terlibat dalam satu perbuatan membalas dendam yang bahaya dan boleh mengakibatkan tragik, persahabatan mereka diuji dan hidup mereka jadi tidak tentu arah. Akhirnya, ibu bapa mereka membantu mereka untuk mengenal erti emosi kemanusiaan, penderitaan dan empathy.

********

Elias dan Christian

Filem ni terbahagi 2 tempat, di kem pelarian Afrika dan di Denmark. Walaupun di mana korang berada; di gurun yang serba kekurangan dan di bandar yang serba lengkap permasalahan tetap ada jika manusia tak tahu mengendalikannya. Aku suka lakonan kanak-kanak Christian (William Johnk Nielson) yang menjadi kanak-kanak yang menjadi manusia yang bukan di usia yang sewajarnya. Dia menjadi kasar dan berani akibat kematian ibunya (menyalahkan bapanya) serta bersikap berani untuk melakukan perbuatan yg diluar batasan.


Memang, kalau filem2 dari barat sering menonjolkan anak2 yang selalu melawan ibu bapa mereka. Bukan cerita melayu takde, cuma kalau barat ni, kecik2 lagi lawan kata2 ibu bapa dengan kata-kata bijak (walaupun ikut skrip, bukankah skrip asalnya dari realiti?). Aku paling kagum bila kanak-kanak pandai berlakon dalam movie. Ini tak terkecuali William. wataknya berat, bukan senang aku kira.


Paling aku tumpu perhatian pada Anton  mengajar anaknya bahawa membalas dendam bukanlah satu cara baik bagi pembalasan atas satu perbuatan jahat. Anton membawa anak2nya termasuk Christian (gambar atas) siap pergi ke bengkel kereta seorang bapa yang baran ; Lars yang menamparnya ketika adik Elias bergaduh kecil dgn anak Lars, tapi Anton tak membalasnya. Setiba di bengkel berlaku pergaduhan matang antara mereka. Anton mengajar anaknya erti kehidupan sesama manusia. Bapa Christian juga mengajar benda yang sama.

Marianne, pada mulanya amat membenci Christian akibat perbuatannya yg menyebabkan Elias 'mati' tetapi akhirnya memaafkannya kerana Elias terselamat dalam satu kejadian dan Elias menyatakan kesilapan adalah bukan dari Christian. Begitu juga dgn Anton dan Marianne walaupun dalam proses perceraian tetapi akhirnya dimaafkan dengan 'perhubungan' di katil.....

4/5

13 Jun 2011

The Scent of Green Papaya : Kehidupan di Hadapan


Genre : Drama (Vietnam)

Aku takde idea pasal filem ni pada mulanya. Daripada list dvd yg aku bagi kat lanun tu, takde citer ni, tapi dia syorkan aku filem ni. Ermm adakah lanun tu high taste terhadap filem2 seni atau sekadar bagi idea movie apa patut aku tonton berdasarkan taste movie list aku? Aku pun tak tau. Aku tgk filem ni menang Golden Camera Fest Filem Cannes 1993.



 Filem ini mengisahkan Mui semasa umur 10 tahun bekerja bekerja di rumah satu keluarga sederhana di Vietnam sebagai orang gaji. Keluarga tersebut yg baru kematian anak perempuan sebaya dgn Mui. Tuan rumah menganggap Mui sebagai anak sendiri tapi tidak ditunjuk secara berlebihan. Status orang gaji masih lagi jadi pemisah. Disebabkan itu, jika ada kesalahan yg dibuat oleh Mui, Mui tidak langsung dimarahi. Ia bukan seperti perlakuan ibu tiri terhadap anak tiri dlm layar2 kaca atau perak. Aku amat terharu sekali dgn sikap tuan rumah tu (sang isteri - aku malas ingat nama). Kerana pun apa2 kesalahan bukan dtg dari Mui, sedikitpun Mui tidak mengadu kepada tuan rumah bahawa anak lelaki tuan rumah yang degil sebenarnya yang selalu mengusik Mui. Kehidupan Mui di rumah yang serba sederhana Mui juga belajar rencah hidup keluarga tersebut. Dari sang suami yang lari dari rumah kerana perempuan lain, nenek yang tidak turun langsung dari atas rumah disebabkan terlalu rindu mendiang suami, anak perempuan mati kerana pemyakit dan orang gaji 'senior' yang baik sekali. Semuanya nampak baik kecuali kemurungan yang menyelubungi keluarga ini.

Sehinggalah Mui berusia 20 tahun, dia kini bekerja di rumah seorang pemain piano yang telah bertunang. Di satu ketika, pemain piano itulah yang mengajar Mui menulis dan membaca. Kehidupan Mui berubah sehingga ke akhirnya... (berubah apa? taknak beritahu... - spoiler)

Filem ini senyap.. sehinggakan tuan rumah perempuan itu menangis 'dimarahi' oleh emaknya pun tidak kedengaran esakannya, tapi filem ini cantik sekali, paparan visualnya.. tafsiran filemnya.... dan tidak terlalu perlahan seperti ...Dalam Botol. Aku suka filem ini sehinggakan aku berangan, jika aku adalah pengkarya, genre seakan begini adalah karya yang akan aku layarkan.



Kalau anda penggemar filem art yang tidak terlalu berat, ini salah satunya.

4/5