12 Oct 2011

Kisah Pendek 1 : LRT

Oleh kerana tak nak blog picisan ini sunyi (ada ke korang kisah kan? haha..), aku postkan cerita pendek pertama yang aku tulis yang pernah aku letak di NOTE di Facebook aku. Aku tengok tarikh aku post di FB adalah bertarikh 5 Mac 2009. Aku sebenarnya tak pandai menulis. Begitu juga dengan kononnya mengulas filem yang aku tonton. Dah lama tak menulis kisah pendek pun. Mungkin dengan adanya blog ini, semangat tu wujud kembali.

Dipersembahkan, sisi lain PerangFilem - Kisah Pendek. Akan dipost kisah pendek yang lain dari semasa ke semasa :-)


************************************************************************


Zakwan sudah terlewat hendak pergi kerja. Tergopoh-gapah dia memanjat anak tangga LRT stesen Jelatek. Jam di stesen LRT memamerkan 2.50 petang sedangkan dia sepatutnya masuk kerja pada pukul 3 petang. Gamaknya, dia kena maki hamunlah dengan Zetty yang bertugas sebagai cashier pada shif pagi sebab terpaksa melanjutkan jam kerjanya. Nasib Zakwan baik kerana tren tiba serentak apabila kaki kanannya menyentuh anak tangga yang paling atas sekali. Terus dia meluru masuk ke perut tren. Berdiri lagi seperti biasa kerana tiada tempat duduk yang kosong. Sudahlah di tempat kerja di kafe pun kena berdiri. Keluhnya.
Sepasang kekasih yang dilihatnya duduk berdua saling memasamkan muka. Bergaduh barangkali. Tiba-tiba dia teringat perisitiwa sepasangan kekasih bergaduh semasa si gadis sedang beratur untuk memesan roti canai di medan selera KLCC. Tak pasal-pasal awek itu kena lempang dengan balaknya di situ juga sambil terdengar pergaduhan yang sederhana kuatnya. Cukup membuat mata orang sekeliling memandang. Lamunannya terhenti pabila gadis yang sedang bermasam muka itu berdiri tetapi tangannya di tarik oleh teman lelakinya. Gadis tadi meronta-ronta dan berjaya meleraikannya tangannya lalu berdiri di satu sudut di pintu LRT. Wah! Drama ni! Kata Zakwan dalam hati.
“Saya nak tanya awak, patut ke saya bagi hati saya pada orang yang salah? Bukan orang yang sepatutnya saya cintai? Tapi dah terlewat. Nak patah balik pun dah tak boleh” matanya sedikit berkaca tetapi tak tertumpah lagi. Zakwan tergamam. Gadis itu bercakap padanya! “Eer…” Zakwan malu dia tak menjawap lalu matanya di alihkan ke lantai. Teman lelaki tadi segera bingkas dan berkata-kata di depan gadis itu dengan perlahan. Tiba-tiba tanpa di rancang oleh otaknya dia segera duduk di tempat kosong peninggalan pasangan itu. Makcik yang duduk di depannya hanya terdiam.
“Stesen berikutnya, Dato’ Keramat. Next Station Dato’ Keramat”. Rakaman suara bergema di celah-celah perbualan manusia di dalam tren.
Pasangan tadi keluar. Ramai penumpang yang masuk. Khalid cepat-cepat mencari tiang tengah untuk berpaut. Keadaan di dalam tren agak ramai dengan penumpang. Dia memandang seseorang yang semacam dia kenal. Dengan pakaian seragam kerja dengan lambang Café Cruise di dadanya. Oh! Baru dia pasti bahawa dialah pekerja kafe itu di mana selalu dia meluangkan masa berwifi di kafe kegemarannya. Tiba-tiba telefon mamat Café Cruise itu berdering. Dijawabnya “Aku takde lah! Boleh tak kau cari orang lain! Yang dulu pun tak bayar lagi!” Kuat juga dia bercakap di telefon seakan geram dengan pemanggil yang meminta pinjam duit agaknya. “Takde!” Ulang mamat itu. Muka mamat tu masam. Khalid hanya memandang teragak-agak dia hendak melemparkan senyuman padanya. Mamat itu selalu juga melayannya ketika dia lepak di kafe.
Khalid terpaksa mengambil cuti hari ini kerana anak lelakinya yang berumur 12 tahun meragam tak mahu ke sekolah sebab dia tak jadi mengajaknya menonton filem Toy Story II semalam. Khalid sangat sayangkan Amin. Selepas Khalid dan Salbiah mendapat Amin cinta seakan hilang di antara mereka. Bayangkan sehingga Amin berusia 12 tahun, memang sudah tiada lagi indah dalam perkahwinan mereka. Salbiah berpendapat zuriat yang satu itu cukup bersamanya hingga ke akhir. Memang cinta benar-benar luput.
“Stesen berikutnya, Damai. Next Station Damai”

**8 tahun kemudian.

Teresak-esak
Di hujung tren di bahagian belakang, seorang gadis remaja menghenjut-henjutkan kepala asyik mendengar lagu melalui telefon bimbit sambil earphone tersumbat di kedua-dua telinga. Majalah URTV tersela kerana dua tangan memegangnya. Seorang remaja lelaki yang agak segak duduk di sebelahnya pula sedari tadi asyik mengerling gadis itu. Di jenguk-jenguk majalah URTV kepunyaan gadis tadi. Cuba dibaca apa yang gadis itu baca. Gadis tadi mengerling semula ke arah lelaki itu. Lelaki tersengih. Si gadis melucutkan earphone. Tak tumpu apa yang di bacanya.
“Saya dah tengok cerita ni” Kata remaja lelaki itu kepada gadis yang sedang membaca ulasan filem Pan’s Labyrinth.
“Ada aku kisah!” Jawab gadis kepada lelaki itu.
“Best cerita ni. Menang Best Foreign Film kat Oscar tahun lepas. Baik awak tengok. Ni nak pergi tengok wayang dengan boyfriend ke?” Lelaki itu cuba ajak berbual tapi tak diendahkan.
Gadis tadi terus memasang semula earphone ke telinga. Remaja lelaki tadi tersenyum. Dia tak malu sedikit pun. Dua orang kakak bertudung yang duduk di depan mereka tertewa kecil sambil menekup mulut dengan tangan melihat aksi remaja berkenaan.
“Satu mesej masuk. Bukak ler… bukak laa bang!” suara bapok kedengaran dari telefon bimbit lelaki itu. Alamak! dia terlupa nak tukar setting deringan mesejnya. Satu LRT dengar suara bapok yang dia lupa nak tukar sebelum keluar rumah. Beberapa penumpang memandang ke arahnya.
“Hehehe dapat aku merasa nasi lemak antarabangsa yeay!” Bunyi sms yang baru masuk itu.
Seorang remaja lelaki lain yang berdiri tidak jauh dari lelaki tadi tersenyum puas. Misi mengurat gadis tadi gagal dan terpaksalah dia belanja kawannya itu nasi lemak seperti yang dipertaruhkan.
“Stesen berikutnya, Ampang Park. Next Station Ampang Park”
Ramai penumpang yang masuk ke dalam perut LRT. Lelaki remaja tadi masih duduk bersebelahan dengan gadis URTV. Dia tidak dapat melihat kawan lelakinya dek kerana penumpang-penumpang yang berdiri di hadapannya. Dalam hatinya terdetik ingin bertanya lagi tetapi si gadis masih mendengar lagu melalui telefon bimbit. Tiba-tiba kedengaran suara makcik menangis teresak-esak tetapi masih dapat dikawalnya. Seorang lelaki kelihatan seperti anaknya cuba menenangkan makcik itu.
“Dah la tu mak.. tadi kat balai dah menangis kat sini pun menangis.” Makcik itu mengesat air mata dengan lengan bajunya. Matanya merah sangat. Apa entah sebabnya dia menangis. Bisik penumpang sekeliling.
“Kita kan dah report polis. Ok la tu nanti, penipu tu nanti mesti kena tangkap” Anak lelakinya itu cuba menenangkan ibunya dengan nada yang perlahan. Sesekali dia menggaru tahi lalat yang selebar wang syiling lima puluh sen di tepi dagunya. Tahi lalatnya itu tidak gatal sebenarnya tetapi pening dengan sikap ibunya sedari tadi menangis tak sudah gara-gara hilang RM7 ribu dek tertipu dengan peraduan koyak dan menang. Penjual jualan langsung memang licik dan pandai memujuk. Setelah pihak berkuasa berjaya membongkar perihal peraduan gores dan menang mereka tidak serik dan mencuba taktik lain asalkan dapat mendapat duit apa cara sekalipun.
“Mak nak tulis surat dekat Di Celah-Celah Kehidupan tu. Biar padan muka dia”
“Ya lah, ya lah.. apa-apa je lah” Keluh si anak.
Remaja lelaki yang duduk di sebelah gadis URTV yang terdengar perbualan anak beranak itu, berbisik dalam hati sendiri : dunia punya dalam…
“Mak ok kan..? Dah Ajiz dah nak pergi kerja dulu” Emaknya hanya mengangguk. Ajiz bersedia untuk keluar dari LRT.
“Stesen berikutnya, KLCC. Next station KLCC”
Seperti biasa ramai penumpang yang turun di stesen KLCC sehingga lengang keadaan di dalam LRT. Khalid sudah terlambat. Dia jalan laju menuju keluar. Sudah beberapa tahun dia tidak menjejakkan kaki ke KLCC. Dia tak bercadang nak melencong ke mana-mana memandangkan dia sudah terlambat. Oh ya baru dia terfikir, dia sedang melalui depan Café Cruise lantas terpandang Zakwan yang sedang bertugas di situ. Sempat dilambainya. Sudah lama dia tak berjumpa dengan Zakwan sejak dia berpindah ke Kuantan. Namun kadang-kadang mereka berhubung melalui sms. Mungkin lepas menonton wayang nanti dia akan singgah minum dengan anaknya di kafe itu. Dia berbangga Zakwan kini sudah jadi pengurus di Café Cruise.


Dengar cerita dia akan dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Operasi bagi seluruh cawangan Lembah Klang. Apa pun kini Khalid dah tak sabar ingin berjumpa dengan Amin setelah pertemuan pertama mereka 2 minggu lepas. Jika bukan kerana tugas di Kuala Lumpur dia tak akan berjumpa. Itu pun sekejap sahaja. Salbiah sebenarnya melarang anaknya berjumpa dengan bekas suaminya itu. Bila sudah besar ni pun Salbiah tetap melarang. Dia ada sebab berbuat begitu.
Khalid kini sudah tercegat di depan panggung wayang Tanjung Golden Village KLCC. Punyalah dia tergesa-gesa ingatkan dia yang terlambat. Amin baru saja sms kepadanya bahawa dia lambat setengah jam. Haai! mentang-mentanglah dia duduk di KL, saja nak buat lambat-lambat. Khalid merungut. Dia yang dari Kuantan pun lebih cepat dari Amin walaupun lewat 15 minit seperti yang dijanjikan. Khalid mengambil keputusan untuk membeli tiket dahulu. Khalid mula beratur dan melihat pekerja yang menjual tiket marah-marah sejak tadi. Entah apa puncanya. Mungkin bil air lama sudah tertunggak. Kini, giliran Khalid dilayan oleh pekerja itu.
“Love of Honour pukul 5, 3 orang” Kata Khalid membeli tiket filem Jepun dari slot tayangan International Screen. Dekat Kuantan tiada tayangan filem dari Jepun atau yang bukan dari Hollywood. Amin pun memang gemar filem seperti itu. Lagi pula Yasmin Ahmad memuji filem ini di dalam blognya.
“Pilih seat!” Kata pekerja itu sambil mengeruk-ngeruk tahi lalat selebar duit syiling 50 sen di tepi dagunya. Muka masam. Khalid menunjuk tempat duduk yang sesuai.
“RM30!” Kata petugas tiket. Khalid membayar harga tiket lalu beredar.
“Abah!” Tiba-tiba suara Amin kedengaran. Amin meluru mendapatkan ayahnya yang dipanggil abah. Terkejut pula dia datang bertiga bukan berdua seperti yang dijanjikan. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Kata datang dengan Zul aje” Khalid bertanya.
“Panjang ceritanya uncle” Zul cepat menjawab lalu bersalaman dengan Khalid sambil tersengeh.
“Alamak lupa nak suruh beli tiket lebih. Kawan Amin ni.. err kenalkan Su, ini abah saya. Abah, ini Su” Khalid bersalaman dengan Su. Khalid hanya mampu tersenyum kepada Amin.
“Takpelah. Kita lupakan Love of Honour. Nak beli satu lagi, orang pun ramai yang beratur. Dah jumpa anak abah ni pun kira Alhamdulillah”
Mereka pun beredar dari situ. Su menjeling kepada Amin yang baru saja mereka kenal di LRT sebentar tadi. Melepas nasi lemak antarabangsa! Kata Zul dalam hati.


P/s : masih tak sangka review Al Hijab melonjak naik  :)

6 Oct 2011

Kau Ingin Buka Al Hijabmu



Genre : Seram
Jalan ceritanya bermula dengan Rafael (PierreAndre), seorang pelakon yang telah 3 tahun hanya berlakon watak extra kini mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama dlm sebuah filem seram – Jalan Mati. Oleh kerana tak percaya hantu disebabkan tak pernah melihat hantu dia berusaha untuk membuka hijabnya dengan bantuan Mak Itam (Maimon Talib) supaya dapat melihat hantu seterusnya dapat memenuhi kehendak wataknya dalam filem seram itu. Hijab dikatakan ada pada setiap manusia. Jika manusia yg pernah melihat hantu, maka hijabnya dikatakan sudah terbuka. Manakala yang tak pernah melihat hantu pula hijabnya belum terbuka atau amat sukar percaya akan kewujudan hantu.
2 sebab aku nak tonton filem Al Hijab ini kerana karya Pierre selepas Seru dan kedua filem seram selain terbitan Metrowealth. Masa hari raya hari tu ada jugak tengok-tengok filem Santau di TV, yang hanya adalah jeritan-jeritan yang buat aku rimas.
Aku tabik juga kepada produksi ini iaitu Empat Semudra (Plantation) menceburi arena perfileman tapi nak playsafe juga dengan memulakannnya dengan filem hantu sebab genre ini salah satu genre pilihan kaki wayang. Apatah lagi rekod Jangan Pandang Belakang yang berjaya. Pierre menulis cerita Al Hijab ini begitu straight forward. Kalau nak tahu filem AL HIJAB sedikit slow. Aku kira sikit draggy di awalnya. Sehingga 45 minit awal hanyalah berkisar tentang tawaran filem seram yang diterima Rafael, kisah dgn girlfrennya Qiss, serta kisah hijab oleh ibu Qiss.  Nak kata pembaharuan dalam filem seram Malaysia tak juga. Ada juga plot2 yang aku jangka dan ulangan dari Jangan Pandang Belakang. Kalau ada hanyalah peningkatan berkenaan kemunculan hantu dan rupa hantu itu sendiri. Solekan hantu pun lebih baik aku rasa.
Pada mulanya bila nak masuk ‘pintu’ keseraman filem ini aku dah naik syok dengan filem ini lebih2-lebih lagi ketika Rafael di bangunan tinggalan berek polis, tapi lama kelamaan rasa tu mendatar lagi sebab banyak dialog dan perlahan. Kemudian rasa takut lagi sebab imej2 muka hantu yang kabur datang silih ganti demi memenuhi tuntutan filem seram.  Penonton sebelah aku yang berbisik2 dengan temannya pun dah mengagak bila efek bunyi latar yang menyeramkan HILANG, maka bersedialah di kejutkan dengan hantu. Aku sengeh sendirian dalam gelap.
Aku berpendapat, baik plot Rafael dikembangkan lagi setelah balik dari Rumah Mak Itam. Jadi taklah adegan di dalam rumah Rafael yang dikejut-kejutkan oleh hantu saja. Bosan lah. JPB kan dah buat! Kenapa nak ulang lagi? Nak kata seram mmg la seram, sbb ada unsur2 suspen. Cuba buat, apa terjadi di set penggambaran “Jalan Mati” [macam cerita seram Thai pulakkan (yg ada 4/5 cerita dalam satu filem) tajuk dah lupa - yg diorg shoot kat penggambaran filem – krew yang lucu tu]. Tapi buatlah cerita sendiri, cuma ambil inspirasi dari situ. Paham tak? Argghh lantaklah…. Keseluruhannya filem ini lagi baik dari JPBelakang tapi jauh dari Seru. Di ulang, permulaan masuk ke alam seram dah cantik, tapi seterusnya adalah biasa saja dan habis begitu sahaja tanpa pengakhiran yang muktamad. Jadi jangan yakin meletak tagline Filem Seram Terhebat 2011 tetapi jika masih ingin ditakutkan pergi je lah.

3/5

Result Poll 1 : (FFM24)

Di antara filem yang telah PerangFilem shortlist bagi FFM24 bagi JANGKAAN filem terbaik :

Khurafat
Seru
...Dalam Botol
Hikayat Merong Mahawangsa
Nur Kasih
Mantra
Dilarang Masuk
Crayon
KL Gangster

Result Poll mulanya adalah seri di antara :

KL Gangster
...Dalam Botol

Di Poll kedua, pelawat blog ini telah bersuara bahawa jangkaan filem terbaik adalah :


Adakah juri-juri FFM24 akan mengangkat filem ganas sebagai Filem Terbaik? Kita nantikan November nanti. Ramai orang kata malam kemuncak FFM biasanya bosanlah, hambarlah, bagi PF yang penting adalah result!

4 Oct 2011

Filem Pertama di Pawagam

Korang mesti ingat filem pertama yang ditonton di Panggung Wayang Bergambar (PAWAGAM). Korang nak tahu filem pertama aku tonton di panggung wayang dengan ayah aku. Ini dia :


Masa tu aku sekolah rendah lagi. Aku tonton di pawagam REX di selatan tanah air. Dan masa ni aku sangatlah teruja tengok cerita ni sebab biji mata boleh terjojol. haha.. Satu pengalaman yang menarik. Kini, pawagam tradisional itu dah takde. 

Bila belek2 nak cari poster filem ini, Hollywood nak buat remake dan akan keluar pada 2012 lakonan Collin Farell :



Bagaimana dengan anda?

28 Sept 2011

Antichrist : Anda berani?


Genre : Ganas/Thriller (Denmark)

Synopsis "A grieving couple retreats to their cabin in the woods, hoping to repair their broken hearts and troubled marriage. But nature takes its course and things go from bad to worse"

Secara jujurnya aku nak beritahu filem ini sangat pelik dan gila kerana :

Perempuan gila
Lelaki sabar
Sex
Anu
Ganas
CANTIK

Walaupun hanya melihatnya di youtube dengan sari kata bahasa negara mana aku pun tak pasti, kecuali diselang seli dengan dialog bahasa Inggeris.  Memang pernah tonton filem ganas tapi filem ini menang sebab ia terlalu cantik. Sinematografinya pun meletup. Filem heavy drama yang slow lagi MURUNG ini memang menguji kesabaran. Best actress Cannes 2009 Charlotte Gainsbourg (She) mmg berkesan sekali menjiwai watak perempuan mental sebab kehilangan anak. Nick (setahun) anak mereka, menyaksikan sendiri ibu bapanya berehem2 di atas ranjang lalu berjalan di luar tingkap dan terjatuh dari apartment. Tetapi adegan mereka berehem2 di dalam bilik air dan adegan tragik Nick terjatuh itu difilemkan dalam format hitam putih, slow motion dan diiringi lagu klasik penuh seni sekali. 


Charlotte Gainsbourg sanggup bogel dalam banyak adegan yang aku rasa Kate Winslet pun kalah dalam filem Holy Smoke. Kadang-kadang aku jijik sekali bila anu William Dafoe (Spiderman 2002) (He) yang dipancutkan oleh Charlotte keluar darah selepas Charlotte menghentak dengan kayu…. Dalam filem arus perdana, biasanya kemaluan lelaki di tayang dari jarak yang jauh (e.g Lan Yu) tetapi tidak bagi filem ini. Kedua-duanya Willem dan Charlotte mempertaruhkan kemaluan mereka ke dalam bentuk seni ini boleh kata dengan jarak dekat (tak tau lah kalau ada teknik2 tampal dalam filem). Taktau la kalau produksi ini gunakan dildo pulak..


 Lagi adegan yang sangat disturbing :

  1. Di awal2 filem – di bilik air, adegan ‘F’ ditunjukkan dekat (!)
  2. She lari bogel di waktu malam menuju ke pokok lalu masturbasi kemudian He datang menge’F’
  3. She menggunting kemaluannya
  4. She menggerudi betis He untuk memasukkan batang besi.

Ada baca di artikel lama dulu, yang She memotong anu He tapi aku tak nampak pulak scene tu. Lagipun di youtube ada satu ‘episod’ yang takde atau sengaja di skip. Mungkinkah sebab adegan yg sgt mengganggu tidak juga kerana scene2 sensored ada gak yang di upload. Ermmm entah lah. Kalau anda suka Irreversible mungkin suka Antichrist. Jika tidak, anda akan geli!

Sinopsis lengkap dan spoiler :


3.5/5

27 Sept 2011

Akan Datang Dis. 2011





         [Semua filem yang dipertandingkan adalah yang ditonton oleh PF sahaja pada tahun 2011 (Jan - Dis) tanpa mengambil kira bila filem itu diterbitkan]


Anugerah Filem Pilihan (kategori) :

           1|  SERAM (PURE HORROR)

           2|  DRAMA (PELBAGAI)

           3|  KOMEDI (PELBAGAI)

           4|  ANIMASI

           5|  THRILLER/GANAS

          6.1 |  AKSI/PERANG (CGI)

          6.2 |  AKSI/PERANG (RAW)

Anugerah Perdana :

   1| PELAKON KANAK-KANAK PILIHAN *NEW

     2|      PELAKON WANITA PILIHAN

     3|      PELAKON LELAKI PILIHAN

     4|      LAKONLAYAR PILIHAN

     5|      SINEMATOGRAFI PILIHAN

     6|      BUSANA PILIHAN

     7|      CERITA PILIHAN

     8|      PENGARAH PILIHAN

     9|      FILEM MALAYSIA PILIHAN 2011

     10|      FILEM TERBAIK 2011

 *****

Filem Popular :

FILEM BOX OFFICE POPULAR 2011 (POLL)* NEW

#SPECIAL MENTION by JURY


Nota juri  (nak jugakkk tu….) :

Dari mana datang istilah Fest. Filem Nyamuk? 

Festival filem nyamuk ini setahu aku datang dari wartawan hiburan Malaysia yang memperkecilkan kejayaan filem Malaysia yang dihantar ke festival luar negara yang bertaraf kecil-kecilan (nyamuk) yang tak popular atau gah. Ramai tahu, dalam setahun ada beratus-ratus festival filem di adakan di seluruh dunia. 

Jadi, bila filem Malaysia yang menang sesuatu anugerah di festival filem seperti ini, mereka memperkecilkan sebab festival itu hanya picisan dan tak berkualiti bukan seperti Cannes, Berlin mahupun Oscar. Tetapi apabila seorang pengarah tu menang di Berlin, baru terbeliak biji mata mereka!

Mengambil inspirasi itu, Fest. Perangfilem pun menggelarkan diri dengan nama yang sama wahaha..

Objektif : Selain merekod filem-filem yang berkualiti setiap tahun, ianya juga sebagai rujukan kepada pelawat blog ini untuk menonton filem yang baik dari pandangan PerangFilem.

24 Sept 2011

Two-Legged Horse : Kuda Simpati



TWO LEGGED HORSE

Genre : Drama (Iran)

Filem arahan Samira Makhmalbaf ini mengisahkan seorang lelaki berada menawarkan kerja kepada sesiapa budak lelaki sebagai pendukung anaknya yang kudung kaki akibat terkena periuk api. Dengan membayar satu dollar sehari, satu ‘ujibakat’ sebelumnya diadakan untuk memilih budak lelaki yang sesuai. Seorang budak lelaki istimewa terpilih untuk kerja itu. Maka bermulalah, rutin budak istimewa itu menghantar dan menjemput si kanak-kanak kudung itu dari sekolah. Sehinggakan mereka pulang ke sekolah sambil berlumba dengan keldai-keldai, perhubungan mereka semakin lebih daripada rutin seharian ; bermain, memandikan, dan menyertai perlawanan gusti kanak-kanak di situ. Sampai satu masa apa yang dikehendaki oleh kanak-kanak kudung itu, bukanlah seorang budak, tetapi kuda.


Tiap kali menonton filem dari timur tengah khususnya dari Iran, pasti tema berbeza-beza yang aku tonton. Antaranya Heiran – kisah remaja perempuan yang sanggup lari dari rumah kerana ingin mencari teman lelakinya di bandar, Song of Sparrows – kisah seorang bapa menyara keluarganya di Iran dan yang terkenal Children of Heaven – adik beradik yg berkongsi kasut ke sekolah. Kali ini , seperti sinopsis di atas, satu cerita yang unik yang aku rasa tak pernah terfikir dek fikiran kita. Satunya, kerana latar belakang tempat cerita ini dan satu lagi kerana betapa kreatifnya pemikiran si pembikinnya. Aku rasa satu contoh yang baik bagi filem Malaysia yang setanding filem-filem sebegini adalah filem Pensel.

Berbalik kepada Two Legged Horse, kita tak mengetahui nama kedua-dua watak utamanya, seorang dipanggil ‘Master’ – si kudung, seorang di panggil ‘Horse’ – pendukung si kudung. Penonton akan kasihan kerana Horse yg sebatang kara hanya tinggal di ‘rumah’ seakan terowong yang panjang dan gelap, aku tak pasti apakah benda itu tapi yang pasti mukanya yg comot hitam setiap kali keluar dari situ di waktu pagi. Yang aku geram tentang Master, walaupun kudung kaki tapi keletahnya tak kalah sebagai budak nakal dan sewenang-wenangnya memperlekehkan si Horse. Satu lagi yang unik, ramai pelakon extra kanak-kanak lelaki yang kelihatan seakan sama kerana memakai pakaian tradisional mereka mungkin.

Walaupun begitu, filem yang sunyi tanpa muzik latar ini membuat aku ketawa kecil melihat keletah mereka berdua (kadang-kadang tanpa muzik latar menspoilkan mood aku kerana ada bab2 yang menyentuh tapi disokong oleh diam). Horse yang cukup sifat fizikal, cuma jalan tak berapa nak betul dan sedikit terencat. Mungkin kerana anak orang berada, Master boleh sesuka hati memecat Horse ketika kalah bergusti dan ketika itu ungkit-mengungkit apa berlaku antara mereka lalu menjadi adegan yang sangat menarik.

Aku tak pasti adakah Horse itu, diluar filem memang istimewa kerana lakonannya memang menjadi. Tapi tak mustahil pelakon yg baik boleh membawa watak sedemikian seperti lakonan M. Subash dalam Pensel walaupun dia sebenarnya manusia normal di luar. Bagitu juga Master, walaupun OKU tapi berbakat sebagai seorang pelakon cilik. Bayangkan pelakon OKU sebegini ada peluang berlakon… plus berbakat? Mana nak cari?

Filem ini sebenarnya ingin memberitahu bahawa sahabat itu sangat penting walaupun kita mungkin hidup selesa. Dengan digambarkan sebagai Master mendapat tricycle (basikal beroda tiga) ingatkan dia boleh berdikari tetapi pemikiran kanak-kanak usianya mana boleh memikir nasib di hadapan. Begitu juga dengan hal cinta, Horse yang cemburu lalu meninggalkan Master terkapai-kapai, dia sanggup ‘berlari’ jauh mengejar Horse… Masa inilah scene menangis si Master amat bermakna sekali dimana tangisan kehilangan dan penyesalan amat dirasai aku. Horse tahu, jalan hidupnya bergantung kepada Master lalu ‘mengambilnya’ semula.

Tetapi takdir hidup Horse yang bergantung kepada Master membiarkan hidupnya di atur oleh budak yang jauh lebih muda daripadanya. Dan aku tak sanggup melihat pengakhirannya di mana, Horse adalah kuda berkaki dua. Seperti kata pengarahnya : Let’s ask ourselves how many times has each of us become somebody else’s horse? Or used someone as our horse? klik >> : http://www.makhmalbaf.com/movies.php?m=61

*Two-Legged Horse ditayang di International Screen GSC terpilih sekarang.


4/5

22 Sept 2011

5 Filem Buruan

Okay, ada beberapa movie sebenarnya yang aku cari dan tunggu. Tapi 5 filem berikut adalah filem yang terlalu bernafsu untuk aku tonton :

1. Hanyut (mungkin awal 2012) : Filem kedua termahal setakat ini yang di hasilkan di Malaysia tak silap (RM11 juta kos pembikinan) selepas Puteri Gunung Ledang (RM20 juta). Selain itu PerangFilem amat meminati filem-filem U-Wei Hj. Shaari.

2. Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives : yang memenangi Palm D'or di Cannes. Jiran kita sudah menang anugerah tertinggi di Cannes. Malaysia bila?
3. Salo' : Filem yang katanya diharamkan di kebanyakan negara. Cukup aneh bila lihat sedikit sedutannya di youtube dan penuh kekejaman. Seakan berada di dunia asing dan terasa ingin pulang segera ke rumah aku sendiri.



4. Antichrist : sepasang suami buat retreat di dalam hutan selepas kehilangan anak dan ingin memperbaiki rumahtangga mereka. Most shocking scene bagi aku : si isteri dalam keadaan bogel ,lari menuju ke banir pokok, baring lalu masturbasi.

5. Bunohan : Macam best! (lupa nak letak sebelum ni...)


Tapi PerangFilem (PF) boikot :

Jangan kata PF racist. Korang tau kenapa. Flower in the Pocket (Liew Seng Tat), Gravel Road (Deepak Kumaran), Min (Ho Yu Hang) pun aku tengok.