14 Nov 2011

...Dalam Botol di Fest. Filem Hong Kong 2011


..Dalam Botol menyertai Festival filem LGBT di Hong Kong dari 18 Nov. hingga 1 Dis. 2011. ...Dalam Botol akan bertanding dalam slot ASIAN FOCUS. Menurut kata Raja Azmi dahulu beliau tak mahu filemnya bertanding di festival filem LGBT. Untuk keterengan lanjut sila klik SINI 

10 Nov 2011

Abuya : Apa Yang Kau Merepek Ni Imran?



Genre : Drama

PF amat menyokong filem Malaysia yang bergenre lain dari lain. Tak lah cinta, komedi seram, hantu, gangster, komedi seram dan komedi seram saja. Atas dasar itulah, PF pergi menonton filem Abuya ini yang ditulis dan di arah oleh Imran Hj Ismail (penulis 2 Alam). Tapi malangnya, ajarat sesat melangkaui batas ini hasilnya memang sesat! 

Banyak sangat yang tak jelas dalam filem ini. Apa yang Abuya perjuangkan dalam gerakan bersenjata tu? Siapa yang dia lawan? Elemen-elemen sesat hanyalah sekadar penghias filem. Siapa yang belot Abuya? Kenapa Ali dimarahi dan dipukul oleh Abuya? Siapa Ali kepada Abuya (Ali - juara Pilih Kasih). Kenapa pengikut-pengikut Abuya jadi samseng menganiaya orang kampung? Apa jadi pada hasil siasatan polis terhadap kegiatan songsang Abuya? Kepala otak PF punyalah puas meneka siapalah isteri Abuya yang berasal dari TURKI tu? Kenapa tak tonjolkan sikit bagi pengenalan yang Sonia tu dari Turki? Polis interpol punyalah kurus dan cengkung, dah tu pakai jaket besar biar tak nampak kurus. Lepas tu polis ni pulak kena rejam dengan pengikut2 Abuya. Kenapa pulak???

Apa yang terjadi 2 hari lepas semasa perbualan di meja makan antara Umi dan Sonia tu? Adegan seks semata-mata nak tarik perhatian penonton. Paling berani Jue Aziz beraksi gersang di katil amat ereksi dengan seluar kecil di betis amat seksi! Tabik Jue! Dia laparlah... Abuya kenapa ko tak jamah dia haaaaa?! Yang buat PF lagi pening, saat Abuya mengajar ajarat sesat, isteri pertamanya Umi (pelakon 'pondan' 2 Alam tu) boleh pulak di landasan yang betul mentaati perintah Allah. Peninglah!

Dan 2 perkara paling MAHAL dalam filem ini, (1) adegan kononnya berperang tapi yang berjuang berapa kerat ajelah! Adoi, bajet sangat erk. Sapa yang diorg serang tu? Last2 berposing macam Power Rangers bak kata Orang Perlis Menulis. Hahaha (2) dah tu siap tulis lagi dihujung filem, BERSAMBUNG... aduhai, siapa nak tengok kalau filem mcm ni. taubat aku......

Saudara Imran, cubalah lagi. Tapi PF takkan tonton lagi filem kamu sebagaimana filem P. Razak Mohaideen. Mungkin PF tak bijak untuk menilai filem kamu.... 

1/5

p/s :  kenapalah filem Malaysia macam ni? Nasib baik tak dibawaknya hero mamat kaku dalam 2 Alam tu.


Updated : Ramalan & Actual Result FFM 24


*Tak tonton
BOLD - Ramalan pemenang.
FFM 24 akan di adakan pada 20 Nov. 2011


Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Wan Nor Aizat – Aku Bukan Tomboy*
Irzan Shah – Cun!*
Erynne Erynna – Damping Malam*
Ilyas Suhaimi – Nur Kasih The Movie
Mia Sara Nasuha – Sekali Lagi*
Komen : walaupun banyak tak tengok, pilihan PF adalah Erynne.
Actual Result : Mia Sara


Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Nadiya Nisaa – Cun!*
Shera Aiyob – Karak
Syamira Azmil – Karipap-Karipap Cinta*
Shamimie Amalina Nor Norhisaham – Klip 3GP*
Sara Ali – Nur Kasih The Movie
Komen : Nadiya Nissa yg menang ASK baru2 ni. Tapi rasanya Shamimie. Sara Ali yg mana ya? Lupa dah.
Actual Result : Nadiya Nisaa

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Aeril Zafrel – Aku Tak Bodoh
Zalif Sidek – Bini-Biniku Gangster*
Arja Lee – ... Dalam Botol
Adey Syafrien – Flat 3A*
Taiyuddin Bakar - Hantu Bonceng
Komen : Aeril rasanya layak. Arja Lee mengekori rapat.
Actual Result : Taiyuddin Bakar


Pengarah Harapan
M. Suurya - Sumpahan Puaka
S.Baldev Singh - Rasuk*
Jeffrey Chiang - Dilarang Masuk
Khir Rahman - Dalam Botol
Jurey Latiff Rosli - Libas*
Komen : Antara Jeffrey, Khir Rahman dan M. Suurya. Sangat 1Malaysia kategori ni!
Actual Result : Jurey???????????????????????

Lagu Tema Terbaik
Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih (Hikayat Merong Mahawangsa)
One Nation Emcee – Klip 3GP
Yasin – Nur Kasih The Movie
Azry dan Ari – Sekali Lagi
Syamsir – Sini Ada Hantu
Komen : Dah lagu ni yang disiulkan selalu! :)
Actual Result : Sedetik Lebih (SATU RAMALAN TEPAT!)

Kostum Terbaik
Hantu Kak Limah Balik Rumah
K.L. Gangster
Kongsi*
Hikayat Merong Mahawangsa
Komen : PF rasa juri nak bagi HMM bagi usaha KRU ke atas segala prop2 dan busana tu.
Actual Result : HMM (2 RAMALAN TEPAT)

Penataan Bunyi Terbaik
Brian Ng – Flat 3A
Sazali – Hikayat Merong Mahawangsa
Hisyam – Khurafat
Hisyam – K.L. Gangster
Dustin – Nur Kasih The Movie
Komen : Tak ada idea. Teka je.
Actual Result : (KL Gangster)

Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin – Mantra
Anuar Paharudin – Flat 3A
Anuar Paharudin – Merong Mahawangsa
Faizal Yusof – KL Gangster
Irwan – Cun!
Komen : Tak ada idea. Teka je.
Actual Result : HMM (3 RAMALAN TEPAT)

Sinematografi Terbaik
Daven Raghavan – Cun!*
Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa
Azami Alias / Omar Ismail – Khurafat
Mihd Shaufe Abd Wahib – Libas*
Norhanisham Muhamad – Nur Kasih The Movie
Komen : No komen
Actual Result : HMM (4 RAMALAN TEPAT)

Penyunting Terbaik
Wan Mohd Hafiz – Hikayat Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Brian Ng – Kongsi*
Ahmad Mustadha – Senjakala*
Komen : merasakannya
Actual Result : KL Gangster (5 RAMALAN TEPAT)


Cerita Asal Terbaik
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Martias Ali – Libas*
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie
Komen : tak tonton Libas tapi filem ni dapat krtitikan hebat dari blogger tentang jalan ceritanya.
Actual Result : Libas??????????????????


Lakon Layar Terbaik
Yusry Abd Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Syamsul Yusof – Khurafat
Farid Kamil – Kongsi*
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie
Komen : rasanya la.
Actual Result : KL Gangster


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Intan Ladyana – Bini-Biniku Gangster*
Faezah Elai – Cun!*
Fauziah Datuk Ahmad Daud – ... Dalam Botol
Sherry Merlis – Janin
Sabrina Ali – Khurafat
Komen : Sherry Merlis ok gak cuma rasanya dia terover acting dalam Janin. Sabrina Ali pun not bad.
Actual Result : Faezah Elai?????????????????


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Hasnol Rahmat – Mantra
Soffi Jikan – KL Gangster
Khir Rahman – Merong Mahawangsa
Syed Asri (Shy8) – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Salehuddin Abu Bakar – Hantu Bonceng
Komen : Amat sukar sekali kategori ni. Pergh PF tonton semua filem dlm kategori ni. :)
Actual Result : Soffi Jikan (6 RAMALAN TEPAT)


Pelakon Wanita Terbaik
Maya Karin – Cun!
Siti Shahriza (Eja) – Janin
Tiz Zaqyah – Nur Kasih
Lisa Surihani – Sekali Lagi*
Liyana Jasmay – Senjakala*
Komen : Eja pilihan yang tepat tapi terpaksa bertarung dgn pemenang tahun2 lepas i.e Liyana dan Lisa.
Actual Result : Eja (7 RAMALAN TEPAT)


Pelakon Lelaki Terbaik
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Awie – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Shaheizy Sam – Kongsi*
Remy Ishak – Nur Kasih
Zahiril Adzim – Senjakala*
Komen : menonton Zahiril Adzim dalam drama2 ok juga. Rasanya dialah kot. Bias sgt!
Actual Result : Shaheizy Sam


Pengarah Terbaik
Osman Ali – Cun!*
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Yusry Abdul Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Ahmad Idham – Senjakala*
Komen : Filem pilihan PF tak tersenarai. Pilih je mana yg dirasa sesuai.
Actual Result : Syamsul Yusoff


FILEM TERBAIK

Antara KL Gangster dan HMM

Pilihan PF :

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA 

Komen : Berdasarkan ramalan, HMM lah walaupun dikritik hebat, tapi tak hairan KL Gangster pun boleh menang. Tetapi pencalonan terbanyak bukan jaminan filem terbaik. KL Gangster pun ada peluang. Tapi dalam banyak-banyak filem, Cun dan Senjakala yang PF tak berapa berkenan untuk filem terbaik (bdasarkan calon pengarah terbaik). Kena jugak ke masukkan Ahmad Idham dalam ni? Nak buat macam mana, juri lagi bijak menilai katanya.
Tapi firasat PF mengatakan FFM takkan menangkan filem berunsur negatif seperti KL Gangster apatah lagi filem gay. Entahlah...

Actual Result : HMM (8 RAMALAN TEPAT)

Kredit to : Rollo De Pelicula.

*setting lari, taktau mcm mana nak betulkan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

**UPDATED : 8/18  RAMALAN TEPAT! PERANGFILEM TAK BOLEH JADI JURI :(
Selepas keputusan di perasmian FFM24 di Lake garden, PF telah menonton CUN!.


PF fikir atas sebab-sebab berikut :

Cun! - Filem ringan nak menang filem terbaik dan sangat cliche? Jangan mimpi... 
Hantu Kak Limah Balik Rumah - Filem ringan nak menang filem terbaik? Jangan mimpi...
Merong Mahawangsa - Ini aje la yg boleh diharapkan kononnya pejuang sejarah Malaysia dan bagi imbuhan dah tungkus lumus buat filem mahal dan canggih! (Suka usaha KRU sebenarnya)
KL Gangster - filem jahat nak bagi menang? lain kali buat filem baik-baik! Macam Papadom tu!
Senjakala - kelakar sunggoh!!!!! Seru farrrr better walau tak original. Tapi LIBAS??????????????

Jadi, buruk sangat ke filem Malaysia hanya pilihan atas ni saja yang ada Malaysia boleh tawarkan?


Kisah Pendek 3 : Nyanyok



Aku menekan butang cermin tingkap kereta lalu undurkan kereta. Aku terus mencari tanda jalan 'keluar' dari shopping mall. Sampai di mesin 'autopay' aku menghulur kad parking ke alur halus di mesin itu. Palang naik. Seterusnya aku melalui curam - (ramp). Dalam hati aku terfikir kalaulah ramp ni curam sangat dan berderet kereta tunggu giliran untuk sampai tanah rata memang aku 'fail'. Aku tak suka berhenti-henti di tempat yang curam sebab tidak berapa mahir bila di tempat curam memandangkan kereta aku adalah 'manual'. 

Aku terfikir jika tempat letak kereta di shoping mall ini terlalu-lalu curam sehingga memaksa pihak shopping komplek meletak papan tanda amaran 'Jika anda tidak mahir memandu di cerun ini semasa sesak, sila guna jalan alternatif tiang 3b', aku pasti cari tiang 3b dan keluar lalu situ, jika kereta berderet di sini. Aku lihat cahaya benderang di depan, dah sampai luar. Tak jauh aku lihat mesin 'autopay' terus aku cari kad parking aku dalam dompet. Aku selak di celah di dalam dompet tetapi tiada. Aku gelabah. Aku berhentikan kereta di tepi jalan.

Di sebarang sana aku lihat seorang perempuan berpakaian seragam - Mak Guard sedang mengarah kereta masuk ke dalam shopping mall. Sesekali dia memandang ke kereta aku. Aku masih mencari kad parking di celah2 kerusi tempat duduk dan kerusi di sebelah. Tiada. Aku memandang Mak-Guard datang menghampiri aku. Aku buka pintu, aku cari lagi kad itu di balik-balik kerusi. Tiada juga. Aku masuk ke dalam kereta semula.

Mak-Guard sampai ke keretaku. Kenapa dik? Tak boleh parking kat sini. Tan Sri ada hari ni. Kalau dia nampak, nanti saya kena marah.

"Kad saya hilang kak"

"Adik nak ke mana?"

"Saya nak keluar lah"

"Keluar ikut depan ni lah"

"Kad saya hilanglah"

"Kad apa??"

"Kad parking"

"Sebelum keluarkan dah cucuk kad parking" Mak-Guard hairan.

Masya-Allah!!!

"Muda-muda dah lupa" Senyum sambil geleng kepala si Mak-Guard tu.

Aku mendengus senyum terperanjat.

"Ok kak terima kasih"

Aku menutup cermin kereta. Berlalu pergi kemudian berpaling pada Mak-Guard tadi sambil tersenyum lebar. Aku malu. Itulah akibat banyak memikir perkara remeh dengus Johan dalam hati.

4 Nov 2011

Keputusan Anugerah Skrin 2011


Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Skrin 2011.

Julai 2010 – Jun 2011




Anugerah Terbaik/ Kategori

TV
Filem
1

Videorafi/Sinematografi

Sanggul Beracun
Tidak dipertandingkan
2
Laporan Khas Berita

Pengemis Terhormat - Buletin Utama

-
3
Dokumentari/Majalah

Suatu Ketika Ep.12

-
4
Hiburan TV Terbaik

Maharaja Lawak – Akhir

-
5
Drama Komedi

Geng Surau

-
6
Realiti

Showdown Top 12 Show

-
7
Muzikal

Shout Award 2010

-
8
Bual Bicara

Selami Jiwa – Dato’ Fadzillah Kamsah

-
9

Anugerah Artis Harapan Pantene

Fazli Daneil Ali (Yang Terpuji)
-
10

Drama Rantaian

Juvana
-
11
LakonTV/Lakonlayar

Sanggul Beracun

Aku Tak Bodoh
12
Pelakon Pembantu

P – Elfira Loy (Kum-Kum)

P - Nadiya Nisa (Cun)
13


L – Allahyarham Faizal Yusof (Jgn Hantar Aku Ke Neraka)

L - Sidek Hussin (Karak)
14
Pelakon Terbaik

P – Umi Aida (Air Mata Nur Salina)


P – Eja (Janin)
15


L – Eman Manan (Janji Syurga)

L – Remy Ishak (Cun)
16
Pengarah

Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

Osman Ali (Cun)
17
Filem Terbaik

-

Magika
18
Drama Terbaik

Sanggul Beracun

-

Anugerah Yasmin Ahmad – Shamsul Yusoff

Pengacara Pantene : Nik Husna (Bukan Artis)

Review Don't Be Afraid Of The Dark




Genre : Seram

Seorang kanak-kanak perempuan (Sally - Bailee Madison) dihantar oleh ibunya untuk tinggal dengan ayahnya (Alex - Guy Pearce) yang mempunyai kekasih baru. Mereka tinggal di rumah (agam) yang telah lama ditinggalkan. Ayahnya Alex, mengubahsuai rumah itu memandangkan kekasihnya itu (Kim – Katie Holmes) seorang pereka dalaman. Penghuni rumah agam sebelum itu seorang pelukis yang popular hilang dengan misterinya. Sally kemudiannya menemui penyebab kehilangan pelukis itu.

Cerita ini agak menarik juga bagi PF yang tak menonton versi filem ini tahun 1973. Tapi banyak plot yang agak boleh dipertikaikanlah. Antaranya (spoiler) :

1. Katanya makhluk tu tak boleh berada dlm kawasan terang gara-gara dah duduk lama dalam tanah tu, tapi boleh je serang Sally kat dalam bilik air yang samar-samar, semasa parti yang mana lampu terang benderang walaupun makhluk tu dlm pokok bunga dan bawah meja makan.

2. Bila makhluk tu tersepit di rak buku dalam library, terus hilangkah makhluk tu? Sehingga mereka yang ramai-ramai masa parti tu tak tengok benda tu tersepit dengan tangan makhluk tu terputus atas lantai. Boleh dibiarkan lagi Sally tidur dalam bilik dalam gelap. Tak call polis pun.

3. Mana pergi orang gaji perempuan ketika adegan klimaks cerita ini, semasa Kim jatuh tangga dan diserang makhluk dan Sally menjerit-jerit ketika itu? Tidur mati kot. 

4. Alex tak pergi selamatkan Kim yang jatuh dalam lubang tu. Dibiarkan begitu saja sampai habis cerita. Mungkin ingin membiarkan lubang itu menjadi misteri.

Citer ni boleh kata seram jugalah tapi tak terlalu extreme. Makhluk atau fairy/evil yang ‘bersifat manusia’ yang boleh berbisik dan berfikir boleh dikatakan scary juga nak-nak lagi bila dia mendengus marah. Berfikir di sini bermaksud boleh memikirkan teknik mahu memerangkap Alex di garaj kereta dan mencarik gambar photo sendiri. Lakonan Bailee Madison amat berkesan. Bila di belek-belek rupanya dia juga berlakon filem Brothers bersama Tobey Maguire yang aku puji sangat masa dia bertekak dgn Tobey di meja makan (tak silap PF). Lakonannya dalam DBAOTD ini bersahaja dalam bentuk physco. Filem ini sama prinsip dengan Hide And Seek di mana orang dewasa tidak percaya dengan kata-kata anak mereka sedangkan apa yang berlaku adalah benar dan menjangka anak mereka mengalami masalah mental.


3/5

2 Nov 2011

5 Jenis Pengarah Yang....

Mesti tertanya-tanya dengan entry ni kan? Bukan apa, saja nak buat curious je. Bukan nak menjatuhkan tapi sekadar suka-suka. Kalau nak buat senarai betul-betul memang makan masa laaa dan perlu buat kajian segala bagai. Jadi, PF tawarkan di sini senarai jenis pengarah yang tak berapa nak berjaya dari segi idea (subjektif) dan memang PF tak minat filem-filem mereka. Sebelum ni buat carta berbau positif, kali ini yang negatif pula. Tidak mengira siapa yang buat skrip atau pun lakonlayar. Mungkin ramai tanpa disedari PF, cukup 5 contoh saja pengarah yang....  :


5. Zulkiflee M. Osman : Rasanya dah lama beliau terlibat dlm industri. Sejak Mira Edora, Sahabat, Suci Dalam Debu, Kekasih, Awal Dan Akhir etc. Beliau mewakili pengarah-pengarah yang PF rasa hanya mengarah filem tapi belum cukup memberi impak besar dlm sinema Malaysia. Photo : kredit Sensasi Selebriti. p/s : mana filem Gentayangan?


4. Sharad Sharan : Dua filem yang diarahkan oleh beliau, Diva dan Tipu Kanan Tipu Kiri. Dua-dua berkenaan kehidupan artis tetapi hasilnya tidak menggambarkan kilauan glamour. Lagenda Budak Setan pula entah bagaimana tak menarik minat PF. Beliau mewakili contoh pengarah bukan Melayu yang belum berjaya tapi hampir berjaya. Taklah teruk sangatkan?


3. Aziz 'Chunk' Adnan : Cuba menghasilkan sesuatu yang baru dalam sinema Malaysia dengan dua filem Antoo Fighter dan Kaapow tapi gagal memikat penonton Malaysia lalu menyalahkan penonton Malaysia (ada baca artikel di suratkhabar). Beliau contoh pengarah yang putus asa lalu merajuk dengan industri (kata laporan akhbar, tak silap Berita Harian).


2. P. Razak Mohaideen : Tanpa disangkal lagi, penambah filem-filem &^%$# di Malaysia seperti Tangkai Jering, Ratu, Mistik, Potret Mistik, dan apa cerita kembar siam yang melekat kat rambut tu? dan banyak lagi lah. Tapi, sekurang-kurangnya memeriahkan industri filem bagi memenuhi kehendak penonton kelas ke tiga (ada ke?). Beliau mewakili pengarah yang menghasilkan filem bergenre DBKL.


1. Zek Lokman : Beliau mewakili pengarah yang tak boleh PF terangkan. PF mula-mula kenal beliau melalui Mendam Berahi yang masyaallah.... (tengok kat wayang ok!) Masa dulu-dulu la... Mengarah sejak 1982 (Raja Laut) - sumber Sinema Malaysia. Pernah merajuk juga dalam industri katanya, pernah menjual goreng pisang (menurut laporan akhbar). Berbanding P. Razak Mohaideen, PF lebih mengenali filemnya berbanding Z. Lokman sebab zaman Z. Lokman bukanlah zaman PF. Walaupun begitu, beliau muncul dengan Toyol Nakal pada tahun ini (2011) dan sekali lagi masyaallah.....

Kisah Pendek 2 : Trade In



Man : Assalamualaikum.

Zam : Waalaikumussalam.

Man : Ini Zam kan?

Zam : Ya siapa ni?

Man : Ini Man. Ingat tak kat saya yang duduk dekat Flat Sentosa yang kau datang nak
cari bilik sewa tu?

Zam : Oh ya. Ada apa?

Man : Sebenarnya ternampak kau malam tadi kat kedai mamak. Tu yang call ni.

Zam : Oh okay apa hal?

Man : Budak yang kau rekemen si Kamal duduk serumah dengan aku tu, dia dah buat
taik.

Zam : Oh ye ke? Dia buat apa?!

Man : Dia curi handphone housemate aku. Aku dah halau dia keluar.

Zam : Laa. Kenapa dia macam tu? Sorry la wei… Susahkan kau je. Aku tak tau pulak dia
macam tu. Sebab sebelum ni dia okay je aku tengok.

Man : Ermm tak pe ler. Bukan salah kau pun. (Ya la masa kau datang rumah aku nak
carikan bilik untuk dia, mesti lah kau kata dia ok kan?? Takut nanti aku reject dia
pulak. Walau pun aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan budak
Kamal ni
). Mula-mula dia tak mengaku bila kitorang tanya. Tapi bila dah tunjuk
bukti, terdiam dia.

Zam : Bukti macam mana?

Man : Kitorang jumpa resit trade-in handphone dalam beg kat bilik dia. Dia
memang pakai handphone baru dari sebelum ni yang dia pakai.
Housemate aku ni yang geledah bila Kamal takde kat rumah. Sebab berdasarkan cerita dia pada hari kejadian handphone tu hilang, memang tak logik. Jadi satu hari housemate aku ni masuk bilik Kamal yang tak berkunci sebabnya tombol pintu tu dah rosak pun. Jadi, bila semua bukti dah cukup kita tunggu masa je nak soal siasat dia. Dan dia mengaku lepas tu.

Zam : Ish teruk betul. Lepas tu kau halau dia lah?

Man : Aku halaulah. Simpan pencuri dalam rumah buat apa! Lepas tu aku jumpa pulak satu speaker hometheatre yang tuan rumah aku punya bawah katil dia. Nak jual lah tu! Cuma tak sempat je. Speaker tu takde lah besar sangat. Aku pun perasan tak perasan je benda tu dah takde kat tempatnya.

Zam : Teruk betul perangai. Masa handphone tu hilang kau takde kat rumah ke?

Man : Takde. Masa tu baru naik cuti raya. Dia dua orang je yang ada kat rumah.

Zam : Oooo. Cerita punya cerita, macam mana dia boleh curi handphone tu?

Man : Tak best lah cerita kat dalam telefon. Kita minum-minum aku story.

Zam : Okay.