30 Sep 2012

Hantu Kapcai : For The Sake of Rating



Genre : Komedi
Arahan : Ghaz Abu Bakar
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Zizan Razak, Hairul Azreen, Izzue Islam, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Dian P.Ramlee
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Rempit Komedi Malaysia
Rating : 2.5/5

Seminggu ni PF 3 kali tonton wayang dipawagam di hari-hari berlainan! Gilakan? (pernah marathon 3 filem sehari, tapi bontot memang kematu dan otak akan tepu - sebab tu jarang buat). Pertama disebabkan jumpa teman lama yang datang dari negeri yang tersangatlah kurang pawagam. Dan apabila teman tersebut ada hal di KL, apa lagi, 2 buah filem 3D kami tonton iaitu Dredd dan Resident Evil Retribution. Kedua, dengan mengambil peluang dengan teman-teman yang tak selalu jumpa, kami memilih Hantu Kapcai!

PF kena terima hakikat bahawa dengan mereview filem melayu, apatah lagi jenis yang ringan dan popular, hit post ini ada potensi akan tinggi. Jadi PF sesaja nak review ala kadar. Jangan keliru erk, bila tengok trailer atau poster, ini bukan filem MIG ke, Excellent Pictures ke (Ahmad Idham punya) yang selalu ambil Zizan Razak as a hero dengan filem komedi rempit. Tapi ini adalah filem pertama anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions yang akan mengeluarkan filem berbeza dari prinsip KRU Studios.

So, adakah filem arahan Ghaz [banyak menghasilkan video klip muzik antaranya, Pelangi Senja (Stacy), Mungkin, Sesucinya Cintamu (AnuarZain)] ini berbeza dari jenis-jenis rempit komedi MIG dan Excellent? Apa yang boleh dikatakan, lawaknya lebih baik sedikit dari sekian banyak lawak-rempit-gangster. Satu hal yang penting di sini, penonton komedi ini ada 2 jenis kot. Pertama, yang senang ketawa, macam penonton sebelah PF. Kedua macam PF lah, ketawa pada part yang 'sepatutnya saja' hehe.

Filem ringan yang bila kita keluar pawagam, kita akan lupa ini, kira so-so je. Ada yang blame cerita ni persenda agama. Mana ada, kalau ada tak lepas filem ni. So enjoy je lah, korangkan kerja perah otak kat opis tu. Rasanya ini filem pertama Ghaz apatah lagi filem komedi pertama arahannya. PF kira Ghaz seorang yang serius, tapi buat skrip filem komedi. Diketahui, memang susah buat filem komedi ni tapi penonton enjoy habis dengan keletah Zizan dan Fizz Fairuz. Berbaloilah duit mereka gamaknya. Jangan ingat PF kelentong kamu semua kata TAK tengok filem ni tapi bagi rating rendah dan ulasan yang ringkas. PF boleh je terangkan detail satu-satu jika kamu tanya babak-babak dalam Hantu Kapcai. Jika suka filem ini, jangan lupa undi untuk Filem Box Office Paling Popular 2012 kat sebelah ni. Adilkan....?

p/s 1 : Banyak betol entry bulan ni. Tengah musim menggila kot. Seperti yang dijanjikan, pemenang bagi Movie Quiz 1 adalah saudari Hazirah dari blog Vanila Dan Mawi. Mawi mana satu ni? Tahniah dari PF! 

Jawapan Movie Quiz 1 :

1. The Grey
2. Sumpahan Kum Kum
3. The Woman In Black
4. About Elly
5. The Darkest Hour

Worst movie death scene ever! Katanya dari filem Turki. Layan...



27 Sep 2012

Movie Quiz 1

Haaa kalau korang kaki wayang atau peminat filem tegar, jawab kuiz kat bawah ini. Dari filem apa petikan-petikan photo still ini di ambil? Kalau dapat jawab, memang tererlah! Sila jawab diruang komen dan lebih afdal menjawab dengan akaun google. Kalau Anonymous tak bestlah kan. Kalau kat entry lain nak komen pakai Anonymous takpe. PF akan tamatkan kuiz jika HANYA ada yang dapat jawab kesemuanya dengan betul! Sorrylah takde hadiah. Blog ni pun takde iklan. Pemenang akan disebut nama/blognya di entry akan datang. Ehehe.

Klu : Semua filem ikut tahun semasa tayangan di Malaysia kecuali no. 4. 

(1) 2012

(2) 2012

(3) 2012

(4) 2009 (Iran)

(5) 2012

Selamat Mencuba!

25 Sep 2012

A Cube Of Sugar Tarik Diri Dari Oscar



Iran membatalkan hasrat untuk membenarkan filem A Cube of Sugar (2011) dipertandingkan di Oscar 2013 setelah Govenrment-controlled Cinema Agency Iran membuat keputusan demikian. Semuanya kerana tidak lain tidak bukan sebagai tanda boikot terhadap filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W The Innocence Muslims.

Ye Habbeh Ghand atau A Cube of Sugar yang dipilih oleh Agensi berkenaan pada mulanya sebagai calon Filem Bahasa Asing terbaik adalah berkisar tentang 4 saudara perempuan yang pulang ke kampung sebagai persediaan mereka mengadakan majlis perkahwinan adik perempuan yang akhirnya menjadi majlis pengebumian saudara terdekat mereka. Diarahkan oleh Reza Mirkarimi menampilan pelakon kelas A Iran seperti Negar Javaherian, Rima Raminfar, Saeid Pursamimi, Parivash Nazarieh, Reza Kianian dan Hedayat Hashemi.

Nampak gayanya Iran terpaksa melupakan hasrat cubaan menguasai pentas Oscar setelah filem A SEPARATION menggondol kategori itu pada 2012. Sudah tentunya A Cube of Sugar akan masuk ke dalam senarai 'wajib tonton' PF.

Jom kita layan foto still & trailer filem ini.


***
 ***

TRAILER


23 Sep 2012

AKAN DATANG



1. PILIHAN KATEGORI (GENRE)
2. ANUGERAH PERDANA


[1] Pelakon Lelaki Pilihan
[2] Pelakon Wanita Pilihan

[3] Pengarah Pilihan
[4] Filem Malaysia Pilihan 2012 (semasa)
[5] Filem Terbaik 2012
[6] Filem BOX OFFICE Paling Popular *Poll


Lain-lain pengumuman :

> Filem Terburuk Malaysia 2012 (semasa)
> Senarai 20 Filem Terbaik.
> Senarai 10 Filem Terbaik Malaysia (semasa)


[ FILEM TERBAIK TAHUN LEPAS ]

2009
AVATAR - JAMES CAMERON 
(Terbitan 2009 - US)

2010
THE FOURTH KIND - OLATUNDE OSUNSANMI 
(Terbitan 2009 - US)

2011
RIDING ALONE FOR THOUSAND OF MILES - ZHANG YIMOU
(Terbitan 2005 - China/Jepun)


21 Sep 2012

Rumusan Dari 20 Filem Tempatan Paling Laku!



TOP 20 Kutipan Filem Sepanjang Zaman

(Setakat habis tayangan filem 29 Februari & Leftwings - Ogos 2012)

>> SUMBER

BIL JUDUL FILEM GENRE PENERBIT KUTIPAN (RM/JUTA) TAHUN
1 KL Gangster AKSI SKOP PRODUCTION 11.74  2011
2 Ombak Rindu CINTA ASTRO SHAW / TARANTELLA PICTURES 10.9  2011
3 Hantu Bonceng KOMEDI EXCELLENT PICTURES 8.53  2011
4 Ngangkung KOMEDI MIG PRODUCTION  8.18  2010
5 Kongsi AKSI MIG PRODUCTION  8.09  2011
6 Khurafat SERAM SKOP PRODUCTION / GRAND BRILLIANCE 8.08  2011
7 Hantu Kak Limah Balik Rumah KOMEDI TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD. 7.9  2010
8 Adnan Sempit KOMEDI MIG PRODUCTION  7.66  2010
9 Hikayat Merong Mahawangsa AKSI KRU STUDIOS SDN. BHD. 6.5  2011
10 Lagi-lagi Senario KOMEDI GRAND BRILLIANCE SDN.BHD 6.33  2001
11
Adnan Sempit 2
KOMEDI MIG PRODUCTION  6.33  2012
12 Geng : Pengembaraan Bermula ANIMASI LES COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD. 6.2  2009
13 Sembilu 2 CINTA SKOP PRODUCTION 6.1  1995
14 Jangan Pandang Belakang Congkak KOMEDI MIG PRODUCTION  6.09  2009
15 Jangan Pandang Belakang SERAM MIG PRODUCTION  5.78  2007
16 KL Drift 2 AKSI SKOP PRODUCTION / GRAND BRILLIANCE 5.67  2010
17 Cicakman AKSI KRU STUDIOS SDN. BHD. 5.15  2006
18 Jalan Kembali : Bohsia 2 AKSI SKOP PRODUCTION 4.98  2012
19 Nur Kasih the Movie CINTA PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. 4.93  2011
20 Mael Lambong KOMEDI EXCELLENT PICTURES 4.88  2012
JUMLAH 140.02













*Adakah filem tempatan yang lain akan memotong KL Gangster?

Pecahan Mengikut Tahun:

2012  - 3 filem
2011  - 7
2010  - 4
2009  - 2
2007  - 1
2006  - 1
2001  - 1
1995  - 1

*2011 menunjukkan prestasi cemerlang sinema Malaysia dari segi kutipan dan penonton  yang 

ke pawagam. Manakala filem pada tahun 2008 gagal memasuki carta dalam kemeriahan filem tempatan. Manakala wakil tahun-tahun sebelumnya pula semakin 'pupus' dengan hanya 1 filem 
saja di empat tahun iaitu tahun 1995, 2001, 2006 dan 2007.

Baru 3 sahaja filem pada tahun 2012 yang memasuki carta setakat 43 filem yang ditayangkan 

setakat artikel ini ditulis. Adnan Sempit 2 pun hanya di tangga 11 - tidak TOP 10. Mungkinkah disebabkan lambakan filem tempatan sekarang antara punca atau semakin banyak filem segera yang hambar membuatkan penonton kurang ke pawagam? Atau disebabkan Astro First dan 
Youtube mungkin?

Akan tetapi, kehadiran 3 filem 2012 ini (Adnan Sempit 2, Jalan Kembali dan Mael Lambong) mengenepikan Maria Mariana (1996) dan Bini-Biniku Gangster (2011) daripada terus
mengungguli carta.


Pecahan Mengikut Produksi:

MIG PRODUCTION SDN.BHD.  - 6 filem
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.  - 3
KRU STUDIOS SDN. BHD.  - 2
EXCELLENT PICTURES  - 2
SKOP PRODUCTION SDN. BHD. & GRAND BRILLIANCE  - 2
ASTRO SHAW & TARANTELLA PICTURES  - 1
GRAND BRILLIANCE SDN.BHD  - 1
LES COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD.  - 1
PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD.  - 1
TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD.  - 1


*MIG boleh berbangga dengan jumlah 6 filem yang memasuki carta dari segi kutipan. Filem 

pertama dan satu-satunya dari Les Copaque berjaya memasuki carta. Mungkin Skop 
Production dan Grand Brilliance boleh memikirkan untuk berganding lagi dalam menghasilkan 
filem-filem bermutu pada masa akan datang. Filem terbitan Tayangan Unggul (T.U) sepatutnya 
lebih banyak masuk carta sebab T.U antara pengeluar yang produktif dan filemnya rata-rata 
boleh dikatakan baik selain berbeza dari yang lain contohnya Misteri Jalan Lama, Seru, Kala 
Malam Bulan Mengambang dan yang akan datang Apokalips dsb.


Pecahan Mengikut Genre:

KOMEDI  - 8 filem
AKSI  - 6
CINTA (Drama)  - 3
SERAM  - 2
ANIMASI  - 1

*Terbukti penonton Malaysia lebih menyukai hiburan ringan.










19 Sep 2012

Adegan Yang Tak DiJangka Dalam Filem Kita Part II

Apabila kita lihat adegan-adegan sebegini, sebenarnya pengkarya kita berani lari dari norma-norma biasa.
Selepas PART I, jom kita semak sejauh mana kreatifnya anak-anak seni kita dalam mencipta sesuatu adegan. 

10. Bilal memegang anjing - GUBRA. Kredit Blog Behance.net yang melukis poster filem ini. Kreatif!


10. Awie yang berbadan perkasa mempunyai jiwa lembut sambil menangis ketika membaca novel Diari Rogayah dalam - BAIK PUNYA CILOK.


9. Apabila naga gergasi iaitu penunggu Tasik Chini muncul diakhir filem MAGIKA.


8. Suzana (Ida Nerina) memakan jantung/hati untuk kekal cantik sebagai syarat susuk yang dipakainya - SUSUK.


7. Adegan bra melayang semasa bomoh Siam datang untuk menghalau HANTU KAK LIMAH (BALIK KE RUMAH).

Tidak dapat cari gambar adegan itu*

6. Adegan berahi Pinto (Bront Palarae) yang mencium dari kaki Lara (Naadiaya Nisa) hingga ke wajah Lara - JIWA TAIKO.


5. Tijah (Mislina Mustafa) menggoda Shamsudin (Imuda) dengan membuka kain dan bra - SUMPAHAN PUAKA.


4. Kak Rock (Mak Jah) and the gang merodok anu Amy (Salina Saibi) dengan berus jamban tetapi kelihatan Amy segar-bugar saja esoknya - JALAN KEMBALI : BOHSIA II.


3. Adegan 'klimaks' Ruby (Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja) - ...DALAM BOTOL.

Hiasan*
2. Dalam rumah yang bersuhu panas ketika itu, watak Lana Nordin berasa rimas lalu di zoom kepada celah payudaranya dengan setitik peluh yang meleleh - CHOW KIT.

Lana Nordin - kanan
1. Watak Jue Aziz yang kegersangan di atas katil dengan seluar dalam melorot ke kakinya - ABUYA PART II.



Arrghh... apsal banyak adegan seks ni?

14 Sep 2012

2 Filem Wakili Malaysia di Luang Prabang





Luang Prabang, Vietnam

Here's the line-up so far:

CAMBODIA (MPA: Chhay Bora)
Duch, Master of Forges of Hell
Golden Slumbers
Enemies of the People
Shiiku
Who Killed Chea Vichea?

INDONESIA (MPA: Varadila Daood)
Garuda di Dadaku
Land Beneath the Fog
Postcards from the Zoo

LAOS (MPA: Michel Somsanouk)
Chanthaly
Big Heart
Hak Aum Lum
Red Scarf

MALAYSIA (MPA: Amir Muhammad)
Bunohan
Tolong! Awek Aku Pontianak

MYANMAR (MPA: Myint Thein Pe)
To be announced at a later date.

PHILIPPINES (MPA: Francis Joseph A. Cruz)
Boundary
Dance of Two Left Feet
6 Degrees of Separation from Lilia Cuntapay
Teoriya

SINGAPORE (MPA: Wahyuni Hadi)
Already Famous
Breakfast, Lunch, Dinner
24 Hours of Anger

THAILAND (MPA: Kong Rithdee)
Hak Na Sarakham
I Carried You Home
In April the Following Year, There Was a Fire
It Gets Better
Mindfulness and Murder
The Cheer Ambassadors

VIETNAM (MPA: Nguyen Trinh Thi)
Mother's Soul
With or Without Me




Chernobyl Diaries & The Possession 2012 : Recycle Lagi


Chernobyl Diaries : Recycle Yang Memuaskan

Genre : Ganas/Thriller
Arahan : Bradley Parker
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Ingrid Bolos Berdal, Dimitri Diathenko, Olivia Dudley, Devin Kelley
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : The Descent, The Hill Have Eyes, I Am Legend
Rating : 3.5/5

Walaupun Rotten Tommatoes hanya memberi 21% kepada filem ini, itu bukanlah alasan PF untuk turut bersetuju dengannya. Antara komen di situ, "short of suspense and originality...", "lacks any effective scares or real moments of tension...." tapi bagi PF Chernobyl Diaries cukup memberi misteri yang seimbang di mana sepanjang jalan menuju ke pengakhiran yang memberi ketakutan dan ketegangan. Permulaannya secukup rasa dan tidak meleret. Berlatarbelakangkan tempat Chernobyl yang terbiar dan ditinggalkan akibat kawasan nuklear adalah satu premis yang tepat untuk memberi impak ketakutan. Keaadaan itu membuat PF teringat pada filem I Am Legend (Will Smith). Sehingga habis apa yang mengganggu 6 orang pelancong di Chernobyl itu tidak dijelaskan wajahnya, hanya sekilas-kilas. Itulah yang dikatakan less is more. Ada satu babak di mana terdapat seorang kanak-kanak tiba-tiba muncul membuatkan filem ini lebih seram tapi sayang, naskhah ini tidak meneruskan tema hantu ke dalam cerita (mungkin itu hanya mainan penjahat). Kadang-kadang PF kurang faham, PF selalu kutuk filem recycle tetapi kadang-kadang pula kita enjoy filem yang di ulang konsepnya. Dari situ, PF merumuskan, filem recycle tu ok jika produksi dan pengarah pandai mengolah dan mengarah cerita. haha...


The Possesion : Sekadar Saja

Genre : Seram 
Arahan : Ole Bornedal
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Jeffrey Dean Morgan, Natasha Calis, Kyra Sedgwick
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Exorcist
Rating : 2.5/5

Filem seram bertema rasukan yang entah berapa kali kita tonton. Filem ini biasa-biasa saja keseramannya. Adakala perlahan, momen seram tidak begitu meninggi. kedengaran sangat bahaya syaitan bernama Abyzou itu di mana saat paderi Yahudi (?) dan pengikutnya itu seakan takut melihat kotak misteri itu dan menolak untuk membantu Clyde dan anak perempuannya, Emily. Tetapi tiba-tiba Tzadok pula menjadi hero (anak lelaki paderi tadi) mudah saja menewaskan Abyzou itu! What the....
Ok, Chernobyl Diaries lebih seram dari yang ini.

13 Sep 2012

Akan Datang : Zaiton Ceritaku & Sembunyi




Setelah bos Bruang Filem iaitu Hj Burhanuddin (Les' Copaque) 'merejek' kerja-kerja seni Zaiton Ceritaku yang diarah oleh Fauziah Nawi dan dilakonkan oleh Mislina Mustaffa, cubaan kedua projek Zaiton Ceritaku akhirnya akan menemui pawagam pada 1 November 2012. Hj Burhanuddin mengatakan beliau kurang puas hati dengan hasil kerja mereka kononnya di bawah standard sebuah filem dan ada lah juga konflik-konflik yang dihadapi antara penerbit dan pengarah yang PF malas nak ingat. 

Zaiton Ceritaku yang baru ini, diarahkan oleh Esma Daniel dan Nadia Aqilah Bajuri (Tari Tirana) sebagai Zaiton Sameon.

TRAILER



Jom bandingkan!

 

*******

SEMBUNYI (tajuk asal "Azazil" arahan Kabir Bhatia)



Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun.

Penduduk kampung telah memberikan perlindungan dan disitulah bermulanya kehidupan baru beliau. Tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan rahsia yang misteri. Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya. Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu ialah Azazil. 

Penduduk kampung ada membuat perjanjian keamanan dengan makhluk Azazil tersebut namun serangan kembali menghantui kampung tersebut sejak Aishah mula menetap di situ.

TRAILER


Kaji Tayangan Di Pawagam



MASALAH dalam industri perfileman tempatan tidak pernah habis. Dulu bilangan filem Melayu kurang kerana lambakan filem import terutama dari Hollywood dan Hong Kong. Sekarang pula, sejak dua filem tempatan ditayangkan serentak dalam seminggu bermula Mei lalu, ramai merungut tidak tahu untuk menonton filem yang mana satu. Empat tayangan filem tempatan dalam sebulan ini telah menimbulkan isu lain antaranya soal lambakan, kualiti dan kutipan tiket.

Lambakan filem tempatan tidak termasuk filem import juga menyebabkan berlakunya kesesakan tayangan di pawagam. Apabila berlaku lambakan filem, soal kualiti seperti jalan cerita, mesej, teknik pengarahan dan persembahan lakonan pula menjadi kekangan.

Ramai penonton yang keliru dan tidak tahu filem mana yang berkualiti. Ini kerana, sebut sahaja filem cereka ia terus ditayangkan di pawagam. Sedangkan ada di antara filem cereka tempatan yang ditayangkan tarafnya lebih kurang seperti telemovie sahaja. Ia termasuk skop jalan cerita, kredibiliti para pelakon dan kecanggihan teknologi audio dan visualnya.

Justeru, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selaku badan yang mengatur tayangan filem tempatan di pawagam dan mengawal Skim Wajib Tayang mengkaji semula kualiti sesebuah filem tempatan sebelum ia ditayangkan di pawagam. Jika Finas mempunyai panel yang menentukan kategori penonton seperti untuk umum dan dewasa, mengapa tidak dalam hal ini?

Begitu juga dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang mempunyai ramai panel yang arif dalam menilai serta menapis filem. Sepatutnya, hanya filem-filem yang layak sahaja ditayangkan. Golongan terbabit tentunya lebih arif dalam membezakan antara sebuah filem cereka atau hanya layak ditayangkan dalam slot-slot drama di televisyen sahaja.

Itu adalah senario yang sedang berlaku sekarang apabila pertambahan filem tempatan tidak seperti yang diharapkan. Ramai penonton seolah-olah tertipu dengan kualiti filem tempatan setelah menontonnya sejak kebelakangan ini. Apabila kualiti filem-filem tempatan semakin merosot, lama-kelamaan ia akan menghakis keyakinan para penonton untuk terus menonton di pawagam.

Kesan awal daripada isu itu kini sudah dapat dilihat apabila kutipan filem tempatan yang ditayangkan di pawagam sejak Mei lalu semakin merosot. Purata kutipan tiket filem-filem tempatan antara RM200,000 hingga RM2 juta sahaja. Sedangkan sebelum ini banyak filem yang mampu mencatat kutipan tiket memberangsangkan seperti KL Gangster dengan kutipan RM11.7 juta.

Sebuah panel baru harus ditubuhkan bagi mengkaji kualiti sesebuah filem tempatan dengan mekanisme-mekanisme yang relevan dan tidak membebankan para penerbit. Misalnya, penekanan dalam soal pitching sejak dari awal idea pembikinan skrip sesebuah filem itu dicetuskan. Kaedah ini mampu untuk meningkatkan lagi kualiti dan daya saing seperti filem-filem import.

Dari situ ia akan menjadikan para penerbit, penulis skrip dan pengarah filem lebih komited dan bertanggungjawab atas penerbitan sesebuah karya itu yang bukan sekadar tangkap muat sahaja. Apabila cara ini dipraktikkan, ia juga akan mencetuskan daya saing yang lebih tinggi di kalangan para pembikin filem untuk lebih mempertingkatkan kualiti dalam produk-produk mereka.

Sekarang ini apa yang berlaku ialah penerbit yang kaya raya dan sudah bertapak teguh dalam bidang ini sahaja yang mempunyai keupayaan menerbitkan puluhan filem setahun. Namun tidak ramai yang berani membuka mulut untuk bercakap soal kualiti filem-filem golongan tersebut. Senario ini hanya menguntungkan penerbit terbabit semata-mata.

Golongan penerbit seperti ini bukan sahaja mengaut kutipan tiket di pawagam tetapi juga daripada jualan filem di stesen-stesen televisyen percuma atau yang berbayar seperti Astro First. Sedangkan untuk jangka masa panjang ia akan merugikan masa, duit dan tahap intelektual yang sepatutnya dibina oleh para penonton yang selama ini menyokong filem-filem tempatan di pawagam.

Link ASAL

11 Sep 2012

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur dan Senarai Pendek Pencalonan Filem Tempatan Terbaik 2012

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL) adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang). PF rasa berbesar hati kerana dijemput sebagai salah satu ahli dalam Majlis ini.

Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun. 

Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh.  Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di "pawagam" Malaysia, termasuk di International Screening GSC.

Setiap tahun, majlis ini akan menghimpunkan senarai terbaik bagi Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur. Untuk tahun ini (2012), kami telah meneliti 62 buah filem dalam perhatian (Al-Hijab [Okt 2011] - Leftwings [Ogos 2012] ). Terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kotemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan. Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan, 3 Temujanji dan 29 Februari. Senarai pendek di bawah merupakan pengelasan kategori-kategori tertentu yang dianggap "terbaik" dalam kalangan filem yang ditayangkan. Senarai pemenang akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2012.

Senarai Ahli MPFKL DI SINI
Senarai Pendek Pencalonan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 
2012


Pengarah Terbaik

Osman Ali untuk Ombak Rindu
Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama
Dain Said untuk Bunohan

Pelakon Lelaki Terbaik

Syafie Naswip untuk Songlap
Shaheizy Sam untuk Songlap
Shaheizy Sam untuk SAM (Saya Amat Mencintaimu)
Faizal Hussein untuk Bunohan

Pelakon Wanita Terbaik

Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
Maya Karin untuk Ombak Rindu
Yana Samsudin untuk 3 Temujanji

Sinematografi Terbaik

Haris Hue Abdullah untuk Songlap
Khalid Zakaria untuk Ombak Rindu
***********
(Bunohan tidak layak kerana Charin bukan warganegara Malaysia)

Lakon Layar Terbaik

Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama
Khairil M. Bahar untuk Relationship Status
Dain Said untuk Bunohan
Hashim Rejab untuk 3 Temujanji

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Abdullah Omar untuk Songlap
Hasnul Rahmat untuk Songlap
Benji Lim untuk Relationship Status
Fauzi Nawawi untuk Songlap
Hans Isaac untuk Misteri Jalan Lama
Wan Hanafi Su untuk Bunohan
Hushairy Hussein untuk Bunohan
Pekin Ibrahim untuk Bunohan
Bront Palare untuk Jiwa Taiko

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Daphne Iking untuk Relationship Status
Norma Damanhuri untuk Songlap
Wawa Zainal untuk 3 Temujanji
Dira Abu Zahar untuk Chow Kit
Fauziah Nawi untuk Hoore! Hoore!
Nadiyatul Nisaa untuk Jiwa Taiko

7 Sep 2012

Babak Klise Dalam Filem Seram


ARTIKEL ASAL DARI TUPAI

Ada filem seram yang sememangnya seram. Ada pula filem seram yang lucu dan ada filem seram yang sepatutnya seram tetapi menjadi lucu. Mungkin ia disebabkan beberapa babak klise yang diselitkan dalam filem-filem ini. 

REFLEKSI CERMIN 

Watak utama (atau watak tambahan) pergi ke tandas. Kemudian dia ke singki untuk mencuci tangannya. Ketika dia sedang khusyuk mencuci tangan, refleksi di cermin menunjukkan ada entiti supernatural atau mungkin pembunuh bersiri sedang berdiri di belakangnya. Watak utama mengangkat muka atau menoleh ke belakang. Refleksi itu hilang. Oh sungguh klise. Namun begitu, ia juga babak yang sudah digunakan berkali-kali termasuk dalam filem “The Omen” (2006), “Prom Night” (2008), “Mirrors” (2008), “The Others” (2000), “I Know What You Did Last Summer” (1997), “Urban Legend” (1998), “The Shining” (1980) dan banyak lagi.

STATIK

Tidak sah sesebuah filem genre found footage tanpa adanya bahagian statik ini, yang menandakan isyarat hilang. Sama ada di permulaan cerita atau di pengakhirannya, bahagian statik ini bagaikan babak wajib. Selain daripada filem-filem found footage seperti “[REC]” atau “Paranormal Activity” pada tahun 2007, filem-filem seram lain juga menggunakan taktik yang sama, seperti “Saw” (2004), “The Ring” (2002) dan “Poltergeist” (1982) 

KEMUNCULAN DI BELAKANG

Seakan sama dengan refleksi di cermin, babak ini memerlukan watak antagonis (mungkin penjenayah bersiri, mungkin juga hantu) untuk muncul di belakang watak utama ketika watak utama tidak sedar atau sedang tercari-cari dalam ketakutan. Contohnya seperti hantu berpakaian serba hitam di belakang Daniel Radcliffe dalam “The Woman In Black” (2012), wanita gipsi Sylvia Ganush yang muncul di belakang Christine dalam “Drag Me to Hell” (2009) atau kebanyakan babak dalam “The Descent” (2005). 

EMAKLAH PUNCANYA

Klise watak pelacur adalah kerana masa lalu mereka dengan bapa mereka, dan klise watak sosiopat pula disebabkan hubungan mereka dengan ibu mereka. Siapa yang menyebabkan Norman Bates menjadi psiko kalau bukan ibunya dalam “Psycho” (1960) dan siapa lagi yang menyebabkan Jason Voorhies menjadi terkenal sebagai si gila dengan gergaji elektrik kalau bukan ibunya dalam “Friday the 13th” (1980). Bagaimana pula dengan ibu Michael Myers dalam “Halloween” (1978)? 

PENEMBAK TEPAT & PEMANDU PAKAR

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa dalam setiap filem berkaitan zombie atau pontianak, pasti ada seseorang yang pandai menembak atau pandai memandu trak. Lebih menarik lagi, ada juga yang pandai memandu kapal terbang atas alasan dia merupakan bekas tentera udara. Plot yang terlalu selesa nampaknya. Malah yang lucunya, tiba-tiba sahaja si gadis yang tidak pernah memegang pistol boleh menjadi penembak tepat. “Zombieland”, “The Plague”, “Resident Evil”, “30 Days of Night”, “Infection 2” - kami boleh namakan begitu banyak filem di mana seorang amatur tiba-tiba memiliki kehandalan menggunakan pistol setaraf penembak Olimpik. 

ITU SEMUA CUMA MIMPI?

Si gadis sekolah menengah melawat bekas rumah rakannya yang sudah mati tertimbus di bawah runtuhan rumahnya dan terkejut bila tangan si teman muncul dari tanah dan menariknya, lalu tersedar dari tidurnya dan terus menjerit. Si pemuda menyaksikan penerbangan terhempas dan terjaga dari tidurnya. Si wanita diserang dengan pisau cukur oleh seorang jururawat lelaki dan terus terbangun dari lenanya. Ya, semua itu adalah babak dari filem “Carrie” (1976), “Final Destination” (2000) dan “Dressed to Kill” (1980). Entah kenapa pengarah terlalu sukakan babak mimpi... 

BERDASARKAN KISAH BENAR

Terlalu mudah untuk mendapatkan perhatian peminat filem. Buat filem seram dan katakan ia berdasarkan kisah benar atau diinspirasikan daripada kisah benar. Bukan sahaja digunakan di Hollywood seperti dalam filem “The Amityville Horror” (2005), “The Exorcism of Emily Rose” (2005) dan “An American Haunting” (2006), kebanyakan filem seram dari Thailand juga gemar menggunakan gimik ini. Contohnya seperti “Shutter” (2004), “Coming Soon” (2008), “Burn” (2008) dan “Ladda Land” (2011). 

KUCING

Anda berjalan dengan rasa takut dan cemas di dalam sebuah rumah yang berpenunggu. Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat di depan anda dan berdesis. Atau mengiau penuh marah dengan bunyi yang menyakitkan telinga. Atau menyerang anda dengan kukunya yang tajam. Kasihan si kucing. Ia tidak pernah terlepas menjadi bahan untuk menakutkan orang ramai, tidak kisahlah jika ia haiwan yang sangat comel. Tidak kisahlah sama ada dalam filem Korea Selatan yang bertajuk “The Cat” (2011), filem Jepun “JuOn The Grudge” (2002) atau ratusan filem seram dari “American Psycho”, “Jeepers Creepers”, “Night of the Demon”, “A Clockwork Orange”, “Pet Sematary” dan banyak lagi. 

MASALAH DI SAAT MENDEBARKAN

Anda sedang dikejar oleh sesuatu yang sangat menakutkan. Anda ingin memasuki kereta anda, atau membuka kunci rumah anda, atau sembunyi di dalam pejabat anda, tetapi tiba-tiba kunci anda terjatuh ketika anda sedang cuba membukanya. Atau anda ingin menembak pengejar anda, tetapi peluru jatuh berselerakan di atas lantai. Anda ingin membakar buku syaitan, tetapi mancis anda tidak mahu menyalakan api atau pemetik api anda jatuh ke dalam lubang. Daripada “The Eye” arahan Pang bersaudara, francais “Child’s Play”, filem-filem seram Jepun hinggalah filem-filem found footage seperti “Infection” atau “[REC]”, pengarah filem seram tidak pernah lupa untuk membuatkan anda menjerit-jerit di depan skrin meminta agar watak utama mempercepatkan tindakan mereka. 

POLIS YANG TAK MEMBANTU

Tidakkah anda rasa geram apabila setiap kali watak utama dalam kesusahan, pasti ada polis bodoh yang a) tidak mempercayai mereka, b) tidak menyiasat dengan lebih lanjut, c) tidak berhati-hati ketika menyiasat, d) mengurung watak utama di lokap, e) meminta watak utama masuk kembali ke tempat yang menakutkan itu untuk menunjukkan bukti, f) semua yang di atas? “My Bloody Valentine” (2009), “Monster House” (2006), “Blind” (2011), “The Descent 2” (2009) merupakan antara filem-filem yang memaparkan kebodohan polis.

ANTAGONIS BELUM MATI

Babak sebegini sentiasa membuatkan penonton rasa jengkel atau bengang. Sekiranya anda telah menembak watak jahat, bukankah anda sepatutnya memastikan mereka sudah mati dahulu sebelum membaling senjata anda ke tepi? Atau mungkin juga melarikan diri dengan secepat mungkin dan bukan duduk mengambil nafas. Namun begitu, watak-watak mangsa dalam filem-filem watak antagonis bersiri seperti “A Nightmare in Elm Street”, “Friday the 13th”, “Urban Legend” atau “Halloween” tidak pernah belajar untuk melakukan kedua-dua hal ini. Sebab itulah mereka selalu mati!