Arahan : Liew Seng Tat
Genre : Komedi, Drama
Tahun : 2014
Rating : 4/5
"Solomon, you know Malaysia... Truly Asia" Tok bilal.
Ulasan ini mengandungi spoiler. Jika ingin rasa keseronokan filem ini jangan baca sebelum menontonnya. Liew Seng Tat kembali dengan filem keduanya Lelaki Harapan Dunia selepas Flower In The Pocket (2007). Penonton filem pertamanya pasti akan rasa kelainan kerana Seng Tat beralih ke aliran yang lebih mainstream, dengan itu lebih ramai lagi akan mengenali pengarah ini setelah hip yang diberikan serta promosi besar-besaran seperti pemasangan billboard di tepi jalan utama di Lembah Klang dan sebagainya. Masih teringat lagi adegan-adegan dalam filem pertamanya, Flower in The Pocket terutamanya ketika budak sekolah yang berak kemudian hanya cebuk dengan kertas buku teks Bahasa Malaysia (kalau tak silap). Pasti ada sesetengah orang yang tak boleh menerima adegan tersebut.
Setelah membaca berita-berita penjelajahan LHD ke festival-festival antarabangsa, kini tiba masa untuk penonton kita menjamah sendiri naskhah dari pengarah 'jarang buat' filem panjang. Yang jarang buat filem itulah, dua karyanya dinikmati oleh penonton antarabangsa. Agak sedikit malang, pengkritik luar yang tidak melihat LHD dari konteks Malaysia dengan menyentuh isu gender dan homoseksual: Hollywood Reporter dan Variety
Secara ringkasnya, LHD mengisahkan Pak Awang yang ingin menghadiahkan sebuah rumah usang dalam hutan sempena perkahwinan anak perempuannya. Maka, Pak Awang dengan pengaruh yang ada padanya meminta jasa baik orang kampung untuk bergotong royong mengangkat rumah yang digelar Rumah Amerika itu (kerana berwarna putih). Daripada hari pertama projek angkat rumah itu lagi, musibah demi musibah menimpa penduduk kampung. Walhal, acara bergotong-royong sepatutnya mengukuhkan silaturrahim dan semangat kekitaan antara mereka. Ada yang terjelepuk di lantai, unta hilang, lembu hilang, anak gadis diganggu mahkluk lembaga hitam atau Orang Minyak gara-gara seorang penagih dadah lakonan Sofi Jikan menyebarkan cerita yang dia terlihat lembaga hitam di rumah putih. Maka, kampung dilanda huru-hara akibat mereka sendiri tidak menyelidik apa yang sebenarnya berlaku.
Seawal-awal lagi, penduduk kampung dilambangkan tak pandai mengeja/kesilapan kecil yang tak sepatut berlaku, kutu dadah, dan tunggu sehingga filem ini berlarutan ke akhir makin menjadi-jadi sifat orang kampung yang agak tak berapa bijak, mendengar cakap-cakap tanpa usul periksa, songlap, rasuah, mengikut saja kata orang agama dan sebagainya. Banyak lapisan filem ini yang mengkritik melayu sendiri sebab semua dalam kampung itu Melayu, kata Sofi Jikan jika pengarah tipikal Melayu yang arahkan filem ini, pasti dia akan memajmukkan pelakonnya, tapi tidak bagi Seng Tat kerana mahukan ianya lebih surreal. Tak ketinggalan LHD mengkritik negara kita secara tersuratnya (orang Indo bina rumah, warga kulit hitam, keselewangan pemimpin, harga rumah sekarang - anak Pak Awang pulang dari bandar dan ingin duduk di kampung). Laungan kami Lelaki Harapan Dunia yang dijadikan azimat untuk menuju misi mengangkat rumah ke destinasinya hanya semangat awal tapi belum tentu harapan itu dapat direalisasi jika kebodohan orang-orangnya.
Sudah judulnya Lelaki Harapan Dunia, maka tiada pelakon perempuan dalam filem ini walaupun pembantu, mereka hanya cuma selitan saja. Seng Tat, ingin memaparkan suara lelaki, lelaki yang membuat kerja utama (berat) dan juga pembuat keputuasan sehinggakan unta pun jantan! Sehinggakan (lagi) 'watak-watak perempuan' digalas oleh mereka sendiri. Ini dunia lelaki kerana lelaki inilah yang 'menyelamatkan dunia' yang sebenarnya ia tajuk yang sarkastik.
Dua adegan menyapu gincu dibibir oleh Sofi dan Wan Hanafi Su cukup menenggelamkan lelaki-lelaki memakai baju kurung. (SPOILER) PF agak terpana, apabila Pak Awang (Wan Hanafi Su) mengambil keputusan menjadi orang minyak. Pak Awang tewas dengan keadaan. Sepatutnya Pak Awang bukan sebegitu dengan jatidiri yang telah ditunjukkan sebelumnya, tapi sekurang-kurangnya ini adalah suatu yang tidak disangka dalam filem ini yang juga dianggap sebagai mega satira (apatah lagi dengan hanya berseluar dalam). Cuma, tidak dapat dilihat dari adegan-adegan mana yang jadi penyebab penduduk kampung begitu membenci Pak Awang. Sebaliknya hanya alasan-alasan kurang kuat. Selain Wan Hanafi Su PF suka lakonan Jalil Hamid. Natural, hidup sebagai bilal yang buta. Secara keseluruhannya, semua pelakon mempamerkan persembahan yang mantap. Walaupun ada beberapa watak kelihatan tidak berkembang, harus difahami dengan ensemble pelakon-pelakon mungkin Seng Tat sebagai penulis tak mahu establish kesemuanya. Sinematografinya juga sangat cemerlang ketika suasana hutan seterusnya memaparkan keindahan dan kedamaian hutan yang alami.

LHD menyucuk orang Melayu yang PF sendiri ada sedikit terasa namun adakalanya kebenaran harus ditelan. Sekiranya ia menghina, adakah seniman seperti Wan Hanafi, Hishamuddin Rais, Roslan Salleh atau Sofi dan lain-lain bersetuju dari awal-awal lagi sebagai pemainnya. Jika begitu bagaimana dengan filem Mamat Khalid yang mempunyai beberapa filemnya yang sering mengejek orang Melayu? Adakah sebab dia Melayu maka kita terlupa atau filemnya tidak sekesan LHD? Adakah kita bangga LHD dijaja ke sembilan festival antarabangsa (setakat ini) dengan pengisian seperti ini? LHD kadangkala tampak biasa tetapi membuat kita berfikir. Ia umpama mengambil resepi Mamat Khalid namun Liew Seng Tat ada cara tersendiri malah boleh kata lebih ke depan dalam menangani isu-isu masyarakat dan kaum. Ia juga membuktikan filem drama komedi (gelap) juga mampu menjelajah dunia selain drama berat walaupun belum ada sebarang pengiktirafan rasmi yang diperoleh setakat ini.
Sumber: Berita Harian |